Anda di halaman 1dari 8

Tenaga hidro juga merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun untuk menggantikan bahan

api fosil. Manusia telah menggunakan tenaga ini untuk menjalankan kehidupan sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi dengan menggunakan air bagi memusingkan roda pedal untuk mengisar gandum.Tenaga ini dapat dijalankan jika terdapatnya sungai yang mempunyai aliran deras. Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan. Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik. Malaysia mempunyai aliran sungai yang deras maka, membolehkan empangan hidroelektrik dibina. Contohnya seperti Empangan Bakun di Sarawak, Empangan Kenyir di Terengganu dan lain-lain. Maka, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini penting kepada seluruh penduduk di dunia termasuklah Malaysia dalam pembekalan tenaga elektrik. Tenaga hidroelektrik ini juga bersih dan tidak mencemarkan udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza pula dengan tenaga konvensional seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara di sekeliling ketika proses pembakarannya di stesen jana kuasa. Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna.

Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. Hal ini bersesuaian dengan keadaan kewangan negara-negara membangun seperti Malaysia yang masih belum begitu kukuh. Melalui penjanaan hidroelektrik ini, ia mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia.

Di Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar khasnya di Semenanjung Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara. Manakala di Sabah dan Sarawak, masing-masing dibekalkan oleh Lembaga Letrik Sabah (LLS) dan Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak (SESCO). Selain itu, terdapat juga syarikat-syarikat elektrik persendirian yang lain yang turut membekalkan tenaga elektrik di negara ini. Menurut Wikipedia, aset perniagaan TNB adalah sejumlah RM60.0 billion. Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. TNB juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu jaringan talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Lebih 420 stesen pencawang di Semenanjung Malaysia dihubungkan oleh jaringan ini melalui talian 132kV, 275kV dan 500kV. TNB mempunyai keupayaan jana elektrik sebanyak 11,296MW. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji jana kuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen jana kuasa hidro.

Penjana yang besar digunakan di stesen jana kuasa untuk menghasilkan bekalan elektrik. Kebanyakan penjana menghasilkan bekalan elektrik arus ulang-alik. Arus ulang alik (a.u) adalah lebih mudah daripada arus terus (d.c) kerana ia boleh diubah kepada suatu voltan yang lebih tinggi atau lebih rendah menerusi satu peranti disebut transformer. Maka, voltan yang berlainan yang diperlukan boleh dibekalkan kepada kilang, pejabat, gudang, rumah kediaman dan lain-lain. Bilangan loji jana kuasa elektrik utama di Malaysia adalah sebanyak 32 buah di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak pula sebanyak 15 buah. Jumlah keseluruhan tenaga elektrik yang dijana oleh kesemua loji jana kuasa ini ialah 20,663MWe dengan kapasiti penjanaan bekalan elektrik sebanyak 96,060GWh setahun. Dengan keluasan tanah 329,733sq. km dan jumlah penduduk sebanyak 21.1 juta di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak sebanyak 5.5 juta pada tahun 2006, memperlihatkan permintaan terhadap bekalan tenaga elektrik semakin meningkat setiap tahun. Dianggarkan keperluan bekalan tenaga elektrik di negara ini pada tahun 2006 sahaja adalah sebanyak 14,357MWe iaitu sebanyak 12,990MWe di Semenanjung Malaysia dan sebnayak 1,367MWe di Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, melalui penjanaan tenaga elektrik ini ke seluruh negara, maka dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada semua rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan sehari-harian di samping mempercepatkan lagi tugas-tugas mereka. Contohnya seperti memasak, menggosok dan sebagainya.

KESAN NEGATIF DARIPADA PENGGUNAAN BAHAN API FOSIL DALAM PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK DI MALAYSIA

Pembakaran bahan api fosil dalam penjanaan tenaga elektrik telah membebaskan asap yang mengandungi berjuta-juta ton bahan-bahan terampai seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan sebagainya ke udara. Masalah ini menyebabkan udara menjadi semakin tercemar kerana ditambah pula dengan pembebasan gas-gas pencemar oleh industri-industri perkilangan lain dan kenderaan-kenderaan bermotor. Maka, hal ini telah memburukkan lagi keadaan sehingga boleh menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid, jerebu, dan peningkatan suhu yang juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia.

4.1 Hujan Asid Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Hal ini disebabkan oleh air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid contonya seperti sulfur dioksida yang terdapat di atmosfera. Pada masa kini, peningkatan penggunaan tenaga elektrik telah menyebabkan bahan api fosil dibakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga membebaskan banyak bahan-bahan pencemar. Bahan-bahan pencemar ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Hal ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama kepada golongan kanan-kanak dan golongan warga emas, serta mereka yang berpenyakit seperti penghidap asma.

4.2 Jerebu Jerebu pula merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada aktiviti manusia. Masalah jerebu sering kali berlaku di Malaysia. Keadaan ini berpunca apabila berlaku pembakaran bahan api fosil yang tidak lengkap dari stesen jana kuasa serta proses perindustrian yang mengeluarkan asap hitam. Apabila zarah-zarah kecil ini berkumpul dalam jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan bertindak menyerap dan menghalang cahaya matahari dari sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.

Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada suatu ketika dahulu. Contohnya pada 11 Ogos 2005, Malaysia pernah mengisytiharkan darurat akibat jerebu di Selangor dan Pelabuhan Klang setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 500. Hal ini telah menyebabkan kesihatan dan kadar penglihatan penduduk di kawasan tersebut terjejas. IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, kesukaran untuk bernafas atau kesesakan nafas, mata pula terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

4.3 Peningkatan Suhu Bumi

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia termasuk Malaysia. Kenaikan suhu bumi berlaku disebabkan oleh pembebasan gas-gas pencemar seperti gas karbon dioksida ke udara. Tambahan pula, banyak hutan telah dibalak untuk tujuan komersial. Hal ini menyebabkan hutan tidak dapat lagi berfungsi sebagai penyerap gas karbon dioksida. Maka, kandungan gas karbon dioksida semakin meningkat dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak ini telah bertindak menyerap haba, maka menyebabkan haba tidak dapat terbebas ke udara dan lalu menyebabkan suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah, permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam seperti gempa bumi, letusan gunumg berapi dan sebagainya.

Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu dilakukan untuk mengurangkan kesan negatif akibat daripada penggunaan bahan api fosil tersebut. Sumber alternatif juga perlulah dibangunkan untuk mengurangkan atau menggantikan bahan api fosil yang boleh memudaratkan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.

5.0 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PECEMARAN UDARA DARI STESEN JANA KUASA

Penggunaan bahan api fosil seperti minyak, arang batu dan gas asli sebagai bahan bakar dalam penjanaan elektrik oleh stesen jana kuasa sememangnya mengundang kepada masalah pencemaran udara. Maka, langkah-langkah pencegahan dan pengawalan yang efektif telah diambil oleh pihak stesen jana kuasa untuk meminimakan pelepasan sisa gas dan cecair ke persekitaran dengan menggunakan teknologi terkini supaya ia tidak menjejaskan alam sekiatar fizikal dan alam sekitar manusia.

Antara langkah-langkah yang akan diambil bagi meminimumkan pencemaran udara akibat penggunaan arang batu sebagai bahan bakar adalah melalui pemasangan Electrostatic Precipitator (ESP) iaitu sejenis perangkap habuk yang berupaya untuk memerangkap 99.7% habuk produk pembakaran dari terlepas ke udara. Di samping itu, penggunaan Flue Gas Desulphurization (FGD ) boleh diguna pakai dalam operasi stesen janakuasa bagi tujuan menyerap sulfur yang terhasil daripada pembakaran arang batu, manakala penunu rendah NOx atau Low Nox Burner pula dapat digunakan bagi mengawal kandungan Nitrogen Oksida (NOx). Seterusnya, pepejal yang terhasil daripada pembakaran arang batu seperti abu terbang dapat diguna pakai dalam industri simen.

Penjana stim yang digunakan pula mempunyai rekabentuk jenis supercritical once-through, jenis panas semula yang dilengkapkan dengan relau yang disejukkan oleh air, superheater, reheater, dan economizers. Ia berfungsi menghasilkan stim bertekanan tinggi memutarkan turbin stim seterusnya menjana kuasa elektrik. Sistem pembakaran akan dilengkapi dengan penunu rendah NOx lanjutan jenis vorteks dengan senapang minyak api di tengah penunu. Pembakaran dengan menggunakan bekalan udara over-fire dilaksanakan untuk pengurangan NOx dan pembakaran zarah arang batu yang lebih lengkap.

Selain itu, dari segi pengurusan air sisa buangan pula, loji jana kuasa juga perlu dilengkapi dengan sistem merawat air kumbahan bagi memastikan sisa air yang dirawat memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Di stesen jana kuasa arang batu, air hujan yang terkumpul di lapangan arang batu akan dialirkan dan disimpan di dalam kolam takungan. Hal ini bagi tujuan pemendapan pepejal terampai sebelum ia dipam ke kolam abu. Manakala,air sisa buangan yang selebihnya pula akan dikumpul di loji rawatan air sisa untuk proses perawatan sebelum dilepaskan. Alat hembus campuran akan dipasang untuk melaraskan pH air buangan sebelum ia dilepaskan.

Sementara itu, pemasangan stesen-stesen pengesan kualiti udara di kawasan yang berdekatan penempatan penduduk juga perlu dilakukan supaya maklumat mengenai tahap kualiti udara dapat disalurkan secara berterusan. Maklumat ini seterusnya perlulah dipantau oleh JAS bagi memastikan tahap pencemaran udara berada pada paras yang telah ditetapkan.

Penjanaan merupakan proses pengeluaran tenaga elektrik yang terhasil daripada pemotongan fluks oleh pengalir gegelung yang terdapat pada sebuah penjana. Terdapat dua jenis penjanaan iaitu penjanaan arus terus dan penjanaan arus ulang-alik.

Arus terus adalah arus yang mengalir dalam sebuah litar pada satu arah sahaja. Ia mengalir dari kutub positif ke kutub negatif. Contohnya sel suria, bateri dan penjana arus terus.

Arus ulang-alik pula merupakan arus yang sentiasa berubah arah pengalirannya mengikut perubahan kutub sumber bekalan. Arus ulang-alik dijana di stesen janakuasa.

Di Malaysia terdapat tiga jenis stesen janakuasa utama iaitu stesen janakuasa hidroelektrik, stesen janakuasa elektrik terma dan stesen janakuasa elektrik gas. Keupayaan sesebuah stesen janakuasa menjana elektrik bergantung kepada penjana dan penggerak utamanya. Voltan yang dihasilkan adalah antara 10.5kV hingga 11.0kV. Walau bagaimanapun, untuk memudahkan penyelarasan nilai tersebut ditetapkan pada kadar 11kV.

Stesen janakuasa hidroelektrik menggunakan tenaga kinetik air untuk memutarkan turbin janakuasa. Komponen utama di stesen janakuasa hidroelektrik ialah empangan (dam), tasik buatan (reservoir), pintu kawalan (control gate), salur getah (intake), pintu air (penstock), turbin (turbine), salur keluar

(outflow), janakuasa (generator), pengubah (transformer), powerhouse dan talian penghantaran (power lines). Rajah menunjukkan Stesen Janakuasa Hidroelektrik.

Stesen Janakuasa Hidroelektrik

EMPANGAN Empangan dibina bagi menyimpan air untuk mendapatkan tekanan graviti bagi memusingkan turbin. Struktur empangan yang dibina mempunyai ketebalan dibahagian dasar empangan bagi menahan daya tekanan air yang besar di dasar empangan.

TASIK BUATAN Apabila empangan dibina maka wujud tasik buatan. Air dari tasik buatan ini dinamakann tenaga keupayaan graviti. Oleh kerana kedudukan aras tasik lebih tinggi maka tenaga keupayaan graviti ini berupaya memusingkan turbin janakuasa yang terletak di bahagian dasar empangan. Tasik buatan terbesar di Malaysia ialah Tasik Kenyir yang menempatkan empangan kenyir.

PINTU KAWALAN SALUR MASUK Pintu kawalan salur masuk terletak di bahagian empangan bertujuann mengawal kemasukan air. Apabila pintu dibuka air akan masuk dengan menuju ke turbin janakuasa.

PENGUBAH (TRANSFORMER)

Transformer adalah alat yang digunakan untuk menaikkan atau menurunkan voltan AU. Terdapat dua jenis transformer iaitu transformer injak naik dan transformer injak turun. Transformer injak naik adalah

untuk meninggikan voltan AU yang dihasilkan oleh janakuasa hidroelektrik. Seterusnya voltan AU yang tinggi dihantar keluar melalui talian penghantaran ke sistem Rangkaian Grid Nasional untuk diturunkan semula melalui transformer injak turun kepada voltan yang lebih rendah untuk diagihkan.

SALUR KELUAR

Secara keseluruhnnya penghantaran tenaga elektrik terbina dari satu empangan yang dibina merentasi sungai untuk menyimpan air.Empangan terletek di atas stesen janakuasa.Air dari empangan mengalir turun ke stesen janakuasa dengan kelajuan tinggi.Tenaga kinetik air memutarkan turbin penjanadan elektrik dihasilkan.Seterusnya air dari turbin dialirkan keluar melalui salur keluar ke sungai. Rajah menunjukkan stesen janakuasa hidroelektrik.Rajah menunjukkan stesen janakuasa hidroelektrik.

Anda mungkin juga menyukai