Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN Di akhir tugasan ini, kami dapati bahawa kami telah dapat mengetahui dengan lebih dekat agensi-agensi

pertanian yang terdapat di Malaysia ini. Kami juga dapat mengetahui fungsi-fungsi agensi pertanian ini. Selain dari itu, kami lebih memahami kepentingan agensi ini terhadap pertanian dan ternakan di Malaysia. Tugasan ini membuka mata kami bahawa sektor pertanian sangat penting sebagai sumber makanan bagi rakyat dan negara Malaysia. Sektor pertanian juga tidak sepatutnya di pandang enteng oleh rakyat Malaysia. Pekerjaan sebagai petani adalah pekerjaan yang paling banyak berjasa kerana sekiranya semua orang tidak mahu menjadi petani siapa yang mahu membekalkan makanan kepada rakyat Malaysia?. Penyelidikan juga sangat penting dalam sektor pertanian kerana dengan menjalankan penyelidikan, kaedah-kaedah baru bagi memantapkan lagi hasil pengeluaran sesuatu tanaman dan ternakan dapat di naik taraf. Penciptaan alatalat teknologi bagi sektor pertanian juga sangat penting bagi menigkatkan kualiti dan kuantiti hasil tani dan tanaman secara tidak langsung memberi kesenangan kepada petani-petani untuk menjalankan aktiviti pertanian dan ternakan. Selain itu, kami dapati dedahan kepada rakyat mengenai sektor pertanian juga amat penting dan tidak boleh di pandang rendah. Pameran-pameran pertanian perlu di ambil berat supaya rakyat mengetahui dan menghargai hasil tanaman dan ternakan negara Malaysia.

11

Anda mungkin juga menyukai