Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1 Pendahuluan
Isu moral kes buli dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini sering dilaporkan melalui
media massa. Gejala buli pelajar sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke
semasa dan masalah ini bukanlah gejala baharu di Negara yang membangun seperti Malaysia.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin
berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merisaukan dan
membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan
lain-lain.
Buli ialah perbuatan mendera dan mempermainkan seseorang yang biasanya dilakukan
terhadap individu lemah yang cuba menyesuaikan diri dengan suasana baharu. Buli bertujuan
untuk menggertak, mencedrakan serta menakutkan secara mental dan fizikal. Menurut
Olwues (1995), buli didefiniskan sebagai tindakan negatif yang dilakukan secara berulang-
ulang oleh individu atau kumpulan terhadap individu lain. Tindakan tersebut terdiri daripada
perbuatan secara fizikal, verbal, mimik muka dan isyarat badan yang kotor secara sengaja.
Selain itu, Azizi Yahya (2007) pula menyatakan bahawa perlakuan buli adalah
penyalahgunaan kuasa dari operasi psikologi dan fizikal dan dilakukan secara berulang-ulang.
Mangsa buli adalah bersifat lemah dan tidak berupaya mempertahankan dirinya dari mereka
yang dianggap lebih berkuasa.
Buli adalah antara jenayah popular dalam kalangan remaja belasan tahun.
Penyelesaian yang berkesan dalam membendung buli masih belum dapat diselesaikan
walaupun buli bukan merupakan isu baharu. Statistik menunjukkan bahawa terdapat
sekurang-kurangnya satu kejadian buli dalam sebulan yang dilaporkan sepanjang tahun.
Pendedahan terhadap beberapa kes buli pada tahap yang teruk nyata meninggalkan impak
yang besar terhadap indeks jenayah remaja dan pandangan serong masyarakat terhadap
tingkah laku remaja sehingga ada sesetengah pihak menganggap buli merupakan satu
masalah yang serius. Keadaan ini membimbangkan kerana terdapat mangsa-mangsa buli
yang dilaporkan cedera parah, malah ada yang meninggal dunia.
Antara faktor yang menyebabkan kes buli berlaku adalah kegagalan inistitusi keluarga.
Terdapat sebahagian ibu bapa yang tidak dapat mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak.
6
Anak-anak menjadi nakal kerana kurang kasih sayang. Keluarga yang porak-penanda
ditambah dengan ibu bapa yang bermasalah pula akan melahirkan pealajar yang agresif. Ibu
bapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing dan terdesak untuk mencari rezeki
menyebabkan anak-anak terbiar dalam kenakalan. Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi,
hal penjagaan anak diserahkan kepada pembantu rumah yang sudah pasti berasal dari negara
asing. Ibu bapa seharusnya sedar penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan
jika dididik dari awal. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mempunyai
masa terluang untuk berkomunikasi dan memahami anak-anak mereka. Ibu bapa juga jarang
berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui tingkah laku anak-anak di sekolah.
Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa terabai dan mereka bebas untuk melakukan
perkara-perkara negatif seperti membuli orang lain.
Faktor yang seterusnya ialah kelemahan pihak sekolah. Walaupun pihak sekolah
mempunyai mekanisme tertentu untuk mengendalikan kes buli, namun kes buli terus berlaku
kesan daripada sikap pentadbir sekolah yang kurang memandang serius terhadap perkara ini.
Terdapat juga sekolah yang mengambil sikap berlembut dengan pelajar-pelajar yang suka
membuli. Pihak sekolah juga akan sengaja menyembunyikan kes-kes buli yang berlaku
daripada pengetahuan umum kerana bimbang akan menjejaskan imej sekolah, terutamanya
di mata pihak Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri.
Di samping menerapkan nilai moral dan agama sejak kecil, ibu bapa perlu banyak
meluangkan masa dengan anak-anak supaya mereka tidak berasa diri mereka diabaikan. Ibu
bapa juga perlu mendidik anak-anak supaya menghormati orang lain dan berkelakuan baik
terhadap orang lain. Ibu bapa juga disarankan supaya banyak menghubungi guru-guru untuk
mengetahui perkembangan tingkah-laku anak-anak mereka di sekolah.
6
1.3.4 Peranan guru sebagi agen sosialisasi dalam menangani isu buli di sekolah
Biasanya guru adalah orang dewasa yang pertama menyedari bahawa buli berlaku
kerana mereka dapat berinteraksi dengan kanak-kanak.
Peranan guru di sekolah bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, yang
lebih penting ialah menanam sikap, sahsiah dan nilai diri yang sempurna dan mematuhi
peraturan masyarakat. Para guru di sekolah haruslah menitikberatkan isu kes buli ini dalam
pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari
bahawa perbuatan buli adalah satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai
maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya
daripada terbabit dalam kes buli ini.
Guru juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan
sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat
supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk
membuli mangsanya. Guru juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab
Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh
lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar
menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang
diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya. Di samping itu,
para pelajar juga boleh berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk
membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi
mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada guru-guru dengan
segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.
Guru-guru yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar harus berusaha
mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup
kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan
semakin bertambah dan berleluasa lagi. Guru boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki
melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang
dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya.Ibu bapa dan guru-guru yang
bekerja bersama-sama adalah cara terbaik untuk menghentikan buli dan membantu mangsa
buli. Ramai ibu bapa berfikiran bahawa membuli adalah normal dan tiada masalah besar tetapi
apabilia mereka tahu betapa serius akibatnya, mereka akan lebih prihatin. Guru haruslah
memberi cara dan maklumat kepada ibu bapa untuk membantu mereka managani isu-isu buli
dengan anak-anak mereka. Guru juga harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada
pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar
6
kepada pelajar yang lain. Guru juga berperanan memberi kaunseling kepada pelajar yang
bermasalah di sekolah.
1.3 Kesimpulan
Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini ‘ sebelum
nasi menjadi bubur’. Demi mewujudkan generasi dan modal insan yang lebih berguna pada
masa hadapan, maka satu langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan.
Tindakan daripada satu pihak tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita
berganding bahu untuk menangani masalah buli ini.
6
Rujukan
Abdul Rahman Md. Aroff. (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang:
Ab. Halim Tamuri. (2000). Pengetahuan Akhlak dalam kalangan Pelajar-pelajar Sekolah
bahasa/langkah-langkah-menangani-masalah-buli-di-sekolah
https://www.scribd.com/doc/38117741/karangan-gejala-buli
Azizi, Y., & Fakulti Pendidikan. (2007). Keberkesanan program-program pemulihan tingkah
laku di Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Tunas Bakti. Skudai: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Fathin Athirah Hasli. (2014, November 5). Kes buli: Kaunselor perlu main peranan. Lihat
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-buli-kaunselor-perlu-main-peranan-
1.330793
Fazhani Faz. (2016, June 2). PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM
https://www.slideshare.net/fazhani/peranan-dan-tindakan-guru-kaunseling-dalam-
mengatasi-masalah-disiplin-pelajar
Iskandar. (2015). Kamus Dewan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Abas. (2007). Peranan Guru Membina Murid Menghadapi Cabaran Wawasan 2020.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6
Olweus, D. Bullying at school: Basic facts and effects of a school based intervention