Anda di halaman 1dari 4

Kurang didikan agama oleh ibu bapa

 Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah
terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa seharusnya memberikan anak-
anak didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing masing.
 Seperti yang kita lihat dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan
masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah akibat daripada pegangan
agama yang rapuh .

Faktor Diri Sendiri


Individu yang terlibat dengan penagihan dadah cenderung untuk ingin mencuba.
Perasaan ingin mencuba ini meyebabkan mereka tidak dapat mengawal diri mereka
untuk lari daripada terlibat dengan dadah. Remaja merupakan mereka yang mudah
mempunyai perasaan ini kerana pada ketika ini perasaan ingin tahu tentang sesuatu
yang baru, mula berputik. Kajian menunjukkan peratusan tertinggi penagih baru
adalah remaja. Hal ini sangat membimbangkan kerana remaja adalah aset negara yang
harus dijaga.
            Selain itu, individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah cenderung
untuk berseronok. Keseronokan juga merupakan sebab utama kenapa remaja mencuba
dadah. Sifat remaja yang suka kepada hiburan dan perkara yang memberi kepuasan
kepada diri sendiri menyebabkan mereka mencuba dadah. Hasilnya remaja mula
ketagih dan menjadikan dadah sebagai medium utama untuk berseronok.
Selain itu, faktor tekanan jiwa juga merupakan penyebab utama seseorang itu
mengambil keputusan untuk mencuba dadah sebagai medium utama bagi
mengurangkan tekanan yang dihadapi. Menurut Roberts(1997), kadar kemurungan
meningkat sebanyak dua kali ganda pada zaman remaja berbanding pada zaman
kanak-kanak dan kadar ini meningkat lagi apabila remaja terbabit menginjak usia
dewasa. Kini, remaja bukan sahaja berhadapan dengan cabaran untuk belajar di
sekolah semata-mata. Tekanan yang dialami akibat masalah peribadi, keluarga dan
kerja turut mendorong seseorang itu untuk menyalahgunakan dadah. Apabila tekanan
emosi keterlaluan, kemurungan berlaku sehingga mereka tidak mampu lagi berdepan
dengan tekanan itu. Akhirnya dadah menjadi teman setia yang dapat membolehkan
mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi.
Selain itu, faktor diri sendiri yang tidak mempunyai kekuatan untuk menolak
dadah menyebabkan dirinya tidak dapat mengawal untuk terlibat dengan dadah.
Mereka tidak punyai kekuatan untuk lari daripada menyalahgunakan dadah. Hal ini di
dorong oleh kelemahan dalam mengawal nafsu dan kekurangan ilmu dalam agama
serta perasaan tidak takut pembalasan di akhirat kelak kerana mengambil bahan-bahan
yang boleh merosakkan diri sendiri. Kesedaran yang kurang tentang bahayanya dadah
menyebabkan mereka mudah menjerumuskan diri ke arah yang negatif. Kesedaran
dalam diri itu penting kerana ia merupakan faktor pelindung yang dapat melindungi
diri kita daripada terlibat dengan najis dadah.

2.2 FAKTOR RAKAN SEBAYA


            Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor utama berlakunya
penagihan pada zaman remaja. Hal ini kerana, kajian menunjukkan ramai remaja yang
terlibat dengan dadah akibat daripada terpengaruh dengan rakan sebaya. Statistik pada
bulan januari hingga disember 2005 menunjukkan pengaruh rakan berada pada
kedudukan yang tertinggi iaitu sebanyak 6573 orang penagih baru dan 7203 orang
penagih berulang dengan peratusan sebanyak 41.9% daripada jumlah keseluruhan
penagih. Hal ini demikian, kerana kebanyakkan masa remaja diluangkan bersama
dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang bersesuaian harus
dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli
oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah ia secara tidak langsung mereka
sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.
Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi
lebih serius. Inginkan penerimaan daripada rakan-rakan juga menyebabkan seseorang
itu mula terlibat dengan dadah. Remaja juga inginkan kuasa atau pengaruh yang kuat
daripada rakan-rakan yang lebih berpengaruh, hal ini menjadikan mereka diterima
oleh rakan sebaya. Berkawan dengan rakan-rakan yang tidak sihat menyebabkan
remaja mudah terjerumus dengan kancah penagihan dadah. Pengaruh rakan yang kuat
menyebabkan seseorang individu tidak dapat melarikan diri daripada terlibat dengan
dadah. Pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan pada zaman sekarang
menyebabkan remaja perempuan turut sama terlibat dengan dadah. Semakin lama
semakin ramai remaja perempuan terlibat dengan dadah. Sebagai contoh, pengaruh
daripada teman lelaki menyebabkan remaja perempuan terikut-ikut dan menyerahkan
dirinya kepada teman lelaki tersebut untuk diperlakukan dengan perkara yang
membawa kepada keburukkan.

2.3 FAKTOR  IBU BAPA


            Ibu bapa merupakan insan yang telah mendidik dan  memberi kasih sayang
kepada kita sejak dari kecil lagi. Mereka telah banyak berbakti kepada kita tanpa kita
sedari. Namun, apa yang menjadi keburukkannya ialah apabila ada segelintir ibu bapa
yang kurang perihatin terhadap anak-anak mereka sehingga anak-anak mereka boleh
terjerumus ke kancah penagihan dadah. Hal ini memang tidak dapat dinafikan
terutamanya dalam era mengejar kemewahan dan    kesenangan hidup pada hari ini.
Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta
menyediakan keperluan asas yang penting untuk keluarga. Secara tidak langsung,
masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan
mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlaluan kerana kegiatan
mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang
dikecapi akan membawa mereka ke arah gejala sosial yang terlampau seterusnya ke
lembah penagihan najis dadah dan mereka hanyut di bawa arus kehinaan.
            Selain itu, kurangnya didikan agama oleh ibu bapa juga menjadi salah satu
penyebab mengapa individu mudah terlibat dengan dadah. Hal ini berlaku kerana, ibu
bapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia serba
moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan
akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati
melakukan perkara yang telah dilarang oleh agama. Mereka juga tidak dapat
membezakan antara dosa dan pahala. Pengetahuan tentang dosa dan azab siksaan di
neraka yang amat pedih dan perit yang kurang didedahkan menyebabkan mereka
tidak mempedulikan dan ambil kesah.
Ibu bapa juga kurang faham dari segi didikan agama menyebabkan mereka
tidak berupaya mengamalkan ajaran-ajaran islam yang sebenar kepada anak-anak
mereka. Kurang kasih sayang daripada ibu bapa juga menyebabkan anak-anak tidak
mendapat perhatian yang secukupnya daripada mereka. Ibu bapa yang sibuk bekerja
dan ibu bapa yang mengelak atau tidak bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak
menyebabkan anak-anak terabai. Anak-anak akan merasa kesunyian dan rasa tidak
diambil perhatian dalam setiap tindakan yang dilakukan. Hal ini menyebabkan
mereka memberontak dan apabila anak-anak memberontak ibu bapa hanya
mengambil tindakan dengan memarahi mereka tanpa usul periksa dan hanya dapat
menyalahkan mereka. Apabila ada ibu bapa yang memarahi dan menyalahkan
mereka, mereka akan cepat terasa dengan tindakan ibu bapa dan cuba menjauhkan diri
daripada ibu bapa seterusnya mencari rakan-rakan sebaya yang dapat beri
keseronokkan.

2.4 FAKTOR SEKOLAH


            Sekolah  memainkan peranan yang penting bagi melahirkan pelajar yang
cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya dari segi rohaniah, lahiriah dan jasmani.
Namun, apa yang menduka citakan apabila sekolah dijadikan sebagai tempat
berlakunya gejala buli, samseng, berjudi dan yang paling membimbangkan adalah
sebagai tempat mengedar dadah. Remaja mula terjebak dengan dadah sejak dibangku
sekolah sangat berleluasa sekarang sehingga kurang kawalan oleh pihak sekolah.
Sekolah dijadikan sebagai pusat pengedaran dadah kepada remaja yang ingin
mencuba dan ingin mendapat perhatian daripada rakan-rakan mereka.
            Menurut Yang Dipertua PEMADAM, Datuk Zainal Abidin Zin dalam laporan
Azmi Md Deros(2002), guru dan ibu bapa perlu bijak memanfaatkan sepenuhnya
jalinan hubungan yang rapat untuk mempengaruhi pelajar atau anak mereka supaya
tidak mudah terjebak dalam gejala penagihan dadah. Beliau menjelaskan bahawa
hampir lima juta pelajar sekolah di negara ini terdedah kepada dadah kerana mereka
menjadi sasaran utama pengedar yang bermotifkan keuntungan. Oleh itu, guru dan ibu
bapa perlu meningkatkan peranan mereka di sekolah untuk memastikan tidak ada
pelajar atau anak mereka yang terjebak dalam masalah penagihan dadah.
            Di Kuantan, peningkatan kes pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian
tinggi(IPT) yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah sangat membimbangkan dan
memerlukan tindakan segera semua pihak. Dalam tempoh januari hingga disember
tahun 2006, seramai 134 orang pelajar terbabit atas kesalahan dadah mengikut
pelbagai seksyen. Hal ini menunjukkan, peningkatan lebih 45 peratus berbanding bagi
tempoh sama pada tahun 2005. Sehubungan itu, apa yang penting ialah mencari punca
kepada permasalahan itu sehingga ke akar umbi. Masalah tidak akan selesai selagi
puncanya tidak dihapuskan. (Berita Mingguan, 29 April 2007).

2.5 FAKTOR MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN


            Faktor masyarakat juga merupakan faktor yang menyumbang kepada
penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Persekitaran yang negatif seperti
masyarakat sekitarnya banyak yang terlibat dengan dadah menjadi penyumbang
utama kepada keinginan remaja untuk mencuba dadah itu sendiri. Remaja yang pada
awalnya bebas dengan dadah mula berjinak-jinak dengan benda tersebut setelah
melihat sendiri di depan mata cara bagaimana dadah itu digunakan. Setelah melihat
sendiri di depan mata, perasaan ingin mencuba itu timbul dalam diri individu. Reaksi
daripada penagih yang tenang dan dikatakan dadah itu sedap dan dapat melegakan
tekanan menambahkan lagi perasaan ingin mencuba itu. Remaja mula terpengaruh
dengan persekitaran mereka apabila melihat ada segelintir rakan-rakan atau kawasan
persekitaran yang negatif kerana kebanyakkannya menagih. 

Selain itu, bekalan dadah yang mudah didapati juga menjadi faktor pendorong
remaja mula menjinakkan diri ke arah penyalahgunaan dadah. Bekalan dadah yang
mudah didapati di kawasan perbandaran dan di kawasan sempadan negara
menyebabkan bekalan dadah mudah masuk ke Malaysia. Hasil tangkapan mengikut
statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) menunjukkan bahawa
penyeludupan dadah sering diseludup melalui lapangan terbang utama dan kawasan
pelabuhan di Malaysia. Hal ini sangat membimbangkan, sehingga ada segelintir
rakyat Malaysia yang menjadi ‘keldai dadah’.
            Selain itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laporan Hairulazim
Mahmud(2005) juga mengakui masalah dadah sememangnya serius di kawasan tanah
Felda. Hai ini kerana,  pandangan serong masyarakat sekeliling terhadap penagih
dadah. Mereka mengganggap penagih dadah sebagai sampah masyarakat, kotor, jijik.
Masyarakat setempat yang mudah melabel seseorang walaupun mereka telah pun
berubah menyebabkan mereka berputus asa dengan kehidupan dahulu dan sekarang.
Jadi mereka tiada tempat hendak di tuju, dan mengambil keputusan untuk menagih
lagi. Mereka menjadi tiada tempat kebergantungan untuk menyara diri dan membuat
keputusan untuk terlibat semula dengan dadah. Tekanan berada di kampung dan
ditambah dengan perspektif masyarakat yang negatif terhadap dirinya, membuatkan
bekas penagih kembali ke  kancah penagihan dadah semula. 

Anda mungkin juga menyukai