Anda di halaman 1dari 5

Karangan PT3 - Ucapan dalam Majlis Anugerah Cemerlang (Juara Nilam)

Sebagai seorang pelajar yang telah dinobatkan sebagai Juara Nilam,anda dijemput
menyampaikan ucapan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan yang diadakan oleh
pihak sekolah.Dalam ucapan itu anda diminta menerangkan usaha-usaha anda
sehingga berjaya menjadi juara.
Sediakan teks ucapan anda selengkapnya.

Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Pengetua Sekolah,Encik


Arsad bin Yahaya,guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.Terlebih
dahulu,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru tingkatan saya,Puan
Rogayah dan guru-guru lain yang telah menobatkan saya sebagai Juara Nilam pada
tahun ini.Saya juga berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk memberi ucapan
di khalayak ramai pada hari ini.Saya percaya bahawa soalan “Apakah itu Nilam?”
terbayang dalam fikiran segelintir daripada kita.Program Nilam atau dengan lebih jelas
Program Nadi Ilmu Amalan Membaca ialah suatu program membaca yang dianjurkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk amalan membaca dalam
kalangan pelajar sekolah.Setiap sekolah termasuk sekolah kita menurut perintah lalu
mengadakan program ini.Tanpa melengah-lengahkan masa,saya akan mengatakan
tujuan saya berucap pada pagi ini iaitu untuk berkongsi usaha-usaha saya sehingga
berjaya bergelar juara.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Pertama sekali,saya sangat menghargai masa kerana bak kata pepatah masa itu
emas.Saya sering memanfaatkan masa terutamanya waktu rehat untuk berkunjung ke
pusat sumber sekolah untuk membaca buku dan novel.Saya juga tidak akan lupa untuk
merekodkan sinopsis cerita yang dibaca.Saya juga akan menggunakan masa terluang
di sekolah membaca novel-novel yang dipinjam daripada perpustakaan
sekolah.Selepas waktu persekolahan,saya juga akan membaca di rumah selepas
menyiapkan kerja rumah.Saya memang tidak suka menghabiskan masa dalam
kegiatan yang tidak berfaedah seperti budaya lepak,gengsterisme,vandalisme dan
sebagainya.Untuk menjadikan masa saya lebih teratur,saya menyediakan jadual waktu
dan mengetepikan masa untuk program membaca ini.Oleh itu,pengurusan masa sangat
penting untuk berjaya dalam program tersebut.

Selain itu,saya juga menjadikan aktiviti membaca dalam rutin harian


saya.Sebagaimana makanan mengenyangkan perut,membaca mengenyangkan otak
saya.Saya berasa seronok ketika membaca dan tidak berasa bosan.Sebelum
membaca,anda perlu menyemai minat membaca dalam sanubari anda supaya dapat
meneruskan amalan ini tanpa berasa bosan.Walaupun saya sering diperli sebagai “ulat
buku”,saya tidak mengambil kisah dan meneruskan minat saya.Anda seharusnya
sentiasa gigih dalam usaha ini dan jangan sesekali berputus asa walaupun menghadapi
rintangan dan pancaroba seperti dalam pepatah di mana ada kemahuan,di situ ada
jalan.Jelaslah kegigihan amat perlu dalam usaha ini.

Pelajar-pelajar yang dikasihi,

Di samping itu,saya sering berkunjung ke pameran buku untuk membelek buku


ilmiah yang sesuai dengan minat saya.Di situ,saya berpeluang menemui buku-buku
ilmiah yang kaya dengan kosa kata yang mendalam.Sebaik sahaja saya menemui kosa
kata atau istilah yang tidak dikenal maksudnya,saya akan merujuk Kamus Dewan
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk penjelasan yang terbaik.Saya juga membuat
langgangan bulanan daripada penerbit terpilih.Dengan itu,saya dapat membaca
pelbagai buku yang berbeza dan seterusnya meningkatkan bilangan buku yang saya
baca.Melalui perkunjungan ke pameran atau ekspo,saya mampu pelbagai bahan
bacaan ilmiah dengan harga yang murah dan berpatutan.Peribahasa “jauh perjalanan
luas pemandangan” amat berseuaian dengan situasi ini.

Tambahan pula,saya juga membuat sasaran untuk membaca.Misalnya,saya akan


membuat sasaran untuk membaca sebuah buku dalam satu minggu.Sasaran ini
memberi keyakinan dan dorongan kepada saya untuk mencapai sasaran tersebut.Saya
juga memastikan tahap saya di mana sama ada di tahap jauhari,emas,gangsa atau
nilam.Kini,saya telah membaca 300 buah buku.Walaupun saya telah mendapat juara
Nilam,saya tidak akan sombong seperti kuduk naik junjung dan meneruskan usaha
saya ini agar mencapai rekod yang baru.Terbuktilah,perancangan awal penting untuk
menjayakan sesuatu usaha.

Sebelum mengakhiri ucapan,saya ingin menegaskan kepentingan membaca bak


kata pepatah membaca merupakan jambatan ilmu.Sebagai pelajar,kita harus sentiasa
menuntut ilmu dengan membaca dan belajar agar mendapat masa depan yang
cerah.Samuel Johnson pernah mengungkapkan “masa hadapan dibeli oleh masa
sekarang”.Baginda Rasulullah juga pernah bersabda Tuntutlah ilmu walau sampai ke
negeri China sekalipun.Saya berharap ucapan saya telah merangsangkan pemikiran
anda dan melahirkan budaya membaca.Sekian,terima kasih.

Latihan

Anda diminta untuk menyediakan sebuah ucapan sempena Hari Guru. Sediakan
sebuah teks ucapan yang lengkap.
Contoh Karangan Ucapan

Anda diminta untuk menyediakan sebuah ucapan sempena Hari Guru. Sediakan sebuah teks
ucapan yang lengkap.

Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Guru Penolong
Kanan, guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid, inginmengucapkan selamat
menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat
sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu
marilah kita menghargai jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,

Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai
kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang
sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf
,membaca dan mengira.

Guru juga merupakan ibu bapa kepada kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati
guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala
nasihat mereka.

Rakan sekalian,

Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia
mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik
yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

Sesungguhnya, jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk
menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan
kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai