Anda di halaman 1dari 9

z

Pesan lelaki
kecil kepada
gadis kampung
Dhivijah & Seysha
z
MAKSUD RANGKAP 1

 Penyajak menghantar anaknya ke kehidupan baharu di bandar


kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana. Oleh
sebab, suasana dan persekitaran bandar berbeza daripada di
kampung, penyajak berharap anaknya dapat menyesuaikan
dirinya . Penyajak mahu anaknya menimba ilmu dan
pengalaman baharu di menara gading.
z
MAKSUD RANGKAP 2

 Penyajak melepaskan anak gadisnya hidup di menara gading


dengan harapan anaknya kekal menjaga maruah dan kesucian
diri. Penyajak mahu dia mengenali kehidupan yang banyak
dugaan dan cabaran dan mampu membuat pertimbangan yang
waras apabila berdepan dengan masalah.
z
MAKSUD RANGKAP 3

 Dalam dunia kampus yang menjadi gedung ilmu akan ada


godaan mengubah pemikiran anak gadisnya yang masih muda
jika dia terlalu bangga dengan status mahasiswinya. Terlalu
banyak godaan yang menggugat peribadi anak gadisnya yang
masih rapuh dan bakal menghakis budi Bahasa kerana dunia
kampus mampu mencipta kesombongan dalam diri.
z
MAKSUD RANGKAP 4

 Penyajak berpesan agar anak gadis pandai membawa diri dan


bijak melawan dugaan hidup di kampus dan tidak pulang
dengan kekecewaan kerana gagal mencapai kejayaan di
menara gading.
z
PERSOALAN

1) Nasiihat hidup untuk anak dan kasih saying yang tidak


berbelah bagi seorang ayah kepada anak
2) Kebimbangan seorang ayah akan kehidupan baru anaknya di
kampus
3) Kebijaksanaan untuk menghadapi cabaran hidup di perantauan
4) Perbezaan antara kehidupan di desa dan di bandar
5) Harapan seorang ayah supaya anaknya dapat menikmati
peluang untuk menimba ilmu di menara gading dan mencapai
kejayaan
z
PENGAJARAN

1) Kita hendaklah sentiasa menasihati golongan muda agar


mereka tidak hilang pedoman apabila hidup sendirian.
2) Sebagai seorang remaja, kita hendaklah menggunakan
kepercayaan dan kebebesan yang dinikmati dengan bijak agar
tidak kecewa pada kemudian hari.
3) Kita haruslah bersikap rasional dalam menghadapi cabaran
dan dugaan dan menilai buruk baik yang ada di sekeliling demi
menjaga maruah dirinya
z
MAKSUD RANGKAI KATA

 Dengan percikan duka dan balutan luka – dengan kesedihan


dan kecewaan
 Bumantara asing dan yang sering kaumesrai – keadaan yang
sangat berbeza dengan biasa dirasai
 Kulepaskan kau menjadi burung putih dengan sayap
berkembang – penyajak melepaskan anak gadisnya tanpa
sebarang halangan
z
SOALAN KBAT

1) Pada pendapat anda:


- Mengapakah penyajak menasihati anak gadis agar pandai
membawa diri ketika di kampung?
- Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ada antara anak kampong
yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading?
- Apakah masalah yang biasa dihadapi oleh golongan mahasiswa?
- Bagaimanakah cara untuk kita menyesuaikan diri di tempat
baharu?
- Mengapakah penyajak berani melepaskan anak gadis berjauhan
daripada keluarganya?

Anda mungkin juga menyukai