Anda di halaman 1dari 18

PERCUBAAN TERENGGANU S3 2018

18. Isu etnik Rohingya menjadi duri dalam daging kepada hubungan ASEAN. Malaysia telah
mengambil pelbagai pendekatan untuk mengatasinya. Jelaskan.

Skema jawapan

Pendahuluan:

Isu etnik Rohingya yang mendiami wilayah Rakhine yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Myanmar
semakin berpanjangan. Hal ini telah memaksa mereka menjadi pelarian di negara-negara jiran
termasuklah negara
Malaysia.

BIL IDEA/ ISI HURAIAN


Sebab menjadi duri dalam
daging:  Kerajaan Myanmar melanggar prinsip ASEAN iaitu
1. Menggugat prinsip ASEAN penyelesaian perbezaan atau perdebatan secara aman
dan menolak penggunaan kekuatan ketenteraan.
 Negara ASEAN lain terpaksa melanggar prinsip
tidak campur tangan hal ehwal negara lain kerana
desakan ASEAN tidak diendah oleh kerajaan
Myanmar.
 Krisis kemanusiaan yang telah lama berlanjutan
boleh menggugat kestabilan serantau.

2. Pelanggaran hak asasi  Etnik Rohingya yang telah menetap ribuan tahun
dihalau keluar dari kampung mereka.
 Mereka dibunuh dan dihapuskan secara besar-
besaran terutama melalui operasi Naga Min iaitu
Pelan 20 Tahun Pembasmian Rohingya malah,
mereka juga disiksa dan didera secara seksual
 Didiskriminasi untuk medapat pendidikan, mendapat
penjagaan kesihatan dan pekerjaan.
 Berlaku pencabulan hak asasi manusia.
3. Kebanjiran pelarian  Etnik Roohingya mencari perlindungan di negara
jiran seperti Bangladesh, Indonesia dan Malaysia.
 Berlaku kebanjiran pelarian di negara penerima.
 Berlaku kesukaran untuk menguruskan dan memberi
perlindungan kepada pelarian yang ramai.
 Wujud sindiket pemerdagangan orang dan
menggugat keselamatan negara penerima.

4. Menggugat permuafakatan  Negara ASEAN tidak sepakat dalam menangani isu


negara ASEAN ini.
 Kenyataan yang dikeluarkan ASEAN bertentangan
dengan kutukan keras dunia terutama PBB.
 Negara asing memandang serong kepada ASEAN
kerana gagal menangani isu ini.
BIL IDEA/ ISI HURAIAN
Pendekatan oleh Malaysia:
5. Mengadakan rundingan/  Berunding dengan kerajaan Myanmar untuk
diplomasi menyelesaikan masalah Rohingya melalui
perjumpaan dengan Kaunselor Negara Myanmar
iaitu Aung San Suu Kyi.
 Meningkatkan tekanan diplomatik dengan
mengasingkan diri dari kenyataan ASEAN yang
tidak menyentuh isu Rohingya sebagai komuniti
yang terjejas.

6. Membantu pelarian  Penghantaran bantuan kemanusiaan seperti makanan,


minuman, ubat-ubatan dan keperluan asas ke
kawasan bergolak bersama negara ASEAN lain dan
NGO.
 Pelarian yang melarikan diri ke Malaysia dibantu
dengan menyediakan tempat tinggal sementara.

7. Menyuarakan isu ini di  Membawa isu ini di Mesyuarat Luar Biasa Menteri-
pentas dunia Menteri Luar OIC.
 Menyuarakan isu ini kepada pentadbiran Rumah
Putih.
 Bekerjasama dengan negara ASEAN lain bersama
dengan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM)
dan Suruhanjaya Tinggi Petubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Penutup:

Natijahnya, Malaysia tidak akan berhenti bersuara selagi keamanan belum menjadi milik mutlak etnik
Rohingya.

Jawapan : 2 + 3 @ 3 + 2 idea
19. Pelbagai isu yang timbul daripada hubungan bilateral Malaysia dengan negara jiran. Jelaskan.

Skema jawapan

Pendahuluan:
Hubungan bilateral yang terjalin banyak memberi manfaat kepada negara, namun ia turut dihimpit
dengan pelbagai isu.

BI IDEA/ ISI HURAIAN

Isu-isu yang berlaku:


1. Pertindihan wilayah  Penetapan Zon Ekonomi Eksklusif mewujudkan
pertindihan sempadan laut dan kepulauan.
 Isu sempadan laut dengan Thailand dan Indonesia
 Isu Kepulauan Spratly dengan Brunei, Filipina,
Vietnam, China dan Taiwan yang melibatkan
kawasan pulau yang kaya dengan sumber marin .
 Isu Kepulauan Ambalat, Pulau Sipadan dan Pulau
Ligitan dengan Indonesia.
 Isu Pulau Batu Putih dengan Singapura.

2. Pendatang asing tanpa izin  Memasuki Malaysia secara haram dari negara
jiran terutama dari Indonesia dan Filipina.
 Bekerja secara haram dan menutup pintu rezeki
rakyat Malaysia.
 Menyebabkan berlaku penyebaran penyakit
berjangkit dan kadar jenayah meningkat.

3. Pencerobohan nelayan asing  Melibatkan nelayan asing dari Thailand,


Indonesia, Vietnam dan Myanmar terutama di
perairan Terengganu.
 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
bekerjasama denganAgensi Penguatkuasan
Maritim Malaysia (APMM) menghalang kegiatan
ini.
 Boleh menggugat kedaulatan negara.
 Ketirisan hasil laut RM3billion hingga RM5
billion setahun.

4. Pencemaran rentas sempadan  Jerebu akibat pembakaran hutan dan kawasan


pertanian di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.
 Diburukkan lagi oleh cuaca kemarau.
 Sistem pemantauan bersama ASEAN diwujudkan.
 Perbincangan bersama negara Brunei, Indonesia,
Singapura dan Tahiland untuk mengambil langkah
pencegahan jerebu.

5. Pembantu rumah  Pembantu rumah dari Indonesia.


 Indonesia pernah membekukan penghantaran
pembantu rumah kerana kes penderaan pembantu
rumah di Malaysia.
 Satu memorandum bersama telah dicapai
berkenaan upah minimum, duit dan passport
BI IDEA/ ISI HURAIAN

pembantu rumah dari Indonesia.


6. Tuntutan wilayah  Filipina bercadang menuntut semula Sabah dalam
usaha peralihan ke sistem kerajaan persekutuan.
 Pada zaman dahulu, Sabah adalah sebahagian
daripada wilayah Kesultanan Sulu.

7. Pencerobohan ruang udara  Pesawat Tentera Udara Singapura (RSAF)


menceroboh ruang udara Malaysia dengan alasan
ruang udara Singapura sempit.
 Berlaku 2508 pergerakaan dikesan sejak tahun
2008.
 Pesawat tanpa pemandu (UAV) yang memiliki
teknologi pengintipan canggih memasuki ruang
udara Malaysia di Gelang Patah.
 Malaysia menghantar notis bantahan kepada
Singapura.

8. Pelarian  Pelarian etnik Rohingya dari Myanmar. Malaysia


mendesak Myanmar menghentikan penindasan ke
atas etnik Rohingya.
 Pelarian Kemboja dari etnik Melayu Champa
melarikan diri dari disiksa oleh rejim komunis
Khmer Rouge

9. Penambakan laut  Singapura menambak pulau- pulau yang


berdekatan dengan Selat Tebrau.
 Berlaku penyempitan Selat Tebrau yang
menyebabkan laluan air semakin deras.
 Berlaku hakisan dan penimbunan sampah sarap di
pantai Johor.
 Membawa kemusnahan kawasan paya bakau dan
hadupan marin.
 Berlaku mendapan di kawasan Pelabuhan Tanjung
Pelepas dan menyukarkan kapal untuk berlabuh.

10. Kebudayaaan  Isu batik, tarian pendet dan kuda kepang dengan
Indonesia
 UNESCO mengiktiraf batik sebagai warisan
budaya Indonesia
 Isu kesilapan mencetak bendera Indonesia semasa
Sukan Sea 2017 di Malaysia.
 Isu bendera Malaysia yang dibakar di hadapan
kedutaan Malaysia di Indonesia.

Penutup:
Isu-isu yang timbul seharusnya diselesaikan secara baik agar hubumgan erat yang terjalin dapat
diteruskan untuk kepentingan bersama.

Jawapan : Mana-mana 5 idea/isi


*Isu perlu dinyatakan dalam setiap idea
*Dalam huraian mesti ada dinyakan negara yang terlibat
20. Krisis makanan global semakin membimbangkan. Malaysia mengambil pelbagai langkah
untuk menanganinya. Bincangkan.

Skema jawapan

Pendahuluan:

Krisis makanan global dikenali sebagai “tsunami senyap”. Krisis ini agak membimbangkan apabila
pengeluaran tanaman kontan seperti beras, gandum dan jagung menyusut secara mendadak. Krisis ini
berpunca daripada pelbagai faktor.

BIL IDEA/ ISI HURAIAN


Punca:
1. Perubahan iklim  El-Nino menyebabkan kemarau dan pokok tidak
mendapat zat yang mencukupi kerana kekurangan
air.
 Penyusutan pengeluaran berlaku kerana pertumbuhan
pokok terbantut.
 Banjir dan bencana puting beliung memusnahkan
kawasan pertanian.

2. Pertambahan jumlah penduduk  Kadar pertumbuhan penduduk sebanyak 2.5%


setahun melebihi tahap pengeluaran makanan.
 Di sesetengah negara, pengeluaran hasil pertanian
tidak dapat menampung keperluan makanan akibat
pertambahan penduduk.
 Bekalan makanan dunia tidak mencukupi untuk
menampnng keperluan penduduk dunia.

3. Serangan penyakit  Penyakit karah padi dan serangan bena perang


merosakkan tanaman padi.
 Penyakit hawar daun dan serangan hama merosakkan
tanaman jagung dan gandum.
 Serangan penyakit telinga biru kepada ternakan babi
di China menyebabkan bekalan haiwan itu
berkurangan.

4. Pencemaran  Pencemaran akibat aktiviti manusia menyebabkan


berlaku kesan rumah hijau.
 Udara tercemar seperti jerebu menyebabkan pokok
tidak mendapat sumber matahari yang mencukupi.
 Tanah dan air yang tercemar menghasilkan tanaman
yang beracun.

5. Penghasilan bahan api bio  Keperluan tenaga menyebabkan tanaman seperti


jagung diproses menjadi sumber tenaga bio.
 Wujud konflik kepentingan antara keperluan
makanan dan sumber tenaga.
 Hasil pertanian yang banyak digunakan untuk
menghasilkan tenaga bio menyebabkan sumber
makanan berkurang.
BIL IDEA/ ISI HURAIAN

6. Pembaziran makanan  Pembaziran makanan berlaku terutama kalangan


penduduk yang berkemampuan.
 Tabiat memakan pelbagai jenis makanan dalam satu
masa yang sama menyebabkan sumber makanan
berkurang.
 Pembuangan sisa makanan yang banyak iaitu hampir
¼ daripada makanan yang disediakan dibuang begitu
saja.
Langkah Malaysia untuk
menanganinya:
7. Meningkatkan/ meluaskan  Kaedah pertanian kultur tisu untuk menghasilkan
penggunaan teknologi moden pokok berkualiti.
 Penggunaan baja menyuburkan pokok.
 Penggunaan peralatan moden meningkatkan
produtiviti pengeluaran makanan,

8. Eksploitasi tanah terbiar  Tanah-tanah terbiar digunakan untuk penanaman.


 Penanaman secara besar-besaran meningkatkan
produktiviti pengeluaran.
 Penggunaan tanah secara optimum.

9. Penggunaan kaedah pertanian  Pengunaan kaedah hidroponik dan aeroponik untuk


alternatif mengatasi masalah kekurangan tanah pertanian.
 Makanan dapat dihasilkan tanpa penggunaan tanah.
 Mengatasi masalah persaingan tanah untuk tujuan
pembangunan lain.

10. Meningkatkan sekuriti makanan  Meningkatkan sekuriti makanan Malaysia hampir


dengan piawaian dunia iaitu bekalan makanan
 dapat bertahan selama 90 hari.
 Mengurangkan pergantungan kepada import
makanan.
 Mengambil langkah amalan pengimport tunggal
(central importer) bagi mengawal harga dan
menjamin bekalan makanan yang berterusan.

11. Mewujudkan semula  Mempraktikkan konsep “backyard farming” dengan


“Rancangan Buku Hijau” menanam pokok di halaman rumah dan di dalam
pasu.
 Penggunaan kaedah hidroponik di kawasan bandar.
 Meningkatkan semula bekalan makanan tempatan.

Penutup:

Krisis makanan global adalah satu krisis kemanusian yang perlu diselesaikan secara kolektif dan
bijaksana oleh negara-negara dunia.

Format: 2 + 3@ 3 + 2
PERCUBAAN TERENGGANU S3 2019

18 Dasar luar Malaysia sejak merdeka telah berkembang seiring dengan tuntutan semasa. Dasar
yang pragmatik ini telah membawa pelbagai kebaikan kepada negara. Jelaskan.

Skema jawapan
BIL IDEA/ ISI HURAIAN
Perkembangan Dasar
1 Condong / berorientasi /  Hubungan diplomatik lebih kepada hubungan
pro Barat dengan negara Barat
 Menarik pelaburan dari negara Barat dan kerjasama
pertahanan dengan negara Barat

2 Lebih terbuka / lebih liberal  Menjalinkan hubungan diplomatik tanpa mengira


/ berkecuali ideologi bagi kepentingan negara
 Membuka kedutaan di negara komunis China,
Rusia, dan Korea Utara.
 Berkecuali tanpa menyebelahi mana-mana blok
dalam sebarang isu berbangkit
 Merapat hubungan dengan Pertubuhan Kerjasama
Negara-Negara Islam ( OIC )

3 Dasar yang lebih tegas /  Menegaskan tuntut hak penerokaan bersama di


berpendirian Antartika
 Menekankan tangungjawab negara maju agar lebih
komited dengan membekalkan dana dan teknologi
ke negara membangun
 Menuntut amalan perdagangan antarabangsa
(WTO) yang lebih adil
 Menolak sebarang keganasan dikaitkan dengan
mana-mana agama atau bangsa
 Menegaskan punca segala keganasan yang berlaku
berkait
pendudukan haram Israel ke atas Paletine
 Menubuhkan Tribunal Jenayah Perang
Antarabangsa Kuala Lumpur

4 Dasar lebih aggresif / pro  Memainkan peranan lebih aktif di peringkat global
aktif / membina pengaruh dengan mengambil peranan sebagai anggota/jawatan
kuasa atau mengetuai suatu organisasi antarabangsa
 Menjadi jurucakap dan perantara / perunding
kepada pihak bertelagah.
 Mengambil peranan sebagai tentera pendamai di
bawah PBB
 Menghantar bantuan kemanusiaan dan pasukan
penyelamat ke kawasan bencana di sesebuah negara
 Menganjur Sidang Antarabangsa Langkawi (LID)
 Mempromosikan Gerakan Kesederhanaan Global
(GMM)
BIL IDEA/ ISI HURAIAN

Kebaikan
5 Meningkatkan ekonomi  Meluaskan pasaran barangan apabila hubungan
negara diplomatik dan kerjasama perdagangan terjalin
dengan negara baru spt dengan negara China
 Kadar kemasukan pelabur meningkat
 Projek pembangunan dapat diperluas spt pembinaan
Lebuh Raya Pantai Timur

6 Mengukuhkan keselamatan  Sebarang konflik dapat dirunding dan diselesaikan


negara secara diplomatik
 Berjaya menyekat pengaruh komunis dan tindakan
‘gayang’ Malaysia oleh Indonesia
 Perkongsian maklumat risikan

7 Meningkatkan kepakaran  Pendirian beralih dari mencontohi Barat kepada


pekerja Malaysia Jepun dan Korea Selatan melalui Dasar Pandang ke
Timur
 Pekerja dan pelajar Malaysia semakin ramai
mendapat latihan dan kepakaran di dua negara
berkenaan
 Kumpulan pelajar ini menjadi penggerak kepada
industri berat negara

8 Sokongan menduduki  Mengetuai dan menganjur persidangan Pertubuhan


organisasi serantau / Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC)
antarabangsa  Menduduki jawatankuasa Organisasi PBB spt.
UNESCO, Majlis Keselamatan (ahli tidak tetap)
 Mengetuai 15 Negara Membangun (G15), Malaysia
selaku jurucakap kumpulan negara berkenaan
9 Meningkatkan pelaburan  Dialog LID merupakan perkongsian pintar
syarikat Malaysia kemajuan dan kepakaran antara negara
membangun.
 Mewujudkan kepercayaan kepada keupayaan
Malaysia dalam suatu bidang sehingga membuka
ruang pelaburan kepada syarikat Malaysia

Jawapan : Kombinasi idea 3 + 2 atau 2 + 3


19 Persaingan antara kuasa besar merupakan salah satu situasi yang mencabar
ASEAN dalam mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara. Malaysia mengambil
pendekatan khusus bagi menangani situasi berbangkit. Bincangkan.

Skema jawapan:

BI IDEA/ ISI HURAIAN

Cabaran:
1 Persaingan antara  Kebangkitan kuasa China yang telah meluaskan pengaruh ke
kuasa besar kawasan rantau Asia Tenggara menarik kehadiran kuasa
Amerika Syarikat mengaktifkan kembali pengaruh bagi
menyaingi kuasa China
 Amerika telah menggerakkan armada tenteranya ke rantau ini
setelah China menempatkan kekuatan tenteranya di kawasan
kepulauan Spratly
 Persaingan ini boleh membawa kepada keadaan yang lebih
serius yang mampu menggugat kestabilan rantau ini

2 Kedudukan  Rantau ASEAN menjadi laluan penting kapal dagang dan kapal
geostrategik tentera
 Kedudukan yang menghubungkan antara dua lautan besar
mewujudkan kepentingan kepada pihak yang menguasai laluan
atau memiliki kemudahan logistik
 Kemudahan logistik tentera Amerika Syarikat di Singapura
mewujudkan saingan kepada kuasa lain

3 Penetapan Zon  Membawa kepada pertindihan dan pertikaian kawasan perairan,


Ekonomi Ekslusif khususnya yang mempunyai potensi ekonomi.
(ZEE)  Sebahagian konflik antara Malaysia dan Singapura serta
dengan Indonesia sebagai anggota ASEAN, telah dirujuk
kepada mahkamah keadilan Antarabangsa.
 Konflik Kepulauan Spratly berisiko mencetus situasi yang
lebih berat

4 Keselamatan kapal  Selat Melaka yang sempit tetapi menjadi laluan penting kapal
dagang dagang
 Lanun mengambil kesempatan atas situasi ini.
 Bagi menjamin keselamatan kapal dagang di selat berkenaan,
Amerika Syarikat meminta agar diberi hak mengawal
keselamatan dan laluan selat berkenaan.
 Desakan Amerika Syarikat ini boleh meningkatkan lagi
persaingan kuasa besar di rantau ini

5 Pendekatan Malaysia
Menuntut ketegasan  Dikuatkuasakan undang-undang berasaskan Konvensyen
undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang
Laut (UNCLOS)
 China didesak mengekalkan status quo di rantau ini agar dapat
mengelak pertembungan kepentingan dengan kuasa besar lain
BI IDEA/ ISI HURAIAN

6 Menggerakkan  Menggerakkan perundingan melalui kesepakatan ASEAN


perundingan  Menuntut perundingan dengan China secara multilateral di
samping menuntut penyatuan suara ASEAN bagi menghadapi
isu Laut China Selatan.

7 Menegaskan pendirian  Menyuarakan pandangan di pentas serantau mahupun


di antarabangsa untuk mengekalkan keamanan serantau dan
pentas antarabangsa global seperti Forum Serantau ASEAN (ARF)
 Mendesak agar kedalautan dan hak sesebuah negara ke atas
kawasan sempadan yang sah mengikut undang-undang
dihormati
 Menolak sama sekali sebarang provokasi di rantau ASEAN
khususnya di kawasan Laut China Selatan

8 Meningkatkan  Kuasa besar China boleh berdiri sebagai negara yang


hubungan menyebabkan konflik di rantau ASEAN dengan tindakan
dengan negara China agresif di Kepulauan Spratly
 Malaysia mengambil pendekatan meningkatkan hubungan
dengan China melalui bidang lain agar ketegangan yang
berpunca dari China dapat dirundingkan dengan berkesan

Jawapan : Kombinasi idea 3 + 2 atau 2 + 3

20 Malaysia dan negara lain turut menghadapi masalah sempadan yang bolos sehingga
menimbulkan pelbagai kesan kepada negara terlibat. Jelaskan

Skema jawapan

BI IDEA/ ISI HURAIAN

Sebab sempadan bolos:


1 Sempadan geografi  Sempadan yang berbukit - bukau dan berhutan tebal
menjadi tempat berlindung kepada pihak penjenayah /
PATI
 Sempadan yang panjang menghadap laut menyukarkan
kawalan sempadan secara berkesan.
 Diambil kesempatan oleh penjenayah pemerdagangan
orang dan penyeludup serta PATI

2 Kewujudan sindiket  Mengatur kemasukan barangan seludup dan juga


manusia dengan penuh helah dan terancang
 Dengan kerjasama rakyat tempatan sindiket ini
mengatur pelbagai taktik dan strategi untuk mengelak
daripada dikesan
 Kewujudan lorong tikus ,tempat pesembunyian dan
tempat perpindahan sementara membuktikan
BI IDEA/ ISI HURAIAN

kewujudan kumpulan ini

3 Kekurangan dalam  Kekurangan anggota penguatkuasaan dan kepakaran


kawalan sempadan  Kurang peralatan sokongan atau peralatan
berteknologi tinggi
 Mewujudkan kelemahan dalam kawalan sempadan
ditambah dengan kedudukan sempadan negara

4 Sikap masyarakat tempatan  Memberi kerjasama kepada usaha penyeludupan


khususnya barangan
 Tidak memberi kerjasama dengan membuat laporan
dan menyalur maklumat
 Mengambil kesempatan ‘membantu’ pergerakan
penyeludupan

5 Kecanggihan teknologi dan  Teknologi pengangkutan berkuasa tinggi membawa


peralatan barang dan ‘imegren seludup’
 Alat komunikasi menjadi penghubung dan isyarat bagi
melancarkan aktiviti jenayah

Kesan
6 Merugikan pendapatan  Penyeludupan masuk/keluar barang : cukai tidak dapat
negara dipungut
 Barang yang disubsidi : kebocoran dalam perbelanjaan
negara kerana pendapatan negara yang disalurkan
melalui subsidi tidak sampai ke kumpulan sasar

7 Menjejaskan imej negara  Memaparkan keupayaan kawalan sempadan yang


lemah/longgar
 Ketidakcekapan pegawai penguatkuasa
 Pentadbiran negara ‘dilihat’ lemah kerana boleh
melibatkan penyeludupan senjata api dan imigran

8 Ancaman / risiko  Penyeludupan senjata api juga boleh bolos, di samping


keselamatan dadah dan bahan terlarang lain
 Menjadi pengkalan gerakan pengganas / pergerakan
pengganas antara negara
 Kemasukan PATI dalam jumlah yang besar

9 Peningkatan perbelanjaan  Meningkatkan langkah pencegahan


negara  Membina pengkalan logistik dan pos kawalan untuk
tujuan penguatkuasaan
 Operasi menangkap pendatang yang masuk secara
haram dan menanggung kos semasa penahanan dan kos
penghantaran pulang.

Jawapan : Kombinasi idea 3 + 2 atau 2 + 3


PERCUBAAN TERENGGANU S3 2020

18 Hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan negara lain di peringkat serantau khususnya
dapat
meningkatkan ekonomi negara. Bincangkan

Skema jawapan

Pendahuluan:

Malaysia mengamal dasar luar yang pragmatik. Hubungan dijalinkan tanpa mengira ideologi
khususnya dengan negara di peringkat serantau. Banyak kesan ke atas ekonomi hasil hubungan yang
terjalin.

Bil Idea Huraian


1 Meningkatkan / meluaskan  Hubungan membuka ruang kepada rundingan
pasaran dagangan, pertukaran pasaran dan promosi produk
 Hubungan dagangan yang lebih strategik melalui
perjanjian dagangan (FTA) membolehkan barangan
Malaysia memasuki pasaran sesebuah negara
 Peningkatan kepada pendapatan negara

2 Meningkatkan nilai pelaburan  Kemasukan pelabur asing ke Malaysia atau


meningkatkan peluang pelaburan firma Malaysia ke
negara lain
 Kemasukan dana meningkatkan peluang pekerjaan
dan meningkatkan kuantiti eksport
 Ekonomi negara dapat ditingkatkan

3 Meningkatkan nilai tukaran  Hasil hubungan meningkatkan aktiviti yang


wang menyumbang kepada ekonomi negara seperti industri
pelancongan dan penganjuran kejohanan sukan.
 Kadar tukaran melibatkan ringgit menjadi lebih aktif
dan menyumbang kepada pendapatan negara

4 Mempertahankan harga  Negara serantau turut terlibat dalam pengeluaran


pasaran bersama produk yang sama seperti getah
 Atas hubungan baik yang wujud, Malaysia, Thailand
dan Indonesia telah mengambil pendekatan bersama
mempertahankan harga komoditi getah.
 Langkah yang berjaya mengurangkan kejatuhan harga
berterusan

5 Pemindahan teknologi  Hubungan dengan negara maju seperti Jepun dan


Korea Selatan berjaya mendapat pemindahan
teknologi baru untuk digunakan di Malaysia
 Sebagai contoh Malaysia dapat menghasilkan satelit
sendiri hasil pemindahan teknologi dari Korea
Selatan
6 Memesatkan industri  Hubungan membolehkan pergerakan masuk tenaga
perkilangan / sekor kerja dari sesebuah negara menjadi lebih mudah
perindustrian  Rundingan dan kerjasama dengan negara serantau
khususnya dapat memenuhi tuntutan tenaga kerja
sektor pembuatan dan perindustrian negara
 Kepesatan sektor perindustrian meningkatkan KDNK
dan pendapatan negara

7 Mendapat dana /sumber  Hubungan yang terjalin membuka ruang kepada


kewangan negara mendapat dana yang diperlukan untuk
pembangunan dengan caj bayaran balik yang lebih
rendah dan fleksibel
 Dana yang diperoleh dapat digerakkan untuk
meningkatkan lagi kemajuan ekonomi negara.

Kesimpulan:
Tuntutan dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain memenuhi dasar luar yang aktif dan
amalan dasar luar yang pragmatik. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi
terbuka, Malaysia menjalin hubungan rapat dengan negara serantau dan antarabangsa.

Jawapan : Mana-mana 5 idea


19 Kestabilan serantau dapat dikekalkan dengan mengelakkan campur tangan asing. Malaysia
mengambil pelbagai pendekatan dalam mengelak berlaku campur tangan asing di rantau ini.
Bincangkan.

Skema jawapan

Pendahuluan:

Kuasa asing khususnya kuasa besar sentiasa mengintai peluang untuk menempatkan pengaruh di
rantau Asia. Kehadiran kuasa asing mendatangkan risiko perlumbaan pengaruh dan senjata. Situasi
yang mendatangkan risiko kepada kesejahteraan serantau. Banyak langkah dilakukan Malayisa dalam
mengekang campur tangan asing.

BIL IDEA/ ISI HURAIAN

1 Mendokong Zon Aman, Bebas  ZOPFAN yang diilhamkan oleh Malaysia


dan Berkecuali bermatlamat mengelakkan rantau ini daripada
campurtangan kuasa-kuasa asing khususnya kuasa
besar dalam mewujudkan keamanan dan kestabilan
serantau.
 Malaysia berpegang teguh pada prinsip tidak
menyebelahi mana-mana kuasa besar
 Malaysia dan negara serantau mengadakan
rundingan untuk menyelesaikan sesuatu konflik
serantau tanpa bantuandan campur tangan kuasa
luar

2 Menuntut dikekalkan status  Keaktifan China di Laut Cina Selatan


quo di Laut Cina Selatan mempengaruhi kehadiran tentera laut Amerika
Syarikat
 Malaysia menuntut dikekalkan status quo di laut
berkenaan sekiranya perundingan menyelesaikan
konflik berbangkit gagal dicapai.
 Usaha Malaysia mendapat perhatian kuasa asing

3 Merujuk konflik kepada badan  Sebarang konflik sekiranya gagal dicapai melalui
perundangan antarabangsa rundingan, dirujuk kepada badan perundangan
antarabangsa seperti Mahkamah Keadilan
Antarabangsa
 Pertindihan sempadan perairan antara negara
serantau boleh mengundang campurtangan asing
sekiranya mengambil masa untuk diselesaikan.

4 Menuntut rundingan secara  Konflik di Kepulauan Spratly antara negara China


multilateral dan negara serantau berpotensi mewujudkan
ketegangan dan kehadiran kuasa asing.
 Malaysia menuntut konflik diselesaikan melalui
rundingan secara multilateral
 Tuntutan ini berjaya mengurangkan tindakan
‘melampau’ China sehingga boleh menarik kuasa
besar lain

5 Menyelaras tindakan bersama  Tindakan bersama menangani ancaman lanun di


BIL IDEA/ ISI HURAIAN
menghadapi ancaman Laut China Selatan antara Singapura, Indonesia
dan Malaysia
 Dapat mengelak desakan dan helah Amerika
Syarikat untuk camput tangan dan menempatkan
pengaruh ketenteraan di Selat Melaka dan Laut
China Selatan

6 Menjadi pengantara rundingan  Malaysia menjadi pengantara kepada konflik di


kedamaian Selatan Filipina dan Selatan Thailand.
 Kejayaan rundingan khususnya di Selatan Filipina
berjaya mengelak usaha pihak pelampau dari luar
untuk meluaskan pengaruh dan ideologi mereka ke
rantau ini.

7 Mencetuskan Gerakan  Dicetuskan dengan matlamat utamanya


Kesederhanaan Global (GMM) mengamalkan kesederhanaan dalam menyelesai
sebarang konflik
 Pendekatan ini mengurangkan ketegangan di
rantau ini dan mengurangkan ketegangan kesan
dari tekanan pengaruh asing
 Pendekatan dalam menyelesai konflik ini mengelak
usaha campur tangan kuasa asing

8 Meningkatkankan hubung-  China mendakwa kepulauan Spratly sebagai


an strategik wilayahnya sehingga meninbulkan sedikit
ketegangan di laut berkenaan
 Malaysia telah mengambil pendekatan
meningkatkan lagi hubungan dengan China dalam
pelbagai aspek dan meluaskan lagi hubungan
dagangan sehingga menjadi rakan strategik .
 Pendekatan Malaysia ini merapatkan lagi
hubungan dan mampu mengurangkan sikap
‘agresif’ China

9 Menyokong Zon Bebas Senjata  Malaysia menyokong kuat SEANWFZ bagi


Nuklear (SEANWFZ) menjamin rantau ini bebas daripada penggunaan
senjata nuklear yang boleh menjejaskan
keselamatan serantau.
 Dengan ini, negara asing khususnya kuasa besar
perlu menghormati pendirian Malaysia dan
serantau yang menolak usaha menempatkan
pengaruh melalui penempatan kuasa nuklear

Kesimpulan:

Langkah Malaysia berjaya mengelak konflik daripada memuncak. Usaha Malaysia bukan sahaja
dihormati negara serantau juga oleh kuasa asing yang sentiasa berusah mencari ruang menempatkan
pengaruh mereka.

Jawapan : 3 + 2 atau 2 + 3
20 Negara membangun sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam meningkatkan nilai
dagangan khususnya dengan negara maju. Bincangkan.

Skema jawapan

Pendahuluan:

Negara membangun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam hubungannya dengan negara maju
khususnya dalam bidang perdagangan. Masalah ini berpunca daripada cabaran-cabaran berikut:

BIL IDEA/ ISI HURAIAN

1 Dasar perlindungan yang  Diperkenalkan bagi melindungi produk sesebuah


diamalkan oleh sesetengah negara.
negara  Perang perdagangan AS – China akan membawa
kepada pelaksanaan tindakan perlindungan oleh AS
ke atas produk negara berkenaan
 Hal ini memberi kesan kepada negara membangun
khususnya negara yang ekonominya berorientasikan
eksport seperti seperti Malaysia dan Thailand.
 Sebagai contoh, tindakan perlindungan oleh AS ke
atas panel solar yang dikeluarkan di negara tersebut
dengan mengenakan tarif import 30% meningkatkan
harga produk yang sama dari negara lain apabila
memasuki pasaran AS

2 Sekatan perdagangan  Pelbagai cukai dan tarif dikenakan dalam urusan


perdagangan
 Kuota ( kuantiti maksimum yang boleh diimport
untuk tempoh tertentu ) menjejaskan pendapatan
eksport negara membangun
 Kawalan pertukaran oleh negara maju akan
mengurangkan import dari negara sedang
membangun.
 Embargo – larangan import atau eksport untuk
tempoh tertentu atas faktor politik atau kesihatan
sering diamalkan oleh negara maju khususnya AS.

3 Harga komoditi yang tidak  Kebanyakan negara sedang membangun ialah


stabil negara pertanian
 Harga komoditi dipengaruhi oleh pelbagai faktor
antaranya permintaan, cuaca dan saingan dengan
produk yang sama dari negara maju
 Persaingan dari getah tiruan, minyak kacang soya
dan lain-lain yang akhirnya melemahkan permintaan
dan menurunkan harga produk negara membangun
 Negara maju mampu memanipulasi harga produk
komoditi yang dikeluarkan sehingga berlaku
kemerosotan harga / harga tidak stabil

4 Kekurangan dana  Kurang dana bagi mendapatkan teknologi terkini


sehingga menjejaskan produktiviti
BIL IDEA/ ISI HURAIAN
 Sering berlaku pergolakan sehingga perbelanjaan
negara lebih kepada mengekang pergolakan dengan
pensejataan, peralatan dan usaha meningkatkan
keselamatan negara.

5 Kekurangan tenaga pakar  Bergantung kepada kepakaran asing


 Kurang menjalankan P&P kerana pendapatan yang
rendah.
 Gagal melahirkan lebih ramai tenaga pakar dan
terlatih dalam jangka panjang.

6 Kekurangan Teknologi moden  Kebanyakan negara membangun masih


menggunakan teknologi rendah dan ketinggalan.
 Sukar mendapat teknologi canggih dan terkini
daripada negara maju kerana kekurangan modal dan
sekatan yang dikenakan.

7 Kemelesetan ekonomi  Kemelesetan ekonomi dunia menjejaskan ekonomi


negara membangun
 Permintaan import merosot / berkurang hingga
menjejaskan KDNK
 Banyak industri dan kilang terpaksa ditutup kerana
dagangan ke luar yang terhad.
 Nilai dagangan merosot.

Kesimpulan:

Kesan cabaran berkenaan berjaya dikurangkan dengan mengeratkan kerjasama dalam kalangan negara
Selatan

Jawapan : Mana-mana 5 idea

Anda mungkin juga menyukai