Anda di halaman 1dari 4

Karangan Respons Terbuka 100 markah

Dapatkan markah yang paling banyak di sini. Jawab soalan ini dahulu walau susah mana soalan tersebut. Buat rangka dan rancang perenggan anda. markah 100, jangan sia-siakan.

Ingat, sekurang-kurangnya mesti 7 perenggan dengan 5 isi. Setiap isi mesti ada sekurang-kurangnya 80 patah kata. Jumlah 400 patah kata. 70 untuk pendahuluan dan 70 untuk penutup, maka keseluruhan karangan anda akan ada 54o patah kata. Cukup untuk mendapat 1A dengan andaian yang lain-lain cemerlang. kalau tulis kurang daripada 400, sukar untuk dapat markah tinggi. Kenapa? Senang sahaja, tentu isi karangan tidak dapat dihuraikan dengan mantap. Apabila isi tidak mantap, maka markah akan berkurang. Ingat peraturan menulis perenggan. Ini sangat penting. Pengurusan perenggan yang baik akan meningkatkan impression pemeriksa. Pastikan ayat topik sangat jelas. Misalnya kalau soalan itu mahukan anda menuliskan usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan, maka ayat topiknya hendaklah jelas iaitu antaranya -- Salah satu usaha untuk mengatasi masalah keracunan makanan adalah dengan memastikan semua peralatan masak dan dapur dalam keadaan yang bersih. (Ini ayat topik) maksud ayat topik ialah ayat yang menerangkan topik perbincngan dalam perenggan itu. Dan ayat topik ini mestilah jelas menjurus jawaban soalan tersebut. Lepas ayat tersebut barulah huraikan ayat topik. (Ayat huraian) Dalam huraian, anda hendaklah menjelaskan bagaimana untuk memastikan semua peralatan masak dan dapur itu sentiasa dalam keadaan bersih. Contohnya: Semua periuk belanga dan peralatan lain hendaklah dibasuh dengan bersih dengan menggunakan pencuci yang selamat. Air yang digunakan hendaklah air yang bersih dan bukan air yang telah digunakan berulang kali sebagaimana yang dapat dilihat di sesetengah premis perniagaan yang menakung air

untuk membersihkan peralatan dapur mereka. Dapur juga hendaklah sentiasa disapu dan dikemaskan. Segala barang yang lama dan tidak diperlukan hendaklah dibuang. Begitu juga sampah dan bahan buangan yang lain hendaklah dibuang di dalam tong sampah yang bertutup agar tidak dihurungi lalat. Dapur hendaklah bebas daripada lalat, lipas, tikus dan sebarang haiwan yang dapat membawa penyakit.

panjang tak? cuba kira berapa jumlah perkataan tersebut? Ini belum habis lagi. Anda hendaklah menutup perenggan anda dengan ayat penyimpul. Ayat penyimpul merupakan kesimpulan isi untuk perenggan itu sahaja. Gunakan kata-kata seperti Jelaslah, oleh itu, Sebab itulah, Oleh hal yang demikian, Sesungguhnya, dan banyak lagilah... Ayat penyimpul akan menegaskan ayat topik. Pemeriksa akan berasa puas dengan isi yang disampaikan kerana mantap, lengkap, menjawab soalan dan terurus. Dalam ayat penyimpul, bolehlah dimasukkan peribahasa yang sesuai kalau ada. Contoh: Jelaslah bahawa peralatan masak dan dapur yang bersih amat penting untuk menghindarkan keracunan makanan daripada berlaku. Oang kata, lebih baik mencegah daripada mengubati. (Baca yang bercetak kuning berterusan. ini adalah satu perenggan.) Ingat! Satu isi satu perenggan. Jangan sesekali mencampuradukkan isi. Jangan ada isi dalam pendahuluan atau penutup. Masalah berat ni kalau ada yang buat macam itu.

Aspek Yang Dinilai Dalam Karangan B: a. Penilaian dibuat secara holistik berpandukan kriteria dan peringkat yang ditetapkan. b. Penggunaan pelbagai jenis kata atau kosa kata yang luas dan tepat. c. Penggunaan pelbagai ayat majmuk. d. Ejaan dan tanda bacaan. e. Penggunaan laras bahasa yang sesuai. f . Idea yang relevan dengan tugasan dalam soalan yang diberikan. g. Kematangan idea dan contoh yang sesuai. h. Pengolahan yang menarik dan berkesan serta pemerengganan yang sesuai. i. Wacana yang lengkap dan ada kesinambungan idea. j . Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi. k. Penggunaan gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. l . Format karangan Contoh soalan karangan: Sejajar dengan itu = PENANDA WACANA Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk. bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk = TUGASAN Contoh Perenggan 4 Unsur Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja. = AYAT PENEGAS Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga = ISI UTAMA elemen = KOSA KATA MENARIK Sehubungan itu = PENANDA WACANA ibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIK Selain itu = PENANDA WACANA rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIK Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja = AYAT CONTOH

SOALAN CONTOH Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini. FOKUS SOALAN Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi). RANGKA KESELURUHAN Pendahuluan Ayat Rangsangan Ayat Fokus Ayat Arah Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga Penutup Pendirian, pandangan, harapan JENIS-JENIS PENDAHULUAN PENGEMBANGAN ISI Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya. FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb AT ( Ayat Topik ) Isi utama AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa ( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I) AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan 1I ( SEKIRANYA ) Merujuk kepada KBKK - Kaitan atau perhubungan - Membanding atau membeza

- Meramal - pb merujuk kepada peribahasa CONTOH APLIKASI RUMUS Menabung (AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza. (AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan ?) (AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai. ( Mengapa? ) (AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?) (AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?) (AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung. ( Siapa ? ) (AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya ) (AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? ) (AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa)

CONTOH APLIKASI RUMUS Merancang perbelanjaan (AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya. (AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? ) (AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? ) (AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ?) (AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?) (AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali membeli belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan. ( Sekiranya ) (AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan bukubuku pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga. (AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH : ISI CUKUP DAN BERKEMBANG SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI PERENGGAN SEIMBANG

ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK ) SATU ISI -SATU PERENGGAN KESIMPULAN Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis. - Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan. - Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan. - Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkahlangkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas. PENUTUP KARANGAN Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isiisi yang telah dibincangkan. Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung. Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan. Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.

Anda mungkin juga menyukai