Anda di halaman 1dari 7

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

TOPIK
EKONOMI
DISEDIAKAN OLEH FATEHAH
Walaupun pembangunan industri makanan halal di Malaysia
mempunyai faedah tertentu, namun industri ini turut berdepan
dengan pelbagai cabaran. Bincangkan

Format : 2+3 @ 3+2


Kata kunci : Bincangkan
Fokus soalan : Faedah & Cabaran
Isu : Industri makanan halal
Pendahuluan
Pembangunan industri halal di Malaysia mempunyai standard halal.
Malaysia mempunyai persijilan halal iaitu MS 1500 : 2004. Dengan
adanya standard ini, membolehkan Malaysia menjadi destinasi pilihan
perdagangan produk halal. Standard ini turut diguna pakai dan diiktiraf
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
IDEA-IDEA
FAEDAH
• Menjana pendapatan negara.
-Usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai Hub Halal Dunia adalah bertepatan apabila nilai pasaran
global bagi produk halal pada tahun 2010 dianggarkan sebanyak RM 8 trilion setahun. Ini
menyebabkan pendapatan negara meningkat.
• Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
-memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menambah pendapatan isi rumah. Kadar
pengangguran dapat dikurangkan
• Menggalakkan pemindahan teknologi moden dan canggih.
-Menggalakkan penglibatan para pelabur antarabangsa. Teknologi dibawa masuk dari negara luar.
Teknologi pemprosesan dan pembungkusan seperti dalam penghasilan perubatan herba.
• Menjamin kesihatan pengguna produk makanan halal.
-Kualiti dapat dijaga dan kebersihan diutamakan. Mendapat pengiktirafan daripada JAKIM dan
Kementerian Kesihatan.
• Menggalakkan kewujudan industri hiliran.
-Sektor-sektor baru yang berasaskan pemprosesan dan pembungkusan. Contohnya produk PKS
dapat dikembangkan seperti daging lembu diproses menjadi sosej dan daging burger.

• Meningkatkan Penyelidikan & Pembangunan (R&D)

• Meningkatkan imej negara

• Meningkatkan pelaburan negara


Cabaran
 Kekurangan modal
-Kurang para pelabur yang berminat untuk melabur dalam industry ini.

 Kelemahan penguatkuasaan
-Kurang pemantauan dan penguatkuasaan dalam memastikan setiap syarat dipatuhi

 Kurang kesedaran terhadap pengeluar


-Pengeluar tidak bertanggungjawab ke atas sijil yang diberikan

 Kegiatan pemalsuan sijil halal


-Memberi pinjam sijil halal kepada premis lain. Mengubahsuai maklumat yang tertera di dalam sijil halal.

 Kurang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)


-Mutu dan kualiti produk makanan halal rendah serta tidak tahan lama

 Kurang tenaga mahir dalam bidang pemprosesan produk halal.


SEKIAN TERIMA
KASIH

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENDENGAR

Anda mungkin juga menyukai