Anda di halaman 1dari 1

Tema 6 : Dunia Pelancongan Cikgu Roslan Daud

4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul TP


mengikut konteks.

Aktiviti
1 Tulis peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi atau konteks.
2 Bina ayat daripada peribahasa yang diberikan.

PERIBAHASA

Aktiviti
Baca perbualan yang berikut dengan teliti, kemudian isikan tempat kosong dengan peribahasa
yang sesuai.

Pada hujung minggu yang lalu, Katrina, Hashim dan Laila pergi ke sebuah tempat perkelahan.
Mereka duduk di pondok yang disediakan sambil berbual-bual. Berikut ialah perbualan mereka.
Laila : Wah, bersih sungguh kawasan air terjun ini. Tak hairanlah tempat ini menjadi
tumpuan orang untuk (i)___________________________ bagi melapangkan fikiran.
Dahulu, tempat ini tidak begini.

Hashim : Biasalah, zaman telah berubah seperti peribahasa (ii)_______________________ .


Kini, kesedaran tentang penjagaan kebersihan di tempat awam semakin
meningkat.

Katrina : Minggu lepas, saya dan Laila pergi ke kawasan perkelahan berhampiran rumah
kami. Keadaannya agak mendukacitakan kerana kemudahan yang disediakan
telah dirosakkan. Sikap mereka ibarat (iii)________________________ .

Hashim : Sepatutnya, kesedaran menjaga harta benda


awam perlulah dididik oleh ibu bapa bermula
dari rumah sejak kecil seperti kata orang tua-
tua, (iv)____________________________ .
Katrina : Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah menjadi
contoh kepada anak-anak kerana (v)________
_____________________ .

Laila : Pada cuti akhir tahun ini, kami sekeluarga


akan melancong ke Jepun. Benarlah kata
peribahasa, (vi)_____________________________
kerana dengan melancong, kita dapat
mengenali budaya dan adat resam
masyarakat di sana.

Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Jauh perjalanan luas pemandangan Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Kera mendapat bunga Makan angin

Penilaian
Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa yang berikut.

(i) Jauh perjalanan luas pemandangan.


(ii) Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
(iii) Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anda mungkin juga menyukai