Anda di halaman 1dari 4

Strategi dan Keperluan Penjagaan Kesihatan Sekolah dan Komuniti

(Makanan Segera. Adakah Pilihan Yang Bijak?)


Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam 1 Malaysia. Yang dihormati, tuan
pengacara majlis, Yang Berusaha Puan Rohaida Binti Bakar, Guru Besar SK Taman Daya,
barisan penolong kanan dan seterusnya semua SK Taman Daya yang saya kasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya diberi kesempatan
untuk menyampaikan ceramah kepada murid-murid sekalin. Tajuk ceramah saya pada hari
ini ialah tentang pengambilan makanan segera. Adakah pilihan yang bijak?
Hadirin yang dihormati,
Industri makanan segera wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Semua ini
disebabkan makanan segera seperti mi segera, ayam goreng, burger dan minuman
berkarbonat semakin digemari oleh semua lapisan masyarakat terutamanya di kalangan
murid-murid. Dari segi ekonomi, mungkin ia merupakan satu perkembangan yang positif
kerana ia mendatangkan banyak pulangan kepada para pengusaha makanan segera.
Namun, dari segi kesihatan pula, makanan segera sebenarnya mendatangkan banyak kesan
negatif yang harus diberi perhatian oleh semua lapisan masyarakat terutamanya murid-murid
sekolah.
Kewujudan premis yang menjual dan menyediakan perkhidmatan makanan segera
kepada masyarakat pada hari ini begitu memberangsangkan. Memang tidak dinafikan,
makanan segera mampu disediakan dalam masa yang singkat seterusnya dapat
menjimatkan masa pengguna. Penyediaan makanan segera juga tidak memerlukan kos
yang tinggi.
Antara makanan yang menjadi pilihan ialah Burger, Pizza, McDonald, KFC, mi maggi
dan produk makanan segera seperti Ayamas dan kentang goreng. Jika pada masa dahulu,
mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terdapat ribuan jenama makanan
segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Selain kurang berkualiti dan kandungan zat
makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat kerana
kandungan garam dan bahan pengawet yang berlebihan.
Murid-murid yang dikasihi,
Perkhidmatan restoran dan kedai 24 jam sehari seperti 7-eleven turut memudahkan
masyarakat sekeliling mendapatkan makanan segera. Makanan segera juga dijual di stesen

minyak dan kawasan perhentian rehat yang terdapat di sepanjang lebuh raya. Bagi makanan
dalam tin pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, ia
mudah dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Hal ini sekaligus mendorong
masyarakat tanpa mengenal usia, sama ada kanak-kanak sekolah, remaja atau orang
dewasa menggemarinya dan boleh menikmatinya walau di mana jua mereka berada.
Makanan segera yang dijual juga kebanyakannya memenuhi cita rasa dan selera
seluruh masyarakat dengan mempunyai pelbagai pilihan. Kepelbagaian pilihan inilah yang
mendorong mereka untuk terus setia dengan makanan segera. Malah, kebanyakan
masyarakat kini memilih makanan yang sedap sahaja tanpa menghiraukan risiko kesihatan
mereka akan terjejas.
Tambahan pula, variasi menunya yang sentiasa berubah-ubah mengikut kesesuaian
dan selera, menyebabkan masyarakat tidak jemu untuk mencuba dan merasai makanan itu.
Sebagai contoh, mi segera yang dipasarkan boleh juga didapati dalam perisa yang berbeza
seperti perisa kari, ayam, tomyam dan sayuran. Justeru, masyarakat tidak akan jemu kerana
mereka mempunyai pelbagai perisa yang boleh dipilih.
Secara keseluruhannya, makanan segera boleh dikatakan tidak sihat kerana ia
mempunyai kandungan lemak tepu, garam dan kalori dalam makanan segera kegemaran
ramai adalah tinggi berbanding kandungan vitamin A dan vitamin C atau kalsium yang
rendah. Justeru, penting bagi murid-murid semua meneliti maklumat pemakanan mengenai
makanan segera sebelum mengambilnya kerana ia membantu kita membuat pilihan
Hadirin yang dikasihi,
Sebagai pengguna sama ada di kalangan murid-murid mahupun guru-guru, kita
perlulah prihatin tentang kandungan makanan yang diambil. Ini kerana ia mengandungi
bahan penambah yang berlebihan. Ia bertujuan untuk menambahkan kelazatan,
meningkatkan mutu dan memantapkan kesegaran makanan segera. Akibatnya, sistem
pertahanan badan menjadi lemah, serta pengumpulan toksik terhasil yang akhirnya berlaku
pelbagai masalah kesihatan kepada diri murid-murid atau guru-guru sekalian.
Makanan segera merupakan makanan yang mengandungi kurang khasiat
pemakanan. Ia juga memberi kesan yang kurang baik kepada kesihatan. Jika ia dijadikan
hidangan yang hanya dinikmati sekali sekala, makanan tersebut kurang memudaratkan.
Tetapi apa yang dikhuatirkan jika makanan segera diambil secara kerap, ia bakal
menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa kita sedari, ia akan mendedahkan

kepada kita dengan pelbagai penyakit. Antaranya kerosakan gigi, penyakit kencing manis,
sembelit, obesiti', tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung dan
juga kanser usus.
Makanan seperti aiskrim, minuman berkarbonat dan sebagainya adalah antara
makanan segera kegemaran murid-murid dan remaja kini. Bahaya yang paling serius
daripada pengambilan makanan seperti ini akan meningkatkan kolesterol dalam darah yang
jika tidak diberi perhatian akan menyebabkan penyakit jantung.
Hadirin hadirat yang dihormati,
Tabiat makan makanan segera ini telah bermula sejak daripada kecil di mana ibu
bapa tidak memberi mesej yang betul kepada murid-murid sekalian bahawa makanan
segera ini boleh membahayakan kesihatan. Tambahan pula, pengaruh iklan terhadap muridmurid sangatlah hebat. Namun, jika ibu bapa tidak membenarkan anaknya membeli
makanan segera itu, maka tabiat ini boleh dibentuk supaya menjauhi makanan yang tidak
sihat. Apabila mereka sudah mendapat penyakit, barulah hendak menyesal. Bak kata orang
menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian hari tiada gunanya. Justeru itu, muridmurid yang ada di sini semua haruslah memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan mesej isi ceramah ini kepada ibu bapa di rumah tentang keburukan
mengambil makanan segera ini.
Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan diri, tetapi
malang sekali pada masa kini makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia.
Oleh sebab itu, untuk mengelakkan diri murid-murid daripada dijangkiti pelbagai penyakit
akibat pengambilan makanan segera yang berlebihan, kita harus membentuk tabiat
pemakanan yang seimbang dan sihat. Jangan terlalu memilih jalan mudah dalam soal
makan minum dan ingatilah selalu kata pepatah jangan ambil senang jika tidak mahu
susah. Ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk menjamin kesihatan tubuh
badan yang berterusan
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Di dalam hal ini kita tidak boleh menundingkan jari pada sesama kita. Menghentikan
iklan bukanlah jalan keluar terbaik. Pengharaman iklan rokok adalah buktinya. Penghisap
rokok termasuk yang tegar, tetap tinggi. Ribuan pelajar sekolah terus merokok dan
pendapatan pengeluar rokok tetap meningkat. Dadah yang dilarang, iaitu tidak pernah
diiklankan juga masih belum dapat diselesaikan, inikan pula makanan segera yang memang

enak dimakan. Dalam usaha melahirkan murid-murid yang sihat, pihak sekolah haruslah
memastikan makanan-makanan yang dijual di kantin sekolah mereka berkhasiat dan berzat.
Hal ini demikian kerana sebilangan pihak pengurusan kantin yang sengaja menjual makanan
segera bagi menarik perhatian murid-murid sekaligus melariskan jualan mereka. Sebagai
contoh, guru-guru perlu mengetahui makanan-makanan yang dijual di kantin sekolah dan
mendapatkkan maklum balas daripada murid-murid terhadap makanan yang dijual.
Di samping itu, peranan guru dalam menghalang pengambilan makanan segera di
kalangan murid-murid sekolah juga lebih meluas. Guru juga boleh menggalakkan muridmurid untuk membawa bekal ke sekolah dan langkah ini juga dapat mengajar murid-murid
menabung wang yang diberikan oleh ibu bapa. Penjualan makanan segera di luar sekolah
juga harus diberi perhatian yang serius oleh pihak sekolah. Guru perlu memastikan tiada
pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual makanan segera di luar sekolah
semasa sesi persekolahan tamat. Jika daun-daun pokok mulai kering, jangan sekadar
dicantas dahan dan rantingnya tetapi eloklah diperiksa juga akar dan uratnya kerana
mungkin itu yang perlu dirawat.
Sebelum saya mengakhiri ceramah saya pada hari ini, saya tinggalkan anda dengan
serangkap pantun.
Yang tinggal berduri itulah durian,
Yang manis berkerengga itulah rambutan,
Kenapa yang muda tidak suka sayuran,
Makanan seimbang jadikanlah pilihan.
Sekian sahaja,
Wabillah hitaufik walhidayah.
Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai