Anda di halaman 1dari 1

Faktor - Faktor Penyalahgunaan

Dadah
Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulangulang atau penggunaan dadah secara berlebihan . Kebiasaanya
penggunaan dadah secara berlebihan ini akan mendatangkan
perasaan gembira yang tidak terhingga dan ketagihan dadah ini
juga bertujuan melarikan diri daripada kenyataan. Penyalahgunaan
dadah juga akan menyebabkan kehidupan seharian setiap individu
terganggu .Penagih dadah lebih cenderung menggunakan dadah
secara berterusan walaupun sering terlibat dengan masalah
perundangan serta meletakkan diri mereka dalam situasi yang
berbahaya.
Penyalahgunaan dadah berlaku apabila seseorang yang kurang
kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh
atau tergoda untuk mencuba dadah. Ibu bapa seharusnya
memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna dan cukup
untuk mereka membawa diri masing masing. Seperti yang kita lihat
dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan
masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah
akibat daripada kurang didikan tentang dadah daripada ibu bapa.
Seseorang itu lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan
berbanding dengan orang lain apabila meningkat ke usia remaja. Ini
kerana rakan-rakan merupakan orang yang paling rapat dengan diri
kita semasa remaja. Oleh itu, apabila pengaruh rakan sebaya adalah
negatif, maka individu tersebut adalah lebih mudah untuk terjebak
dalam penyalahgunaan dadah kerana ingin mendapatkan
pengiktirafan daripada rakannya.
Sesetengah individu mengunakan dadah dengan tujuan untuk
melupakan masalah yang dihadapinya kerana dadah dapat
menghilangkan kawalan otak dan mengkhayalkan .Hal ini demikian
menyebabkan seseorang itu lupa untuk seketika masalah yang
dihadapinya . Keaadaan inilah yang menyebabkan seseorang itu
mengambil dadah secara berterusan untuk mendapatkan kesan
lupa dan euphoria yang lama.
Faktor pemberontakan diri juga boleh menyebabkan seseorang
itu ingin mencuba sesuatu yang berlaku di luar norma masyarakat.
Lazimnya, mereka ingin mencuba sesuatu yang baharu dan
berbahaya kerana ingin menjadi lain daripada yang lain. Tindakan
yang tidak rasional ini akan menghancurkan hidup mereka dan
menyebabkan mereka tidak dapat bergaul dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai