Anda di halaman 1dari 2

Praktis 1 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang implikasi mengagung-agungkan barangan berjenama

dalam kalangan remaja dan peranan pengguna yang bijak. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pergilah ke kompleks beli-belah di mana-man bandar atau singgah sebentar di restoran makanan segera , pandangan kita tentunya tidak terlepas kepada golongan remaja. Hal ini demikian keranan mereka rata-rata begitu bergaya baik dari segi pakaian yang menyaluti tubuh mereka, aksesori seperti beg tangan sehinggalah telefon bimbit , semuanya barangan berjenama dan sudah pasti mahal harganya. Kebanyakan remaja tidak sedar bahawa sikap mengagung-agungkan barangan berjenama ini memerangkap mereka sebagai hamba fesyen dan barangan berjenama. Dorongan seperti ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dari segi moral. Antara contoh , mungkin kita pernah terbaca tentang sesetengah remaja mencuri barangan di pasar raya akibat tiada wang semata-mata ingin memenuhi tuntutan naluri mereka. Tidak kurang juga ada remaja yang sanggup menjual kehormatan diri untuk mencari wang dengan cara mudah demi memiliki barangan berjenama. Sesetengahnya pula terpaksa bekerja selepas waktu persekolahan atau kuliah tanpa mengira pekerjaan. Tarikan dan desakan untuk bergaya mewah menyebabkan pelajaran mereka mulai terabai. Perkara ini adalah antara kesan buruk yang kurang disedari oleh remaja hari ini. Dalam memburu kehendak, mereka sebenarnya tertipu oleh barangan berjenama atau apa-apa slogan yang digunakan oleh pengeluar barangan yang sebenarnya hanya merujuk kepada kualiti dan sifat barangan tersebut. Ketaasuban remaja terhadap barangan berjenama kadangkala menyebabkan remaja tampil tidak kena gaya. Mereka lupa bahawa iklan hanya sekadar tarikan dalam menampilkan gaya hidup menarik. Keburukan lain ialah menyebabkan perasaan riak dan bermegah-megah dalam kalangan remaja. Sikap buruk ini jika tidak dikawal akan merosakkan remaja. Mereka akan menjadi orang yang boros dalam pembelanjaan. Apabila dewasa kelak, mereka mungkin berdepan dengan masalah mengurus kewangan. Peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik remaja terutama dalam mengawasi perbelanjaan mereka. Ibu bapa juga harus memastikan setiap wang yang disalurkan kepada anak-anak mereka perlu dibelanjakan dengan bijak. Pengaruh

barangan berjenama mewah ini perlu diberikan perhatian pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa barangan berjenama biasanya mempunyai kualiti yang baik, namun begitu kita juga perlu menerima hakikat bahawa masih banyak barangan keluaran tempatan atau kurang berjenama memiliki kualiti yang standing dengan barangan berjenama.

(Dipetik dan diubah suai daripada Remaja Dipasung Jenama oleh Muhammad Haffy Zikry, Dewan Siswa, Jun 2009)

Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) Berikan maksud rangkai kata memenuhi tuntutan naluri Pengarang mengemukakan beberapa cara yang dapat dilakukan oleh ibu bapa bagi mengawal anak-anak daripada terpengaruh dengan barangan berjenama. Nyatakan cara-cara tersebut. (iii) Pada pendapat anda, mengapakah remaja mengagung-agungkan barangan berjenama? Kemukakan dua alasan.

Anda mungkin juga menyukai