Anda di halaman 1dari 3

FUNGSI EKOSISTEM a) aliran tenaga Hubungan dan interaksi antara organisma dalam sesuatu ekosistem membolehkan aliran tenaga

berlaku apabila proses makan dimakan berlaku. Aliran ini membolehkan sesuatu ekosistem dikekalkan. b) kitaran nutrein Sesebuah ekosistem menyediakan tapak untuk melengkapkan kitaran nurien melalui interaksi antara komponen biotik dan abiotik. Kitaran ini boleh berlaku di dalam sesebuah ekosistem (intra-ekosistem) dan di antara beberapa ekosistem.( inter-ekosistem) KEPENTINGAN EKOLOGI KEPADA MANUSIA a)Pembalakan Ekosistem hutan membekalkan pelbagai jenis pokok balak yang boleh menggalakkan pembalakan. (ekosistem daratan) b) Hasil hutan Ekosistem daratan terutamanya hutan-hutan boleh menggalakkan pengumpulan hasil hutan seperti rotan hutan . c) Perubatan Ekosistem daratan seperti di hutan ada herba-herba seperti tongkat ali dan kacip fatima yang ada nilai perubatan. Di ekosistem lautan pula terdapat gamat dan spirulina yang ada nilai perubatan. d) Pelancongan/ Ekopelancongan Keunikan dan kepelbagaian biologi di ekosistem daratan dan ekosistem lautan penting untuk sektor pelancongan dan rekreasi. e) perikanan/ akuakultur Ekosistem lautan boleh dibangunkan untuk perikanan dengan hasil-hasil marin yang banyak. Disamping boleh dibangunkan untuk akuakultur seperti penternakan ikan dalam sangkar di kawasan kukup.

GANGGUAN MANUSIA TERHADAP EKOSISTEM a) pertanian Aktiviti pertanian seperti pembajaan dan penyemburan racun serangga akan mengganggu kandungan asid atau alkali dan nutrien tanah. Ini akan mengganggu keseimbangan dalam sesuatu ekosistem.

b) penyahutanan Aktiviti penyahutanan seperti pembalakan, pembukaan tanah untuk pertanian, urbanisasi akan mengganggu sesuatu ekosistem kerana habitat organisma hidup musnah dan penyesuaian semula perlu dibuat oleh organisma. c) perlombongan Perlombongan pasir misalnya akan menngganggu keseimbangan pantai yang seterusnya akan memberi kesan kepada habitat marin di tepi pantai dan dalam lautan. ) pelancongan Pencemaran yang dilakukan oleh pelancong semasa melancong seperti membuang sampah meratarata,membuat ungun api akan mengganggu habitat dan kehidupan organisma dalam sesuatu ekosistem. e) Industri Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai atau tasik akan mencemarkan air dan seterusnya mengganggu hidupan akuatik. Pembebasan asap-asap yang bertoksik seperti sulfur dioksida dan nitogen dioksdia boleh menyebabkan hujan asid yang seterusnya mengganggu ekosisitem hutan.

GANGGUAN ALAM SEKITAR TERHADAP EKOSISTEM a) letusan gunung berapi Gas dan lava yang dibebaskan semasa letusan gunung berapi akan memusnahkan habitat dan mengganggu ekosistem. b) taufan Keadaan cuaca yang luar biasa seperti ribut taufan boleh mengganggu keseimbangan ekosistem kerana boleh memusnahkan habitat dan organisma dalam ekosistem. c) gerakan jisim Proses pergerakan jisim seperti gelongsoran tanah boleh menimbuskan habitat dan mengganggu ekosistem. d) banjir Kejadian banjir akan menenggelamkan habitat dan organisma dalam sesuatu ekosistem. Ini akan mengganggu keseimbangan sesuatu ekosistem. e) kemarau/ kebakaran semulajadi

Kejadian kemarau seperti semasa kejadian el-nino di Indonesia telah menyebabkan banyak kebakaran semulajadi di hutan. Kebakaran ini telah memusnahkan pelbagai organisma dan mengganggu keseimbangan ekosistem.

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN EKOSISTEM/ALAM SEKITAR a) langkah perundangan Menguatkuasakan akta alam sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar misalnya untuk mengawal pencemaran udara dan air . b) kempen Mengadakan lebih banyak kempen kesedaran untuk menyeru orang ramai bersama menjaga alam sekitar misalnya melalui kempen cintailah sungai kita, kempen berkongsi kereta. c) pendidikan Mendidik generasi muda untuk menjaga kualiti alam sekitar melalui matapelajaran seperti sivik, geogafi, pendidikan moral.Di samping itu , adakan aktiviti-aktiviti go green melalui persatuan atau kelab alam sekitar yang melibatkan murid dengan ekosistem secara langsung. d) hutan simpan/ taman negara Mewartakan lebih banyak hutan simpan untuk melindungi hutan dan hidupan liar dalam sesuatu ekosistem contohnya Taman Negara Endau- Rompin. e) pengurusan/ pengawalaseliaan Memantapkan lagi pengurusan dan pengawalseliaan terhadap hidupan liar. Misalnya Perlindungan orang utan di hutan Sepilok Sandakan, Sabah. Projek penetasan dan pemeliharaan penyu belimbing di Rantau Abang, Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai