Anda di halaman 1dari 3

PERTANIAN ORGANIK

Pertanian secara Organik ialah menghasilkan sumber makanan yang berkualiti tinggi tanpa
menggunakan bahan kimia sebagai baja mahupun mengawal perosak dan penyakit. Pertanian
organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dengan tidak memberi sebarang kesan
yang mencemarkan alam sekitar.

KESAN

1. Meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah


2. Dapat mengeluarkan makanan yang sihat dan selamat
3. Menghasilkan produk-produk pertanian yang dijamin berkualiti dan selamat dimakan
(bebas daripada racun makhluk perosak dan logam berat).
4. Membantu pengitaran semula sisa pertanian
5. Mampu mengawal rumpai dan serangga perosak melalui kaedah biologi , fizikal mahupun
kultura.
6. Dapat memelihara alam sekitar
7. Keselamatan dan kebajikan pekerja terjamin
8. Meningkatkan produktiviti pengeluaran

CABARAN

 Perubahan suhu bumi yang meningkat sehingga 0.2 darjah Celsius dalam tempoh tiap
10 tahun, akan mengakibatkan dijangka suhu naik sebanyak dua darjah Celsius pada
tahun 2100.

 Kenaikan suhu ini akan menyebabkan terjejasnya kehidupan tanaman dan


ternakan yang banyak bergantung pada suhu sebagai faktor
kehidupan.Masalah pemanasan global ini juga akan menyebabkan kenaikan
paras air laut dan sungai melimpah menyebabkan kawasan pertanian rosak
akibat limpahan air masin. Dengan itu, pertanian organik sukar diteruskan kerana
perlu menggunakan kos yang tinggi untuk pemulihan.

 Kekurangan tenaga buruh menyebabkan industri pertanian terpaksa bergantung kepada


80 peratus buruh asing.

 Ketika ini, sektor pertanian makanan tempatan terlalu bercirikan buruh intensif
sedangkan rakyat tempatan lebih berminat kepada pekerja di bawah pendingin
hawa.
USAHA-USAHA MEMAJUKAN PERTANIAN ORGANIK

 Menanam dengan pelbagai cara. Contohnya, tanaman giliran

 Cara ini adalah tanam yang lebuh daripada satu tanaman di kawasan yang sama
tetapi pada masa yang berlainan. Tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan
tanaman kedua. Oleh itu, tanah akan kekal subur malahan semakin subur melalui
tanaman organik.

 Menggunakan barang sisa dapur untuk mengawal serangga perosak akan menjadikan
sisa tersebut tidak dibuang begitu sahaja.

 Pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan kita tidak
perlu membazirnya dengan membuang begitu sahaja.

 Peranan Kementerian Pertanian dan sektor swasta,

 Mereka perlulah memastikan bahawa industri hilir dalam pertanian dapat


dimajukan untuk meningkatkan pendapatan kaum petani . Pegawai Kementerian
Pertanian terutamanya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) sewajarnya menawarkan bengkel atau kursus untuk memberikan
khidmat nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada petani kita
dengan menggunakan bioteknologi yang canggih.

 Modal atau sumber kewangan memainkan peranan penting bagi menjalankan


pertanian untuk mengembangkan tanaman yang organik.

 Pinjaman boleh dibuat melalui skim pinjaman berkadar faedah rendah yang
disediakan oleh bank, terutamanya Bank Agro yang menyediakan pinjaman bagi
pekebun kecil.

PUNCA TIDAK MENANAM SECARA ORGANIK

 Tanaman yang bermasalah kelihatan tidak sihat dan terbantut pertumbuhannya.

 Kekurangan bahan organik semestinya merencatkan pertumbuhan pokok. Tanah


yang baik mempunyai bahan organik mencukupi.Bahan organik yang sesuai
membantu membaiki pengudaraan dan penyimpan air serta nutrien tanah.
 Kerosakkan tanah

 Penggunaan jangka panjang baja kimia akan menyebabkan kerosakan kepada


tanah. Baja kimia yang mengandungi nutrient yang sama di gunakan berulang kali akan
membahayakan tananamn malah merosakan ekosistem akibat lebihan kimia tertentu.

 Keracunan makanan

 Penggunaan racun serangga pada sayur-sayuran secara berlebihan akan


menyebabkan kadar racun serangga dan bahan kimia akan terserap pada sayur-
sayuran amat tinggi. Ini akan mendatangkan kesan keracunan kepada manusia
jika sayur-sayuran ini dimakan. Selain itu, semburan menggunakan bahan kimia
bagi mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran menyebabkan
kandungan bahan kimia sentiasa bertambah pada hasil pertanian. Kandungan
bahan kimia ini akan menyebabkan keracunan ataupun memberi kesan
sampingan kepada manusia.

SUMBER RUJUKAN

http://myagri.com.my/2017/09/4739/

https://www.hmetro.com.my/node/42900

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2011/02/pertanian-organik-kebaikan-
dan.html

http://herbagreenmaitha.blogspot.com/2015/05/kepentingan-pertanian-organik.html

http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/cabaran-sektor-pertanian-1.523705

Anda mungkin juga menyukai