Anda di halaman 1dari 7

POLA PERBANDINGAN

ALIRAN MASUK PELABURAN LANGSUNG


ASING (FDI) KE NEGARA TERPILIH ANTARA
TAHUN 2007 DENGAN TAHUN 2008
PENGENALAN

Jadual menunjukkan aliran masuk Pelaburan


Langsung Asing (FDI) ke negara terpilih
antara tahun 2007 dengan tahun 2008.
ISI 1
Negara yang mencatatkan nilai aliran masuk Pelaburan
Langsung Asing (FDI) yang paling tinggi antara tahun 2007
dengan tahun 2008 ialah negara Kesatuan Eropah. Pada
tahun 2007, nilai aliran masuk Pelaburan Langsung Asing
(FDI) negara Kesatuan Eropah ialah paling tinggi dengan
berjumlah 899.6 berbanding dengan negara yang lain.
Seterusnya pada tahun 2008 pula, negara Kesatuan Eropah
juga mencatatkan nilai aliran masuk Pelaburan Langsung
Asing (FDI) yang paling tinggi iaitu berjumlah 518.3
berbanding dengan negara yang lain.
ISI 2
Selain itu, negara yang mencatatkan nilai aliran masuk
Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang paling sedikit pada
tahun 2007 ialah negara Vietnam dan pada tahun 2008 ialah
negara Indonesia. Pada tahun 2007, nilai aliran masuk
Pelaburan Langsung Asing (FDI) negara Vietnam
menunjukkan nilai paling sedikit iaitu hanya berjumlah 6.7
berbanding dengan negara yang lain. Manakala pada tahun
2008 pula, negara Indonesia mencatatkan nilai aliran masuk
Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang paling sedikit iaitu
hanya berjumlah 7.9.
ISI 3
Antara langkah yang dapat diambil oleh sesebuah negara untuk
meningkatkan FDI ke negara tersebut adalah dengan mempunyai
persediaan dari segi sumber tenaga kerja. Sesebuah negara perlu
mempunyai tenaga kerja yang mencukupi. Hal ini demikian kerana
tanpa tenaga kerja yang mencukupi, proses pengeluaran, daya
produktiviti dan keupayaan pelaburan akan terganggu. Oleh itu,
langkah untuk mengupah pekerja asing perlulah diambil sekiranya
sumber tidak mencukupi. Latihan dan pendidikan perlu diberikan
kepada pekerja asing untuk menekankan kemahiran dan kepakaran
yang sedia ada. Selain itu, kos sumber tenaga juga harus dikawal
supaya tidak terlalu tinggi.
ISI 4
Langkah yang seterusnya ialah dengan melakukan
promosi rombongan perdagangan. Dalam hal ini, sesebuah
negara harus menghantar rombongan penggalak pelaburan
untuk melakukan promosi. Promosi rombongan
perdagangan boleh dilakukan dalam bentuk misi
perdagangan, melalui ekspo dan pameran serta seminar.
Melalui kaedah ini, sesebuah negara dapat
mempromosikan kelebihan dan manfaat pelaburan dalam
negara.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sesebuah negara haruslah
sentiasa menggalakkan kemasukan Pelaburan
Langsung Asing (FDI) kerana ia merupakan faktor
yang amat penting untuk meningkatkan
pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, semua pihak
perlulah melaksanakan tanggungjawab masing-
masing dalam menjadikan negara sebagai
sebuah destinasi yang menarik untuk FDI.

Anda mungkin juga menyukai