Anda di halaman 1dari 14

PENGGUNAAN BAHAN API FOSIL DALAM PENJANAAN ELEKTRIK DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Setiap hari dalam kehidupan kita pasti akan menggunakan elektrik tidak
kira dalam apa jua aspek pekerjaan. Penggunaan elektrik telah memberi banyak
manfaat bukan sahaja kepada manusia malah juga kepada pembangunan
sesebuah negara. Penggunaan bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan
gas dalam penjanaan tenaga elektrik adalah sangat penting di dunia termasuklah
Malaysia. Hampir kesemua tenaga elektrik di dunia dihasilkan dengan membakar
bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Kini, setelah lebih 200
tahun ia digunakan, sumber tenaga ini telah semakin berkurangan. Hal ini
menyebabkan harga bahan api fosil melambung tinggi.

Permintaan terhadap bekalan elektrik di Malaysia semakin meningkat dari tahun


ke tahun. Hal ini menyebabkan permintaan bahan api fosil sebagai bahan bakar
di stesen jana kuasa elektrik turut meningkat untuk membolehkan tenaga
elektrik dapat dibekalkan dengan secukupnya secara menyeluruh. Namun begitu,
harga minyak mentah dunia yang melambung dan tidak stabil sememangnya
menjadi beban kepada orang ramai kerana ia memberi kesan besar kepada kos
penjanaan tenaga elektrik, selain daripada sektor pengangkutan.

Sukar dibayangkan sekiranya kita tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik atau
kehabisan bekalan gas, diesel atau petrol. Mungkin sukar untuk kita ke sesuatu
tempat tanpa kenderaan. Surirumah atau pengusaha restoran mungkin tidak
dapat menyediakan juadah kerana ketiadaan gas memasak. Jalanraya juga
mungkin kacau-bilau akibat lampu isyarat yang tidak berfungsi. Lampu jalan
yang tidak berfungsi menambah lagi kegelapan malam. Mereka yang bekerja di
bangunan tinggi juga tentu kepenatan kerana terpaksa menaiki tangga akibat lif
yang tidak berfungsi akibat ketiadaan elektrik. Tanpa tenaga, tidak dapat
dibayangkan bagaimana kehidupan di dunia kini.

Penggunaan sumber bahan api fosil ini dalam penjanaan tenaga turut
mendatangkan banyak kesan negatif seperti pencemaran udara, hujan asid,
jerebu dan pemanasan global. Oleh itu, negara maju kini giat meneroka sumber
alternatif mendapatkan tenaga yang mesra alam, selamat, menjimatkan dan
berkekalan. Malaysia juga tidak terkecuali dalam menjalankan penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dalam usaha mencari sumber alternatif yang bersesuaian
untuk menggantikan sumber bahan api fosil tersebut.

2.0 PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK DI MALAYSIA

Di Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah syarikat bekalan elektrik yang
terbesar khasnya di Semenanjung Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai
Lembaga Letrik Negara. Manakala di Sabah dan Sarawak, masing-masing
dibekalkan oleh Lembaga Letrik Sabah (LLS) dan Perbadanan Pembekalan Letrik
Sarawak (SESCO). Selain itu, terdapat juga syarikat-syarikat elektrik persendirian
yang lain yang turut membekalkan tenaga elektrik di negara ini. Menurut
Wikipedia, aset perniagaan TNB adalah sejumlah RM60.0 billion. Perniagaannya
terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh
Malaysia. TNB juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu jaringan talian
penghantar elektrik ke seluruh negara. Lebih 420 stesen pencawang di
Semenanjung Malaysia dihubungkan oleh jaringan ini melalui talian 132kV, 275kV
dan 500kV. TNB mempunyai keupayaan jana elektrik sebanyak 11,296MW. Pada
masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji
jana kuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen jana
kuasa hidro.

Penjana yang besar digunakan di stesen jana kuasa untuk menghasilkan bekalan
elektrik. Kebanyakan penjana menghasilkan bekalan elektrik arus ulang-alik. Arus
ulang alik (a.u) adalah lebih mudah daripada arus terus (d.c) kerana ia boleh
diubah kepada suatu voltan yang lebih tinggi atau lebih rendah menerusi satu
peranti disebut transformer. Maka, voltan yang berlainan yang diperlukan boleh
dibekalkan kepada kilang, pejabat, gudang, rumah kediaman dan lain-lain.
Bilangan loji jana kuasa elektrik utama di Malaysia adalah sebanyak 32 buah di
Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak pula sebanyak 15 buah.
Jumlah keseluruhan tenaga elektrik yang dijana oleh kesemua loji jana kuasa ini
ialah 20,663MWe dengan kapasiti penjanaan bekalan elektrik sebanyak
96,060GWh setahun. Dengan keluasan tanah 329,733sq. km dan jumlah
penduduk sebanyak 21.1 juta di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan
Sarawak sebanyak 5.5 juta pada tahun 2006, memperlihatkan permintaan
terhadap bekalan tenaga elektrik semakin meningkat setiap tahun. Dianggarkan
keperluan bekalan tenaga elektrik di negara ini pada tahun 2006 sahaja adalah
sebanyak 14,357MWe iaitu sebanyak 12,990MWe di Semenanjung Malaysia dan
sebnayak 1,367MWe di Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, melalui penjanaan tenaga elektrik ini ke seluruh negara, maka dapat
memberi keselesaan dan kemudahan kepada semua rakyat Malaysia dalam
menjalani kehidupan sehari-harian di samping mempercepatkan lagi tugas-tugas
mereka. Contohnya seperti memasak, menggosok dan sebagainya.

Foto 2.0 : Talian penghantaran elektrik 500kV melalui Lebuhraya Utara Selatan
dan Taiping.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Grid_Nasional

3.0 PENGGUNAAN BAHAN API FOSIL DALAM PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK DI


MALAYSIA

Bahan api fosil merupakan sisa tinggalan tumbuh-tumbuhan dan haiwan


darat dan laut yang telah lama mati dan tertimbus di bawah timbunan batuan
dalam kerak bumi. Ia tersimpan kira-kira 400 juta tahun dahulu dalam keadaan
tekanan dan suhu yang tinggi dan akan berubah secara semula jadi lalu
membentuk arang batu, petroleum dan gas asli. (Murtedza Mohamed, 1991:11)

Bahan api fosil terdiri daripada arang batu, petroleum dan gas asli. Bahan
api fosil merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Ketiga-tiga sumber ini
terhad dan akan semakin berkurangan dan pupus jika digunakan dan
dieksploitasi secara berterus-terusan walaupun banyak kawasan baru ditemui.
Bahan api fosil mengandungi karbon dan hidrokarbon, maka ia sesuai digunakan
untuk menjana sumber tenaga. Di Malaysia, kita masih lagi bergantung kepada
bahan api fosil dalam penjanaan elektrik dan pengangkutan.

Petroleum terhasil daripada timbunan atau pemampatan bahan-bahan


organik di dalam timbunan pasir atau tanah liat dalam jangka masa berjuta-juta
tahun lamanya lalu membentuk kawasan luaran yang tebal di sekelilingnya.
Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan bahan organik terurai menjadi
bentuk cecair dan gas. Cecair ini dikenali sebagai petroleum dan terperangkap di
dalam lohongan batuan kerak bumi, bertambah dari semasa ke semasa mengikut
peredaran masa. Perlombongan petroleum telah dijalankan sejak 1909 di Miri.
Kapasiti pengeluarannya 650,000 tong sehari. Ia dijangka masih dapat digunakan
untuk tempoh 20 tahun akan datang lagi. Industri penapisan petroleum terdapat
di Kerteh, Port Dickson, Tangga Batu dan Lutong.

Gas asli ialah gas yang terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi.
Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersama-sama
petroleum. Komposisi juga hampir sama, sebatian hidrokarbon terutamanya gas

Metana. Pusat Elektrik Paka berfungsi sebagai pusat pengeluaran utama gas asli.
Jepun adalah merupakan pengguna gas asli cecair ang utama di dunia dan
mengimport lebih separuh gas asli cecair dunia. Jepun turut mengimport gas asli
cecair dari Malaysia.

Seterusnya, jika tumbuh-tumbuhan mati dan tertimbus lalu terawet dalam


jangka masa berjuta-juta tahun, maka tumbuhan tersebut akan menjadi pepejal
hitam iaitu arang batu. Arang batu merupakan batuan yang keras dan mudah
terbakar. Hal ini kerana ia mengandungi karbon dan hidrokarbon selain sebatian
dan unsur-unsur lain, terutamanya sulfur. Apabila arang batu tersebut dibakar,
tenaga purba yang tersimpan di dalamnya akan dilepaskan sebagai haba. Stesen
jana kuasa elektrik Sultan Salahudin Abd. Aziz, dan Tanjung Bin merupakan
stesen jana kuasa yang menggunakan arang. Tanjung Bin merupakan stesen jana
kuasa yang terbesar di Asia. Malaysia mempunyai simpanan arang batu di negeri
Sabah dan Sarawak. Namun begitu, ia hanya dilombong dalam peratusan yang
kecil. Oleh itu, kebanyakan sumber arang batu diimport dari negara luar.

Tenaga merujuk kepada keupayaan atau kebolehan untuk melakukan


kerja. Tenaga diperlukan untuk menggerakkan objek pada sesuatu jarak. Tenaga
tidak boleh diukur secara langsung. Ia hanya boleh diukur secara tidak langsung
dengan melihat berapa banyak kerja yang dilakukan. Unit untuk mengukur
tenaga ialah joule, Btu dan kalori. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
Ia hanya boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk lain. Tenaga wujud dalam
bentuk-bentuk yang berlainan seperti tenaga cahaya, kimia, haba, graviti,
mekanikal, elektrik dan sebagainya.

Tenaga elektrik dijana apabila sumber-sumber tenaga ditukar dari satu


bentuk ke bentuk yang lain melalui proses-proses tertentu. Melalui pembakaran
sumber tenaga bahan api fosil, maka akan menghasilkan tenaga haba. Tenaga
haba kemudiannya akan bertukar menjadi tenaga kinetik. Seterusnya daripada
tenaga kinetik akan bertukar menjadi tenaga elektrik. Semasa proses penukaran
sumber tenaga kepada tenaga elektrik, banyak tenaga akan hilang. Dengan erti
kata lain, untuk menghasilkan tenaga elektrik, banyak tenaga diperlukan.

Di Malaysia, tenaga elektrik bukan sahaja dijana melalui sumber tenaga


kovensional tetapi turut dijana malalui tenaga tidak kovensional seperti tenaga
hidro. Terdapat tiga jenis stesen jana kuasa iaitu stesen jana kuasa hidro, terma
dan gas. Stesen-stesen jana kuasa ini didirikan di lokasi yang bersesuaian dengan
penggerak utamanya. Stesen jana kuasa hidro menggunakan air daripada
empangan sebagai penggerak utamanya untuk memusingkan turbin. Stesen jana
kuasa hidro menggunakan konsep fizik di mana apabila air ditakung pada paras
yang tertentu, ia akan menghasilkan tekanan yang tinggi sekitar 90-95%. Selain

dapat menjana tenaga elektrik untuk keperluan negara, stesen jana kuasa hidro
ini juga membantu dalam mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan
minyak malah dapat mengurangkan masalah pencemaran udara. Contohnya
seperti Empangan Hidroelektrik Bakun di Sarawak dan Empangan Hidroelektrik
Kenyir di Terengganu. Stesen jana kuasa terma pula menggunakan bahan api
seperti arang batu dan gas bagi memanaskan air dalam dandang. Dandang akan
mengeluarkan stim bertekanan tinggi bagi memutarkan kipas turbin. Stim
bertekanan tinggi merupakan sumber penggerak utama stesen jana kuasa terma.
Seterusnya, stesen jana kuasa gas pula menggunakan gas bertekanan tinggi
sebagai sumber penggerak utama bagi memutarkan kipas turbin. Gas
bertekanan tinggi dihasilkan daripada dandang pembakaran melalui
pemampatan udara.

Namun begitu, walaupun penggunaan bahan api fosil ini banyak memberi
manfaat kepada manusia, timbul pula isu kesan sampingannya terhadap alam
sekitar fizikal dan manusia. Pembakaran bahan api fosil di stesen jana kuasa
telah menghasilkan berjuta-juta ton gas-gas rumah hijau dan bahan-bahan
terampai seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan
sebagainya. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya masalah pencemaran
udara, hujan asid, pemanasan global dan sebagainya yang boleh memberi kesan
buruk kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

4.0 KESAN NEGATIF DARIPADA PENGGUNAAN BAHAN API FOSIL DALAM


PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK DI MALAYSIA

Pembakaran bahan api fosil dalam penjanaan tenaga elektrik telah


membebaskan asap yang mengandungi berjuta-juta ton bahan-bahan terampai
seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan sebagainya ke udara.
Masalah ini menyebabkan udara menjadi semakin tercemar kerana ditambah
pula dengan pembebasan gas-gas pencemar oleh industri-industri perkilangan
lain dan kenderaan-kenderaan bermotor. Maka, hal ini telah memburukkan lagi
keadaan sehingga boleh menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid, jerebu,
dan peningkatan suhu yang juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada
manusia.

4.1 Hujan Asid


Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Hal ini disebabkan oleh air
hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid
contonya seperti sulfur dioksida yang terdapat di atmosfera. Pada masa kini,
peningkatan penggunaan tenaga elektrik telah menyebabkan bahan api fosil
dibakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak

dan arang batu oleh loji tenaga membebaskan banyak bahan-bahan pencemar.
Bahan-bahan pencemar ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan akan
bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid
sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi
pemendapan berasid. Hal ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi
semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan
dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh,
warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat
berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama
kepada golongan kanan-kanak dan golongan warga emas, serta mereka yang
berpenyakit seperti penghidap asma.

4.2 Jerebu
Jerebu pula merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi
ataupun wujud akibat daripada aktiviti manusia. Masalah jerebu sering kali
berlaku di Malaysia. Keadaan ini berpunca apabila berlaku pembakaran bahan api
fosil yang tidak lengkap dari stesen jana kuasa serta proses perindustrian yang
mengeluarkan asap hitam. Apabila zarah-zarah kecil ini berkumpul dalam jumlah
yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan bertindak
menyerap dan menghalang cahaya matahari dari sampai ke permukaan bumi.
Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar
penglihatan.

Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada suatu ketika
dahulu. Contohnya pada 11 Ogos 2005, Malaysia pernah mengisytiharkan darurat
akibat jerebu di Selangor dan Pelabuhan Klang setelah bacaan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 500. Hal ini telah menyebabkan
kesihatan dan kadar penglihatan penduduk di kawasan tersebut terjejas. IPU
diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan
beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Jerebu selalunya berlaku di kawasan
bandar. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan
kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batukbatuk, kesukaran untuk bernafas atau kesesakan nafas, mata pula terasa pedih
dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan
terasa sakit dada.

4.3 Peningkatan Suhu Bumi


Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada
pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia termasuk Malaysia.
Kenaikan suhu bumi berlaku disebabkan oleh pembebasan gas-gas pencemar
seperti gas karbon dioksida ke udara. Tambahan pula, banyak hutan telah dibalak

untuk tujuan komersial. Hal ini menyebabkan hutan tidak dapat lagi berfungsi
sebagai penyerap gas karbon dioksida. Maka, kandungan gas karbon dioksida
semakin meningkat dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak ini
telah bertindak menyerap haba, maka menyebabkan haba tidak dapat terbebas
ke udara dan lalu menyebabkan suhu bumi meningkat dan persekitarannya
menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan
global ini. Kesannya adalah, permukaan bumi menjadi panas, ekosistem
terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam seperti
gempa bumi, letusan gunumg berapi dan sebagainya.

Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu dilakukan untuk


mengurangkan kesan negatif akibat daripada penggunaan bahan api fosil
tersebut. Sumber alternatif juga perlulah dibangunkan untuk mengurangkan atau
menggantikan bahan api fosil yang boleh memudaratkan alam sekitar fizikal dan
alam sekitar manusia.

5.0 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PECEMARAN UDARA


DARI STESEN JANA KUASA

Penggunaan bahan api fosil seperti minyak, arang batu dan gas asli
sebagai bahan bakar dalam penjanaan elektrik oleh stesen jana kuasa
sememangnya mengundang kepada masalah pencemaran udara. Maka, langkahlangkah pencegahan dan pengawalan yang efektif telah diambil oleh pihak
stesen jana kuasa untuk meminimakan pelepasan sisa gas dan cecair ke
persekitaran dengan menggunakan teknologi terkini supaya ia tidak menjejaskan
alam sekiatar fizikal dan alam sekitar manusia.

Antara langkah-langkah yang akan diambil bagi meminimumkan


pencemaran udara akibat penggunaan arang batu sebagai bahan bakar adalah
melalui pemasangan Electrostatic Precipitator (ESP) iaitu sejenis perangkap
habuk yang berupaya untuk memerangkap 99.7% habuk produk pembakaran
dari terlepas ke udara. Di samping itu, penggunaan Flue Gas Desulphurization
(FGD ) boleh diguna pakai dalam operasi stesen janakuasa bagi tujuan menyerap
sulfur yang terhasil daripada pembakaran arang batu, manakala penunu rendah
NOx atau Low Nox Burner pula dapat digunakan bagi mengawal kandungan
Nitrogen Oksida (NOx). Seterusnya, pepejal yang terhasil daripada pembakaran
arang batu seperti abu terbang dapat diguna pakai dalam industri simen.

Penjana stim yang digunakan pula mempunyai rekabentuk jenis


supercritical once-through, jenis panas semula yang dilengkapkan dengan relau

yang disejukkan oleh air, superheater, reheater, dan economizers. Ia


berfungsi menghasilkan stim bertekanan tinggi memutarkan turbin stim
seterusnya menjana kuasa elektrik. Sistem pembakaran akan dilengkapi dengan
penunu rendah NOx lanjutan jenis vorteks dengan senapang minyak api di
tengah penunu. Pembakaran dengan menggunakan bekalan udara over-fire
dilaksanakan untuk pengurangan NOx dan pembakaran zarah arang batu yang
lebih lengkap.

Selain itu, dari segi pengurusan air sisa buangan pula, loji jana kuasa juga
perlu dilengkapi dengan sistem merawat air kumbahan bagi memastikan sisa air
yang dirawat memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam
Sekitar (JAS). Di stesen jana kuasa arang batu, air hujan yang terkumpul di
lapangan arang batu akan dialirkan dan disimpan di dalam kolam takungan. Hal
ini bagi tujuan pemendapan pepejal terampai sebelum ia dipam ke kolam abu.
Manakala,air sisa buangan yang selebihnya pula akan dikumpul di loji rawatan air
sisa untuk proses perawatan sebelum dilepaskan. Alat hembus campuran akan
dipasang untuk melaraskan pH air buangan sebelum ia dilepaskan.

Sementara itu, pemasangan stesen-stesen pengesan kualiti udara di kawasan


yang berdekatan penempatan penduduk juga perlu dilakukan supaya maklumat
mengenai tahap kualiti udara dapat disalurkan secara berterusan. Maklumat ini
seterusnya perlulah dipantau oleh JAS bagi memastikan tahap pencemaran udara
berada pada paras yang telah ditetapkan.

6.0 SUMBER-SUMBER ALTERNATTIF YANG BOLEH MENGGANTIKAN BAHAN API


FOSIL

Sumber-sumber alternatif merupakan sumber yang boleh diperbaharui


dan mesra alam. Penggunaan sumber ini boleh digunakan untuk menjana
tenaga. Terdapat pelbagai sumber yang boleh dijadikan alternatif bagi
mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil seperti tenaga solar (matahari),
tenaga hidro, hidrogen, biojisim,dan tenaga nuklear.

6.1 Tenaga Solar


Tenaga solar merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui
dan tidak akan kehabisan. Tenaga solar adalah daripada cahaya matahari.
Malaysia merupakan negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun.
Malaysia mendapat sebanyak 10 jam tenaga suria setiap hari dan masa matahari
tegak diatas kepala merupakan satu masa yang memancarkan tenaga suria
secara maksimum. Oleh itu pada ketika matahari tegak diatas kepala, tenaga

suria boleh dijana secara maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul


penumpu. Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat menghasilkan suhu yang
sangat tinggi untuk menghasilkan tenaga. Pantai barat semenanjung Malaysia
dan pulau-pulau kecil di pantai barat semenanjung Malaysia mempunyai potensi
yang amat luas untuk menjana tenaga solar kerana kawasan ini mendapat
sinaran matahari sepanjang tahun. Hal ini adalah kerana kawasan ini tidak
mengalami musim tengkujuh seperti yang berlaku di kawasan pantai timur
semenanjung Malaysia yang akan mengalami musim tengkujuh sekali setiap
tahun. Maka, kawasan pantai timur semenanjung Malaysia tidak sesuai untuk
dijanakan tenaga suria

Penerimaan cahaya matahari pada waktu siang boleh dimanfaatkan sebagai


sumber tenaga untuk menggantikan tenaga elektrik. Tenaga matahari boleh
diperolehi dengan menggunakan sel-sel suria. Tenaga matahari yang
diperangkap oleh sel-sel suria yang dipasang pada khasnya di bumbung rumah
akan di tukarkan menjadi tenaga elektrik oleh rod atau sel suria tersebut. Tenaga
ini dapat disimpan di dalam bateri sebelum digunakan untuk membekalkan arus
elektrik. Walaupun kos untuk sistem solar tinggi dan sesetengah kawasan tidak
mendapat matahari untuk jangka masa panjang kerana keadaan cuaca tidak
menentu, tetapi kebaikannya tidak boleh diabaikan juga. Tenaga matahari dapat
mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah kaca serta tenaganya boleh
disimpan untuk penggunaan eletrik pada waktu malam. Di Malaysia, tenaga solar
telah digunakan untuk tiang lampu jalan, lampu lintasan kereta api, pengepaman
air dan sebagainya.

6.2 Tenaga Hidro


Tenaga hidro juga merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di
negara-negara membangun untuk menggantikan bahan api fosil. Manusia telah
menggunakan tenaga ini untuk menjalankan kehidupan sejak beribu-ribu tahun
dahulu lagi dengan menggunakan air bagi memusingkan roda pedal untuk
mengisar gandum.Tenaga ini dapat dijalankan jika terdapatnya sungai yang
mempunyai aliran deras. Aliran sungai yang deras seperti air terjun
membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan. Hal ini demikian kerana
aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan
seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.
Malaysia mempunyai aliran sungai yang deras maka, membolehkan empangan
hidroelektrik dibina. Contohnya seperti Empangan Bakun di Sarawak, Empangan
Kenyir di Terengganu dan lain-lain. Maka, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif
seperti tenaga hidroelektrik kini penting kepada seluruh penduduk di dunia
termasuklah Malaysia dalam pembekalan tenaga elektrik.

Tenaga hidroelektrik ini juga bersih dan tidak mencemarkan udara. Penghasilan
tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan

kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh
mencemarkan sungai. Hal ini berbeza pula dengan tenaga konvensional seperti
petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara di sekeliling ketika
proses pembakarannya di stesen jana kuasa. Tenaga hidroelektrik juga telah
menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien
kepada pengguna.

Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. Hal ini
bersesuaian dengan keadaan kewangan negara-negara membangun seperti
Malaysia yang masih belum begitu kukuh. Melalui penjanaan hidroelektrik ini, ia
mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan
salah satu tenaga yang komersial di dunia.

6.3 Hidrogen
Menurut Wikipedia, hidrogen merupakan unsur paling ringan, dengan dua atom
hidrogen membentuk satu molekul hidrogen. Hidrogen wujud secara bebas, dan
juga sebagai sebahagian daripada air, bahan galian, dan bahan organik. Hidrogen
dibebaskan semula melalui elektrolisis air dan melalui pemprosesan petroleum.
Hidrogen tidak terbakar, tetapi meletup apabila bercampur dengan oksigen dan
didedahkan kepada api.

Hidrogen juga merupakan bahan pengganti kepada bahan api fosil. Hidrogen
boleh digunakan sebagai sejenis bahan api untuk menggerakkan kenderaan.
Hidrogen akan dibakar dalam enjin melalui kaedah yang serupa seperti kereta
petrol tradisional. Dalam penukaran sel bahan api, hidrogen akan bertindak balas
dengan oksigen untuk menghasilkan air dan elektrik untuk menjana motor
tarikan elektrik. Kenderaan yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar
dapat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan gas perosak lapisan
ozon. Namun begitu, untuk mendapatkan bahan ini adalah sukar kerana hidrogen
diperoleh melalui kaedah termokimia yang menggunakan gas asli, arang, gas
petroleum cecair, dan biojisim, melalui proses termolisis atau dihasilkan dari air
melalui elektrolisis. Oleh itu, hidrogen dikenali sebagai kaedah yang paling
kurang cekap dan paling mahal untuk mengurangkan gas rumah hijau.

6.4 Biojisim
Tenaga biomass salah satu sumber tenaga yang tertua di dunia. Tenaga biomass
ini mudah diperoleh kerana merupakan sumber tenaga yang bergantung
sepenuhnya dengan alam sekitar. Tenaga biomass ini juga dikenali dengan nama
tenaga biojisim ataupun tenaga biogas. Pada masa dahulu masyarakat
menggunakan tenaga biomass dengan mengambil kayu-kayan sebagai bahan

bakar utama untuk mendapatkan tenaga. Namun kini ekoran daripada aktiviti
pertanian yang giat dijalankan hasil hampas daripada sisa pertanian ini boleh
digunakan sebagai sumber tenaga biomass. Contohnya negara Brazil banyak
menggunakan hampas daripada tebu untuk menghasilkan tenaga elektrik
daripada sumber biomass ini.

Biomass juga merupakan salah satu alternatif untuk menggantikan bahan bakar
fosil. Ia merujuk kepada bahan buangan dan sisa-sisa organik seperti sisa
tumbuhan, sisa tanaman, sisa makanan dan najis haiwan serta sisa domestik
khususnya sampah sarap. Tenaga biomass dapat di gunakan untuk pelbagai
tujuan, antaranya ialah menghasilkan tenaga elektrik, menghasilkan tenaga haba
secara langsung dan menghasilkan bahan api berbentuk gas, cecair dan pepejal.
Biomass menghasilkan karbon dioksida yang jauh lebih sedikit jika dibandingkan
dengan bahan bakar fosil yang sememangnya mencemarkan udara. Biomass
dapat terurai dan sumber bahan buatan biomass adalah terjamin serta mampu
mengelakkan daripada rumah hijau. Malaysia berpotensi menghasilkan tenaga
biomass kerana terdapat banyak bahan buangan dan sisa organik. Bahan
buangan industri sawit seperti tandan sawit dan air sisa sawit terutamanya
daripada kilang minyak sawit berpotensi dapat digunakan sebagai sumber bahan
bakar bagi menghasilkan tenaga elektrik dan sebagainya. Selain sisa kelapa
sawit, sisa padi seperti jerami, dan sekam padi serta sisa kilang papan sperti kulit
kayu, reja kayu dan habuk gergaji juga dapat digunakan untuk mengahasilkan
tenaga biomass.

6.5 Tenaga Angin


Angin adalah udara yang bergerak. Ia tidak boleh dilihat tetapi boleh
dirasai. Angin yang melalui penjana (turbin) akan memusingkannya dan
pergerakan ini membolehkan tenaga elektrik dihasilkan. Ia berubah daripada
tenaga kinetik kepada tenaga elektrik. Penjanaan jenis ini bergantung kepada
kekuatan tiupan angin. Ia memerlukan kekuatan tiupan angin yang kuat. Di
Malaysia, kelajuan tiupan angin adalah rendah dan tidak konsisten. Maka,
penjanaan tenaga elektrik melalui angin kurang sesuai di Malaysia.

6.6 Tenaga Nuklear


Menurut Wikipedia, tenaga nuklear kadangkala disebut tenaga atom, ialah
sejenis tenaga yang mengikat nukleus sesebuah atom. Tenaga nuklear juga
merupakan salah satu sumber yang dapat menjana tenaga elektrik. Tenaga
nuklear melibatkan penggunaan bahan radioaktif iaitu uranium. Tenaga ini dapat
dihasilkan melalui tindak balas pembelahan nuklear dan pelakuran yang boleh
digunakan untuk penjanaan tenaga elektrik. Antara contoh negara yang telah
menggunakan tenaga nuklear ialah Amerika Syarikat, Sweeden, Jepun, dan
Korea. Malaysia masih lagi tidak berupaya untuk membangunkan sumber tenaga

elektrik disebabakan oleh beberapa faktor tertentu seperti kurangnya komitmen


kerajaan dalam membangunkan tenaga ini, dan kekurangan sokongan daripada
masyarakat kerana bimbang kesan sampingannya terhadap alam sekitar
berikutan tragedi Chenobyl, Three Mile Island dan yang terbaru ialah tragedi di
Loji Nuklear Fukushima Daiichi di Jepun.

7.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan perlu
dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan sumber tenaga yang
berterusan bagi kegunaan manusia pada masa depan. Pihak stesen jana kuasa
juga perlulah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan loji-loji
penjanaan supaya dapat menjimatkan kos operasi lalu memberi keselesaan dan
kepuasan kepada pelanggan-pelanggannya. Selain itu, pengguna-pengguna
elektrik juga digalakkan meminimakan penggunaan elektrik. Penyelidikan dan
pembangunan(R&D) juga perlulah dilakukan supaya sumber tenaga alternatif
yang sesuai di dalam negara dapat dibangunkan untuk menggantikan bahan api
fosil. Untuk mengelakkan bumi daripada terus tercemar, penggunaan tenaga
alternatif yang mesra alam adalah amat digalakkan. Melalui penggunaaannya, ia
dapat membantu dalam memulihara alam dan menjamin kehidupan yang lebih
baik pada masa akan datang.

BIBLIOGRAFI

Bernard Cox, Leo Bartlett (1988) Geography for Understanding, New Zealand.
Jerome D. Fellman, Arthur Getis, Judith Getis (1999) Sixth Edition. Human
Geography : Landscapes of Human Activities, United States of Americas.
Katiman Rostam, Asmah Ahmad (2006) Penilaian dan Pengurusan Sumber
Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (2009) Kategori Soalan Parlimen :
Tenaga dicapai pada 26 September 2011 daripada
http://www.kettha.gov.my/category/kategori-soalan-parlimen/tenaga?page=11.
Khairunnisa Dan Muthia (2008) Hydogen as an Alternative Fuel dicapai pada 25
September 2011 daripada http://www.wikimu.com/News/displaynews.aspx?
id=7885
Malakoff Corporation Berhad (25 Julai 2011) RINGKASAN EKSEKUTIF TAJUK
PROJEK dicapai pada 17 September 2011 daripada
http://www.doe.gov.my/portal/wp-content/uploads/Ringkasan-Eksekutif-DEIA-Tg.Bin-Power-Plant.pdf.

Mohmadisa Hashim, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (2005) Pembangunan


Dan Alam Sekitar di Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Murtedza Mohamed (1991) Sumber Alam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nasrin Abu Bakar (2010) Biojisim, biogas sawit sumber elektrik dicapai pada 25
September 2011 daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Biojisim_biogassawitsumberelektrik/
Article/index.
National Energy Education Development Project (2011) Petroleum dicapai pada
17 september 2011 daripada
http://www.need.org/needpdf/infobook_activities/ElemInfo/PetroE.pdf.
Sandakan (2011) Sandakan Membantah Arang Batu dicapai pada 17
September 2011 daripada http://sandakan.wordpress.com.
Sandakan (2009) 30 Sebab Mengapa Stesen Jana Kuasa Elektrik Arang Batu
Tidak diperlukan di Sabah dicapai pada 17 September 2011 daripada
http://sandakan.wordpress.com/2009/02/20/30-sebab/.
Shafie (2009) Jenis-jenis Stesen Janakuasa di Malaysia dicapai pada 20
September 2011 daripada http://asyyshafiesmtmt.blogspot.com/2009/05/jenesjenis-stesen-janakuasa-di.html.
Sunray (2011) Topik 5: Penjanaan & Penghantaran Elektrik dicapai pada 20
September 2011 daripada
http://www.slideboom.com/presentations/320457/Topik-5%3A-Penjanaan-%26Penghantaran-Elektrik
Suzalie bin Mohamed (9 Mac 2011) Malaysia Negara Kuasa Nuklear Menjelang
2010 dicapai pada 8 Oktober 2011 daripada
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=2&opt=com_article&grp=2&sec=&key=2277&cmd=resetall.
Tenaga Nasional Berhad (2009) Laporan Tahunan 2009 dicapai pada 1 Oktober
2011 daripada
http://www.tnb.com.my/tnb/application/uploads/annualreports/TNB09_BM
%28Website%29.pdf.
Ann Bowen, Roger Clay, Carmela Di Landro, John Pallister, Olly Phillipson (1997)
Longman Geography for GCSE, London.
Wikipedia, ensiklopedia bebas (2010) Tenaga Nasional Berhad dicapai pada 17
September 2011 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Tenaga_Nasional_Berhad.
Wikipedia, ensiklopedia bebas (2009) Grid Nasional dicapai pada 17 September
2011 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Grid_Nasional.

Wikipedia, ensiklopedia bebas (2011) Gas Asli dicapai pada 17 September 2011
daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Gas_asli.
Wikipedia, ensiklopedia bebas (2011) Arang Batu dicapai pada 17 September
2011 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Arang_batu.
Wikipedia, ensiklopedia bebas (2011) Turbin Stim dicapai pada 20 September
2011 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Turbin_stim.
Wikipedia, the free encyclopedia (2011) Biofuel dicapai pada 25 september
2011 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Biofuel.
Wikipedia, ensiklopedia bebas (2011) Tenaga Nuklear dicapai pada 1 Oktober
2011 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Tenaga_nuklear.
William P Cunninham, Mary Ann Cunningham (2006) Principles of Environmental
Science, Third Edition. Mc Graw-Hill, United States of Americas.

Anda mungkin juga menyukai