Anda di halaman 1dari 4

Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.

Pendahuluan
- Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum.
Isi-isi Penting
i. mengeratkan perpaduan kaum
ii. memahami budaya kaum lain
iii. masalah kebersihan
iv. ada yang mementingkan diri
Penutup
- konsep rumah terbuka perlu dihayati.
Karangan Contoh
Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam
kalangan rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini
memang perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan
adanya rumah terbuka, mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara,
jiran-jiran dan rakan-rakan kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan. Seterusnya amalan
ini sudah tentu akan mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat.
Hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni
seperti kata pepatah, "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".
Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di
negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan
beramah mesra dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan
mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping
menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian
dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak cinta".
Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum
akan memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu
bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai
contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya
Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan
dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya.
Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di negara kita.
Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan
masalah untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini
disebabkan oleh sikap tetamu yang hadir, iaitu tidak mementingkan aspek kebersihan.
Mereka tidak menghiraukan aspek kebersihan dan membuang sisa makanan atau
bungkusan makanan di merata-rata tempat. Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila
rumah terbuka itu berakhir dan menyusahkan pihak penganjur untuk membersihkannya.

Oleh itu, perkara ini perlulah diberikan perhatian agar tetamu yang hadir akan menjaga
aspek kebersihan dan tidak mengotorkan tempat itu.

Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang
mementingkan diri dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan
masalah dan kesulitan kepada orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang
berebut-rebut semasa mengambil makanan atau bersikap tamak dengan mengambil
makanan dalam jumlah yang banyak. Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut
sudah tentu tidak menimbulkan masalah, tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidak
menghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah tentu menyebabkan pembaziran berlaku,
sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat makanan langsung.
Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh
semua pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika
difahami dan dihayati oleh anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan
dihayati, ditakuti amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat
sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata pepatah, "Rumah siap pahat
berbunyi" apabila menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah
memahami dan menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang
dicita-citakan akan dapat dicapai.

CAPTAIN NOBODY - THEMES


Love and friendship :
Newt loved his family members although sometimes he did not get the attention he deserved
Newt, together with Mom and Dad, would attend and give support in every game that Chris was playing
Mom and Dad were willing waiting for Chris to wake up from his coma
Chris loved his brother as they would share jokes when they met each other
Cecil and JJ stood behind Newt no matter what happened. They helped each other, even in the event of
creating Captain Nobody's costume
Determination in one's life :
Chris and his teammates showed high level of determination to win the Big Game although their opponents
were leading at crucial part of the game
Newt was determined to stop the traffic on the highways despite the dangerous situation he was facing so
that he could get Ferocious the Ferret back into its cage
Cecil was determined to get the big bass drum that was thrown away even he had to seek the help of
Captain Nobody
JJ showed her determination to correct other people's mistakes by stepping into Sullivan's store and talked to
the owners
Helping those in need :
Newt would remind Mom about important events and help his mother to find her misplaced belongings
Captain Nobody helped Mr. Clay to find his way back home after getting lost at the Dumpster
Captain Nobody talked to the Sullivan couple after JJ asked for his favor and it turn out he saved the sore
owners' lives from an armed robbery
Dealing with identity crisis :
Although the creation of Captain Nobody was unintentional, Newt gained much confidence and courage
when he was in the costume
Mrs. Young , the class teacher, showed great concern for Newt and brought up the matter to the principal,
who was later joined by the school counsellor and nurse
Newt reasoned out with his concerned Dad, who came home and talked to him, after the school had
informed Dad about Captain Nobody
When Newt was finally recognized and got the attention he deserved from the local community including his
family, he reverted to becoming Newton Newman once again

Optimism :
Although he was just 10-year-old kid, Newt was full of optimism
After knowing that Chris only had 6 days to wake up, he was still confident
that one day his brother would recover from coma
Cecil felt that they going to have a joyful Halloween celebration after
coming out with the idea of creating their own costumes

Anda mungkin juga menyukai