Anda di halaman 1dari 3

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Popular dalam pengajaran bacaan Bahasa Inggeris. Melibatkan dua aktiviti iaitu membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat berfasarkan gambar yang ada cerita. Bertujuan membiasakan murid mengecam perkataan atau ayat dan tidak mengeja perkataan atau ayat. Dapat memendekkan masa murid untuk mengeja perkataan. Mengambil kira pengalaman sedia ada murid supaya mereka mudah membuat telahan terhadap ayat atau perkataan. Tidak memfokuskan pengajaran kepada bunyi huruf.

Konsep Kaedah Pandang Dan Sebut

Menunjukkan gambar dan murid-murid menyebut perkataan dan ayat2 pendek secara beramai-ramai dgn bimbingan guru. Tidak ada cerakinan dibuat terhadap perkataan. Murid perlu mengecam dan menyebut perkataan. Setelah menguasai perkataan, murid diperkenalkan kumpulan huruf yg membentuk perkataan contohnya dadu. Murid dilatih menyebut dadu. Selepas itu, diperkenalkan huruf yg membentuk perkataan dadu iaitu d+a+d+u = dadu. Perkataan diperkenalkan menggunakan kad-kad perkataan. Murid membaca seperti Burung Nuri sedang berlagu.

Kebaikan Dan Kelemahan Kaedah Pandang Sebut

Kebaikan
Menjimatkan masa sebab tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu. Murid berpeluang memahami maksud perkataan semasa menyebut. Kaedah terpantas mempelajari kemahiran membaca.

Kelemahan
Murid pandai menyebur perkataan tetapi tidak pandai mengeja. Gagal menyebut bunyi perkataan baharu sebab tiada pendedahan. Perbendaharaan kata murid terbatas. Sesuai untuk murid-murid pandai sahaja.

Latihan menyebut perkataan

Latihan membina dan membaca ayat menggunakan bahan pengajaran yang sesuai

Contoh Latihan

Latihan mencerakinkan perkataan menjadi suku kata

Seni kata lagu Pantun Bercerita

Latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama

Anda mungkin juga menyukai