Anda di halaman 1dari 6

Sejarah sofbol

Sofbol atau bola lisut adalah sukan bet. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat. Peraturan Sofbol dimainkan di kawasan berbentuk diamond. Kawasan ini mempunyai satu plat rumah dan tiga bes. Setiap pasukan mempunyai sembilan orang pemain. Apabila satu pasukan mengambil giliran memukul, satu pasukan lagi akan memadang. Pasukan memukul akan memukul bola ke kawasan pemadang untuk melakukan larian. Satu larian dikira setelah pemukul berlari mengelilingi diamond dengan memijak semua bes dan balik semula ke plat rumah. Pasukan memadang boleh mematikan pasukan lawannya dengan cara menyentuh pelari bes dengan glof yang memegang bola atau menghantar bola kepada pemadang di bes lebih dahulu daripada pelari. Giliran memukul tamat jika terdapat tiga pemukul terkeluar atau `mati`. Setelah tamat permainan, pasukan yang lebih larian akan dikira pemenang. Sesuatu perlawanan biasanya mengandungi tujuh inning. Satu inning dikira setelah setiap pasukan bermain dalam sesi memukul dan satu lagi sesi memadang. Alatan Alatan yang perlu ada bagi satu perlawanan permainan sofbol seperti Glof, Mit, Adang muka, Bes(berbentuk segiempat, Penahan dada, Bola sofbol, Plat(berbentuk segi tiga), dan Bet(kayu pemukul). Kemahiran Asas Sofbol Ini ialah kemahiran-kemahiran asas sofbol seperti : Membaling Bola Fasa Persediaan * Buka kaki seluas bahu. * Fleksi lutut. * Kedua-dua belah tangan berada di hadapan badan. * badan menghadap ke arah bola datang. Fasa Pelaksanaan * Tumpukan mata pada layangan bola. * Ekstensi kedua-dua tangan ke arah bola. * Tangan membaling di belakang glove Fasa Ikut Lajak

* Perangkap bola dalam pocket glove dan serap daya. * Genggam bola dengan glove sambil membaling menyerkup bola. * Bawa bola ke bahu tangan membaling. * Ambil bola dari dalam glove. * Sedia untuk lontaran. Balingan Pitcher Bola hendaklah dibaling secara pergerakan underarm ataupun di bawah tangan. Bola hendaklah dilepaskan ketika hayunan berada di bawah paha. Selain balingan ini adalah tidak dibenarkan. Balingan Fielder Balingan sisi * Berdiri sisi, pandang ke sasaran. * Depakan sebelah tangan ke sasaran. * Tarik tangan ke belakang bahu. * Baling bola dari sisi bahu. Balingan atas bahu * Berdiri sisi, pandang ke sasaran. * Tarik tangan ke bealakang bahu. * Baling bola melepasi atas bahu. * Ikut lajak. Menangkap Bola Tinggi * Menangkap bola tinggi hampir badan * Menangkap bola ke atas kepala Menangkap bola tinggi hampir badan * Menghadap ke arah bola. * Kaki buka seluas bahu. * Lutut dibengkokkan sedikit. * Luruskan tangan ke atas hadapan badan. * Pandang bola masuk ke glof. Menangkap bola atas kepala * Badan menghadap bola. * Kaki buka seluas bahu. * Lutut dibengkokkan sedikit.

* Luruskan tangan ke atas kepala. * Pandang bola masuk ke glof. Menerima lemparan * Keadaan sedia * Semasa menangkap bola Keadaan sedia * Lari ke bes dan pandang ke arah bola. * Badan menghadap bola. * Tangan bersedia untuk menangkap bola. Semasa menangkap bola * Badan menghadap bola. * Pandang ke arah bola. * Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan. * Suaikan kedudukan tangan mengikut arah bola. Memukul dan Menampan Terdapat tiga cara memegang bet. * Cekak pendek * Cekak sederhana * Cekak panjang Bersedia * Berdiri sisi dari arah lemparan. * Kaki buka seluas bahu. * Lutut dibengkokkan sedikit. * Pandang ke arah bola. * Tarik bet ke belakang. Memukul * Pasak kaki. * Pandang ke arah bola dan ayun bet ke hadapan. Semasa menampan * Pandang ke arah bola. * Kaki buka seluas bahu.

* Lutut dan siku dibengkokkan sedikit. * Halakan bet ke arah bola. Ikut lajak * Kedua-dua belah lengan ikut lajak. Kemahiran Melempar Terdapat dua gaya lemparan yang sering digunakan oleh pitcher. * Gaya Ayunan (slingshot) * Gaya Kincir Angin (windmill) Gaya Ayunan (slingshot) * Berdiri menghadap sasaran. * Lutut dibengkokkan sedikit. * Pegang bola, luruskan lengan ke bawah. * Ayun lengan ke belakang dan terus ke hadapan. * Ayunkan bola ke sasaran. * Ikut lajak. Gaya Kincir Angin (windmill) * Berdiri dan kaki rapat. * Putar lengan membentuk satu bulatan. * Melangkah setapak ke hadapan. * Lepaskan bola sebaik sahaja tangan yang diayun melepasi paha. * Ikut lajak.

Kemahiran Asas Sofbol 1: Membaling dan Menangkap Bola Membaling Bola

1. Cara Menggenggam bola:

Bola digenggam dengan menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari. Jari manis dan jari kelingking hanya digunakan sebagai penampan bola. Seboleh-bolehnya bola hendaklah tidak menyentuh tapak tangan.

2. Cara Melakukan Balingan: Balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang paling baik adalah di atas bahagian diafram dan di bahagian muka penerima bola. Pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki yang bertentangan dengan tangan yang digunakan untuk membaling bola ke hadapan. Lentikkan pergelangan tangan yang memegang bola ke belakang dengan siku berada separas dengan bahu ke arah belakang.

3. Sentiasa membuat balingan, kepirkan (snap) bola dengan pantas. Berat badan hendaklah diubah ke kaki hadapan untuk mengimbang pergerakan tangan.

4. Pergerakan membaling hendaklah diteruskan dengan ikut lajak selepas bola dibaling. Mata hendaklah memandang pergerakan bola ke sasaran. (Fasa ini sangat penting untuk menentukan bola dibaling menuju tepat ke sasaran).

Menangkap Bola

Menangkap bola adalah merupakan satu kemahiran penting dalam permainan ini. Pemadang hendaklah ingat bahawa bola yang akan ditangkap datangnya daripada berbagai keadaan dan arah yang berlainan seperti deras, perlahan, leret, tinggi dan melantun.

Seorang pemadang perlu ingat bahawa bola hendaklah ditangkap dalam poket sarung tangan (untuk mematikan pemukul). Seorang pemadang tidak digalakkan menadahkan sarung tangan ke atas untuk menangkap bola kerana bola yang ditangkap boleh terlucut dan mencederakan muda dan badannya.

1. Persediaan Menangkap Bola: Pemadang hendaklah sentiasa bersedia dengan sarung tangan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap latihan atau pertandingan. Untuk menangkap bola yang melayang tinggi, pemadang yang berhampiran dengan bola hendaklah meneriak dengan terang bahawa dia akan menangkap bola tersebut). Gunakan sarung tangan untuk menangkap bola dan pastikan ia selamat dengan menggunakan tangan melempar. Lindungan tangan melempar tersebut akan menyelamatkan bola dari melantun keluar dan balingan dapat dilakukan dengan cepat. Pemadang hendaklah membiasakan dirinya mengeluarkan dan membaling dengan cepat bola yang telah ditangkap. Gerakan menangkap dan membaling adalah satu gerakan yang bersambungan.

2. Cara menangkap bola: Tangan yang memakai sarung tangan hendaklah sentiasa berada di depan badan. Semasa menangkap bola, pemadang mestilah menadah sarung tangan tepat ke arah bola, bagi tangkapan di atas pinggang. Untuk menangkap bola pada paras pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah berada di sisi pemain. Jika bola yang dibaling menuju ke bahagian bawah pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah diletakkan dan diarahkan ke bawah. Untuk menangkap bola leret, jari-jari sarung tangan hendaklah diarahkan ke bawah hingga mencecah tanah

Anda mungkin juga menyukai