Anda di halaman 1dari 2

6.

0 CADANGAN

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji terdapat 15 orang responden yang telah
menjawab borang soal selidik yang telah diberi oleh pengkaji dan juga telah menemu
bual beberapa orang responden. Pengkaji telah mendapati bahawa masalah yang dihadapi
oleh sesetengah orang responden ini adalah kurang pengetahuan urus kewangan. Oleh itu
pengkaji telah mencadangkan untuk mengadakan kempen pengurusan kewangan di
kawasan Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah.

Kempen pengurusan kewangan ini diadakan untuk mengajar penduduk tentang


cara menguruskan wang dengan bijak dan sistematik. Kempen ini boleh menawarkan
cara-cara untuk menabung supaya wang yang berlebihan dapat dijadikan sebagai
simpanan untuk kegunaan apabila berlakunya kecemasan. Sikap berjimat cermat perlu
diamalkan oleh penduduk dengan tidak berbelanja terlalu banyak wang ke atas barang
mewah atau barang kehendak. Kempen ini juga boleh mengajar penduduk untuk
membuat pelaburan yang bijak dalam jangka panjang. Dengan cadangan ini, responden di
Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah dapat menguruskan belanjawan mereka dengan
betul dan bijaksana.

Selain itu, cadangan kedua yang ingin dicadangkan oleh pengkaji untuk
membantu responden di kawasan Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah adalah kerajaan
perlu meningkatkan subsidi dan mengurangkan cukai untuk mengatasi masalah kos sara
hidup yang tinggi di kalangan penduduk Lagenda Heights. Kos sara hidup yang tinggi
telah menyebabkan taraf hidup penduduk menjadi semakin rendah. Cadangan ini
dijalankan agar dapat meringankan beban penduduk.

Kerajaan boleh memberi subsidi dalam barang keperluan seperti gula dan minyak
petrol serta mengurangkan cukai pendapatan individu. Apabila kerajaan melaksanakan
cadangan ini, kos sara hidup penduduk akan menjadi rendah dan taraf hidup juga akan
ditingkatkan lagi. Hal ini juga dapat membantu penduduk untuk memenuhi keperluan
asas yang sepatutnya dengan mencukupi dan masih boleh berbelanja ke atas barang
kehendak. Dengan cadangan ini, responden di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah
boleh menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.

Anda mungkin juga menyukai