Anda di halaman 1dari 2

KEMPEN KELUARGA BAHAGIA(CARA)

Poster tersebut menunjukkan Kempen Keluarga Bahagia. Kempen tersebut mengutamakan


cara-cara yang mewujudkan keluarga yang bahagia.

Antaranya, kita perlu bertanggungjawab terhadap anggota keluarga. Ibu bapa bekerja
untuk menyara keluarga. Seterusnya, kita harus mengamalkan nilai hormat-menghormati dan
bantu-membantu. Anak-anak membantu ibu bapa membuat kerja rumah untuk meringankan beban
mereka. Selain itu, kita hendak melahirkan keluarga yang bahagia untuk mengeratkan hubungan
antara anggota keluarga. Akhir sekali, kita patut menziarahi dan menjaga anggota keluarga yang
sakit dengan teliti supaya mereka berasa bahagia.

Kesimpulannya, kita sewajarnya mewujudkan keluarga yang bahagia sejak kecil lagi.

Isi Tambahan: kita patut mengambil masa untuk menemani anggota keluarga walaupun sibuk
dengan pekerjaan.

* Kesimpulannya, diharapkan agar kempen ini dapat dijalankan dengan lancar. (tidak sesuai
digunakan untuk menjawab soalan jenis ini tetapi hanya digunakan jika kempen yang mengandungi
tarikh, masa, tempat dan lain-lain)

KEMPEN TANAM POKOK (CARA)

Gambar tersebut menunjukkan cara-cara menjaga kebersihan.

Antaranya, kita perlu mandi dengan sabun sehingga bersih agar bebas daripada kuman.
Seterusnya, kita harus membasuh buah-buahan sebelum makan agar bersih dan selamat semasa
dimakan. Selain itu, kita hendak membersihkan rumah supaya sentiasa bersih dan mengelakkan
pembiakan nyamuk. Akhir sekali, kita patut mencuci tangan sebelum dan selepas makan kerana
kekotoran pada tangan kita dapat menyebabkan kita mudah sakit.

Kesimpulannya, ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak menjaga kebersihan sejak kecil lagi
bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”.
KEMPEN TANAM POKOK (KEPENTINGAN)

Poster tersebut menunjukkan Kempen Tanam Pokok. Kempen tersebut mengutamakan


kepentingan aktiviti menanam pokok.

Antaranya, kepentingan aktiviti menanam pokok adalah mengekalkan keindahan alam.


Taman Pertanian Sabah ditanam dengan banyak jenis pokok dan dijadikan tempat pelancongan.
Seterusnya, aktiviti menanam pokok boleh mengelakkan hakisan pantai yang dipengaruhi oleh
pembangunan pelancongan di tepi pantai. Selain itu, kepentingan aktiviti menanam pokok adalah
memelihara habitat haiwan supaya kepupusan haiwan dapat dielakkan. Akhir sekali, aktiviti
menanam pokok juga boleh mengekalkan oksigen kepada hidupan.

Kesimpulannya, kita sewajarnya menjaga alam sekitar sejak kecil lagi.

AKTIVITI BERCUCUK TANAM (FAEDAH)

Gambar tersebut menunjukkan faedah aktiviti bercucuk tanam di kebun sayur.

Antaranya, faedah aktiviti bercucuk tanam adalah menjimatkan perbelanjaan agar dapat
meringankan beban keluarga. Seterusnya, aktiviti bercucuk tanam boleh mengelakkan tanah
daripada terbiar supaya ular tidak bersembunyi di dalam semak samun. Selain itu, faedah aktiviti
bercucuk tanam adalah mengisi masa lapang kerana kita dapat memanfaatkan masa dengan
aktiviti yang berfaedah. Akhir sekali, aktiviti bercucuk tanam juga boleh mengeratkan hubungan
kekeluargaan kerana anggota keluarga boleh bersembang bersama-sama sambil bercucuk tanam.

Kesimpulannya, ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak bercucuk tanam sejak kecil lagi
demi faedahnya.

Anda mungkin juga menyukai