Anda di halaman 1dari 15

5.

0 HASIL KAJIAN

5.1 Menganalisis tingkat kos sara hidup isi rumah di Lagenda Heights, Sungai Petani,
Kedah.

Jadual 1 : Tingkat Kos Sara Hidup Isi Rumah di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah.

Pendapatan Kos Sara Hidup / Bilangan Responden


Perbelanjaan (RM)
(RM) (orang)

RM 1000 DAN KE RM 500 1


BAWAH

RM 1000 - RM 3000 RM 650 1

RM 760 1

RM 1030 1

RM 1200 3

RM 2170 1

RM 2500 1

RM 3000 - RM 5000 RM 1530 1

RM 2120 1

RM 2420 1

RM 3000 1

RM 5000 DAN KE ATAS RM 3170 1

RM 4050 1

Sumber : Borang Soal Selidik

Rajah 1 : Tingkat Kos Sara Hidup Isi Rumah di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah.
7

5
Bilangan Responden

0
RM 500 DAN KE RM 500 - RM 1500 RM 1500 - RM 3000 RM 3000 DAN KE
BAWAH ATAS
Perbelanjaan Sebulan Isi Rumah

Pendapatan sebulan iaitu sebanyak RM 1000 dan ke bawah adalah salah satu
tingkat kos sara hidup isi rumah di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah. Berdasarkan
jadual dan graf di atas, daripada 15 orang responden yang telah menjawab borang soal
selidik yang telah diberi oleh pengkaji dapat dirumuskan bahawa terdapat hanya 1 orang
responden sahaja yang berbelanja sebanyak RM 500 pada pendapatan RM 1000 dan ke
bawah.

Responden tersebut berumur 20 tahun dan merupakan graduan tingkatan 6 yang


sedang menunggu keputusan STPM untuk meneruskan pelajaran di universiti. Responden
tersebut bekerja di sektor swasta iaitu bekerja sebagai seorang pelayan di restoran.
Pendapatan bulanannya tidak perlu menanggung kos atas tempat tinggal kerana
responden tersebut tinggal bersama ibu bapanya. Oleh kerana responden tersebut adalah
lepasan STPM dan tidak lagi mula belajar di universiti, jadi dia tidak perlu membayar kos
pendidikan lagi.
Tingkat kos sara hidup isi rumah di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah
terdapat juga pendapatan bulanan yang antara RM 1000 - RM 3000 iaitu terdiri daripada
8 orang responden yang telah memilih pendapatan bulanan tersebut. Daripada 8 orang
responden yang telah menjawab soal selidik dengan memilih pendapatan bulanan
sebanyak RM 1000 - RM 3000, terdapat 1 orang responden yang perbelanjaan
sebulannya adalah RM 650.

Responden ini adalah seorang lelaki yang berumur 57 tahun, responden ini
bekerja sendiri iaitu beliau membuka sebuah kedai runcit yang dimiliki olehnya sendiri.
Pendapatan sebulan bagi responden yang memiliki perniagaannya sendiri adalah antara
RM 1000 - RM 3000 tetapi perbelanjaan sebulannya hanya berjumlah RM 650. Hal ini
demikian kerana responden tersebut tidak perlu lagi menanggung kos pendidikan anak-
anaknya kerana mereka telah bekerja sendiri dan sering memberi wang serta membeli
barangan keperluan yang sedia ada kepadanya untuk perbelanjaan kos sara hidupnya
sendiri. Responden ini tidak berbelanja dengan lebih banyak dalam barang dan
perkhidmatan harian disebabkan oleh anak-anaknya yang menanggung sedikit
perbelanjaan responden dengan isterinya.

Selain itu, tingkat kos sara hidup isi rumah di Lagenda Heights, Sungai Petani,
Kedah dalam kajian ini terdapat 15 orang responden yang telah mengisi borang soal
selidik dan daripada 15 orang responden tersebut terdapat 8 orang responden telah
memilih pendapatan sebulan iaitu RM 1000 - RM 3000. Salah satu responden daripada 8
orang responden yang memilih pendapatan sebulan RM 1000 - RM 3000 tersebut jumlah
perbelanjaannya adalah sebanyak RM 760.

Bagi responden ini umurnya ialah 22 tahun dan pekerjaannya adalah swasta iaitu
bekerja di sebuah bengkel kereta. Perbelanjaannya tidak lebih daripada RM 1000 kerana
responden ini tidak berbelanja atas barangan yang tidak diperlukan dan hanya belanja
atas barangan dan perkhidmatan keperluan hidupnya sahaja. Responden ini berjimat
cermat atas perbelanjaan bulanannya dan dia hanya menanggung kos sara hidupnya
sendiri tanpa menanggung kos hidup keluarganya. Responden tersebut juga tidak perlu
membayar kos pendidikan kerana tidak menyambungkan pelajarannya.
Berdasarkan jadual dan graf di atas, daripada 15 orang responden yang telah
menjawab borang soal selidik terdapat 8 orang responden yang menandakan pendapatan
bulanan iaitu RM 1000 - RM 3000. Tingkat kos sara hidup isi rumah di Lagenda Heights,
Sungai Petani, Kedah bagi kategori yang berpendapatan sebulan RM 1000 - RM 3000
terdapat 1 orang responden daripada 8 orang responden yang telah memilih kategori ini,
perbelanjaan sebulannya adalah berjumlah RM 1030.

Sektor pekerjaan bagi responden ini adalah sektor kerajaan iaitu sebagai seorang
guru di sekolah rendah. Pendapatan sebulannya adalah RM 1000 - RM 3000 dan
responden ini berumur 28 tahun. Perbelanjaan responden ini adalah sebanyak RM 1030
dengan menanggung isi rumahnya sendiri iaitu membayar semua perkhidmatan dan
barang keperluan harian. Responden tersebut sudah berkahwin tetapi tidak mempunyai
anak lagi, jadi kos sara hidupnya masih rendah dan tidak membebankannya.

Justeru, pendapatan sebulan iaitu sebanyak RM 1000 - RM 3000 adalah salah satu
kategori yang terdapat dalam tingkat kos sara hidup isi rumah di Lagenda Heights,
Sungai Petani, Kedah. Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 15
responden yang tinggal di situ untuk mendapat maklumat tentang kajian ini. Daripada 15
orang responden tersebut, terdapat 8 orang responden yang memilih pendapatan sebulan
antara RM 1000 - RM 3000 dan terdapat 3 orang responden yang perbelanjaannya
berjumlah RM 1200.

Bagi responden yang perbelanjaannya berjumlah RM 1200 terdapat 1 orang


perempuan dan 2 orang lelaki. Salah satu responden perempuan adalah berumur 27 tahun
yang berbangsa cina dan pekerjaannya adalah swasta. Responden telah bekerja di sebuah
syarikat sebagai seorang akauntan. Keuntungan bulanan responden ini adalah lebih
kurang dalam RM 1000 - RM 3000 tetapi jumlah yang dibelanja hanya RM 1200. Hal ini
kerana responden tersebut masih belum berkahwin dan tidak perlu menanggung kos sara
hidup keluarga. Oleh itu responden ini hanya perlu berbelanja atas keperluan hariannya
sahaja.

Responden yang seterusnya adalah seorang lelaki yang berumur 31 tahun dan
berbangsa cina. Pekerjaan responden adalah dalam sektor swasta iaitu sebagai seorang
kerani di sebuah kilang. Responden ini lebih berjimat cermat kerana responden ini perlu
menyara keluarganya dan menanggung kos pendidikan seorang anaknya yang bersekolah
rendah. Perbelanjaan sebanyak RM 1200 dapat menampung kos sara hidup keluarganya
kerana keluarganya hanya terdapat 3 orang dan wang yang selebihnya adalah sebagai
simpanan untuk kos pendidikan anaknya pada masa hadapan.

Tambahan pula, responden lelaki kedua yang berumur 29 tahun yang berbangsa
melayu telah berbelanja sebanyak RM 1200 bagi pendapatan sebulannya iaitu sebanyak
RM 1000 - RM 3000. Pekerjaan responden ini adalah sektor kerajaan iaitu bekerja
sebagai seorang polis. Perbelanjaan responden ini sedikit sahaja kerana dia tidak perlu
menanggung kos sara hidup yang tinggi disebabkan oleh responden ini belum berumah
tangga lagi dan hanya tinggal berseorangan di luar. Oleh itu perbelanjaan responden
sebanyak RM 1200 adalah cukup baginya.

Bagi kategori pendapatan bulanan RM 1000 - RM 3000 dalam tingkat kos sara
hidup isi rumah di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah terdapat 15 orang responden
telah mengisi borang soal selidik yang diberikan oleh pengkaji kepada responden.
Daripada 15 orang responden tersebut, didapati 8 orang responden yang telah memilih
pendapatan sebulan iaitu sebanyak RM 1000 - RM 3000, terdapat 1 orang responden
yang telah berbelanja sebanyak RM 2170 bagi perbelanjaan sebulannya.

Responden tersebut berumur 23 tahun dan masih melanjutkan pelajaran di


universiti sambil bekerja dalam sektor swasta iaitu bekerja di sebuah farmasi. Responden
ini berbelanja secara berjimat cermat kerana responden ini tinggal dengan beberapa orang
pelajar universitinya yang lain di luar dengan memilih tempat tinggal yang lebih murah
untuk menjimatkan kos sara hidupnya agar tidak membebankannya. Responden ini juga
perlu menanggung kos pendidikan universitinya yang mahal. Oleh itu, perbelanjaan
bulanannya adalah sebanyak RM 2170.

Tingkat kos sara hidup isi rumah di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah
terdapat pendapatan bulanan yang berjumlah dalam lingkungan RM 1000 - RM 3000.
Seramai 8 orang daripada 15 responden yang telah memilih pendapatan sebulan ini.
Daripada 8 orang responden, terdapat 1 orang responden yang perbelanjaan sebulannya
adalah berjumlah sebanyak RM 2500.

Bagi responden yang perbelanjaan sebulannya sebanyak RM 2500 adalah seorang


perempuan yang berbangsa melayu dan berumur 30 tahun. Pekerjaan yang dipegang
olehnya adalah sektor kerajaan iaitu sebagai seorang pegawai di agensi kerajaan. Beliau
tidak perlu membayar kos pendidikan dan ini telah menunjukkan responden ini tidak
mempunyai anak. Jadi, responden ini telah berbelanja pendapatannya atas keperluan
sendirinya dan juga barang mewah seperti alat solek dan beg tangan berjenama untuk
memenuhi kehendaknya.

Jadual dan graf di atas menunjukkan empat kategori tingkat kos sara hidup isi
rumah di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah. Salah satu kategorinya adalah
pendapatan sebulan sebanyak RM 3000 - RM 5000. Daripada 15 orang responden yang
telah menjawab borang soal selidik, terdapat 4 orang responden yang telah menandakan
pendapatan sebulannya RM 3000 - RM 5000. Salah satu responden daripada 4 orang
responden yang memilih pendapatan sebulan RM 3000 - RM 5000, perbelanjaan sebulan
responden ini adalah sebanyak RM 1530.

Responden ini adalah seorang lelaki dan berbangsa melayu, umurnya adalah 39
tahun. Pekerjaan responden ini adalah sektor kerajaan iaitu sebagai seorang polis yang
berpangkat tinggi. Responden ini perlu berbelanja atas kos pendidikan anaknya dan kos
sara hidup keluarganya. Perbelanjaan sebulannya tidak banyak kerana responden ini
mengamalkan amalan berjimat cermat dan beliau tidak berboros atas barangan yang tidak
penting.

Sebanyak 15 orang responden telah menjawab soal selidik dan terdapat kategori
iaitu bagi pendapatan sebulan iaitu RM 3000 - RM 5000 dalam tingkat kos sara hidup isi
rumah di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah telah diisi oleh 4 orang responden.
Daripada 4 orang responden tersebut terdapat 1 orang responden perbelanjaan
bulanannya adalah sebanyak RM 2120.
Pekerjaan bagi responden ini adalah sektor swasta iaitu sebagai seorang pengurus
pemasaran di sebuah syarikat. Responden yang berumur 40 tahun ini mempunyai
pendapatan bulanan sebanyak RM 3000 - RM 5000 dan responden ini telah berbelanja
sebanyak RM 2120 untuk menampung kos isi rumahnya yang telah berkeluarga.
Responden ini perlu mengekalkan pendapatan yang baik dan banyak, hal ini demikian
kerana jika pendapatannya kurang daripada kos perbelanjaan yang harus dibayar,
responden ini akan mengalami kos sara hidup yang tinggi dan boleh menyebabkan taraf
hidupnya menjadi semakin rendah dan menurun.

Pendapatan sebulan iaitu RM 3000 - RM 5000 adalah salah satu kategori bagi
tingkat kos sara hidup isi rumah di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah. Berdasarkan
jadual dan graf di atas, daripada 15 orang responden didapati bahawa 4 orang responden
telah memilih pendapatan bulanan RM 3000 - RM 5000. Terdapat 1 orang responden
yang perbelanjaan sebulannya adalah sebanyak RM 2420.

Bagi responden ini umurnya adalah 28 tahun dan berbangsa india. Responden ini
merupakan seorang peguam yang bekerja di sebuah pejabat swasta. Responden ini hanya
perlu menanggung kos sara hidupnya kerana tidak mempunyai anak lagi. Beliau
berbelanja atas kehendaknya sendiri dengan jumlah yang besar untuk menikmati
kehidupan bujangnya.

Seterusnya, responden yang keempat pula, adalah seorang responden lelaki dan
berumur 40 tahun yang berbangsa cina. Responden ini bekerja di sektor swasta iaitu
sebagai seorang doktor di hospital swasta. Pendapatan sebulannya adalah lebih kurang
RM 3000 - RM 5000 tetapi perbelanjaan sebukannya adalah berjumlah sebanyak RM
3000. Hal ini dapat menunjukkan bahawa responden ini tidak mempunyai kos sara hidup
yang begitu tinggi untuk menampung keluarganya. Responden ini juga telah dibantu oleh
isterinya yang bekerja sebagai seorang jururawat di hospital swasta.

Daripada 15 orang responden yang telah mengisi borang soal selidik yang telah
diedarkan oleh pengkaji, terdapat 2 orang responden yang telah menjawab pendapatan
bulanan bagi kategori yang berpendapatan sebulan RM 5000 dan ke atas dalam tingkat
kos sara hidup isi rumah di Lagenda Heights, Sungai Petani.
Kedua-dua responden tersebut adalah lelaki, manakala bagi umur mereka adalah
44 tahun dan 40 tahun masing-masing. Pekerjaan kedua-dua responden ini adalah bekerja
di sektor swasta. Bagi responden yang berumur 44 tahun pekerjaannya adalah seorang
peniaga dan mempunyai sebuah syarikat bersama beberapa rakan kongsi. Manakala bagi
responden yang berumur 40 tahun pekerjaannya adalah seorang jurutera. Perbelanjaan
bulanan mereka adalah sebanyak RM 3170 dan RM 4050 masing-masing. Responden
yang berumur 44 dan 40 tahun telah mempunyai rumah tangga sendiri dan perlu
menanggung kos sara hidup keluarga mereka. Mereka juga mempunyai anak-anak yang
masih sedang belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah, jadi kos pendidikan juga
perlu ditanggung oleh kedua-dua responden tersebut.

Bagi responden yang berumur 44 tahun, terdapat 5 orang ahli keluarga termasuk
responden sendiri, hal ini dapat menunjukkan bahawa responden ini perlu berbelanja
lebih atas kos barang dan perkhidmatan keperluan harian mereka. Manakala, bagi
responden yang berumur 40 tahun, terdapat 8 orang ahli keluarga termasuk responden
tersebut dan hal ini juga dapat menunjukkan bahawa responden ini perlu menanggung
kos yang agak banyak untuk menyara ahli keluarganya yang anak-anak responden masih
bersekolah lagi.
5.2 Mengenal pasti komposisi utama perbelanjaan isi rumah di Lagenda Heights,
Sungai Petani, Kedah.

Jadual 2 : Komposisi utama perbelanjaan isi rumah di Lagenda Heights, Sungai Petani,
Kedah.

Elemen-elemen Keutamaan

1 2 3 4 5 6 7 8 -

Makanan dan 14 1 0 0 0 0 0 0 0
Minuman

Pakaian 0 5 4 2 3 0 1 0 0

Tempat Tinggal 0 2 7 4 1 0 0 0 1

Pendidikan 1 3 1 1 0 1 0 0 8

Kesihatan 0 0 1 0 1 3 8 2 0

Pengangkutan 0 1 0 5 4 3 1 0 1

Komunikasi 0 0 0 1 6 3 3 2 0

Lain-lain 0 3 2 2 0 4 0 1 3

Sumber : Borang Soal Selidik

Antara elemen kos sara hidup adalah makanan dan minuman, pakaian, tempat
tinggal, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, komunikasi dan lain-lain. Terdapat
susunan keutamaan yang menggunakan nilai 1 hingga 8. Contohnya, nilai 1 menunjukkan
peruntukan perbelanjaan paling tinggi bagi sesebuah isi rumah, manakala bagi nilai 8
pula menunjukkan peruntukan perbelanjaan paling rendah. Keutamaan yang dipilih oleh
15 orang responden ini adalah berdasarkan perbelanjaan bulanannya terhadap elemen-
elemen yang responden berasa penting untuk mereka dan sebagai elemen keperluan asas
ataupun kehendak responden.
Berdasarkan jadual di atas, makanan dan minuman adalah komposisi utama bagi
14 orang responden daripada 15 orang responden dan terdapat hanya seorang responden
memperuntukkan perbelanjaan yang kedua untuk makanan dan minuman. Secara purata
jumlah perbelanjaan 14 orang responden ini adalah antara RM 500 - RM 4050, hal ini
dapat menunjukkan bahawa mereka banyak berbelanja atas elemen makanan dan
minuman iaitu mereka belanja lebih kurang dalam RM 200 - RM 1500 dan yang
selebihnya berbelanja atas elemen yang kurang penting. 14 orang responden memilih
elemen ini sebagai keutamaan kerana makanan dan minuman merupakan keperluan asas
manusia. Makanan dan minuman membekalkan tenaga kepada manusia untuk melakukan
aktiviti harian dan juga membantu tumbesaran manusia. Terdapat juga sesetengah
responden menganggap makanan dan minuman sebagai kehendak mereka tetapi bukan
sahaja keperluan asas dengan sentiasa menikmati makanan yang sedap dan mahal di
restoran yang mewah dan ingin mencuba makanan yang baru serta istimewa.

Bagi seorang responden yang lain pula memperuntukkan perbelanjaan paling


tinggi dalam pendidikan dan berpendapat pendidikan lebih penting untuk dibelanjai
berbanding dengan makanan dan minuman. Hal ini demikian kerana responden tersebut
melanjutkan pelajaran di universiti swasta yang perlu membayar kos pendidikan yang
mahal. Kos sara hidup bagi responden ini adalah sebanyak RM 2170 dan jumlah
perbelanjaan atas elemen pendidikan adalah sebanyak RM 1000. Menurut temu bual yang
dibuat, pengkaji mendapati bahawa makanan dan minuman paling penting dalam semua
elemen kos sara hidup kerana elemen ini merupakan keperluan asas manusia dan jika
tidak memenuhi keperluan ini, mereka tidak dapat meneruskan hidupan mereka dan tidak
boleh melakukan sebarang aktiviti harian.

Selain itu, terdapat 5 orang responden yang memperuntukkan perbelanjaan yang


kedua ke atas elemen pakaian dan 10 orang responden memperuntukkan perbelanjaan
yang kedua ke atas elemen lain. Kos sara hidup bagi 5 orang responden ini adalah RM
500 - RM 2420 dan jumlah perbelanjaan atas elemen pakaian adalah sebanyak RM 100 -
RM 550. Hal ini demikian kerana pakaian dapat melindungi badan manusia yang bogel
daripada keterlaluan cuaca, ciri-ciri persekitaran yang lain serta atas alasan keselamatan.
Bagi responden tersebut, pakaian yang baik dan kemas juga boleh menimbulkan
pandangan positif dari orang-orang yang berada di sekitarnya.

Untuk responden yang lain, mereka memperuntukkan perbelanjaan yang kedua


bagi elemen-elemen seperti tempat tinggal, pendidikan, pengangkutan dan lain-lain
kerana mereka berasa tidak perlu berbelanja begitu banyak dalam elemen pakaian untuk
memenuhi kehendak yang tidak terbatas dan sepatutnya berbelanja bagi memenuhi
keperluan asas. Jumlah kos sara hidup bagi setiap isi rumah 10 orang responden tersebut
adalah antara RM 760 - RM 4050 dan mereka berbelanja sebanyak RM 150 - RM 700
atas elemen-elemen yang lain sebagai keutamaan yang kedua. Menurut temu bual yang
dibuat oleh pengkaji, pakaian adalah keutamaan yang kedua kerana pakaian mempunyai
banyak kegunaan kepada manusia. Pakaian bukan sahaja merupakan pelindung tubuh
manusia tetapi juga dapat menunjukkan simbol status manusia dan sebagai perhiasan
manusia.

Di samping itu, 7 orang responden telah memperuntukkan perbelanjaan yang


ketiga ke atas elemen tempat tinggal dan 8 orang responden lain memperuntukkan
perbelanjaan yang ketiga ke atas elemen lain seperti pendidikan, kesihatan, pakaian dan
lain-lain. Tempat tinggal menjadi keperluan asas yang utama kepada setiap keluarga.
Kepentingan tempat tinggal adalah memberikan perlindungan kepada manusia daripada
ancaman buruk dan juga memberikan ruang keselesaan kepada manusia untuk rehat. Kos
sara hidup bagi 7 orang responden ini adalah antara RM 760 - RM 3170 dan jumlah
perbelanjaan bulanan atas elemen ini adalah sebanyak RM 180 - RM 400.

Menurut temu bual, pengkaji mendapati bahawa responden ini banyak


menghabiskan perbelanjaan bulanan mereka ke atas elemen tempat tinggal untuk
membayar ansuran rumah dan bil elektrik serta air. Untuk 8 orang responden yang telah
memilih elemen lain sebagai keutamaan ketiga, jumlah kos sara hidup bagi setiap isi
rumah responden tersebut adalah RM 500 - RM 4050. Perbelanjaan bulanan ke atas
elemen yang telah mereka pilih adalah dalam lingkungan RM 80 - RM 500. Bagi mereka,
tempat tinggal dianggap sebagai elemen yang tidak begitu penting dan hanya merupakan
tempat tidur sahaja dan tidak perlu memilih rumah yang mahal.
Tambahan pula, terdapat 5 orang responden memperuntukkan perbelanjaan yang
keempat untuk pengangkutan dan 10 orang responden memilih elemen lain. Secara purata
jumlah perbelanjaan atas elemen ini adalah RM 60 - RM 350 dan kos sara hidup bagi 5
orang responden ini adalah sebanyak RM 500 - RM 3170. Responden ini mempunyai
kenderaan sendiri iaitu motosikal dan kereta. Mereka menggunakan kenderaan sendiri
untuk pergi ke tempat kerja dan tempat lain. Hal ini dapat menunjukkan bahawa mereka
perlu menanggung kos minyak petrol ke atas kenderaan mereka. Bagi 10 orang
responden lain pula, memperuntukkan perbelanjaan untuk elemen seperti pakaian, tempat
tinggal, pendidikan dan komunikasi sebagai keutamaan yang keempat. Jumlah
perbelanjaan ke atas elemen tersebut adalah antara RM 75 - RM 450.

Menurut temu bual yang telah dijalankan oleh pengkaji, elemen pengangkutan
adalah keperluan penting untuk menjalankan kegiatan harian. Pengangkutan
membolehkan manusia menuju ke setempat yang jauh atau dekat dengan lebih cepat
berbanding dengan berjalan kaki dan boleh tiba destinasi dalam masa yang singkat. Jadi,
kos minyak petrol amat perlu dikeluarkan untuk kenderaan yang digunakan setiap hari.

Seterusnya, 6 orang responden telah memperuntukkan perbelanjaan yang kelima


atas komunikasi dan 9 orang responden yang lain pula memperuntukkan perbelanjaan
untuk elemen tempat tinggal, kesihatan, pengangkutan dan pakaian. Jumlah wang yang
telah dibelanjakan oleh 6 orang responden dalam elemen komunikasi adalah antara RM
25 - RM 220. Dalam data ini, kita dapat mengetahui, elemen komunikasi tidak penting
seperti keperluan asas. Menurut temu bual yang telah dibuat, mereka merasakan elemen
komunikasi tidak memakan wang yang banyak dan hanya diperlukan apabila ingin
menghubungi orang lain. Oleh itu, banyak responden tidak memilih elemen ini sebagai
keutamaan yang kelima mereka, sebaliknya memilih tempat tinggal ataupun pakaian.

Bagi 9 responden yang memperuntukkan perbelanjaan yang kelima untuk elemen


lain, mereka telah berbelanja sebanyak RM 60 - RM 400 dalam elemen yang mereka
pilih. Hal ini kerana mereka lebih mementingkan keperluan asas seperti tempat tinggal,
pakaian dan pengangkutan yang sangat diperlukan untuk menjalankan kegiatan harian
daripada barang-barang lain yang mereka rasa tidak memerlukan. Seorang daripada 9
orang responden tersebut memilih elemen kesihatan kerana ingin menjaga kesihatan agar
dapat melakukan sebarang aktiviti yang ingin.

Keutamaan keenam ialah elemen lain-lain yang terdapat 4 orang responden telah
memilihnya dan yang lain iaitu sebanyak 11 orang responden memilih elemen yang lain.
Bagi 4 responden tersebut, mereka berbelanja ke atas elemen lain-lain adalah antara RM
50 - RM 250 daripada jumlah kos sara hidup sebanyak RM 760 - RM 4050. Elemen ini
terdapat hanya sedikit responden sahaja yang memilih kerana bukan keperluan asas.
Contoh barang elemen ini ialah barang mewah, insurans dan aksesori. Hal ini dapat
menunjukkan bahawa 4 orang responden tersebut tidak lebih berbelanja atas barang-
barang yang hanya memenuhi kehendak sahaja.

Sebahagian daripada 11 orang responden yang lain pula meletakkan elemen lain-
lain ini sebagai keutamaan yang kedua, ketiga, keempat dan kelapan. Bagi yang
sebahagian lagi pula tidak memilih kerana tidak berbelanja ke atas barangan yang tidak
patut dihabiskan wang. Contohnya membeli barang-barang yang mewah atau aksesori
seperti rantai, gelang tangan, cincin dan sebagainya yang tidak penting dan tidak
diperlukan.

Justeru, elemen kesihatan adalah komposisi yang ketujuh bagi 8 orang responden
yang telah memilih. Terdapat 7 orang responden memperuntukkan perbelanjaan yang
ketujuh ke atas elemen-elemen lain seperti pakaian, pengangkutan dan komunikasi. Kos
sara hidup bagi 8 orang responden tersebut atas elemen kesihatan adalah RM 20 - RM
170 daripada jumlah perbelanjaan bulanan RM 760 - RM 3170. Walaupun kesihatan
adalah penting kepada manusia tetapi 8 responden tersebut merupakan orang yang segak
dan tidak sentiasa sakit. Jika ada juga merupakan sakit kecil atau cedera ringan yang
tidak memakan kos yang mahal. Jadi, mereka memilih elemen ini sebagai keutamaan
ketujuh yang kurang penting.

Menurut temu bual yang telah dilakukan oleh pengkaji, bagi 7 orang responden
yang memilih elemen lain sebagai komposisi ketujuh, mereka lebih mementingkan
elemen kesihatan. Hal ini kerana mereka menjangkit sesuatu penyakit dalam jangka masa
panjang dan perlu sentiasa berbelanja atas elemen ini untuk menerima rawatan yang
formal. Ada yang juga merupakan orang tua yang perlu menjaga kesihatan dengan
berwaspada, jadi mereka perlu membeli produk penjagaan kesihatan untuk memastikan
kesihatan mereka. Elemen-elemen lain yang telah dipilih oleh 7 orang responden ini dan
telah dibelanjakan sebanyak RM 50 - RM 200 daripada jumlah kos sara hidup sebanyak
RM 500 - RM 4050.

Selanjutnya, keutamaan yang terakhir iaitu elemen pendidikan terdapat 7 orang


responden telah memilihnya sebagai keutamaan ketiga hingga kelapan dan yang lain iaitu
sebanyak 8 orang responden tidak mengambil elemen ini sebagai komposisi perbelanjaan
bulanan mereka. Bagi 7 responden tersebut, mereka berbelanja ke atas elemen pendidikan
adalah antara RM 50 - RM 1000 daripada jumlah kos sara hidup sebanyak RM 1200 -
RM 4050. Elemen ini terdapat hanya sikit responden sahaja memilih kerana dalam 15
orang responden ini sesetengah responden sahaja yang perlu menanggung kos pendidikan
anak-anak mereka sendiri atau mereka sendiri dan bagi yang lain pula adanya yang telah
bekerja atau tidak perlu menanggung kos pendidikan anak mereka lagi.

Terdapat juga yang mendapat biasiswa daripada kerajaan dan hal ini responden
tidak perlu menanggung kos pendidikan anaknya dengan perlu berbelanja sejumlah wang
untuk elemen pendidikan. Menurut temu bual, pengkaji didapati bagi responden yang
tidak menanggung kos pendidikan, mereka dapat mengutamakan elemen lain yang
diperlukan oleh mereka.

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan 1 orang responden tidak


memperuntukkan perbelanjaan ke atas elemen tempat tinggal, 8 orang orang tidak
memperuntukkan perbelanjaan ke atas elemen pendidikan, 1 orang responden pula tidak
memperuntukkan perbelanjaan ke atas elemen pengangkutan dan 3 orang responden tidak
memperuntukkan perbelanjaan ke atas elemen lain-lain. Hal ini demikian kerana,
responden yang tidak memperuntukkan perbelanjaan ke atas elemen tempat tinggal ini
kerana dia masih tinggal bersama dengan ibu bapanya dan kos tempat tinggal ditanggung
oleh mereka. Kos sara hidup responden ini adalah sebanyak RM 500. Seterusnya, bagi 8
orang responden yang lain pula kerana mereka belum ada anak atau tiada anak yang
masih bersekolah dan semuanya telah bekerja. Hal ini menunjukkan 8 orang responden
ini tidak perlu menanggung kos pendidikan dan tidak perlu berbelanja ke atas elemen
pendidikan.

Selain itu, 1 orang responden yang tidak memperuntukkan perbelanjaan atas


elemen pengangkutan kerana tinggal berdekatan dengan kedainya, jadi beliau tidak perlu
menggunakan pengangkutan untuk pergi ke tempat kerjanya. Bagi 3 orang responden lagi
yang tidak memperuntukkan perbelanjaan ke atas elemen lain- lain, mereka merasakan
berbelanja atas elemen lain-lain ini adalah pembaziran kerana hanya untuk memenuhi
kehendak mereka sendiri sahaja dan bukan untuk keperluan asas atau harian yang sangat
diperlukan oleh orang ramai. Oleh itu, bagi semua responden yang telah dinyatakan ini
mereka tidak begitu mementingkan elemen yang mereka tidak meletakkan keutamaan
kerana mereka lebih memilih elemen-elemen yang memberi banyak kebaikan kepada
mereka.

Anda mungkin juga menyukai