Anda di halaman 1dari 4

SKIMA BIOLOGI PERCUBAAN MRSM 2017

SOALAN 6

6 (a) Ciri-ciri penyesuaian pada tumbuhan akuatik (Elodea sp.) untuk hidup dalam air

Mempunyai daun yang fleksibel dan kecil. Daun boleh membengkok mengikut arus air.
Hanya terdapat sedikit halangan pada aliran air , maka dapar menghalang kerosakan pada daun
tumbuhan tersebut. Batang yang lembut dan kecil yang boleh membengkok mengikut aliran air
dapat menghalang batang daripada daripada patah dan rosak.

Mempunyai pundi udara di dalam daun dan batang untuk memastikan tumbuhan sentiasa
terapung di permukaan untuk mendapatkan cahaya matahari yang optimum dan tetap tegak di
dalam air. Batangnya tidak mempunyai batang berkayu untuk mengurangkan jisim tumbuhan

(b) Kesan kepada pergerakan belalang jika otot ekstensor terkoyak

Belalang tidak dapat melompat. Otot ekstensor dan fleksor melekat pada permukaan dalam
tulang. Otot ekstensor tidak dapat mengecut menyebabkan kaki belakang tidak dapat diluruskan.
Kaki tidak dapat ditolak kebelakang dan tiada daya tujah dapat dihasilkan . Otot fleksor mengecut
dan otot ekstensor tidak dapat berehat . Kaki bawah tidak dapat dilipat kepada bentuk Z

(c) Masalah kesihatan berkaitan dengan sistem otot rangka dan cara mengatasinya

Artritis iaitu sendi membengkak dan sakit disebabkan oleh keradangan pada sendi. Pesakit perlu
makan ubat tahan sakit untuk meredakan kesakitan.

Distrofi otot iaitu otot merosot dan menjadi semakin lemah sehingga tidak boleh menggerakkan
anggotanya. Penyakit ini disebabkan oleh gen mutan yang terdapat pada kromosom X. Penyakit
genetic yang dibawa oleh gen yang tidak normal pada kromosom X. Penyakit ini dapat dirawat
dengan menyuntik sel stem untuk menggantikan sel yang telah merosot atau menyuntik steroid
untuk memulihkan kekuatan otot . Fisioterapi juga boleh dilakukan untuk melambatkan
kemorosotan otot

Osteoporosis iaitu tulang menjadi poros disebabkan oleh pemakanan yang tidak cukup fosfat dan
kalsium dalam diet seharian. Badan tidak dapat menyerap fosfat dan kalsium yang mencukupi
daripada diet tersebut. Oleh itu, amalkan tabiat pemakanan yang kaya dengan kalsium, fosfat dan
vitamin. Kerap bersenam untuk menambahkan jisim tulang.

SOALAN 7

7. (a) (i) Proses perkembangan zigot yang berlaku dalam tiub Fallopio

Ovum disenyawakan dengan sperma untuk membentuk zigot. Setelah bersenyawa di dalam tiub
fallopio, zigot membahagi menjadi 2 sel melalui proses mitosis. 2 sel ini menjalani proses mitosis
menjadi 4 sel anak. 4 sel anak ini menjalani mitosis menjadi 8 sel anak. 8 sel anak ini membentuk
menjadi morula. Proses mitosis terus berulang-ulang. Morula akan bergerak ke uterus dengan
bantuan cilia dalam tiub Fallopio.
(a) (ii) Teknologi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketidaksuburan ( bilangan
sperma sedikit)

Menggunakan IUD iaitu Intrauterine insemination. Bilangan sperma yang sedikit menyukarkan isteri
untuk mengandung. Sperma diambil daripada suami pada masa tertentu yang sesuai. Air mani yang
berkepekatan tinggi mengandungi bilangan sperma yang lebih banyak.

Sperma disuntik masuk ke dalam uterus isteri dengan menggunakan picagari tanpa jarum. Sperma
dan ovum akan bersenyawa di dalam tiub Fallopio dan berkembang menjadi embrio. Embrio akan
berkembang menjadi fetus.

(b) Proses pembentukan buah dan biji benih bermula dari butir debunga di atas stigma

Proses pendebungaan iaitu butir debunga dipindahkan dari anter dan melekat pada stigma.
Stigma merembeskan sukrosa. Sukrosa merangsang butir debunga bercambah dan membentuk tiub
debunga. Tiub debunga memanjang dan bertumbuh ke arah ovul melalui stil.

Nukleus penjana akan membahagi secara mitosis untuk membentuk 2 gamet jantan yang
haploid. Nukleus tiub bergerak mendahului gamet jantan di dalam tiub debunga. Apabila tiub
debunga menembusi ovul melalui mikropil, nukleus tiub akan merosot dan gamet jantan masuk ke
dalam pundi embrio.

Persenyawaan ganda dua. Satu gamet jantan bercantum dengan sel telur untuk menghasilkan
zigot yang diploid. Manakala satu lagi gamet jantan akan bercantum dengan 2 nukleus kutub untuk
membentuk nucleus endosperma yang triploid. Ovul berkembang menjadi biji benih dan ovari
berkembang menjadi buah.

SOALAN 8

8. (a) (i) Nilai perubahan isipadu udara dan kadar pernafasan atlit

Isipadu udara semasa fasa rehat ialah 0.5 dm

Isipadu udara semasa fasa latihan intensif ialah 2.0 dm

Isipadu udara per minit semasa fasa rehat ialah 5.5 dm

Isipadu udara per minit semasa fasa latihan intensif ialah 36 dm

Kadar pernafasan semasa fasa rehat ialah 11min

Kadar pernafasan semasa fasa latihan intensif ialah 18min

(a)(ii) Mengapa isipadu udara dalam peparu semasa fasa latihan intensif lebih tinggi berbanding
fasa rehat

Latihan intensif memerlukan lebih banyak tenaga dan lebih banyak oksigen. Respirasi aerob
akan meningkat dan mnghasilkan lebih banyak karbon dioksida. Oleh itu, lebih banyak karbon
dioksida perlu disingkirkan bagi mengawal atur kepekatan karbon dioksida dalam darah.

Membekalkan oksigen yang mencukupi untuk respirasi aerob dan dapat menghalang
daripada berlakunya respirasi anaerob. Dapat menghalang berlakunya hutang oksigen dan
menghalang pembentukan adis laktik.
(b) Selepas menghabiskan latihan intensif selama 30minit, atlit dengan segera melakukan
tindakan berikut

Memakai sut trek - Untuk menghalang kehilangan dengan cepat. Sut trek dapat memerangkap
udara dan bertindak sebagai pemanas haba bagi menghalang deripada berlaku hipotermia.

Menghela nafas panjang dan dalam – untuk membebaskan lebih banyak karbon dioksida dan
mengekalkan aras karbon dioksida normal dalam darah. Keasidan darah dapat dikurangkan dan
untuk mengekalkan pH darah pada aras yang normal. Selain itu, untuk mendapatkan oksigen yang
lebih banyak bagi membayar hutang oksigen. Oksigen digunakan untuk menguraikan asid laktik
kepada karbon dioksida dan tenaga.

Berjalan-jalan secara bebas sebagai aktiviti menyejukkan badan - untuk mengembalikan kadar
denyuntan jantung ke aras normal secara beransur-ansur dan kadar pernafasan kembali ke tahap
normal. Mengawal atur peredaran darah ke tahap normal dan megembalikan tekanan darah ke
tahap normal. Selain itu, dapat mengelakkan daripada pengsan dan penin.

(c) Penyesuaian ikan belacak untuk bermandiri di habitatnya

Ikan belacak mempunyai ruang insang yang lebih besar untuk memberi lebih banyak ruang untuk
oksigen bagi pernafasan. Mempunyai insang yang lembap bagi meningkatkan kadar penyerapan
oksigen dan membantu insang berfungsi dalam jangka masa yang lama ketika tidak berada di dalam
air.

Ikan belacak mempunyai kulit yang lembap yang dilapisi oleh mucus bagi meningkatakan kadar
penyerapan oksigen. Ia juga mempunyai rongga mulut yang membolehkannya menyedut udara. Ikan
ini juga mempunyai banyak kapilari darah di dalam mulut dan leher untuk meningkatkan kadar
penyerapan oksigen dan pertukaran gas pernafasan.

SOALAN 9

9. (a) Rajah skema

Bapa Ibu

Fenotip Normal Polidaktil

Genotip dd DD

Gamet d d D D

Genotip anak Dd Dd Dd Dd

Fenotip anak semua polidaktil

Nisbah fenotip 100% polidaktil


(b) Dua faktor genetik yang menyebabkan berlakunya variasi

1. Pindah silang di antara kromatid tidak seiras menyebabkan berlakunya pertukaran segmen DNA
yang menghasilkan kombinasi gen yang baru

2. Penyusunan rawak kromosom homolog semasa fasa metafasa I. Kromosom homolog tersusun
secara rawak pada plat metafasa dan menghasilkan jenis gamet yang baru

3. Persenyawaan secara rawak – persenyawaan antara sperma dengan ovum adalah secara rawak
dan menghasilkan pelbagai gamet baru dengan kandungan genetic yang berbeza

4. Mutasi ialah perubahan secara spontan dan rawak pada kandungan genetik dalam sel organisma
menyebabkan perubahan pada struktur gen atau kromosom

(c) Kebaikan dan risiko menggunakan organsima terubahsuai secara genetic dalam pertanian
untuk meningkatkan penghasilan makanan

Kebaikan

Kejuruteraan genetik digunakan untuk menghasilkan tumbuhan yang tahan terhadap penyakit dan
serangan serangga. Contohnya seperti pokok jagung dan pokok kekacang. Racun serangga kurang
digunakan dan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hasil tanaman dapat ditingkatkan
dan dapat memenuhi keperluan masyarakat dunia terhadap makanan.

Tumbuhan mampu hidup di atas tanah yang tidak subur, tahan terhadap kemarau dan tahan
terhadap perubahan iklim dunia. Hasil tanaman seperti tomato dapat bertahan lama selepas dituai
dan menghasilkan tanaman yang mempunyai kandungan vitamin yang tinggi bagi menyelasaikan
masalah malnutrisi. Ternakan yang terubah suai secara genetic seperti lembu menghasilkan daging
yang kurang lemak dan mengahsilkan susu yang banyak.

Risiko

Makanan yang diubahsuai secara genetic berkemungkinan berbahaya kepada kesihatan manusia dan
mengaktifkan gen yang boleh menyababkan kanser. Organisma transgenic berkemungkinan
memberi kesan kepada kehidupan organisma dalam ekosistem.

Gen yang tahan terhadap racun perosak berkemungkinan akan dipindahkan ke rumpai yang akan
menyebabkan pertumbuhan rumpai tidak dapat dikawal. Selain itu, ia juga mengurangkan
kepelbagaian dan hanya trait yang dikehendaki yang dipilih oleh manusia dan trait yang buruk akan
disingkirkan.

Anda mungkin juga menyukai