Anda di halaman 1dari 2

BAHAS ALA PARLIMEN - Panduan Pengurusan Bahas (Peraturan

Pertandingan)
BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU Panduan Pengurusan Bahas

PERATURAN PERTANDINGAN BAHAS

Peraturan pertandingan ini perlu dibacakan oleh Yang Arif Tuan Speaker untuk
perhatianAhli-Ahli Yang Berhormat.
1.Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh
peribadiseseorang adalah
dilarang
. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah
dilarang sama sekali.
2.Setiap pembahas diberi masa 8 minit untuk berucap manakala penggulung diberi
masa 4 minit
untuk membuat ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan
pembahas/penggulung berucap.
3.Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit pertama menandakan bahawa
ruang dibuka kepada pasukan lawan untuk membuat Izin Laluan manakala pada
akhir minit ketujuh loceng akan dibunyikan
Sekali menandakan masa telahtamat untuk pihak lawan membuat Izin Laluan.
4.Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kelapan menandakan bahawa
masauntuk pembahas berucap telah tamat.
5.Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan diberi masa 3 minit sebagai
masa persediaan sebelum membuat ucapan penggulungan masing-masing.
6.Pada akhir minit ketiga masa penggulungan, loceng amaran akan dibunyikan
sekali dan pada minit keempat, loceng akan dibunyikan dua kali menandakanmasa
untuk penggulungan telah tamat.7.Semasa seseorang pembahas sedang berucap,
pihak lawan dibenarkanmemohon/membuat Izin Laluan dalam
bentuk:i.soalanii.kenyataaniii.fakta/ penjelasan/ pembetulaniv.ayat-ayat pendek
yang berkait dengan isi yang sedang diutarakanoleh pembahas

8.Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin Laluan. Izin
Laluanharuslah padat dan bernas.
9.Izin Laluan tidak boleh disalahgunakan untuk mengganggu pihak lawan.
Setiap pasukan perlu mematuhi etika Izin Laluan. Markah akan dipotong jika
terdapat pelanggaran terhadap etika ini.
10.Etika Izin Laluan adalah seperti berikut:
10.1 Izin Laluan tidak boleh dilakukan sebelum minit pertama Dan semasa minit
terakhir sewaktu pembahas berucap.
10.2 Izin Laluan hanya dibuka semasa sesi perbahasan dan tidak dibuka pada sesi
penggulungan.
10.3 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tanganatau berdiri
tegak hendaklah dilakukan semasa memohon IzinLaluan.
10.4 Perlakuan yang kasar dan biadab seperti menepuk-nepuk meja , bertepuk
tangan, memetik-metik jari, melambai-lambai, bersiul,menjerit atau apa-apa sahaja
yang sengaja dilakukan untuk mengganggu
pihak lawan akan menyebabkan penguranganmarkah.
10.5 Pembahas juga tidak boleh memperlihatkan rasa tersinggungapabila
permohonannya untuk mendapat Izin Laluan ditolak.
10.6 Kata-kata yang diucapkan semasa Izin Laluan hendaklah halus, berbudi bahasa
dan mencerminkan tatasusila, adab serta budayayang tinggi. Menjerit, marahmarah dan mengejek pihak lawanadalah dilarang.
10.7 Izin Laluan dipohon dengan seseorang pembahas itu berdiri danmenyebut Izin
Laluan. Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap Izin
Laluan yang ditujukankepadanya. Pembahas yang sedang berucap boleh:
menerima Izin Laluan tersebut ketika itu
menghabiskan ayatnya dahulu dan menerima Izin Laluantersebut.
meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yanghormat
11.Keputusan sama ada persidangan menerima atau menolak usul ditentukan
olehhakim perbahasan.Keputusan dibuat secara Juri (majoriti) untuk
menentukan pihak yang menang. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD
12.Keputusan akan diumumkan oleh Speaker Dewan.

Anda mungkin juga menyukai