Anda di halaman 1dari 4

Soalan 1 (Rumusan)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
menangani masalah buli dan kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli apabila masalah ini
berlarutan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kes buli yang semakin menular di sekolah menunjukkan berlakunya kepincangan dalam sistem
pendidikan di sekolah pada masa ini sekiranya masalah tersebut tidak diatasi dengan segera. Perbuatan
membuli bertujuan supaya individu lain mematuhi dan menghormati mereka. Pembuli lebih suka temanteman persekitaran mengikut kehendak mereka bagai lembu dicucuk hidung. Sehubungan dengan
itu,Kementerian Pelajaran juga digesa supaya mewujudkan dasar antibuli di sekolah-sekolah bagi
mengawal gejala buli dalam kalangan pelajar. Kawalan tersebut perlu ditekankan kepada pelajar lelaki
terutama semasa mereka berada di Tahun Enam. Selain itu, pihak sekolah juga harus melaksanakan
sendiri tinjauan terhadap kejadian buli di sekolah masing-masing.
Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan secara tidak
langsung. Buli secara langsung termasuklah dibuli, diugut, disepak atau membalas pukulan. Buli jenis ini
disebut sebagai buli fizikal. Buli secara tidak langsung pula lebih dikenali sebagai buli psikologi, iaitu
melibatkan kata-kata seperti memanggil atau mengejek-ejek individu dengan nama tertentu, dikacau,
ditertawakan rakan lain atau menyebarkan gosip liar terhadap seseorang. Terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan pelajar menjadi pembuli, iaitu pengaruh rakan sebaya dan saiz tubuh yang besar
dan tegap. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak
selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada perkara yang tidak diingini.
Kejadian buli tidak harus dipandang ringan. Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah buli di
sekolah ini menjadi penting. Ibu bapa perlu berbincang dengan guru sekiranya anak-anak mereka
bertukar sikap, menjadi pendiam, atau kurang selera makan. Hal ini demikian kerana tidak semua
pelajar yang menjadi mangsa mahu melaporkan masalahnya kepada pihak sekolah. Sekolah perlu
menggalakkan murid yang menjadi mangsa buli melaporkan kejadian tersebut kepada guru,
terutamanya guru disiplin dan guru kaunselor. Pada masa ini, kebanyakan sekolah tidak mempunyai
dasar menggalakkan murid-murid melaporkan kejadian buli. Oleh itu,sekolah juga disarankan supaya
mewujudkan satu bentuk perjanjian dengan murid yang membolehkan pihak sekolah mengenakan
tindakan terhadap murid yang terlibat dengan tingkah laku buli.
Bagaimanapun, ada kemungkinan mangsa berasa takut membuat laporan kepada guru kerana
bimbang akan dikenakan tindakan lebih keras daripada pembuli. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah
boleh menyediakan Kotak Aduan" bagi membolehkan kes buli dilaporkan secara rahsia oleh mangsa
buli. Penekanan kepada program anti buli juga perlu diterapkan di dalam kelas yang merupakan tempat
yang paling banyak berlakunya kes buli. Program individu perlu diwujudkan dengan cara kaunselor
memanggil pembuli dan mangsa untuk diberikan kaunseling secara berasingan atau memanggil ibu
bapa pelajar terbabit. Pada masa ini, terdapat satu laman web yang boleh dilayari oleh pelajar dan guru
bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman tentang buli, iaitu www.bullying.org. Pihak
sekolah juga boleh menubuhkan petugas khas dalam kalangan murid untuk memberi laporan petugas
khas dalam kalangan murid untuk memberi laporan tentang kejadian buli di dalam kelas atau di kawasan
sekolah.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Haji Samat b.Buang, Majalah Dewan Siswa, 2005)
Soalan 2 a(Pemahaman Rumusan)
(i) Berikan maksud rangkai kata bagai lembu dicucuk hidung. [2 markah]
(ii) Apakah yang menyebabkan seseorang pelajar menjadi pembuli? [3 markah]
(iii) Nyatakan peranan anda sebagai seorang sahabat sekiranya rakan baik anda seorang pembuli. [4
markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani
masalah buli dan kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli apabila masalah ini berlarutan. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kes buli yang semakin menular di sekolah menunjukkan berlakunya kepincangan dalam sistem pendidikan di
sekolah pada masa ini sekiranya masalah tersebut tidak diatasi dengan segera. Perbuatan membuli bertujuan
supaya individu lain mematuhi dan menghormati mereka. Pembuli lebih suka teman-teman persekitaran mengikut
kehendak mereka bagai lembu dicucuk hidung. Sehubungan dengan itu,Kementerian Pelajaran juga digesa
supaya mewujudkan dasar antibuli di sekolah-sekolah (S1) bagi mengawal gejala buli dalam kalangan pelajar.
Kawalan tersebut perlu ditekankan kepada pelajar lelaki terutama semasa mereka berada di Tahun Enam. Selain
itu, pihak sekolah juga harus melaksanakan sendiri tinjauan terhadap kejadian buli di sekolah masing-masing.(S2)
Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan secara tidak langsung. Buli
secara langsung termasuklah dibuli, diugut, disepak atau membalas pukulan. Buli jenis ini disebut sebagai buli
fizikal. Buli secara tidak langsung pula lebih dikenali sebagai buli psikologi, iaitu melibatkan kata-kata seperti
memanggil atau mengejek-ejek individu dengan nama tertentu, dikacau, ditertawakan rakan lain atau menyebarkan
gosip liar terhadap seseorang. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar menjadi pembuli, iaitu
pengaruh rakan sebaya dan saiz tubuh yang besar dan tegap. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan pelajar
membuli kerana berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada
perkara yang tidak diingini.
Kejadian buli tidak harus dipandang ringan. Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah buli di sekolah ini
menjadi penting. Ibu bapa perlu berbincang dengan guru sekiranya anak-anak mereka bertukar sikap,(S3) menjadi
pendiam, atau kurang selera makan. Hal ini demikian kerana tidak semua pelajar yang menjadi mangsa mahu
melaporkan masalahnya kepada pihak sekolah. Sekolah perlu menggalakkan murid yang menjadi mangsa buli
melaporkan kejadian tersebut kepada guru,(S4) terutamanya guru disiplin dan guru kaunselor. Pada masa ini,
kebanyakan sekolah tidak mempunyai dasar menggalakkan murid-murid melaporkan kejadian buli. Oleh
itu,sekolah juga disarankan supaya mewujudkan satu bentuk perjanjian dengan murid yang membolehkan pihak
sekolah mengenakan tindakan terhadap murid yang terlibat dengan tingkah laku buli(S5).
Bagaimanapun, ada kemungkinan mangsa berasa takut membuat laporan kepada guru kerana bimbang akan
dikenakan tindakan lebih keras daripada pembuli. Sehubungan dnegan itu, pihak sekolah boleh menyediakan
Kotak Aduan" bagi membolehkan kes buli dilaporkan secara rahsia oleh mangsa buli (S6). Penekanan kepada
program antibuli juga perlu diterapkan di dalam kelas(S7) yang merupakan tempat yang paling banyak berlakunya
kes buli. Program individu perlu diwujudkan dengan cara kaunselor memanggil pembuli dan mangsa untuk
diberikan kaunseling secara berasingan atau memanggil ibu bapa pelajar terbabit(S8). Pada masa ini, terdapat
satu laman web yang boleh dilayari oleh pelajar dan guru bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman
tentang buli, iaitu www.bullying.org. Pihak sekolah juga boleh menubuhkan petugas khas dalam kalangan murid
untuk memberi laporan petugas khas dalam kalangan murid untuk memberi laporan tentang kejadian buli di dalam
kelas atau di kawasan sekolah (S9).
Kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli ialah mereka mengalami trauma dalam jangka panjang dan boleh
menyebabkan mangsa membunuh diri.
Kesimpulannya, masalah buli perlu diatasi agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.
Sampel Jawapan
2 (a) (i) Maksud rangkai kata ialah mengikut arahan dan kata-kata individu tanpa banyak bertanya. (anda perlu
menyatakan perkataan yang sinonim dengan perkataan yang disoal) [2 markah]
2 (a) (ii) Punca-puncanya ialah pengaruh rakan sebaya [1 markah] dan saiz tubuh pembuli yang besar dan tegap [1
markah]. Selain itu, pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh
melindungi dirinya daripada perkara yang tidak diingini. [1 markah]
2 (a) (iii) Peranan saya adalah memberi teguran dan ingatan bahawa perbuatannya salah [1 markah], melaporkan
kejadian buli yang dilakukan kepada guru [1 markah], membawanya berjumpa dengan kaunselor [1 markah],
memberitahu ibu bapanya tentang tingkah laku sahabat saya. [1 markah]

Sampel Jawapan
Petikan membincangkan usaha-usaha menangani masalah buli di sekolah.
Langkah-langkah yang wajar dilaksanakan ialah Kementerian Pelajaran hendaklah mewujudkan dasar antibuli
di sekolah-sekolah manakala pihak sekolah haruslah melaksanakan sendiri tinjauan terhadap kejadian buli di
sekolah masing-masing dan ibu bapa perlulah berbincang dengan guru sekiranya anak-anak mereka berubah
sikap. Selain itu, sekolah perlu menggalakkan murid yang menjadi mangsa buli melaporkan kejadian tersebut
kepada guru. Sekolah juga disarankan supaya mewujudkan satu bentuk perjanjian bagi membolehkan mereka
mengenakan tindakan terhadap murid yang terlibat. Kotak Aduan" juga boleh disediakan di sekolah bagi
membolehkan kes buli dilaporkan secara rahsia oleh mangsa buli.
Kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli ialah mereka mengalami trauma dalam jangka panjang dan boleh
menyebabkan mangsa membunuh diri.
Kesimpulannya, masalah buli perlu diatasi agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.
(126patah perkataan)
PEMAHAMAN
1. Soalan pemahaman petikan umum dikemukakan dalam soalan 2(a) dan markah yang diperuntukkan
ialah 9 markah.
2. Soalan yang dikemukakan merujuk kepada petikan umum.
3. Terdapat 3 bahagian soalan yang dikemukakan dan anda wajib menjawab semua soalan:

Soalan 2 (a) (i) ialah soalan yang meminta anda menyatakan maksud rangkai kata. Anda hendaklah
memberikan maksud rangkai kata dengan tepat. Anda tidak dibenarkan menghuraikan jawapan tetapi
mestilah menjelaskan maksud rangkai kata dengan mencari kata sama erti atau sinonim tanpa mengubah
maksud rangkai kata yang ada dalam petikan. [2 markah]

Soalan 2 (a) (ii) pula ialah soalan pemahaman berdasarkan petikan. Anda hendaklah mengenal pasti
jawapan daripada petikan berdasarkan peruntukan markah yang diberikan dalam soalan. Anda tidak boleh
menulis isi yang tiada dalam petikan. Biasanya anda hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi
kerana setiap isi yang betul akan diberikan satu markah. Anda digalakkan memberikan jawapan yang lebih
berdasarkan petikan (jika ada). [3 markah]

Soalan 2 (a) (iii) ialah soalan pemahaman berbentuk Kemahiran Berfikir (KB). Jawapan yang diberi
mestilah logik dan rasional. Anda hendaklah memberi seberapa banyak isi yang diketahui, iaitu melebihi
empat isi. Pastikan jawapan yang diberi tiada di dalam petikan. [4 markah]
Tips Ekspres
1. Baca petikan yang diberi dengan memahami keseluruhan idea. Kemudian,teliti dan fahami soalan yang diberikan.
2. Pastikan kehendak soalan dan jawab soalan dengan berdasarkan kehendak soalan bagi memperoleh markah penuh.
3. Bina ayat yang lengkap, semak ejaan, tatabahasa, dan tanda baca bagi mengelakkan pemotongan markah.
4. Pelajar dinasihatkan supaya menjawab soalan yang mudah dahulu, iaitu soalan 2 (a) (ii) kerana jawapannya ada di dalam petikan.
Kemudian, jawab soalan-soalan yang lain.
_______________________________________________________________________

Sampel Soalan
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat sendiri.
2 (a) (i) Berikan maksud rangkai kata bagai lembu dicucuk hidung. [2 markah]
2 (a) (ii) Apakah yang menyebabkan seseorang pelajar menjadi pembuli? [3 markah]

2 (a) (iii) Nyatakan peranan anda sebagai seorang sahabat sekiranya rakan baik anda seorang pembuli. [4 markah]
Sampel Jawapan
2 (a) (i) Maksud rangkai kata ialah mengikut arahan dan kata-kata individu tanpa banyak bertanya. (anda perlu
menyatakan perkataan yang sinonim dengan perkataan yang disoal) [2 markah]
2 (a) (ii) Punca-puncanya ialah pengaruh rakan sebaya [1 markah] dan saiz tubuh pembuli yang besar dan tegap [1
markah]. Selain itu, pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh
melindungi dirinya daripada perkara yang tidak diingini. [1 markah]
2 (a) (iii) Peranan saya adalah memberi teguran dan ingatan bahawa perbuatannya salah [1 markah], melaporkan
kejadian buli yang dilakukan kepada guru [1 markah], membawanya berjumpa dengan kaunselor [1 markah],
memberitahu ibu bapanya tentang tingkah laku sahabat saya. [1 markah]

Anda mungkin juga menyukai