Anda di halaman 1dari 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca semangat kejiranan

semakin luntur dan kesannya.Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Hubungan baik sesama jiran mesti
dijaga bagi membina kehidupan yang harmoni, menjamin keselamatan berkekalan dan memupuk semangat
bersatu padu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat
rapat, bak kata peribahasa Melayu hidup sandar-menyandar 'seperti aur dengan tebing'. Kini, hubungan sesama
jiran semakin renggang walaupun pada hakikatnya rumah mereka sangat dekat. Punca utama yang sering
dijadikan alasan yang membatasi pergaulan dan kelunturan semangat kejiranan ialah tuntutan hidup yang
serba mencabar di kawasan bandar.
Ada jiran tetangga yang saling tidak mengenali, malah tidak pernah bertegur sapa. Setiap
anggota masyarakat asyik sibuk dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing sehingga mereka tidak dapat
meluangkan masa dengan jiran kerana masing-masing mengambil sikap tidak mempedulikan antara satu sama
lain. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga terpaksa
keluar sebelum matahari terbit dan pulang pada lewat malam. Selain itu, kos sara hidup yang tinggi serta
tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka
keletihan dan kesuntukan masa untuk bergaul atau bertegur sapa sesama jiran.
Fenomena tersebut bertambah parah dengan proses urbanisasi yang menyebabkan masyarakat lebih
bersikap individualistik atau tidak mahu mengambil tahu hal orang lain. Sikap individualistik dan sibuk
dengan hal sendiri hanya akan menyebabkan ikatan masyarakat menjadi longgar. Perubahan sikap ini telah
menghilangkan semangat kekitaan yang selama ini menebal dalam kalangan masyarakat. Tambahan
pula, keadaan masyarakat di bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa telah menyukarkan
mereka berinteraksi dengan lebih mesra dan dekat. Ada pula dalam kalangan mereka yang bersifat merendah
diri dan memang tidak suka bergaul dengan orang lain kerana perbezaan pangkat dan latar belakang
sosioekonomi. Orang yang berpangkat tinggi mungkin tidak selesa bergaul dengan jiran yang berpangkat
rendah. Ada pula yang bersifat dengki, benci- membenci dan berpaling muka sesama jiran menyebabkan
semangat kejiranan semakin jauh.
Faktor teknologi maklumat dan komunikasi turut menyebabkan masyarakat hari ini kurang
menghiraukan semangat kejiranan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan perkembangan teknologi
maklumat yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dengan anggota masyarakat yang
lain. Dengan penggunaan telefon, faksimile dan Internet, masyarakat kita seolah-olah tidak perlu bertemu
secara bersemuka untuk berhubung. Tambahan pula, struktur dan reka bentuk perumahan moden juga
menyulitkan hubungan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan
pangsapuri moden dibina dengan tembok dan pagar yang tinggi serta halangan daripada kawalan pengawal
keselamatan berbayar. Sesetengah anggota masyarakat pula bersikap materialistik. Mereka kurang membuat
kebajikan sesama iran dan tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang dapat merapatkan
hubungan silaturahim antara jiran. Mereka lebih mengutamakan pembangunan material daripada
pembangunan kerohanian kerana menganggap perkara itu tidak mendatangkan sebarangan keuntungan.

Dipetik dan diubah suai daripada

'Kemerosotan Nilai Kejiranan'
oleh Samat Buang,
( Dewan Siswa, Mac 2016
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata membatasi pergaulan. [2 markah]

Membatasi pergaulan bermaksud mengehadkan/ menyekat hubungan persaudaraan sesama jiran.

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kepentingan menjaga hubungan baik sesama jiran.
Apakah kepentingan-kepentingan tersebut.? [3 markah]

Kepentingan menjaga hubungan baik sesama jiran ialah:

- membina kehidupan yang harmoni,
- menjamin keselamatan berkekalan,
- memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum

(iii) Semangat kejiranan tidak akan berkembang dengan hanya bersembang pendek.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengenali jiran kita dengan lebih mendalam? [4markah]

Pada pendapat saya, cara mengenali jiran secara mendalam ialah:

- menghadiri undangan jiran ke rumahnya atau majlis tertentu seperti kenduri kahwin atau majlis hari
jadi,
- melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong,
- membantu jiran pada masa yang diperlukan,
- menghulurkan bantuan dalam majlis kenduri,
- menziarahi jiran ,
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca semangat kejiranan
semakin luntur dan kesannya.Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Hubungan baik sesama jiran mesti
dijaga bagi membina kehidupan yang harmoni, menjamin keselamatan berkekalan dan memupuk semangat
bersatu padu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat
rapat, bak kata peribahasa Melayu hidup sandar-menyandar 'seperti aur dengan tebing'. Kini, hubungan sesama
jiran semakin renggang walaupun pada hakikatnya rumah mereka sangat dekat. Punca utama yang sering
dijadikan alasan yang membatasi pergaulan dan kelunturan semangat kejiranan ialah tuntutan hidup yang
serba mencabar di kawasan bandar.
Ada jiran tetangga yang saling tidak mengenali, malah tidak pernah bertegur sapa. Setiap
anggota masyarakat asyik sibuk dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing sehingga mereka tidak dapat
meluangkan masa dengan jiran kerana masing-masing mengambil sikap tidak mempedulikan antara satu sama
lain. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga terpaksa
keluar sebelum matahari terbit dan pulang pada lewat malam. Selain itu, kos sara hidup yang tinggi serta
tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka
keletihan dan kesuntukan masa untuk bergaul atau bertegur sapa sesama jiran.
Fenomena tersebut bertambah parah dengan proses urbanisasi yang menyebabkan masyarakat lebih
bersikap individualistik atau tidak mahu mengambil tahu hal orang lain. Sikap individualistik dan sibuk
dengan hal sendiri hanya akan menyebabkan ikatan masyarakat menjadi longgar. Perubahan sikap ini telah
menghilangkan semangat kekitaan yang selama ini menebal dalam kalangan masyarakat. Tambahan
pula, keadaan masyarakat di bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa telah menyukarkan
mereka berinteraksi dengan lebih mesra dan dekat. Ada pula dalam kalangan mereka yang bersifat merendah
diri dan memang tidak suka bergaul dengan orang lain kerana perbezaan pangkat dan latar belakang
sosioekonomi. Orang yang berpangkat tinggi mungkin tidak selesa bergaul dengan jiran yang berpangkat
rendah. Ada pula yang bersifat dengki, benci- membenci dan berpaling muka sesama jiran menyebabkan
semangat kejiranan semakin jauh.
Faktor teknologi maklumat dan komunikasi turut menyebabkan masyarakat hari ini kurang
menghiraukan semangat kejiranan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan perkembangan teknologi
maklumat yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dengan anggota masyarakat yang
lain. Dengan penggunaan telefon, faksimile dan Internet, masyarakat kita seolah-olah tidak perlu bertemu
secara bersemuka untuk berhubung. Tambahan pula, struktur dan reka bentuk perumahan moden juga
menyulitkan hubungan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan
pangsapuri moden dibina dengan tembok dan pagar yang tinggi serta halangan daripada kawalan pengawal
keselamatan berbayar. Sesetengah anggota masyarakat pula bersikap materialistik. Mereka kurang membuat
kebajikan sesama iran dan tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang dapat merapatkan
hubungan silaturahim antara jiran. Mereka lebih mengutamakan pembangunan material daripada
pembangunan kerohanian kerana menganggap perkara itu tidak mendatangkan sebarangan keuntungan.

Dipetik dan diubah suai daripada

'Kemerosotan Nilai Kejiranan'
oleh Samat Buang,
( Dewan Siswa, Mac 2016
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata membatasi pergaulan. [2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kepentingan menjaga hubungan baik sesama jiran.
Apakah kepentingan-kepentingan tersebut.? [3 markah]

(iii) Semangat kejiranan tidak akan berkembang dengan hanya bersembang pendek.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengenali jiran kita dengan lebih mendalam? [4markah]

_______________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai