Anda di halaman 1dari 1

Pelbagai jenis biskut seperti biskut makmur, kuih bangkit, sugi, tat bunga, kuih

siput dan gunting, baulu lapis, agar-agar kering dan halwa maskat merupakan kuih raya
yang kian luput daripada lidah masyarakat Melayu. Inilah antara hidangan yang menjadi
sinomin setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha suatu ketika
dahulu, iaitu ketika zaman nenek moyang kita.

Dari semasa ke semasa, kuih-kuih ini tidak kedapatan lagi pada setiap kali musim
perayaan. Menurut pemerhatian, kuih tradisional semakin terpinggir kerana generasi
sekarang kurang meminatinya. Ini ditambah pula dengan kecetekan ilmu generasi sekarang
membuat kuih-kuih tradisional yang suatu masa dahulu sangat popular. Kalau ada pun
boleh dikira dengan jari kerana generasi sekarang lebih meminati kuih-kuih moden dalam
setiap perayaan. Oleh itu, sikap berbangga dengan makanan dari luar menyebabkan
hidangan tradisional ini semakin pupus. Sifat bakhil individu yang berkemahiran
menghasilkan menu tradisional untuk dikongsikan kepada orang lain turut menyumbang
kepada kepupusan makanan warisan ini. Rekod atau dokumen tentang kuih dan biskut raya
tradisional sangat jarang didokumentasikan walaupun penganjuran pertandingan
berkaitannya sering diadakan. Kuih raya memerlukan adunan dan ukur timbang yang tepat
bagi menghasilkan kuih yang sempurna. Atas faktor ini, masyarakat kita melihat kuih
tradisional ini agak rumit untuk disediakan.

Pengusaha industri tradisional haruslah bijak mencari peluang dan platform dalam
usaha mempromosikan atau mengkomersialkan produk mereka. Generasi lama mestilah
mewariskan cara-cara menyediakan kuih-kuih tradisional ini kepada anak cucu mereka.
Pihak-pihak tertentu juga mesti mengambil inisiatif mempopularkannya dengan cara
mengadakan bengkel atau kursus kepada generasi baharu. Sajian dan resipi kuih tradisional
ini boleh didokumentasikan untuk menjadi rujukan. Sesetengah kuih tradisional yang ada
pada masa ini tentu akan dilupakan begitu sahaja jika usaha untuk mengekalkannya tidak
dilakukan dari sekarang.

Dipetik dan diubah suaikan daripada


‘Sajian Tradisi Kian Dillupakan’,
Oleh Aniza Zainudin,
myMetro, 5 Jun 2019

Anda mungkin juga menyukai