Anda di halaman 1dari 13

PERANAN ANDA SEBAGAI ANAK UNTUK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA Sedar atau tidak ibu bapa merupakan insan

yang paling hampir dengan kita. Hampir seluruh masanya dihabiskan hanya memikirkan kebahagiaan anak-anak mereka. Mereka sanggup berlapar, berpenat lelah semata-mata ingin membesarkan anak-anak mereka agar mereka terus hidup menjadi orang yang berguna pada masa hadapan. Tetapi apa yang sudah berlaku kepada kita sekarang sewaktu mereka mencecah usia tua mereka dan mengharapkan kita untuk menjaga mereka? Tentu kita berasa sedih dan kesian tetapi akan ada sedikit sebanyak jauh dalam lubuk sanubari kita akan merasakan satu beban untuk menjaga mereka lagi-lagi jika mereka terlalu cerewit dan mungkin juga berasa geram, marah dan malas hendak melayani kerenah mereka. Untuk membuktikan lagi keterangan saya di atas, saya akan menceritakan secara ringkas kisah benar tentang Saidina Umar Al-Khattab R.A.H terserempak dengan salah satu rakyatnya. Satu hari semasa beliau meninjau keadaan rakyatnya, beliau ternampak seorang wanita di mana mukanya terserlah kelihatan seribu satu kesedihan. Perempuan itu sedang menyuapkan makanan kepada seorang lelaki yang uzur. Beliau pergi mendekatinya dan menanyakan perempuan itu soalan ,siapakah lelaki ini? jawab perempuan itu ayah aku. Beliau terus menyoal lagi mengapakah kau kelihatan sedih? Adakah sebab lelaki ini sakit? jawab perempuan itu tidak, tetapi aku sedih sebab lelaki ini sewaktu mudanya menjaga aku agar aku terus hidup tetapi sekarang apabila waktu dia tua aku menjaganya tetapi dalam hati aku berasa satu beban yang berat kerana aku tidak larat lagi melayan kerenahnya dan melihat dia menderita. Mendengar sahaja jawapan daripada perempuan itu, hati beliau mula sebak disebabkan jawapannya itu memang benar. Walaubagaimanapun selagi kita digelar sebagai seorang anak, kita wajib menjaga kedua ibu bapa kita. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam Surah Luqman ayat 14 mafhumnya Dan kami (Allah) mewajibkan menusia berbuat baik terhadap ibu bapanya. Natijahnya kita sebagai seorang anak haruslah membahagiakan ibu bapa kita sebagai tanda terima kasih kita kepada mereka kerana mereka menjaga kita selama ini. Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama membincangkan peranan kita sebagai anak apakah cara-cara membahagiakan ibu bapa kita. Sudah menjadi fitrah bahawa manusia mempunyai perasaan. Perasaan ialah salah satu sifat yang diciptakan oleh Allah kepada manusia. Perasaan merupakan egen yang mencerminkan atau menggambarkan sesuatu situasi seseorang itu sama ada dalam keadaan marah, suka, kecewa, dan sebagainya. Oleh yang demikian, tidak hairanlah bagi kita jika melihat ibu bapa kita beremosi kepada kita di mana kadang-kadang mereka suka dan duka kerana tingkah laku kita. Hal ini kerana mereka juga manusia yang diciptakan oleh Allah dan mereka juga dianugerahkan

perasaan di dalam diri mereka. Oleh itu, kita sebagai anak haruslah membalas jasa ibu bapa kita dengan menghadiahkan mereka sebuah kebahagian, Perkara perdana yang harus dilakukan oleh kita ialah menjaga hati dan perasaan mereka. Persoalannnya sekarang bagaimana kita hendak menjaga perasaan mereka? Bagaimana pula kita hendak mengetahui isi hati mereka? Jawapannya ialah kita hendaklah cuba menyelami perasaan mereka dengan berlakon kita ini seolah-olah berada di tempat mereka, dan fikirkanlah apakah yang kita mahukan daripada anak kita? Sudah tentu jawapannya ialah ingin melihat anak kita menjadi seorang anak yang mentaati kedua ibu bapa mereka seperti menghormati mereka, menjaga hati mereka, menjaga maruah mereka, menunjukkan tingkah laku yang sopan di hadapan mereka dan lain-lain lagi. Salah satu amalan yang harus diikuti ialah dengan melaksanakan segala suruhan mereka selagi mana suruhan mereka tidak bercanggah daripada ajaran Islam. Rumusnya, kita hendaklah memenuhi segala arahan mereka jika mereka menyuruh kita membuat perkara-perkara yang baik tetapi jika mereka menyuruh kita membuat perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah, kita wajib mengingkari arahan tersebut kerana arahan itu akan membawa kita ke jalan yang sesat. Walaubagaimanapun Islam telah melarang seorang anak mengeluarkan kata-kata kesat serta meninggikan suara kepada ibu bapa sungguhpun apabila anak itu hendak menegur kesalahan ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, kita haruslah menegur mereka dengan cara yang telah digariskan dalam al-Quran dan sunnah.Untuk mengukuhkan lagi keterangan diatas, marilah kita sama-samarenungkan kisah seorang sahabat Nabi kita iaitu Musab dimana ibunya beragama kafir sedangkan dia telah memeluk Agama Islam. Dalam kisah ini ibunya mula merajuk dan menggertak anaknya supaya pulang kepada agama nenek moyangnya dahulu. Ibunya menggertak anaknya dimana dia akan mati kebuluran jika anaknya tidak mahu kembali ke ajaran sesat itu dan anaknya enggan lalu menerangkan sesuatu kepada ibunya dengan butirbutir kata yang penuh rasa hormat dan belas kasihan. Keterangan anak itu ialah jika tuhan memberi kepada kamu seribu nyawa dan kamu cuba membunuh dirimu seribu kali juga, jawapan aku tetap sama aku akan tetap berpegang teguh dengan agama aku dan ibu dengan agama ibu. Walaupun Islam meninggikan darjad kedua ibu bapa kita tetapi agama tidak boleh dipermainkan dan dipermudah-mudahkan. Oleh yang demikian, kita haruslah mendengar segala suruhan ibu bapa kita selagi mereka menyuruh kepada perkara yang makruf dan tegurlah mereka dengan baik jika mereka membuat kesilapan. Masa itu ibarat sebilah pedang, jika kita tidak memotongnya maka dia akan memotong kita. Kata hukama diatas menggambarkan bahawa pengurusan masa yang bijak harus dilakukan agar kita tidak dianggap bagai enau dalam belukar. Oleh yang demikian, kita hendaklah mengisi

waktu senggang kita dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermaslahat. Hal ini kerana kita tidak tahu sama ada waktu lapang yang kita ada sekarang ini mungkin tidak akan datang lagi kepada kita. Oleh sebab itu, tidak rugilah jika kita menghabiskan sebahagian masa yang kita ada ini dengan menjenguk atau melawat keadaan ibu bapa kita. Mungkin amalan ini dipandang enteng oleh sesetengah pihak kerana mereka belum lagi menyedari bahawa amalan ini secara tidak langsung dapat memancarkan sedikit sinar kebahagian pada raut wajah orang tuanya itu. Selain daripada itu, amalan ini juga turut bertindak sebagai penawar kepada hati mereka yang selama ini menahan perasaan sunyi dan kerinduan mereka terhadap anak mereka. Hal ini kerana hati manusia sering berubah-ubah dan mudah beremosi apabila umurnya semakin meningkat Jadi tidak hairanlah jika mereka memeluk kita dengan erat bahkan mengalirkan air mata kegembiraannya apabila melihat wajah insan tersayang mereka. Bagi mereka hanya manatap wajah anaknya sudah memandai untuk merawat atau mengubati kerinduannya. Memang dari segi zahirnya mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi kerinduan atau kesunyian kerana mereka tidak mahu menyusahkan hidup anak-anak mereka, tetapi kita akan dapat lihat dengan mata kita sendiri cahaya kegembiraan yang terpancar di muka mereka apabila kita menziarahi mereka dan kita dapat melihat bertapa sayunya hati mereka apabila kita hendak berjauhan lagi daripada mereka. Semua ini jelas membuktikan bahawa mereka mengharapkan kita bukannya harta mahupun pakaian, tetapi melihat anaknya tahu mengenang jasa ibu bapanya iaitu iaitu orang yang telah membesarkan kita. Rumusnya, kita haruslah sentiasa mengingati ibu bapa kita walau dimana kita berada sekalipun, tiada alasan untuk kita tidak menghubungi mereka. Hal ini kerana kita hidup di zaman moden yang serba canggih dan alat telekomunikasi kita juga sekarang ini tidak terhad kepada surat menyurat sahaja malah dengan bantuan beberapa cawangan telekomunikasi yang lain kita boleh berhubung dengan orang yang tersayang hanya dengan menekan butang dail nombornya sahaja. Oleh itu hubungilah ibu bapa kita jika kita tidak mampu melawat mereka kerana jarak rumah kita yang terlalu jauh daripada mereka. Nabi Muhammad telah bersabda bahawa doa merupakan senjata orang-orang mukmin. Selain daripada itu Rasulullah juga telah bersabda mafhumnya apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya, hadis riwayat muslim. Hadis ini menjelaskan bahawa ibu bapa kita akan terus mendapat rahmat daripada Allah walaupun mereka sudah meninggal dunia jika kita sebagai anak mendoakan kebaikan kepada mereka. Hal ini juga ada dijelaskan dalam firman Allah, Surah Al-Mukmin ayat 60, mafhumnya

berdoalah kamu kepada-Ku, pasti Aku akan perkenankannya. Firman diatas menjelaskan bahawa Allah meletakkan satu perintah pada ayat berdoalah kerana Allah ingin menggalakkan hamba-hambanya berdoa kepadanya dan doa itu mestilah doa yang penuh dengan keikhlasan. Selain daripada itu Allah juga menyuruh hamba-hamba-Nya supaya bergantung hanya kepadaNya sahaja. Lihatlah betapa hebatnya nilai doa di mata Allah dan Rasul-Nya. Oleh yang demikian salah satu langkah untuk membahagiakan ibu bapa kita adalah dengan selalu mendoakan kesejahteraan mereka tidak kira sama ada mereka masih hidup lagi ataupun yang telah meninggal dunia. Hal ini kerana kekuatan doa seorang anak yang soleh dapat menjanjikan kebahagian ibu bapa mereka di dunia dan di akhirat kelak insyaallah. Masa yang sesuai untuk kita berdoa tidak terhad kepada solat lima waktu sahaja, malah pada bila-bila masa dan di manamana sahaja kita berada. Untuk memperolehi doa yang mustajab, seseorang itu haruslah berwudhuk dan menghadap kiblat ketika berdoa kerana amalan ini merupakan salah satu sunnah Rasulullah. Tidak salah jika kita tiada wudhuk cuma kita akan berasa berbeza jika kita berdoa tanpa wudhuk kerana hati kita mudah dihasut dengan bisikan-bisikan syaitan. Jika kita masih lagi tertanya-tanya apakah doa yang paling sesuai untuk mendoakan ibu bapa? Kita pun mulalah mencari-cari doanya tetapi apa yang kita jumpa kebanyakkannya doa dalam Bahasa Arab, tetapi kita tidak tahu atau memahami bahasa itu. Jangan risau dan jangan meletakkan diri kita dalam kebimbangan disebabkan dengan perkara-perkara tersebut. Doa yang paling mujarab ialah apabila kita berdoa kepada Ilahi dan berdoa dengan penuh syahdu dan kita memahami apa yang kita pinta daripada-Nya. Tidak salah jika kita hendak berdoa dalam bahasa selain daripada bahasa syurga kerana Allah Maha Memahami. Oleh itu tiada alasan lagi bagi kita tidak mendoakan mereka. Tidak rugi walau sedikit duit kita apabila kita memohon kepada Allah malah hidup kita dirahmati oleh-Nya.
Tangan diatas lebih baik daripada tangan di bawah.Pepatah ini menggambarkan bahawa orang yang memberi lebih baik daripada orang yang menerima. Persoalannya sekarang mengapakah orang memberi itu lebih baik? Adakah orang yang menerima itu tidak bagus? Bukan itu maksudnya, apa yang hendak diutarakan dalam pepatah ini ialah perbezaan perasaan orang yang memberi dan yang menerima. Perasaan orang yang menerima mungkin dia akan berasa gembira kerana masih ada lagi orang yang menyayanginya, namun, perasaan orang yang memberi mungkin lebih daripada itu kerana orang yang memberi telah berjaya membuatkan perasaan si penerima itu menjadi ceria lebih-lebih lagi jika orang yang dia ingin gembirakan ialah orang yang dia paling sayang seperti ibu bapanya. Hari Ibu dan Hari Bapa merupakan hari yang paling sesuai untuk seorang anak memberi hadiah kepada orang tuanya itu.Persoalannya sekarang adakah Islam membenarkan menyambut hari-hari

tersebut? Bukankah berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun? Sebenarnya hujah ini boleh dikategorikan sebagai hujah yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Hal ini kerana mustahil bagi kita dapat menemani mereka setiap masa kerana kita kadang-kadang sibuk dengan pekerjaan kita dan oleh sebab itu kita terpaksa meninggalkan ibu bapa kita. Di samping itu, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa banyak faedahnya. Antaranya ialah kita dapat mengimbangi dengan adil masa kita berbuat baik kepada ibu bapa dan meneruskan kehidupan harian kita juga. Sudah tentu adalah lebih baik jika anak-anak dapat mewujudkan ruang yang lebih kerap untuk berbuat baik kepada ibu bapa mereka. Oleh itu meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa adalah harus, terbuka kepada kedudukan setiap anak-anak. Sesiapa yang mendapati bahawa hal ini dapat menggembirakan ibu bapa mereka, maka teruskanlah, namun sesiapa yang dapat mewujudkan ruang lain untuk menggembirakan ibu bapa mereka tanpa terhad kepada hari-hari tertentu, sudah tentu ia adalah lebih baik. Penjelasan yang sama juga ditujukan kepada beberapa hari-hari yang lain seperti sambutan Hari Jadi. Natijahnya, tidak salah bagi kita menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa kerana kita bukan menyambut perayaan yang bersangkut-paut dengan keagamaan sesebuah kaum yang lain tetapi perayaan ini bersangkut paut dengan adat-istiadat manusia, sama juga apabila kita meraikan Hari Guru, Hari Jadi dan sebagainya. Konklusinya, setiap ibu bapa mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik di hadapan mereka. Mereka mengharapkan kita agar menjadi seorang manusia yang tahu mengenang jasa orang tuanya dan mereka sentiasa berdoa kepada Ilahi agar kita tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai mereka, dalam erti kata menjadi anak derhaka.Hal ini kerana anak yang derhaka kepada ibu bapanya tidak akan mendapat keberkatan dalam kehidupannya selagi dia tidak meminta ampun kepada mereka. Di samping itu juga sesiapa yang derhaka terhadap kedua orang tuanya akan disegerakan balasannya di dunia dan tidak akan terlepas di akhirat. Hal ini juga ada disebutkan dalam hadis Rasulullah mafhumnya dua kejahatan yang disegerakan balasannya di dunia ialah orang yang melakukan zina dan seorang anak yang menderhakai kedua ibu bapa mereka. Tambahan pula, perkara ini juga ada dijelaskan dalam hadis lain yang diriwayatkan al-Hakam mafhumnya, semua dosa akan ditangguhkan oleh Allah, iaitu balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari perhitungan, kecuali balasan orang yang menderhaka kepada kedua-dua ibu bapanya, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati. Semua hadis yang dinyatakan diatas tadi boleh menjadi satu bukti yang kukuh bahawa kita dilarang menderhakai ibu bapa kita dan kita dituntut untuk membahagiakan mereka seperti mana mereka pernah membahagiakan kita sewaktu kita kecil dahulu. Kesimpulannya, ingatlah bahawa walaupun kita membuat seribu satu kebaikan kepada mereka, tidak sekali pun terbayar jasa mereka yang selama ini membesarkan kita sejak kita dilahirkan di

dunia ini lagi. Tanpa mereka siapalah kita. Oleh itu marilah kita sama-sama menghargai jasa pengorbanan dikarang oleh mohd faiz mereka.

SUNDAY, 9 OCTOBER 2011

langkah mengatasi penderaan kank-kanak

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri.Jadi janganlah mensia-siakan mereka.karangan ini diambil daripada www.wiki.answer.com. Penderaan kanak-kanak Improve Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa. Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu. Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain,

sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang. Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anakanak pastinya menjadi mangsa pergaduhan. Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita. Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen "Keluarga Bahagia" bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak. Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undangundang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

Pengenalan Penderaan kanak-kanak bermaksud satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan atau tindakan zalim yang dilakukan terhadap golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. Kebelakangan ini, kes penderaan kanak-kanak semakin meleluasa. Berita kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak sering dipaparkan di media massa sama ada media elektronik atau media cetak. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 orang kanak-kanak di Malaysia telah menjadi mangsa penderaan kanak-kanak. Penderaan kanakkanak telah menjadi salah satu masalah global yang gempar. Jika masalah penderaan tidak dicegah dengan segera, ia akan memberi impak yang serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Di samping itu, kehidupan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka juga akan dijejaskan. Dengan itu, ia akan menjadi masalah masyarakat secara amnya. Jenis-Jenis Penderaan Penderaan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat kategori. Antaranya adalah penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosional dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan fizikal adalah satu fenomena sosial yang didefinisikan sebagai keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak. Tindakan ini boleh menyebabkan kecacatan anggota badan, kecederaan otak,kerentakan tulang dan meninggalkan kesan-kesan di tubuh badan seperti parut dan lebam akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Penderaan seksual pula merujuk kepada perbuatan yang memaksa, mengugat dan memperdaya kanak-kanak untuk berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memenuhi

kehendak nafsu seks orang dewasa. Penderaan ini boleh dilakukan melalui gambar, video, pornografi atau mengeksploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Perbuatan mereka yang tidak berhati perut ini telah menyebabkan kebanyakan kanak-kanak dicabut kehormatan, dirogol dan dipaksa melacur. Manakala penderaan emosional membawa erti kepada bentuk gangguan psikologi terutamanya dari segi mental dan emosional, sama ada diabai, didera, dianiayai, dikutuk dan dihina oleh ahli keluarga. Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa, gangguan emosi dan mental dalam proses pembesaran mereka akibat daripada kekurangan kasih sayang, tidak dihiraukan dan dilayan oleh ahli keluarga, pergaulan mereka disekat dan tidak mempunyai kebebasan misalnya tidak dibenarkan bermain, sering dimarah, ditengking dan dipandang rendah oleh ahli keluarga mereka. Pengabaian kanak-kanak berlaku apabila kanak-kanak tidak mendapat keperluan asas dari orang dewasa seperti makanan berkhasiat, tempat perlindungan, pendidikan, keselamatan, rawatan emosi dan fizikal. Contohnya, kanak-kanak tidak menerima pendidikan pada umur yang ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, kanak-kanak yang dipaksa bekerja juga adalah satu jenis penderaan pengabaian. Punca-punca Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan masalah penderaan kanak-kanak berlaku. Antaranya adalah seperti tekanan ibu bapa. Biasanya bagi ibu bapa yang bekerja, mereka akan menghadapi tekanan yang besar. Apabila masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah, mereka akan melepaskan geram ke atas anak mereka yang tidak berdosa. Ibu bapa mugkin akan memukul, mencucuk puntung rokok, menerajang dan sebagai terhadap anak-anak mereka. Selain itu, masalah kepincangan rumah tangga seperti perkahwinan yang tidak sah, perbalahan antara ahli keluarga, ibu bapa yang ketagih dadah, kaki judi, sikap luar biasa terhadap perhubungan seks semuanya boleh mencetuskan penderaan terhadap kanak-kanak. Contohnya, apabila ibu bapa yang ketagih dadah atau arak, mereka akan kehilangan pertimbangan dan menjadi tidak wajar. Akibatnya, anak-anak mereka telah menjadi mangsa. Masalah penderaan juga sering berlaku dalam keluarga kelas bawahan yang berpendapatan rendah, keadaan kemiskinan yang runcing seperti pengangguran, kurang sumber kewangan dan kemudahan asas yang tidak mencukupi. Apabila sesebuah keluarga mengalami masalah kewangan, ini akan menyebabkan mereka menjadi panas baran sehingga melepaskan perasaan mereka ke atas anak-anak. Namun, masalah penderaan berlaku. Di samping itu, punca yang menyebabkan penderaan juga termasuk kekurangan pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Pengetahuan agama adalah amat penting kerana ia dapat memberi panduan yang terbaik dan tersusun dalam menguruskan keluarga. Islam telah menerapkan sifat

yang baik yang perlulah kita contohi seperti tahap kesabaran yang tinggi dalam melayan kereneh anak-anak. Jadi, masalah penderaan mudah dicetus jika seseorang itu kekurangan ajaran agama. Langkah-langkah Kerajaan boleh mengadakan kempen antipenderaan untuk mendedahkan kepada masyarakat secara umum bagi membanteras masalah penderaan. Kempen ini akan memberi kesedaran kepada para ibu bapa supaya lebih melindungi anak-anak mereka. Di samping itu, mereka akan lebih memahami tanggungjawab mereka yang sebagai seorang ibu bapa. Jadi, mereka akan mengelakkan anak mereka menjadi mangsa penderaan yang seterusnya. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah penderaan. Pegawai kebajikan masyarakat haruslah membuat lawatan siasatan terhadap keluarga yang berkenaan apabila menerima aduan. Mereka perlulah memberi bantuan dengan segera sekiranya mendapati masalah penderan berlaku dalam sesebuah keluarga. Dengan bantuan mereka, kes penderaan dapat dikurangkan. Kerajaan juga boleh menguatkan kuasa undang-undang seperti menjatuhkan hukuman yang berat seperti hukuman mati terhadap sesiapa yang mendera kanak-kanak. Dengan cara mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang, pendera-pendera akan berasa takut dan tidak berani melakukan perbuatan yang begitu kejam ini. Namun, kanak-kanak dapat dilindungi daripada penderaan. Di samping itu, pihak-pihak yang berkenaan juga boleh mengadakan kelas-kelas bimbingan di setiap tempat. Kelas ini khususnya bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini akan memberi pengetahuan kepada setiap pasangan tentang peranan mereka serta tanggungjawab yang perlu dipikul dan ditanggung setelah berumah tangga. Mereka dapat bersiap sedia diri dalam kehidupan yang baru. Mereka akan lebih memahami bagaimana cara untuk membimbing anak dan sebagainya. Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan satu tindakan zalim yang bertentangan dengan agama. Hal ini kerana perbuatan sedemikian hanya untuk bertujuan menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan diri sendiri. Kanak-kanak merupakan generasi berharapan bagi negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani masalah ini demi perkembangan kanak-kanak yang seimbang.
Disediakan oleh: Ng Jia Yi ( 205805 )

Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh masyarakat untuk menangani masalah penderaan kanak-kanak dan masalah pembuangan bayi. SOALAN: PELBAGAI CADANGAN DAN TINDAKAN DIAMBIL OLEH PELBAGAI PIHAK UNTUK MENANGANI GEJALA

PEMBUANGAN BAYI DAN PENDERAAN KANAK-KANAK TETAPI MASALAH INI MASIH BERLELUASA. BINCANGKAN LANGKAHLANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT UNTUK MENANGANI GEJALA BURUK INI DARIPADA TERUS BERLAKU.
KARANGAN BAHAGIAN B SPM ~ Contoh jawapan pelajar dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2.

Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini,gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak amat berleluasa di negara kita, Malaysia. Namun,gejala-gejala tersebut bukan lagi isu yang hangat lagi kerana telah menjadi kebiasaan bagi rakyat negara ini. Hampir setiap hari media massa memaparkan berita yang berkaitan dengan gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak,tidak ketinggalan juga di corong-corong radio tempatan yang juga sering menyampaikan masalah-masalah tersebut. Namun, golongan yang tidak bertanggungjawab tersebut masih tidak mempunyai kesedaran serta perasaan malu apabila beritaberita sedemikian disebarkan sehingga setiap lapisan masyarakat menyaksikan perbuatan kejam yang telah mereka lakukan ke atas golongan yang tidak berdosa ini. Walaupun mereka telah ditangkap dan dipenjarakan sehingga terdapat kes yang membawa mereka untuk dijatuhkan hukuman sampai mati. Hal ini jelas menunjukkan hanya manusia yang tidak mempunyai nilai moral yang boleh bertindak kejam seperti binatang yang tidak mempunyai akal fikiran seperti manusia.Bak kata pepatah janganlah sudah terhantuk baru tergadah. Pelbagai pihak telah bersinergi untuk menangani masalah tersebut daripada berlaku, namun tetap menghampakan kerana tidak begitu efektif. Hal ini terbukti apabila gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak semakin meningkat dari hari ke hari sehingga tahap yang kritikal. Bagi membendung masalah-masalah seperti ini daripada terus menular dalam kalangan golongan yang tidak bertanggungjawab ini, masyarakat sendiri haruslah memainkan peranan mereka untuk membantu mengatasi gejalagejala tersebut. Masyarakat haruslah membuang sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dengan mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keadaan di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, masyarakat haruslah menanamkan sikap jaga tepi kain orang untuk mengetahui apa yang telah berlaku di sekeliling mereka terutamanya dalam usaha membendung gejala-gejala sosial tersebut daripada berlaku dalam kalangan remaja ataupun muda-mudi pada zaman moden ini. Sementelahan pula, masyarakat haruslah mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Hal ini amat penting bagi mereka untuk saling mengambil berat serta

mengeratkan lagi hubungan silaturahim.Tambahan pula, perpaduan antara masyarakat dapat dikukuhkan lagi. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu membanteras gejala sosial daripada berlaku kerana adanya semangat bersatu-padu dalam kalangan masyarakat. Selain itu,masyarakat juga haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini amat penting bagi mendidik anak-anak mereka dari kecil supaya dapat membezakan antara kebaikkan dan keburukkan dalam melakukan sesuatu tindakan. Hal ini penting bagi ibu bapa untuk memainkan peranan mereka. Bagi sesiapa yang bergelar ibu dan bapa kapada anak-anak mereka, wajarlah mereka bersikap tegas terhadap anak-anak supaya mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta rasa hormat dan taat kepada orang tua tersemai dalam diri mereka. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam pergaulan sosial yang melampau seperti pergaulan bebas daripada berlaku. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengawal segala aktiviti harian anak-anak mereka dengan lebih ketat. Di samping itu, ibu bapa sendiri haruslah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana remaja mudah terpengaruh dengan faktor persekitarannya. Bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh sebab hal yang demikian, ibu bapa haruslah mempunyai pendidikan keagamaan yang kukuh supaya dapat disemaikan dalam diri anak-anak mereka. Pendidikan keagamaan merupakan satu langkah yang terbaik dalam mencegah segala perbuatan negatif yang menyumbang kepada gejala pembuangan bayi aakibat pergaulan seks bebas dalam kalangan golongan yang tidak bermoral ini. Dalam usaha membanteras kes penderaan kanak-kanak daripada berlaku,peranan masyarakat haruslah diutamakan. Masyarakat haruslah sentiasa peka dengan keadaan di sekelilingnya. Jika mendapati terdapat salah seorang jiran yang melakukan penderaan terhadap anak-anak, mereka haruslah segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis secepat yang mungkin tanpa mempedulikan ancaman daripada jiran mereka. Selain itu, pengawalan keselamatan di sekeliling kediaman penduduk haruslah diperketatkan. Hal ini amatlah penting bagi memastikan tidak ada seorang pun yang berani membuang bayi secara sesuka hati serta dapat memastikan kanak-kanak mendapatkan perlindungan daripada didera serta disakiti oleh mana-mana pihak yang tidak bermoral itu. Dalam usaha ini, penduduk setempat sendiri haruslah melakukan rondaan secara bergilir-gilir untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini serta mencurigakan daripada berlaku. Akhir sekali, masyarakat haruslah menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian serta amalkan gaya hidup sihat. Masyarakat juga haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang natijahnya jika terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti gejala pembuangan bayi akibat

perhubungan yang terlanjur dan tidak ingin mempunyai anak haram serta dipandang hina oleh orang lain sehingga menemui jalan buntu iaitu membuang bayi yang tidak berdosa tersebut di merata-rata tempat. Sebaliknya masyarakat haruslah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta seperti Kempen Membanteras Gejala Pembuangan Bayi. Hal ini dapat mendedahkan natijah yang akan diperoleh seandainya terjerumus dengan perbuatan negatif tersebut. Dengan adanya kesedaran yang tinggi, masyarakat secara automatik akan menjauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala sosial. Hal ini akan menurunkan kadar gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak. Sebagai intihanya, masyarakat haruslah bersinergi dengan pelbagai pihak dalam usaha menangani gejala pembuangan bayi dan penderaan kanakkanak daripada berlaku serta mencari resolusi hingga ke akar umbi supaya gejala buruk ini dapat dibanteras dan dihalang daripada terus membelenggu setiap lapisan masyarakat di negara ini. Bak kata pepatah sikap bagai aur dengan tebing haruslah diamalkan antara satu sama lain. Hal ini penting bagi menjadikan negara kita bebas daripada gejala buruk supaya pembangunan negara tidak terjejas disebabkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bermoral ini. Tambahan pula, matlamat negara untuk mencapai Wawasan 2020 akan direalisasikan serta imej negara dipandang tinggi di mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai