Anda di halaman 1dari 3

KERJA KURSUS EKONOMI

STPM 2018

Tema : Kos Sara Hidup Di Kawasan Anda


Tajuk : Kos Sara Hidup Di Kawasan Lagenda Heights,
Sungai Petani

Lokasi : Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Objektif :
1. Menganalisis tingkat kos sara hidup purata isi
rumah di kawasan Lagenda Heights.

2. Mengenal pasti komposisi utama perbelanjaan isi


rumah di kawasan Lagenda Heights.
1.0 LATAR BELAKANG

Peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup
menghimpit masyarakat pada hari ini. Menurut Dr. Mohamad Fazli Sabri, Ketua
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia (UPM), kadar inflasi dijangka sekitar 3.2 peratus bagi 2014
dan peningkatan gaji tahunan rakyat Malaysia hanya dua hingga tiga peratus ini
menyebabkan kebanyakan pendapatan boleh guna dibelanjakan ke atas keperluan asas.
Majoriti pendapatan digunakan untuk bayaran ansuran seperti perumahan, kenderaan
dan pendidikan.1

Apabila Malaysia dibandingkan dengan negara yang lain, negara kita sering kali
dilihat sebagai sebuah negara yang mempunyai kos sara hidup yang rendah. Walau
bagaimanapun, kos sara hidup untuk penduduk tempatan terus meningkat setiap tahun.
Bagi mengelakkan rakyat terus terbeban dengan kos sara hidup dikatakan semakin
meningkat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) akan giat menerangkan konsep asas ekonomi serta pengurusan kewangan
diri di seluruh negara.

Terdapat beberapa inisiatif semasa untuk menangani masalah kos sara hidup.
Antara inisiatif semasa untuk menangani masalah kos sara hidup termasuklah
masyarakat mengubah cara hidup. Kehidupan perlu diubah mengikut kesesuaian
keadaan semasa yang serba mahal. Mengubah gaya hidup perlulah disiplin diri untuk
mengubah kadar perbelanjaan bersesuaian dengan kemampuan dan keperluan hidup.

Inisiatif semasa untuk menangani masalah kos sara hidup yang seterusnya
termasuklah perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat. Sikap berjimat cermat
hendaklah diamalkan dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat. Nafsu
perbelanjaan yang boros mesti dilawan untuk mengamalkan amalan berjimat cermat
dengan menguruskan perbelanjaan yang berhemah dan bijaksana. Wang hendaklah
diurus dengan baik dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan sebaiknya
menukar simpanan wang kepada mata wang yang lebih kukuh atau aset yang lebih
kukuh seperti emas.

1
Syamilah Zulkifli “Kos sara hidup tinggi punca kurang kuasa beli” dlm. Sinar Harian,
8 Disember 2014.
Peta di atas menunjukkan lokasi kajian iaitu Lagenda Heights. Kawasan
Lagenda Heights merupakan kawasan strategik untuk perniagaan dan terdapat pelbagai
kemudahan yang penting seperti pasar raya, sekolah, pejabat polis, bank, pusat beli-
belah, klinik, restoran, hotel, kedai buku dan lain-lain. Pasaraya Tesco yang terdapat di
sini telah memudahkan penduduk Lagenda Heights untuk mendapat barang keperluan.
Selain itu, Pusat beli-belah Village Mall terdapat banyak kemudahan yang menarik
orang ramai untuk berbelanja di sini. Restoran yang banyak dan berbilang jenis telah
memberi banyak pilihan kepada pengguna. Beberapa klinik dan bank juga dibina di
Lagenda Heights untuk keperluan penduduk. Bilangan penduduk kawasan Lagenda
Heights ialah lebih kurang 8 ribu orang. Pekerjaan penduduk kawasan ini ialah guru,
polis, peniaga, doktor, tukang masak dan lain-lain.

Menurut artikel ‘Kos Sara Hidup’ yang dihasilkan oleh Julizah Sabstu, kos sara
hidup adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah bukan sahaja untuk
memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal tetapi juga
keperluan-keperluan lain untuk keselesaan hidup termasuk kos pendidikan dan kos
kenderaan untuk kegunaan harian. Menurut kepada Buku Teks Ekonomi Penggal 3
Edisis Kedua daripada Syarikat Oxford Fajar, kos sara hidup merupakan pengiraan kos
yang terpaksa ditanggung oleh seseorang atau sebuah keluarga (jika telah berkeluarga)
untuk menjalani kehidupan harian.

Anda mungkin juga menyukai