Anda di halaman 1dari 9

CguEita

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 5
SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Murid dapat…
1. Mengenal pasti sekurang-kurangnya 3 kata adjektif dalam petikan.
2. Membina sekurang-kurangnya 3 ayat berdasarkan kata adjektif yang
terdapat dalam petikan.

KRITERIA KEJAYAAN: Saya dapat…


1. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 kata adjektif.
2. Membina 3 ayat dengan menggunakan ayat yang lengkap.
3. Menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan sistem dan aplikasi bahasa.
Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu
ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Ciptaan baharu dibuat bagi memenuhi keperluan semasa dan menyelesaikan masalah
pengguna. Konsepnya, kenderaan masa hadapan dicipta dengan berdasarkan keperluan dan
penyelesaian masalah masa hadapan. Ciri-ciri kenderaan masa hadapan ialah boleh terbang
dan tidak memerlukan kawasan yang luas untuk berlepas dan mendarat. Kenderaan tersebut
berkelajuan tinggi di jalan raya, mewah, dan memanfaatkan teknologi hijau.
Dipetik dan diubah suai daripada “Kenderaan Masa Hadapan”,Buku Teks Bahasa Melayu, Tingkatan 4

[ 6 markah ]
Soalan 2 :Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya
yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

Sejarah kedatangan pekerja asing di Malaysia bermula sejak zaman penjajahan British
apabila pihak penjajah membuka lombong bijih timah dan ladang getah. Pekerja-pekerja
asing ini terus tinggal di negara ini dan diiktirafkan sebagai warganegara setelah negara
mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, pembangunan negara yang pesat telah
membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Bidang perindustrian dan perkilangan
merupakan sektor yang memerlukan bilangan pekerja yang banyak. Kesukaran untuk
mendapatkan pekerja tempatan dalam kedua-dua sektor ini telah menyebabkan para
majikan beralih kepada pekerja asing. Pada masa ini, bilangan pekerja asing yang mendaftar
secara sah di Malaysia melebihi dua juta orang. Jumlah ini dijangka meningkat kepada lima
juta orang pada masa depan.

[6 markah]
JAWAPAN
1. Bilakah kedatangan pekerja sing di Malaysia bermula?
2. Siapakah diiktirafkan sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan?
3. Apakah yang telah membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor?
4. Bidang apakah yang memerlukan bilangan pekerja yang banyak?
5. Mengapakah para majikan beralih kepada pekerja asing?
6. Berapakah bilangan pekerja asing yang mendaftar secara sah di Malaysia?
Soalan 3 :Penyuntingan
Petikan di bawah ini mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang terdapat dalam
petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Penggunaan elemen inter aktif dalam penerbitan dijital juga dapat tarik perhatian pembaca,
terutama untuk bahan bacaan yang disasarkan kepada gulungan pembaca muda. Buku atau bahan
pengajaran yang bergabung dengan permainan mampu memberikan keseronokkan untuk mereka
pelajari sesuatu, termasuklah bahasa. Walaupun kos penghasilannya mungkin agak tinggi, usaha ini
dilihat sebagai pelaburan jangka panjang, terutama dalam memperkukuhkan kemahiran bahasa kanak-
kanak. Ibu bapa dan pihak sekolah lazimnya akan bersedia untuk membuat pelaburan demi untuk
melahirkan generasi yang berilmu. Selain daripada teks imej, dan elemen multi media, sesebuah buku
atau bahan bacaan juga boleh diselitkan dengan pautan langsung.

Dipetik dan diubai suai daripada “Menyebarkan Bahasa Kebangsaan Menerusi Penerbitan Digital” oleh
Siti Ezaleila Mustafa, Dewan Bahasa dan Pustaka
[11 markah]
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Kasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah sudah Kertala Sari berkata-kata demikian itu, maka orang penyuruh daripada Patih Gajah
Mada itu pun datanglah. Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti laku
orang berkelahi. Setelah dilihatnya oleh Kertala Sari orang datang sembah itu, maka kata Kertala Sari
kepada orang itu, “Siapa tuan hamba ini?”

Dipetik daripada “Kepimpinan melalui Teladan” dalam Antologi jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]
Soalan 5 : Peribahasa
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.

Sebaik-baik sahaja pulang dari sekolah, Taufik berasa gembira kerana ibunya telah menghidangkan
makan tengah hari. Tanpa berlengah, Taufik menjamah makanan tersebut. Taufik berasa bersyukur
kerana ayahnya seorang nelayan.
Pendapatan ayahnya itu tidak menentu kerana bergantung pada rezeki pada hari tersebut.
Kadang-kadang , ayahnya pulang dengan tidak membawa apa-apa tangkapan. Namun begitu, berkat
usaha gigih ayah dan ibunya yang menjual ikan kering, mereka sekeluarga kini semakin senang, Kini,
gerai ikan kering keluarga mereka digantikan dengan kedai menjual barang-barang yang berasaskan
ikan.

Dipetik dan diubah suai daripada “Modul Cakna Terbilang Selangor”, 2018
[6 markah]

JAWAPAN
1. Langkah kanan
2. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang/tangan kosong/ untung sabut timbul, untung
batu tenggelam
3. sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai