Anda di halaman 1dari 12

0.3.

12
Rumusan kesan bahan bacaan picisan
Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan akibat penyebaran bahan picisan dalam pasaran
terhadap generasi muda yang semakin berleluasa pada masa sekarang.
Isi Tersurat (kesan negatif/ akibat penerbitan bahan picisan)
1. Pembaca mudah terpengaruh dengan bahan yang tidak benar/ karut.
2. Pemikiran remaja yang masih mentah akan rosak/ tidak membantu
perkembangan minda 3. Berbagai-bagai masalah juvenil akan berlaku/
mendorong berlakunya jenayah.
4. Pengeksploitasian dan penghinaan terhadap wanita berleluasa.
5. Remaja sanggup mengeluarkan wang saku untuk membeli bahan picisan.
6. Remaja akan banyak berkhayal.
Isi Tersirat (langkah membendung penyebarannya)
1. Kerajaan perlu menggubal undang-undang mengharamkan penerbitannya.
2. Ibu bapa mesti memantau bahan bacaan anak-anak.
3. Individu perlu sedar akan kesan negatif bahan bacaan sedemikian.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengedaran bahan bacaan picisan dalam pasaran mesti
dibendung dengan bersungguh-sungguh supaya masyarakat madani yang
berakhlak mulia dapat dilahirkan.
Soalan 2(a)
i. -kian banyak dijual
ii. -mereka tiada rasa tanggungjawab sosial
-hanya mementingkan nilai komersial/ keuntungan
-tidak mempedulikan kesan penerbitan terhadap masyarakat/ anak bangsa
iii. -harganya mahal
-penerbitannya terhad/ edarannya tidak meluas
-isu yang dipaparkan serius/ mencabar minda
-dianggap membosankan
-laras bahasanya tinggi/ sukar difahami
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 17:38
Rumusan kesan kenaikan harga barangan
Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan

Petikan membincangkan akibat kenaikan harga barang keperluan harian di


Malaysia yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.
Isi tersurat (kesan kenaikan harga barang)
1. Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa.
2. Tanggungan keluarga bertambah berat.
3. Keraguan timbul dalam kalangan masyarakat.
4. Suasana yang tidak sihat timbul/ Pihak yang tidak bertanggungjawab akan
mempengaruhi pengguna memburukkan kerajaan.
5. Peniaga memanipulasi pasaran (dan memberikan pelbagai alasan untuk
menaikkan harga barang).
6. Pembeli terpaksa akur dengan tindakan peniaga.
7. Kuasa pembeli pengguna bertambah kecil.
8. Kerajaan tidak akan dapat mengawal kegawatan ekonomi/ kegawatan
ekonomi mungkin menjadi lebih teruk.
Isi tersirat (langkah kerajaan untuk menangani masalah)
1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
mengenakan tindakan undang- undang yang tegas terhadap peniaga yang
menaikkan harga sesuka hati.
2. Kerajaan mengadakan kempen berbelanja berhemat dalam kalangan
pengguna.
3. Kerajaan memperbanyak kumpulan barangan kawalan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kenaikan harga barangan keperluan harian mesti dikawal
supaya pengguna tidak terus ditindas oleh peniaga.
Soalan 2(a)
i. -kenaikan harga sesuatu barangan akan menyebabkan kenaikan harga
barangan yang lain
ii. -menentukan harga barangan mengikut cita rasa mereka
-mengingkari arahan pihak berkuasa
-sentiasa mencari helah baru untuk menghalalkan tindakan mereka
iii. -pengguna mengitar semula barangan yang masih dapat digunakan
-pengguna membeli barangan ketika perlu sahaja
-peniaga tidak menyorokkan barangan keperluan
-peniaga bersedia mendapat untung yang minimum/ mengutamakan
tanggungjawab sosial
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 17:31
29.7.10
Rumusan langkah meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan [2 markah] Petikan membincangkan usaha-usaha/ cara-cara
meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan yang berpotensi
untuk berkembang di Malaysia.
Isi tersurat (langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/tindakan-tindakan) [12
markah]
1. Menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran
hospital dan hotel.
2. Membentuk rujukan rangkaian antarabangsa.
3. Menggalakkan hospital mendapat akreditasi dengan pusat perubatan
terkemuka di dunia.
4. Menggalakkan pembentukan syarikat multinasional Malaysia oleh pihak
swasta.
5. Melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing
serta pesakit.
6. Menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan.
7. Mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan
rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan.
8. Mengadakan pemantauan secara berterusan.
9. Menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian
Kesihatan.
10. Mengutamakan tanggungjawab sosial dan perkhidmatan yang berkualiti.
Isi tersirat (kesan-kesan) -pendapat [4 markah]
1. Meningkatkan kemajuan ekonomi negara.
2. Imej negara akan terkenal di seluruh dunia.
3. Kadar pengangguran dapat dikurangkan.
4. Peluang perniagaan yang baru terbuka kepada masyarakat.
5. Pakar perubatan asing berminat bekerja di Malaysia.
Kesimpulan [2 markah]
Kesimpulannya, bidang pelancongan kesihatan mestilah dimajukan supaya
Malaysia dapat menjadi destinasi pilihan utama sektor tersebut.
Soalan 2(a)
(i) -peranan untuk memajukan masyarakat
(ii) -kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta
-negara kita memiliki kepakaran yang tinggi
-kos perubatan rendah mengikut tukaran mata wang asing
-negara kita memiliki keindahan alam semula jadi
(iii) -pihak swasta kurang bekerjasama
-saingan daripada negara-negara yang sudah berpengalaman dalam industri

-sambutan masyarakat masih dingin kerana promosi yang tidak menyeluruh


-kos untuk memajukan bidang ini sangat tinggi
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 16:24
17.3.09
Rumusan kesan-kesan negatif penggunaan internet
Soalan 1 : Rumusan [30 markah]
Pendahuluan
Petikan membincangkan masalah penyalahgunaan internet yang semakin
serius pada masa kini
(di Malaysia / di seluruh dunia).
Petikan membincangkan keburukan / akibat penggunaan internet yang
berleluasa / yang sukar dikawal / yang semakin membimbangkan (pada masa
sekarang).
Jika...
Petikan membincangkan implikasi negatif penggunaan internet.......... 1m
Petikan membincangkan kesan buruk penggunaan internet................ 1m

Isi Tersurat (kesan negatif internet)


1. Internet menyebarkan imperialisme yang meruntuhkan nilai budaya /
moral.
2. Internet dijadikan wahana menyebarkan bahan tidak bermoral (1m) secara
talian terus (1m).
3. Internet menyebarkan (pelbagai judul) buku yang diharamkan (di
sesetengah negara).
4. Internet menyebabkan berlakunya pelanggaran hak cipta penerbitan
(tanpa izin pemegang hak
ciptanya).
Jika .... Terbitan Ensiclopedia World Wide disebarkan (melalui internet) tanpa
izin pemegang
hak ciptanya -1m
5. Internet menyebarkan iklan yang (mungkin) tidak diterima oleh media
lain / yang melanggar kod
etika pengiklanan/ yang mengeksploitasikan wanita dan cita rasa kanakkanak.
6. (Pelbagai) fitnah / khabar angin dapat disebarkan (terhadap kerajaan /
organisasi / pihak
tertentu).
7. Masalah dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi
berlaku.
8. Jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus turut berlaku.

Isi Tersirat (langkah membendung penyalahgunaan internet - KBKK)


1. Kerajaan menggubal akta / undang-undang mengharamkan penyebaran
karya cetak rompak
dalam internet / memperketat undang-undang jenayah siber.
2. Kerajaan menyekat akses ke laman web yang negatif.
3. Ibu bapa memantau laman yang dilayari oleh anak-anak / menapis laman
yang dilayari oleh
anak-anak.
(Isi lain yang sesuai diterima)
Jika tidak dinyatakan pihak yang melaksanakan langkah, 1m sahaja.
Contoh : Undang-undang jenayah siber diperketat. 1m
Kesimpulan
Kesimpulannya, kebebasan penggunaan internet mesti dikawal supaya
penyebaran bahan yang menyalahi norma masyarakat dapat dielakkan.

Soalan 2 : Pemahaman [10 markah]


Soalan 2(a) : Petikan Umum
(i) Apakah maksud rangkai kata sering dijadikan wahana? [3 markah]
-selalu digunakan sebagai saluran
(ii) Internet mempunyai beberapa kebaikan. Nyatakan kebaikan tersebut. [3
markah]
-memberi maklumat tanpa sekatan / demokrasi maklumat / masyarakat
bebas memperoleh/
menyampaikan maklumat
-mengubah cara manusia berkomunikasi
-sesiapa sahaja dapat menerbitkan bahan dengan kos yang sangat murah
-berupaya menyebarkan imej digital
(iii) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri laman web mata pelajaran yang
menarik. [4 markah]
-penerangan yang mudah difahami
-kandungan yang sentiasa dikemas kini
-ada ruangan soal jawab
-ilustrasi yang menarik / gambar berwarna-warni
-ada pautan dengan laman web lain yang berkaitan
-banyak bahan latihan
(Isi lain yang sesuai diterima)
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 13:04
3.12.08

Rumusan peranan media massa


Soalan 1 : Rumusan [30 markah]
Pengenalan
Petikan membincangkan pengaruh media massa terhadap masyarakat.
Isi tersurat (peranan media massa)
1. Media massa berperanan sebagai alat pengumpul dan penyebar mesej
semasa tentang masyarakat.
2. Media massa ialah bahan hiburan murah yang membolehkan orang ramai
mengisi masa lapang.
3. Media massa merupakan agen penggerak pembangunan dan
pembaharuan sesebuah negara.
4. Media massa merupakan saluran atau sumber penting untuk orang ramai
mengetahui hal ehwal sains
dan teknologi.
5. Media massa mampu menyekat sentimen yang bersifat spekulatif dan
provokatif (yang mungkin
memburukkan imej negara).
6. Media massa membangkitkan sikap antipeperangan dalami kalangan
manusia.
7. Media massa menjadi saluran bagi orang ramai untuk mengemukakan idea
dan kritikan mereka tentang
sebarang perkara.
8. Media massa menegakkan kebenaran tanpa syarat.
Isi Tersirat (Langkah menyekat penyebaran bahan yang negatif)
1. Kerajaan perlu menyediakan garis panduan penerbitan siaran kepada
pengamal media.
2. Penerbit bahan tidak bermoral/ lucah/ negatif mesti dikenakan hukuman
berat.
3. Semua penyiaran bahan bercetak/ elektronik perlu ditapis oleh pihak
kerajaan/ berwajib/ diluluskan
penyiarannya oleh pihak berwajib.
Kesimpulan
Kesimpulannya, peranan media massa perlu dipertingkatkan supaya
kewibawaannya sebagai pembekal maklumat yang benar tidak terjejas.

Soalan 2 (a) : Petikan Umum [9 markah]


i. -memberi peluang kepada masyarakat untuk memanfaatkan waktu
senggang/ terluang/ rehat
ii. -kepercayaan rakyat terhadap pemerintah terhakis secara beransur-ansur
-sebarang dasar yang dikemukakan sukar untuk dijayakan
-kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik akan terjejas

iii.-disukai khalayak pembaca/ penonton


-mendatangkan keuntungan material
-tidak mempedulikan tanggungjawab sosial
-persaingan hebat dalam dalam bidang tersebut
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 13:29
5.1.08
Rumusan kepentingan proses kitar semula
Soalan 1 : Rumusan
Pengenalan
Petikan membincangkan keutamaan/ manfaat/ faedah/ kebaikan proses kitar
semula yang perlu diberikan perhatian oleh masyarakat.
Isi Tersurat (manfaat proses kitar semula)
1. Bahan-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin/
Masalah pembuangan sampah dapat diatasi.
2. Pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan.
3. Ruang hidup manusia dapat dipelihara/ dijaga.
4. Kitar semula menjamin persekitaran yang lebih sihat dan bersih /
Pengekalan kebersihan dalam kehidupan dapat dijamin.
5. Penyakit dapat dikawal daripada merebak.
6. (Lima kali) lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia.
7. Kos untuk melaksanakan kitar semula jauh lebih rendah jika dibandingkan
dengan biaya pemuliharaan alam sekitar yang telah musnah.
Isi Tersirat (masalah pelaksanaan proses kitar semula)
1. Masyarakat tidak memberi komitmen menyeluruh untuk menjayakan
usaha ini/ masyarakat menganggap usaha ini tanggungjawab kerajaan
sahaja.
2. Pihak berkuasa tempatan tidak bersungguh-sungguh merealisasikan
proses kitar semula.
3. Kemudahan yang berkaitan masih tidak banyak/ berada di lokasi tertentu
sahaja/ tidak mencukupi untuk menampung keperluan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, proses kitar semula mesti dilaksanakan secara bersepadu
supaya keselesaan dan kesihatan masyarakat terjamin.
Soalan 2(a) : Petikan Umum
(i) -menimbulkan/ menyebabkan ketidakselesaan melihat timbunan sampah
(ii) -menyakitkan mata memandang
-bau yang busuk akan mengganggu keselesaan penduduk

-mengancam sistem air bawah tanah


-menjadi tempat pembiakan serangga perosak
-merebakkan penyakit berjangkit
(iii) -ibu bapa mendidik anak-anak sejak kecil tentang kepentingan proses
kitar semula
-pihak sekolah terlibat secara serius dalam usaha kitar semula menerusi
penerangan dalam pengajaran di kelas atau gerak kerja kokurikulum
-media massa menyedarkan masyarakat secara berterusan tentang
kepentingan menjaga alam sekitar
-pertubuhan bukan kerajaan membiayai kos menganjurkan kempen
kebersihan di seluruh negara
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 10:43
Rumusan faktor pengangkutan awam semakin tidak popular
Peraturan Pemarkahan
Soalan 1 : Rumusan
Pengenalan
Petikan membincangkan masalah kekurangan penumpang yang dihadapi
oleh sektor pengangkutan awam.
Petikan membincangkan pelbagai alasan yang diberi oleh orang ramai yang
enggan menggunakan pengangkutan awam.
Petikan membincangkan kesulitan yang dihadapi oleh pengguna
pengangkutan awam di Malaysia.
Petikan membincangkan pandangan negatif orang ramai terhadap kualiti
perkhidmatan pengangkutan awam.
Isi tersurat (punca pengangkutan awam semakin tidak popular)
1. Masa perjalanan pengangkutan awam tidak tetap/ menentu.
2. Pengangkutan awam dianggap sesuai untuk golongan kurang mampu
sahaja/ orang ramai memandang remeh perkhidmatannya.
3. Pengangkutan awam dikatakan tidak cekap.
4. Perkhidmatannya tidak mampu memenuhi keperluan pengguna.
5. Mutu pengangkutan awam di Malaysia ketinggalan (berbanding dengan di
negara lain).
6. Teksi dan pelbagai jenis bas awam sudah uzur / tidak layak digunakan lagi/
berusia lebih daripada 10 tahun.
7. Orang ramai sukar mendapatkan perkhidmatannya pada waktu puncak.
Isi tersirat (kewajaran orang ramai mengutamakan perkhidmatannya)
Kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan/ masalah tempat kereta yang terhad
dapat diatasi. Perbelanjaan untuk tujuan pengangkutan dapat dijimatkan/ Kos
pengangkutan pengguna dapat dijimatkan.
Pencemaran udara/ bunyi dapat dikurangkan.
Kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan.

Kesimpulan
Kesimpulannya, masalah perkhidmatan pengangkutan awam mesti diatasi
supaya dapat memberikan keselesaan/ kepuasan kepada para pengguna.
Soalan 2(a)
i. -(satu daripada cara) pilihan untuk tiba ke tempat yang dituju
ii. -perkhidmatan bas perlu ditambah
-jadual perjalanan bas perlu diperkemas
-kempen besar-besaran perlu dilakukan untuk menarik minat orang ramai
menggunakan pengangkutan awam
-syarikat pengangkutan awam wajar menyediakan insentif kepada orang
ramai yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan
iii. -Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan mengambil tindakan tegas
terhadap pemandu teksi
-penumpang mesti melaporkan kegiatan itu dengan segera kepada pihak
berkuasa
-Kementerian Pengangkutan mesti mewajibkan penggunaan meter bayaran di
dalam teksi -Persatuan Pemandu Teksi mesti mendidik ahli supaya lebih
berdisiplin dan bertimbang rasa
-pengguna menggunakan kenderaan awam yang lain seperti bas
-pengguna memastikan pemandu teksi menggunakan meter
-kerajaan mengadakan kempen kesedaran sivik kepada pemandu teksi
supaya sentiasa jujur dan amanah
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 10:26
21.10.07
Jawapan rumusan 'faktor dadah mesti diperangi'

Soalan 1 : Rumusan
Pengenalan
Petikan membincangkan punca-punca gejala penagihan dadah mesti
dihapuskan dalam kalangan masyarakat.
Isi tersurat (faktor dadah mesti diperangi)
1. Penagihan dadah membuatkan keluarga penagih menderita dan hidup tak
keruan.
2. Dadah melalaikan generasi muda daripada menggunakan masa lapang
sebaik-baiknya melalui kegiatan yang sihat dan bermakna.
3. Belia tidak dapat menyumbang tenaga untuk pembangunan negara.
4. Gejala ini membawa masalah lain termasuk jangkitan HIV dan AIDS.
5. Penagih mudah terlibat dalam perlakuan jenayah.

6. Mangsa akan terus menagih dadah dan menderita sepanjang masa.


Isi tersirat (rintangan)
1. Penagih dadah tidak bekerjasama untuk berhenti menagih.
2. Pengedar dadah tidak takut akan hukuman.
Kesimpulan
Kesimpulannya, gejala penagihan dadah mesti dihapuskan agar lahirlah
masyarakat yang sihat mental dan fizikal.
Soalan 2(a) : Pemahaman Umum
i. -usaha membendung penyalahgunaan dadah tidak begitu berkesan
ii. -dapat menggunakan masa dengan baik
-dapat menyertai kegiatan yang sihat dan bermakna
-dapat hidup dengan sihat dan selamat
-mereka disayangi oleh semua orang
-menjadi aset negara yang berharga

iii. -sikap ingin mencuba


-dipengaruhi kawan-kawan
-menganggap dadah dapat membantu menyelesaikan masalah/ tekanan
-dianiayai oleh pihak tertentu/ berkepentingan
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 08:31
Jawapan rumusan 'kekangan dalam usaha mewujudkan semangat patriotik'
Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan halangan dalam usaha mewujudkan semangat cinta
akan negara dalam kalangan belia.
Isi Tersurat (kekangan mewujudkan semangat patriotisme)
1. Fahaman yang mengutamakan kepentingan individu semakin menular.
2. Wujudnya pertembungan antara negara maya dengan negara nyata.
3. Kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk baru.
4. Mata pelajaran Sejarah hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah
menengah.

5. Belia tidak menghargai kemerdekaan negara.


6. Belia tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu.
Isi Tersirat (peranan ibu bapa untuk mewujudkan semangat patriotisme)
1. Ibu bapa perlu bersama-sama keluarga meraikan sambutan Bulan
Kemerdekaan.
2. Ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan yang berunsur patriotik di
rumah.
3. Ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat
bersejarah dalam negara.
Kesimpulan
Pemimpin-pemimpin belia patut bekerja keras membawa belia kembali ke
pangkal jalan supaya mereka menyedari tanggungjawab mereka kepada
negara.
Kesimpulannya, semangat patriotisme wajar disegarkan dalam jiwa para belia
supaya mereka menyedari tanggungjawab mereka untuk kesejahteraan
tanah air.
Soalan 2(a) : Pemahaman Umum
i. -berkait secara langsung dengan harapan/ impian pemerintah
ii. -.bangga menjadi rakyat Malaysia
-bersemangat setia kepada negara
-menyanjungi semangat kekitaan
iii. -menyertai perarakan pada Hari Kebangsaan
-menentang usaha pihak luar campur tangan hal ehwal negara kita
-menghormati lagu Negaraku
-menghulurkan derma untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan
-berbangga menjadi anak Malaysia
ASPEK: RUMUSAN - JAWAPAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 08:08
30.8.07
Jawapan rumusan 'langkah menangani vandalisme'
Soalan 1 : Rumusan (30 markah)
Pendahuluan
Petikan membincangkan usaha-usaha untuk menangani vandalisme yang
semakin berleluasa.
Isi tersurat (usaha-usaha menangani masalah vandalisme)
S1 Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak agar menghargai harta
benda awam.

S2 Pihak sekolah harus memberikan bimbingan dan nasihat tentang


kepentingan menjaga harta benda awam.
S3 Konsep Masyarakat Penyayang harus dihidupkan semula (supaya para
remaja sedar akan peranan mereka sebagai pembela bangsa pada masa
hadapan).
S4 Masyarakat perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme di kawasan
mereka.
S5 Tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap mereka yang terlibat.
S6 Pihak berkuasa perlu meronda tempat-tempat tumpuan remaja.
S7 Pesalah vandalisme wajar didenda melakukan kerja kemasyarakatan.
S8 Agensi-agensi kerajaan hendaklah mengadakan program tindakan
bersama.
Isi tersirat (keburukan vandalisme)
T1 Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membaiki
kerosakan harta awam.
T2 Masyarakat akan menghadapi masalah menggunakan kemudahan awam
pada masa kecemasan.
T3 Imej negara tercemar di kalangan pelancong asing.
Kesimpulan
Kesimpulannya masalah vandalisme wajar dibanteras supaya masyarakat
yang bertanggungjawab dan mengutamakan kepentingan umum dapat
dilahirkan.
Soalan 2(a) : Petikan Umum (9 markah)
i. -menimbulkan/ mewujudkan bermacam-macam kerumitan/ masalah/
kesusahan/ akibat/ kesan negatif
ii. -menimbulkan keinsafan
-memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme agar
berfikir sebelum berbuat demikian
-menjimatkan kos kerajaan untuk membaiki kerosakan harta awam
iii. -media massa mengadakan/ memperbanyak kempen yang menjurus
kepada pembentukan komuniti yang prihatin
-ibu bapa menerapkan nilai-nilai kasih sayang kepada anak-anak sejak kecil
-guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni di dalam kelas melalui
pengajaran dan pembelajaran
-masyarakat perlu sedar akan keperluan mengambil berat terhadap kebajikan
jiran tetangga

Anda mungkin juga menyukai