Anda di halaman 1dari 2

PUNCA-PUNCA KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA Pada masa kini manusia masih lagi terkejar-kejar kemewahan yang berlandaskan

teknologi dan kecanggihan cara hidup. Kealpaan manusia telah mengakibatkan angka flora dan fauna yang hampir pupus semakin meningkat angkanya. Kepupusan flora dan fauna telah berada pada zon berbahaya dan ia perlu diambil serius selagi kita mempunyai masa.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepda kepupusan flora dan fauna sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Diantara puncapuncanya adalah pembalakan haram yang merupakan salah satu punca utama kepupusan flora dan fauna. Pembalak-pembalak haram giat menjalankan pembalakan secara terbuka di kawasan yang tidak sepatutnya ditebang dan menyebabkan tumbuhan renek mengalami kepupusan.

Pembakaran hutan juga dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dilakukan secara terbuka. Hal ini akan menyebabkan habitat kehilangan tempat tinggal. Perkembangan arus permodenan menyebabkan banyak pembangunan berlaku di atas bumi. Untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi, banyak kawasan baru yang diterokai untuk membina penempatan baru, dijadikan kawasan pertanian dan perindustrian

Selain itu, aktiviti menangkap ikan merupakan salah satu punca rezeki bagi nelayan-nelayan di persisiran pantai. Tangkapan menggunakan jala, pancing, bubu dan cara tradisional yang lain menjejaskan habitat dan bilangan hidupan akuatik

di perairan dan menggugat segala hidupan di dasar laut seperti terumbu karang dan sebagainya.

Suhu dunia juga semakin meningkat dari hari ke hari yang menunjukkan bahawa lapisan ozon semakin menipis. Tidak semua flora dan fauna mampu bertahan dengan suhu yang panas membahang. Apabila hutan mengalami kepanasan yang melampau iaitu mengalami kepanasan global, haiwan-haiwan juga turut merasainya.

Secara kesimpulannya pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum melakukan sesuatu perkara. Jika khazanah bumi ini tidak dijaga dengan sebaik-baiknya tidak ada lagi yang tinggal untuk generasi yang akan datang. Dunia ini adalah pinjaman manusia tidak berhak untuk merampas atau meragut kekayaan dunia dengan sewenang-wenangnya segala pekara yang ingin dilakukan perlu melalui pelbagai fasa untuk mengelakkan sebarang ancaman terhadap alam semulajadi. Kepupusan flora dan fauna mampu menjadi mimpi ngeri buat kita semua jika tiada sikap ambil peduli dengan anugerah Tuhan ini.

Anda mungkin juga menyukai