Anda di halaman 1dari 14

Pencemaran Alam Sekitar – Fakta, Punca Dan Kesan Kepada Manusia

By The Voize  / Alam Sekitar, Rencana

Kepesatan teknologi dan pembangunan di seluruh dunia banyak memberi manfaat dan
memudahkan manusia. Tetapi, ada bayaran yang besar nilainya yang perlu dibayar seiring
dengan pembangunan moden iaitu pencemaran alam sekitar.

Pencemaran alam sekitar sudah wujud sejak dari zaman batu lagi apabila manusia mula
belajar untuk menghidupkan api. Buktinya, para pengkaji menjumpai kesan terbakar di dinding
gua tempat manusia tinggal pada zaman dahulu.

Pencemaran zaman moden pula bermula pada era ‘Revolusi Industri’ pada tahun 1850 dimana
bahan kimia dan toksin yang tidak dirawat dilepaskan ke air berdekatan.

Revolusi Industri inilah antara punca terawal wujudnya pencemaran alam sekitar yang kita
kenali hari ini.

Revolusi Industri
Isu pencemaran alam sekitar juga dikaitkan dengan kenaikan mendadak populasi manusia di
sesuatu kawasan yang mana ianya melebihi kekuatan masyarakat itu untuk menguruskan sisa
buangan mereka.

Setiap pencemaran terdapat nilai dan pengukuran yang berbeza yang ditetapkan pihak
penguatkuasa bagi setiap negara. Sekiranya sesuatu kawasan diuji dan indeksnya melebihi
dari kadar normal, baharulah diisytiharkan sebagai tercemar.

Jenis-Jenis Pencemaran Alam Sekitar Yang Ada

Antara masalah-masalah pencemaran yang utama yang ada sekarang ini ialah :

 Pencemaran udara
 Pencemaran air
 Pencemaran bunyi
 Pencemaran tanah
 Pencemaran radioaktif
 Pencemaran cahaya
 Pencemaran haba
Pencemaran-pencemaran ini terhasil dari ciptaan teknologi yang manusia reka dan cipta.
Contohnya seperti pencemaran radioaktif yang terhasil dari penciptaan teknologi nuklear.

Punca-Punca Yang Menyebabkan Pencemaran Alam Sekitar

 Pencemaran Udara

Pencemaran Udara Di Yangzhou China


Menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, antara punca utama pencemaran udara di negara kita
datang dari asap kenderaan. Penggunaan kenderaan yang sangat tinggi dalam Malaysia
menyumbangkan sehingga 53.18% kepada punca pencemaran berbanding yang lain.
Pencemaran udara berlaku apabila terdapat pelepasan bahan kimia dan bendasing ke ruang
atmosfera. Antara gas yang selalu dikaitkan dengan pencemaran udara ialah karbon
monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan kloflorokarbon yang datang dari ekzos
kenderaan.

[Baca Lagi : 15 Idea Kek Hari Jadi ]

 Pencemaran Air

Pencemaran Air Di Kawasan Setinggan


Pencemaran ini terjadi apabila kilang dan manusia melepaskan sisa bungan industri dan toksin
seperti klorin ke punca air mengalir seperti sungai dan laut.

Antara penyumbang terbesar pencemaran air ialah pertanian yang melepaskan baja kimia dan
perosak serangga. Sistem pembetungan yang tak dijaga juga membuatkan air tercemar.

 Pencemaran Bunyi
Bunyi bising yang datang dari jalan raya besar, kapal terbang dan juga kilang berhampiran
menghasilkan pencemaran bunyi.

Sekiranya bunyi yang terhasil lebih tinggi dari indeks yang selamat, ia boleh menyebabkan
pekak dan sangat berbahaya kepada manusia dan bayi kecil.

 Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah terjadi apabila manusia melepaskan bahan bertoksin  seperti racun
perosak, baja kimia, bendasing berat dan klorin ke tanah.

Selain itu juga, sektor pembinaan yang meninggalkan sisa-sisa binaan ke tanah juga
membuatkan ia tercemar. Pencemaran tanah memberikan kesan ke atas aktiviti harian
manusia dan menyebabkan sesuatu kawasan tidak lagi ditumbuhi pokok dan bunga yang
dapat membekalkan oksigen.
 Pencemaran Radioaktif

Pusat Janakuasa Nuklear


Pencemaran ini antara pencemaran yang baru sahaja wujud dalam abad ke-20. Ianya
berpunca dari aktiviti pembinaan, pembangunan dan pengurusan senjata nuklear dan kilang
janakuasa nuklear.

Selain itu juga, kesan pencemaran ini dapat dilihat dengan jelas di Hiroshima dan Nagasaki,
dua tempat dimana bom atom dilepaskan semasa perang dunia kedua.

 Pencemaran Cahaya
Pencemaran cahaya juga dikenali sebagai pencemaran-foto yang terjadi apabila terdapat
kehadiran cahaya antropogenik pada waktu malam di kawasan tersebut.

Ia terjadi akibat dari penggunaan secara berlebihan lampu dan cahaya dan mengubah
keadaan persekitarannya. Penggunaan berlebihan cahaya lampu juga mengakitbatkan
pembaziran tenaga yang sangat tinggi.

Pencemaran ini biasanya berlaku di kawasan bandar-bandar besar seperti New York dan
Kuala Lumpur.

 Pencemaran Termal
Pencemaran termal ialah pengurangan kualiti air yang berlaku akibat dari perubahan suhu.
Pencemaran ini berpunca dari penggunaan air sebagai agen penyejuk di dalam janakuasa
industri kilang.

Apabila air digunakan sebagai agen penyejuk ia akan dilepaskan ke alam sekitar pada suhu
yang tinggi. Perubahan suhu secara tiba-tiba ini menyebabkan bekalan oksigen berkurangan
sekaligus memberi kesan pada komposisi ekosistem.

Perubahan suhu secara tiba-tiba ini boleh menyebabkan ikan dan organisma lain mati tiba-tiba.

Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Manusia

Setiap jenis pencemaran memberikan kesan yang berbeza terhadap alam sekitar. Secara
asasnya, ia terbahagi kepada beberapa kesan iaitu

Kesan Kepada Kesihatan Manusia


Kesan Pencemaran Kepada Manusia
Kesemua pencemaran memberikan kesan langsung ke atas kesihatan manusia. Sebagai
contoh,

 Pencemaran udara – kekurangan oksigen dan penipisan ozon mengakibatkan penyakit


pada saluran pernafasan, sakit dada dan sukar untuk bernafas
 Pencemaran air – Menurut kajian, 14 000 kematian berlaku setiap hari di seluruh dunia
berpunca dari pencemaran air tertutama di negara-negara membangun seperti India,
China dan Benua Afrika
 Pencemaran bunyi – Mengakibatkan hilang pendengaran atau pekak, meningkatkan
tekanan darah, stress dan gangguan pada kualiti tidur
[Baca Juga : 7 Khasiat Tembikai Yang Baik Untuk Tubuh ]

Kesan Kepada Alam Sekitar


Kesan pencemaran terhadap alam sekitar
Kesan pencemaran terhadap alam sekitar sangat meluas, antaranya ialah:

 Pelepasan karbon dioksida yang tinggi di udara dan atmosfera menyebabkan


tumbesaran pokok yang luar biasa
 Jerebu dan asap mengurangkan kadar penerimaan cahaya matahari kepada tumbuh-
tumbuhan dan merosakkan pokok.
 Tanah yang tercemar sudah tidak subur dan tidak sesuai untuk tumbuhan. Ini akan
merosakkan rantaian makanan semulajadi
 Pelepas sulfur dioksida dan nitrogen diokisda oleh kilang-kilang boleh menyebabkan
turunnya hujan asid yang berbahaya pada kulit manusia dan merendakan nilai pH tanah
 Pembinaan dan kerosakan hutan mengakibatkan kepupusan pelbagai jenis haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem alam
semulajadi

Fakta Pencemaran Alam Sekitar

1. Tiga tempat paling tercemar di dunia ialah Sungai Citarum, Indonesia (pencemaran air),
Hazaribagh, Bangladesh (pencemaran udara) dan Dzershinsk di Rusia (pencemaran
radioaktif)
2. Pencemaran adalah pembunuh nombor satu di dunia dengan memberi kesan sehingga
100 000 000 orang di seluruh dunia
3. Manusia yang tinggal di kawasan yang tinggi pencemaran udara 20% lebih tinggi
berisiko untuk mati berpunca dari kanser jantung
4. Setiap tahun 1 juta burung laut dan 100 juta mamalia terbunuh disebabkan pencemaran
5. 80% sisa buangan dan toksin di India dibuang di sungai Ganges
6. Pencemaran bunyi ialah pencemaran yang paling tidak diambil endah oleh manusia
7. Terdapat 500 juta unit kereta di dunia dan pada tahun 20 30 dijangka ia akan meningkat
kepada 1 bilion
8. Kira-kira 1000 kanak-kanak mati di india setiap tahun disebabkan air yang tercemar
9. Antartika ialah kawasan yang paling bersih di Bumi kerana dilindungi dengan undang-
undang anti-pencemaran
10. Pencemaran di China boleh mengakibatkan perubahan cuaca pada seluruh Amerika
sekiranya dipindahkan
Jadi, peliharalah alam sekitar kita. Mulakan dengan langkah yang paling mudah iaitu
membuang sampah ke dalam tong sampah dan mengasingkan sampah mengikut kategori
yang boleh dikitar semula. Moga-moga kita dapat mewariskan bumi yang lebih baik kepada
anak-anak nanti.

Bentuk pencemaran[sunting | sunting sumber]


Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi

 Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke
dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur
dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan
kilang industri.[2]
 Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air
atau fenomena eutrofikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama
ada dari segi biologi, kimia atau fizik.[3]
 Pencemaran tanah, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam
berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran
warna, kesuburan dan hakisan.[4]
 Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
 Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya
melebihi 80 dB.
 Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekeliling
dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negatif kepada haiwan dan
manusia.
 Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar
besar.
 Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air
sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
 Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia
termasuk sampah terbiar dan papan iklan.
Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula
jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga
disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab
mahupun cinta akan negara.

. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi


Ramai yang tak tahu bahawa punca pencemaran alam sekitar boleh belaku disebabkan oleh

faktor semulajadi. Ia adalah pencemaran yang berada diluar kawalan manusia. Di antara faktor

semulajadi yang boleh menyebabkan pencemaran ialah:

 Letupan gunung berapi yang menyebabkan berlakunya jerebu dan perubahan iklim.

 Ribut taufan yang menyebabkab kerosakan harta-benda dan alam sekitar.

 Gempa bumi  yang menyebabkan kerosakan harta-benda.

 Tanah runtuh yang menyebabkan kerosakan harta-benda dan kehilangan nyawa.

 Banjir yang menyebabkan berlakunya kerosakan secara besar-besaran kepada

landskap, kerosakan harta-benda, dan menyebabkan sampah-sarap berselerakan di

merata tempat. Malah ia juga menyebabkan penyakit dan kehilangan nyawa.

 Air pasang akan menjejaskan mereka yang tinggal berhampiran dengan persisiran

pantai. Ia boleh menyebabkan kerosakan harta-benda dan kehilangan nyawa.

2. Asap

Asap yang dibebaskan ke udara boleh menjadi punca pencemaran udara. Asap yang keluar

dari kilang-kilang perindustrian dan ekzos kenderaan kedua-duanya menyumbang kepada

tahap pencemaran udara yang teruk di negara kita. Asap yang dibebaskan oleh kilang dan

ekzos kenderaan mengandungi gas-gas beracun seperti gas monoksida yang boleh

menjejaskan alam sekitar dan dalam masa yang sama menjejaskan kesihatan terutamanya

mereka yang mempunyai masalah asma. Selain itu, asap kenderaan juga menghasilkan

plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat berbahayadan  boleh menyebabkan kerosakan

otak terutamanya kepada kanak-kanak.

3. Pembuangan sisa toksik


Sumber: Natgeo

Punca pencemaran yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik. Ada pihak bertanggung

jawab yang memilih jalan singkat dalam kerja pelupusan sisa toksik iaitu dengan cara

membuang di merata tempat bagi mengurangkan kos. Pembuangan sisa toksik sama ada di

daratan atau ke dalam air akan menyebabkan pencemaran yang teruk. Ia akan menjejaskan

alam sekitar dan menyebabkan kematian kepada binatang dan manusia.

4. Pembuangan sampah di merata tempat

Pembuangan sampah di merata tempat juga adalah punca pencemaran alam sekitar yang

telah berlaku sejak dulu lagi. Masalah ini bukan sahaja berlaku di bandar besar malah

berleluasa sehingga ke kampung dan kawasan hutan. Lihat sahaja di tepi-tepi jalan. Banyak

kawasan yang menjadi pusat pelupusan sampah haram akibat manusia yang tidak

bertanggung jawab.
5. Tumpahan minyak

Tumpahan minyak boleh berlaku secara sengaja atau disebabkab oleh kemalangan.

Tumpahan minyak secara sengaja berlaku apabila ada individu tidak bertanggung jawab

membuang minyak ke kawasan tidak sepatutnya seperti sungai atau tasik. Tumpahan minyak

secara tidak sengaja berlaku disebabkan oleh perlanggaran di antara kapal di tengah laut lalu

menyebabkan minyaknya tumpah ke laut. Tumpahan minyak akan menyebabkan haiwan

akuatik mati. Malah manusia yang termakan ikan yang tercemar juga boleh jatuh sakit.

6. Pembuangan sisa industri dan kebun

Penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur pastinya sudah biasa dengan masalah bekalan air

terputus disebabkan oleh pencemaran sungai akibat pembuangan sisa industri ke sungai oleh

pihak yang tidak bertanggung jawab. Di antara sisa industri yang biasa dibuang ke dalam

sungai ialah:

 Minyak

 Cat

 Sisa kumbahan dari ladang ternakan babi, ayam, dan itik

 Air kumbahan

 Racun rumpai

 Racun serangga

7. Kerja pembinaan

Kerja pembinaan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Apabila cerucuk ditanam
ke dalam tanah, atau kerja pemusnahan dilakukan, pastinya ia akan menyebabkan berlakunya
pencemaran bunyi yang kuat. Bunyi yang kuat bukan sahaja akan menyakitkan telinga malah
ia akan menyebabkan gangguan psikologi akibat ketidak selesaan dalam tempoh yang lama.
8. Industri perkilangan besi

Industri perkilangan besi biasanyakan akan menyebabkan penceraman bunyi yang teruk

kepada kawasan persekitaran memandangkan ia melibatkan kerja berat yang menghasilkan

bunyi bising. Itulah sebabnya kenapa kilang berat seperti kilang besi biasanya dibuka di

kawasan yang jauh dari penempatan dan orang ramai.

9. Radiasi

Masalah pencemaran radiasi boleh berlaku jika berlakunya kebocoran pada alat elektronik

seperti:

 Bateri

 Komputer

 Kalkulator

Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh debu radioaktif akibat terjadinya ledakan reaktor atom

atau nuklea yang sangat merbahaya dan boleh menyebabkan berlakunya:

 Radiasi alpha, beta, dan gamma.

 Kerosakan sel dalam badan.

 Pencemaran tanah.

 Menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan.

10. Kebakaran hutan


S
umber: Theguardian

Kebakaran hutan juga boleh menjadi punca pencemaran alam sekitar. Asap hitam yang

dihasilkan akan mencemarkan udara lalu menyebabkan jerebu. Ia juga menyebabkan suhu

persekitaran naik secara mendadak serta menyebabkan kematian kepada haiwan dan

tumbuhan. Kesihatan manusia juga terjejas disebabkan oleh kebakaran hutan.

Itulah dia info  tentang punca pencemaran alam sekitar yang ingin kami kongsikan pada hari

ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput

untuk membaca artikel kami tentang punca kepupusan harimau malaya dan punca masalah

kewangan selepas berkahwin.

Anda mungkin juga menyukai