Anda di halaman 1dari 4

Perayaan Duan Wu Jie yang mempunyai sejarahnya dalam mengeratkan hubungan

antara kaum Cina sendiri apabila mereka bertukar-tukar ketupat Cina atau "zongzi"
dalam bahasa Mandarin sebagai buah tangan semasa perayaan itu. Selain
berkongsi "zongzi" dengan cita rasa berlainan ada juga aktiviti kunjung
mengunjung.

Hari Ketupat, Pesta Chang atau Perayaan Duan Wu Jie selari dengan Pesta Perahu
Naga jatuh pada 23 Jun tahun ini. Menjelang perayaan itu, masyarakat Cina mula
sibuk membeli bahan-bahan untuk membuat ketupat Cina.

Menurut ibu saya, Ng Kim Lan, semua bahan seperti daun buluh, beras pulut, buah
belangan kering, kacang merah cendawan kering, udang kering, ayam atau daging
dan telur itik perlu dibeli awal terutamanya daun buluh yang selalu kehabisan stok.

Menurut kalendar Cina pada 5 haribulan 5 maka orang Cina akan membuat ketupat
Cina menurut cara masing-masing mengikut etniknya yang tersendiri. Perbezaaan
ketupat masyarakat Cina, adalah ada yang pulutnya dimasak dengan kicap terlebih
dahulu (etnik Hokkien) dan ada ketupat Cina yang berwarna putih tidak
menggunakan kicap langsung (etnik Kantonis).

Etnik Hakka pula menggunakan tepung pulut bukan beras pulut dengan inti yang
berlainan seperti udang kering, lobak putih kering, bawang merah dan cendawan.
Ada pula yang membuat ketupat kosong yang dipanggil "kee chang" hanya dimakan
dengan kaya atau gula merah yang dimasak. Warnanya, bentuknya (panjang,
segitiga dan segi empat), bahan-bahannya dan resipinya adalah berdasarkan etnik
yang masing-masing.

Kita bukan berkongsi resipi di sini tetapi melihat kepada perbezaan ketupat Cina
mengikut etnik tersendiri dengan menyingkap pengajaran yang boleh dijadikan
iktibar daripada sejarahnya. Mengapa setiap tahun masyarakat Cina akan
merayakan Pesta Perahu Naga dan Perayaan Duan Wu Jie dan ada pula upacara
sembahyang?

Kisah legendanya bermula pada tahun 403 Sebelum Masihi dan berakhir pada
tahun 221 Sebelum Masihi. Pada zaman itu, China dipecahbelahkan menjadi tujuh
negeri yang saling berperang, termasuk negeri Qi, Chu, Yan, Han, Zhao, Wei dan
Qin. Qin adalah negeri yang sering menyerang wilayah-wilayah lain.

Qu Yuan seorang keturunan bangsawan dan seorang menteri kanan negeri Chu
yang setia, taat dan bijaksana dalam mengatur strategi dan taktik dalam
mempertahankan negeri Chu. Salah satu strateginya adalah bersekutu dengan
wilayah Qi. Kebijaksanaan Qu Yuan yang tiada taranya dengan karya-karya puisi
patriotik menyebabkan menteri-menteri lain iri hati dan menyebabkan Raja Chu
Huai menitahkan Qu Yuan terus dibuang negeri.

Qu Yuan berkali-kali menulis karya-karya tentang kerisauannya dan menulis surat


kepada Raja Qingxiang yang merupakan anak sulung yang menggantikan Raja Chu
Huai tetapi tidak mendapat balasan. Kesetiaan Qu Yuan terhadap negeri Chu tidak
pernah padam walaupun telah dibuang negeri.

Qu Yuan kembali ke Chu apabila mengetahui Raja Qin mengundang Raja Chu Huai
untuk berunding, sebenarnya adalah satu komplot untuk menjatuhkan Chu. Qu Yuan
menasihati Raja Chu Huai tetapi kesetiaan Qu Yuan masih tetap disalahertikan.
Akibat hasutan orang lain, sekali lagi Qu Yuan penjarakan.

Sebaik-baik sahaja Raja Chu Huai tiba di ibu kota Negeri Qin, baginda terus
ditangkap, lalu dipenjarakan dan akhirnya mangkat di negeri Qin. Setelah Raja Chu
Huai meninggal dunia, anak sulungnya iaitu Putera Qin Xiang naik takhta,
sedangkan Putera Zi Lian menjadi bendahara.

Qu Yuan sekali lagi menjadi korban komplotan penentangnya yang sering


memfitnahnya di depan Raja Qin Xiang. Qu Yuan sekali lagi diusir keluar dari
negerinya. Sepanjang tempoh pengusirannya, beliau menulis banyak puisi untuk
menyatakan perhatian dan kebimbangannya terhadap negeri dan rakyatnya.

Pada tahun 278 sebelum Masihi, tentera Qin berjaya menduduki Ying, ibu kota
Negeri Chu. Melihat negerinya di ambang kehancuran, Qu Yuan agak kesal kerana
tidak mampu menyelamatkan negeri Chu. Akhirnya, pada kalendar Cina pada 5
haribulan 5, dengan rasa kecewa dan putus asas Qu Yuan bunuh diri dengan
memeluk batu besar lalu terjun ke Sungai Miluo. Ini tercatat dalam buku sejarah Shi
Ji.

Lalu menurut legenda, rakyat Chu yang amat sedih kemudian mencari-cari jasad Qu
Yuan dengan mendayung sampan. Sehari demi sehari, jasadnya masih belum
ditemui. Mereka memukul gendang dan melemparkan ketupat ke dalam sungai agar
ikan dan udang tidak mengganggu jasad Qu Yuan. Kemudian untuk menghindari
makanan tersebut dimakan oleh naga dalam sungai, maka mereka
membungkusnya dengan daun-daun buluh.

Penduduk-penduduk Chu pula membalingkan "zongzi" ke dalam sungai dengan


harapan ikan dan udang yang kekenyangan memakan "zongzi" tidak akan
mengganggu mayat Qu Yuan. Makan "zongzi" dan pertandingan mengayuh perahu
naga merupakan aktiviti-aktiviti yang diadakan untuk memperingati Qu Yuan.

Pertandingan mengayuh perahu naga sekarang menjadi satu pertandingan


antarabangsa yang disertai oleh banyak negara. Menurut Makcik Ah Hooi, perayaan
perahu ini sudah lama diamalkan sebelum kelahiran Qu Yuan lagi. Pesta Perahu
Naga ini dapat untuk mengurangkan bisa reptilia yang mula aktif pada bulan lima
iaitu bulan berbisa dan hari kelima mengikut kalendar Cina ialah hari terburuk.

Maka, orang Cina mengadakan Pesta Perahu Naga untuk mengurangkan kesan
buruk hari itu. Demikianlah asal usul diadakannya perlumbaan perahu naga pada
Perayaan Duan Wu Jie.

Di sebalik, legenda Perayaan Duan Wu Jie, kita perlu muhasabah diri dan buangkan
perasaan hasad dengki sesama manusia serta jangan ada sifat cemburu apabila
melihat kejayaan orang lain. Dengan kata lain, jangan menjatuhkan hukuman
kepada seseorang tanpa usul periksa dan hanya mendengar dari satu pihak sahaja.

Kebijaksanaan individu yang boleh membangunkan organisasi perlu diketengahkan


dan jangan ada sifat buruk berprasangka antara kita. Hasutan dan fitnah kepada
individu yang setia ini akhirnya menyebabkan banyak kerugian dan kekesalan.
Nilailah seseorang itu bukan sahaja dengan pandangan mata kasar tetapi dengan
mata hati. Hargai individu-individu yang setia dan bijaksana di luar sana.

Daripada Pesta Perahu Naga tersebut, ia memberikan kesedaran kepada kita


bahawa kita harus mengambil langkah bijak untuk mengelakkan sesuatu situasi
atau keadaan bahaya yang kita sedia maklum. Kita tentunya tidak dapat melawan
takdir tetapi kita harus berikhtiar untuk mengatasi musibah. Dari hari ini mari kita
fokuskan kepada perkara-perkara yang berfaedah dan memberi manfaat dengan
melakukan perbuatan-perbuatan baik dan menjauhkan prasangka.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120619/re_07/Erti-disebalik-perayaan-Duan-Wu-Jie-bagi-kaum-Cina#ixzz43eFcVmcd

Utusan Melayu (M) Bhd

Pantang-larang

Adat resam

Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Tiongkok yang terbuat dari beras
ketan dan dibungkus dengan daun bambu. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau
Festival Perahu Naga yang jatuh pada bulan ke lima Imlek untuk memperingati wafatnya Qu Yuan,
seorang penyair dari zaman kerajaan Chu.
Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan
perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan
kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke
sungai Miluo. Orang-orang mencoba menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi
dengan maksud memberi makan para ikan agar mereka tidak memangsa Qu Yuan. Nah, bungkusanbungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang.
Pada awalnya, kegiatan membuat zongzi adalah kegiatan yang diikuti seluruh keluarga dengan resep
yang diajarkan turun temurun. Bahkan seni membungkus zongzi dengan benar juga merupakan hal yang
diajarkan turun temurun dalam keluarga, loh. Sayangnya sekarang hal tersebut sudah semakin jarang
dilakukan.

http://baltyra.com/2012/06/21/belajar-membuat-zongzi/

Anda mungkin juga menyukai