Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN 14 (Dimensi Keluarga)

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat


bersukan dalam diri  anak-anak. Huraikan pendapat anda.

            Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di


negara kita selain bidang pelancongan dan perindustrian. Hal ini
demikian kerana, bidang sukan mendatangkan pelbagai faedah kepada
masyarakat dan negara. Selain melahirkan masyarakat yang cergas
dan sihat,  bidang sukan juga mampu menjana ekonomi yang baik
kepada negara dan memberi pulangan yang lumayan kepada ahli-ahli
sukan.  Dato’ Lee Chong Wei yang  merupakan pemenang pingat
perak  sukan Olimpik dua kali berturut-turut pada tahun 2008 dan
2012 dan Dato’ Nicol David, Ratu Squasy negara yang sudah
beberapa kali dinobatkan sebagai Juara Dunia adalah antara ahli sukan
yang memperoleh pendapatan yang lumayan hasil daripada bidang
sukan yang diceburi. Oleh itu, untuk melahirkan lebih ramai generasi
muda yang berminat dalam bidang sukan, ibu bapa hendaklah
memberi galakan dan motivasi kepada anak-anak agar menceburkan
diri dalam bidang sukan.  Berdasarkan kajian,  80 hingga 85 peratus
ibu bapa mampu mempengaruhi anak-anak untuk bersukan. Sekiranya
ibu bapa mampu memberikan sokongan dan galakan, sudah pasti
matlamat untuk memajukan bidang sukan negara akan tercapai dan
Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju yang lain dalam bidang sukan,  Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dalam memupuk minat bersukan dalam diri
anak-anak?
            Usaha pertama yang perlu dilakukan oleh setiap ibu bapa bagi
memupuk minat bersukan dalam diri anak-anak ialah menjadi suri
teladan yang terbaik kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah
menunjukkan semangat kesukanan agar anak-anak juga memiliki
semangat yang sama dalam diri mereka. Untuk memupuk semangat
bersukan, ibu bapa boleh bermula dengan melakukan senaman atau
riadah bersama anak-anak. Ibu bapa boleh berjoging, bermain
badminton dan melakukan aktiviti kecergasan di padang terutama
pada waktu hujung minggu.  Secara tidak langsung, minat anak-anak
terhadap sukan akan bercambah. Apabila anak-anak membesar, minat
mereka terhadap sukan akan berkembang. Sebagai contohnya, anak-
anak yang telah didedahkan dengan sukan bola sepak dan badminton
oleh ibu bapa sejak kecil, sudah pasti mereka akan berminat
menceburkan diri dalam sukan badminton.   Jelasnya, ibu bapa harus
menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak kerana anak-anak
akan menjadikan aktiviti sukan sebagai satu amalan ke mana- mana
sahaja mereka berada, bak kata pepatah, benih yang baik jatuh ke laut
menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi
menjadi penawar.
Selain itu, langkah lain yang boleh dilakukan oleh  ibu bapa
dalam menggalakkan anak-anak bersukan ialah ibu bapa perlu
menyediakan peralatan sukan yang lengkap kepada anak-anak yang
boleh mendorong minat anak-anak untuk bersukan. Peralatan-
peralatan sukan yang mudah didapati haruslah disediakan seperti raket
badminton, bola sepak, kasut bola dan alat-alat keselamatan untuk
bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa yang sanggup berkorban
dengan memperuntukkan sejumlah besar wang bagi menyediakan
gelanggang sukan pelbagai guna seperti gelanggang badminton,  sepak
takraw, bola keranjang dan tennis sudah pasti dapat menyuburkan
minat anak-anak untuk bersukan dengan menggunakan kemudahan
yang tersedia di depan mata mereka. Kasih sayang yang dicurahkan
bagai menatang minyak yang penuh  oleh ibu bapa kepada anak-anak
sudah pasti mampu membuka mata anak-anak untuk menghargai
segala usaha yang dilakukan oleh ibu bapa dan
seterusnya  menimbulkan minat yang mendalam untuk
bersukan.  Sejarah sukan badminton tanah air  pasti tidak pernah
melupakan pengorbanan Dato’ Mohd Siddik  Kamar dalam usaha
membantu negara melahirkan jaguh badminton terkenal di persada
antarabangsa seperti Misbun Siddik, Razif Siddik, Jailani Siddik,
Rashid Shiddik dan Rahman Shiddik. Pengorbanan beliau dengan
membina gelanggang badminton di halaman rumahnya sendiri
akhirnya berbaloi kerana semua anaknya berjaya menjadi pemain
badminton yang terkenal. Tegasnya, usaha ibu bapa menyediakan
peralatan sukan yang lengkap dapat melahirkan generasi yang minat
untuk bersukan.

Di samping itu, untuk memupuk semangat bersukan dalam diri


anak-anak, ibu bapa boleh  membawa anak-anak ke stadium dan
tempat-tempat pertandingan yang menganjurkan pelbagai jenis
kejohanan sukan sama ada peringkat negeri, kebangsaan atau
antarabangsa.  Hal ini dapat menimbulkan rasa minat untuk bersukan
dalam diri anak-anak  kerana tak kenal maka tak cinta. Anak-anak
terbiasa dengan suasana meriah dan penuh dengan semangat
kesukanan apabila berdiri bersama lautan penyokong sukan daripada
pelbagai lapisan masyarakat dan negara serantau. Anak-anak yang
menyaksikan kejohanan sukan secara langsung di stadium  akan
bersama-sama bertepuk tangan memberikan sokongan kepada atlet-
atlet yang bertanding. Mereka turut bersemangat  apabila berdiri
menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama  pemain-pemain
memenangi kejohanan  sukan yang disaksikan.   Sebagai contohnya,
apabila anak-anak sering menyaksikan sukan  bola sepak di stadium
sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa bersama-
sama ibu bapa,  mereka akan jatuh cinta dan berminat untuk
menceburkan diri dalam  sukan tersebut dan berusaha mencuba
menjadi yang pemain yang terbaik dalam sukan itu. Jelasnya, usaha
ibu bapa membawa anak-anak ke stadium-stadium dan tempat-tempat
kejohanan sukan berlangsung, merupakan salah satu langkah yang
berkesan bagi melahirkan anak-anak untuk bersukan dengan lebih
cemerlang dan menjadi penggiat sukan dan seterusnya melahirkan
anak-anak yang cinta dan minat untuk bersukan.
Akhir sekali,  ibu bapa juga hendaklah memupuk minat bersukan
dengan membelikan majalah sukan yang diminati oleh anak-anak
mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak akan lebih berminat untuk
menceburkan diri dalam sukan dengan lebih serius. Mereka akan
mendapat maklumat yang terkini tentang perkembangan sukan melalui
majalah sukan tersebut. Selain itu, ibu bapa juga boleh membimbing
anak-anak mereka melayari internet untuk mendapat bahan tentang
jenis sukan dan cara-cara atau teknik-teknik terbaik untuk permainan
yang diminati.  Internet merupakan sumber ilmu yang boleh
digunakan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua mahupun
muda. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melayari internet untuk
mencari bahan tentang  cara permainan sukan yang terbaik dan
terkenal supaya boleh menjadi contoh dan diikuti apabila bersukan.
Sudah terang lagikan bersuluh, hampir semua golongan remaja
terpengaruh dengan internet. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
bolehlah menjadikan internet sebagai salah satu medium utama dalam
usaha memupuk minat bersukan dalam diri anak-anak. Hal ini dapat
menggalakkan anak-anak bersukan supaya boleh melahirkan anak-
anak yang sihat. Ilmu yang diperoleh daripada bahan-bahan internet
boleh dijadikan panduan untuk bersukan dengan lebih baik dan
bermutu tinggi. Hal ini disebabkan mesej-mesej yang terkandung
dalam internet. Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
memupuk minat bersukan dengan membimbing anak-anak melayari
internet.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan
bahawa untuk melahirkan generasi yang minat bersukan, ibu bapalah
yang memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak bersukan.
Asas pendidikan bermula dari rumah, sudah pasti ibu bapa memainkan
peranan penting kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Profesor Diraja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah
merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula
merupakan profesor pertama bagi mereka. Jika anak-anak sudah jatuh
cinta dengan aktiviti bersukan, kesihatan anak-anak sudah pasti
terjamin. Imam Al-Ghazali pernah menyatakan bahawa, ciri yang
membezakan anatara manusia dengan haiwan ialah ilmu, maka
manusia menjadi mulia kerana ilmunya dan bukan kerana kekuatan
dirinya.tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
memupuk minat sukan dalam kalangan anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai