Anda di halaman 1dari 92

Isu-Isu Alam Sekitar

Pertambahan Penduduk




Penduduk yang semakin meningkat akan mengakibatkan bumi kita berubah.
Antara perubahan yang berlaku adalah:-
1. Pencemaran Alam Sekitar
2. Tanah dikerjakan untuk pertanian(Sumber makanan)
3. Imigrasi penduduk secara haram
4. Penyakit meningkat







Faktor-faktor yang mendorong pertambahan penduduk:
1. Peluang pekerjaan yang meningkat
2. Kadar kelahiran semakin meningkat

Tindakan Individu:
1. Perkongsian kereta perlu dilaksanakan
2. Penanaman sayur di ruang tanah tepi rumah
3. Membuat perancangan keluarga sendiri







Kepupusan flora dan fauna serta pembalakan


Dunia kini semakin berpenyakit tinggi kerana dicemar oleh manusia. Ini kerana flora
dan fauna sering diakibat daripada pembangunan sesebuah negara. Dengan itu, kini
fauna diancam kepupusan ratusan spesies binatang. Tidak mustahil binatang-binatang
seperti gajah, harimau dan singa hanya mampu dikenali generasi akan datang dengan
menerusi muzium binatang yang diawetkan. Apakah puncanya dan sejauh manakah
manusia bertanggungjawab mengatasi masalah ini?

Bagi menikmati penambahan kemudahan infrastruktur dan tuntutan permodenan serta
kemajuan, kita sanggup mengorbankan fauna di sekeliling kita. Sebagai kesannya yang
dapat kita lihat adalah seperti kebanyakkan spesies fauna yang diancam kepupusan.
Misalnya, bilangan harimau di negara Malaysia semakin berkurangan atas sebabnya
pembalakan secara berleluasa yang berlaku.

1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan mendefinisikan Flora sebagai keseluruhan tumbuh-tumbuhan
yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala Fauna bermaksud
seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan
sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya.
Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus
daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan
fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh tumbuhan
berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi
faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies
cicak telah disenaraikan.
Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi
mempunyai kepelbagaian fungsi seperti menjadi sumber ubat-ubatan dan kawasan
tadahah air.
Kepupusan flora dan fauna ini dapat kita lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah
dilapurkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebebkan oleh keadaan bumi dan
perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan
juga kian terancam, menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu
melalui kajian mereka menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu
mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan
bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan
generasi akan datang tidak lagi mengenali speisi penyu ini.

Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru
semakin mendesak dan ini mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Flora dan fauna
menjadi kian penting kepada semua orang di bumi, tidak kira dimana mereka tinggal.
Kepentingan hutan dan lautan adalah sebagai satu sumber tadahan yang dapat
menampung berbagai jenis penghidupan flora dan fauna .Kawasan hutan dan lautan
amat kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga yang saling hidup
dalam beraneka cara serta kadangkala berintergrasi antara satu sama lain kerana
adanya pertalian pemakanan.

2.0 Punca / Faktor
2.1 Pembalakan Haram

Pembalakan haram yang beroperasi berleluasa akan menyebabkan kepupusan flora
dan fauna. Laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menunjukkan antara
tahun 1986 hingga jun 1990 , dianggarkan 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang
iaitu melebihi 320,000 hektar kawasan yang dibenarkan. Operasi pembalakan haram ini
telah menyebabkan penebangan spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan
Cengal. Kebiasaanya aktiviti pembalakan haram ini berlaku di kawasan perlindungan
seperti kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Pembalakan haram ini turut
memusnahkan hidupan flora dan fauna yang lain.Pokok balak yang tumbang
memusnahkan tumbuhan kecil disekitarnya dan menyebabkan haiwan kehilangan
tempat tinggal dan secara tidak langsung tumbuhan dan haiwan itu mengalami
kepupusan.

Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan
kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat.
Dengan itu, aktiviti pembalakan harus dikawal kerana kemusnahan sesebuah kawasan
hutan memerlukan masa selama 40 tahun untuk pulih semula.

2.2 Pembakaran hutan

Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka menyebabkan spesis-spesis yang
terancam yang terdapat dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran
hutan yang berlaku di Kalimantan dan sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan
tumbuhan yang berada disekeliling hutan tersebut akan pupus dan mati kerana
kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah musnah. Seperti sedia maklum satu
lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Australia. Sudah pasti hidupan flora
dan fauna yang berada disekeliling kawasan tersebut akan mati.

Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan
mudah, seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja
membuatkan satu-satu kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang
tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan
yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan flora
dan fauna.

2.3 Pembukaan Tanah Baru.

Pembukaan tanah seperti untuk pertanian, tanah - tanah rancangan oleh Felda dan
Felcra juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan. Masalah pembukaan tanah
baru ini kerana jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang
lebih luas untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan
pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak
pelupusan sampah.

Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan
tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk
membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan
ditebang dan dibersihkan dan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan itu
akan mengalami kepupusan.

2.4 Pemburu Haram

Aktiviti pemburuan secara haram yang berleluasa adalah merupakan salah satu faktor
yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Keadaan ini berlaku
kerana pemintaan binatang yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan
terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Contohnya,
Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan
terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina
menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.


2.5 Aktiviti Perikanan

Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di
kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan
oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam
kepupusan sumber ikan. Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden
seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi
laut yang mengancam hidupan akuatik sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber
protein berasaskan sumber laut.


2.6 Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan
warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila
digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik. Bahan
pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.
Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair. Oleh itu,
pencemaran air juga merupakan faktor kepada penyumbang kepupusan flora dan
fauna. Antara punca-punca pencemaran air ialah sisa bahan buangan kilang seperti
sisa-sisa tosik yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
menyebabkan binatang laut terjejas.


2.7 Peningkatan Suhu Dunia

Faktor peningkatan suhu dunia adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna.
Faktor perubahan iklim bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini
dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti dinosour adalah
disebabkan perubahan cuaca dunia dan menyebabkannya maut. Fenomena Elnino
yang menyebabkan peningkatan suhu dunia menyebabkan sesetengah speisis haiwan
dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan
cuaca panas.

Selain itu, cuaca panas terjadi akibat daripada pembakaran hidrokarbon yang
menghasilkan CO. Interaksi CO dengan O diatmosfera menghasilkan CO2 yang
menjadi terampai di atmosfera dan menghalang gelombang panjang sinar suria
daripada lepas daripada lingkungan ini.


3.0 Implikasi / Kesan

3.1 Kepupusan hidupan liar dan spesis pokok

Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan boleh menyebabkan
kesan negatif ke atas keseimbangan alam. Penebangan hutan yang keterlaluan
menyebabkan kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan balau dan
binatang seperti gajah, badak, harimau kehilangan kawasan habitat dan sumber
makanan. Kegiatan penebangan hutan untuk tujuan pertanian juga membawa
permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah runtuhterutama sekali
apabila berlaku hujan

Sekali lagi, keseimbangan ekologi terancam dan dunia kehilangan suatu khazanah
yang tidak dapat diganti dengan kebijaksanaan manusia. Alam semula jadi telah
membina semuanya selama jutaan tahun, sementara tangan manusia mampu
menghancurkannya dalam tempoh hanya beberapa dekad.


3.2 Menyebabkan kepupusan hidupan akuatik

Tumpahan minyak dan serta pembuangan sisa toksik ke dalam laut menyebabkan
kemusnahan hidupan laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai
bahan buangan yang tidak dirawat, manakala kilang kadang kala membuang bahan
beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air.
Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke
dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis
hidupan air

Pencemaran laut juga menyumbang kepada kepupusan hidupan laut. Sungai yang
tercemar akan mengalir ke laut, dan membawa pencemaran bersama-samanya. Minyak
yang tumpah kapal merebak di lautan lalu membunuh burung laut, kerang-kerang dan
hidupan liar yang lain. Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa-sisa
kilang seperti industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap
sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien, bahan radioaktif
dan gas semakin berleluasa mencemari laut


3.3 Menyebabkan hakisan Tanah

Pembalakan yang berleluasa akan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Ini kerana
kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan. Pembukaan tanah baru
dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan
secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan
dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,
pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang
berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan
air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah
tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

3.4 Menyebabkan pencemaran udara dan pemanasan global

Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan berlakunya jerebu.
Penggondolan hutan dan pembalakan yang dilakukan secara meluas akan
menyebabkan tiada tempat untuk menyerap haba yang dilepaskan oleh aktiviti
manusia. Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk
membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau
sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global.

Kesannya Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi
tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat
hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya
berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh
menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan
dunia.Kekeringan sumber air permukaan bumi dan kemarau menyebabkan proses
sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi
menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran
menjadi panas


3.5 Mecacatkan pemandangan alam

Kegiatan manusia yang berterusan dan tidak terancam menyebabkan pemandangan
yang indah bertukar menjadi sebuah pemandangan yang menyakitkan
mata.Pembuangan sampah sarap ke dalam laut


4.0 Langkah-langkah

4.1 Pemuliharaan dan pemeliharaan

Pemeliharaan
Usaha yang dilakukan untuk melindungi, merancang dan mengurus alam semulajadi
supaya kekal dan berterusan.


Pemuliharaan
Usaha yang dilakukan untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali
pada keadaan asal.


4.1 Penghutanan Semula

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik yang dijalankan
oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan.penghutanan semula
dilkukan di kawasan pokok balak yang telah ditebang Tujuan Penghutanan
semula,Memastikan spesies pokok tidak pupus. Mengekalkan kualiti alam sekitar.
Memulihara tanah dan sumber air. Mengekalkan habitat fauna dan flora. . Mengekalkan
warisan hutan.


4.2 Menguatkuasakan akta yang telah sedia ada

Pelbagai akta telah diwartakan untuk menjaga alam sekitar. Pihak kerajaan dan bukan
kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani isu ini. Antara contoh akta yang telah
sedia ada: Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam
hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.

Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur
hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. (
Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan )
mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau
taman negara dengan keluasan mencukupi.

Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk
mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan TAMAN
NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal
seperti tumbuhan jenis orkid .
Masalah pembalakan haram Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di
antara tahun 1986 dan Jun 1990 500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi
kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hekter.

Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu
mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996
sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.

Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam
Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan
Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia)

Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan Akta kualiti Alam Sekitar (EQA) 1974
Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000. Pelan Tindakan Kebangsaan
Pendidikan Alam Sekitar 1986.


4.3 Pendidikan alam sekitar melalui kurikulum

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah
melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam
dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains
seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains
Alam Sekitardan Biologi Persekitaran.Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat
umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan
peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu,
terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.
Melalui pendedahan ini dapat memupuk kesedaran kepentingan alam sekitar kepada
masyarakat.

4.4 Pendedahan Media Massa

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa
tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani
masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat
pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga
ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit
ditekankan keutamaannya


5.0 Kesimpulan

Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara flora dan fauna semula jadi yang masih
ada pada hari ini. Ingatlah, tanpa hutan, kita tidak akan berada di sini pada hari ini. Jika
kita memusnahkan hutan-hutan kita, mungkin kita tidak akan berada lagi di sini pada
hari esok

Tiada salahnya meneroka sedikit hutan untuk dibina rumah bagi golongan yang selama
ini tiada tempat berlindung, atau untuk bercucuk tanam bagi membekalkan makanan
kepada rakyat yang telah lama kebuluran, atau menebang pokok bagi dijadikan kayu
papan dan sumber ekonomi. Tetapi ia mesti bersyarat. Syaratnya, secara keseluruhan
persekitaran semula jadi tidak menerima kesan negatif yang teruk, dan ia dijalankan
dengan terancang dan mengambil perhatian terhadap penjagaan alam sekitar.

Dalam menghadapi isu alam sekitar, antara peraturannya adalah "menerima hakikat" -
hakikat bahawa manusia memiliki keperluan, dan alam sekitar memerlukan
perlindungan. Jika kita dapat mencari titik pertemuan kedua-dua ini, dengan izin Tuhan
bumi ini akan terus menjadi tempat hidup yang terbaik.


Penebangan Hutan






Pembalakan yang berlaku akan menjejaskan:

1. Bukit menjadi tandus
2. Kawasan perumahan atau pembinaan jalan raya bertambah
3. Keindahan alam semula jadi terancam
4. Hakisan TanahSistem pengairan terganggu
5. Habitat haiwan terjejas
6. Pencemaran Udara, Air, tanah
7. Pokok tua semakin berkurangan

Faktor-faktor yang mendorong penebangan hutan




1. Pembalakan yang tidak terkawal dan secara haram
2. Projek penanaman semula pokok tidak dijalankan
3. Pembangunan

Tindakan Individu
Mempengaruhi atau menggalak rakan untuk cintakan alam sekitar
Bekerjasama dengan kerajaan untuk memulih dan memeliharakan alam sekitar

Tindakan Masyarakat
Menganjurkan kempen dan penanaman semula pokok
Mengambil tindakan terhadap aktiviti pembalakan haram

Tindakan Kerajaan
Penguatkuasaan undang-undang atau Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
Mewartakan taman Negara dan hutan simpanan


PENGHAPUSAN PAYA


PENGENALAN
Paya bakau di Malaysia terancam dan mengalami kemusnahan disebabkan oleh
kegiatan manusia. Jika langkah-langkah yang sewajarnya tidak dijalankan akan
mengakibatkan kebanyakan paya bakau mengalami kepupusan. Terdapat beberapa
strategi-strategi yang diberikan oleh antarabangsa dalam menjalankan pemeliharaan
paya bakau. Bagi memastikan pengurusan ekosistem paya bakau di Malaysia yang
berkesan maka rangka perundangan dan juga peraturan-peraturan tambahan adalah
penting. Ini dapat memastikan pemeliharaan ekosistem paya bakau dan pembangunan
yang lestari dapat dijalankan.

Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-
tumbuhan. Empat genus utama tumbuhan bakau yang mempunyai penyesuaian paling
ketara ialah Avicennia (Api-api), Rhizophora (Bakau), Sonneratia (Perepat) dan
Bruguiera (Berus/Tumu).

Habitat bakau menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang paling halus
(zooplankton) sehinggalah kepada reptilia yang besar iaitu Buaya Muara. Penghuni
hutan bakau yang paling biasa ditemui ialah Ketam Rebab, Ketam Lumpur, Ikan
Belacak, Ular Bakau, Lotong Kelabu, Memerang Licin, Berok dan Kelawar. Banyak
spesies ikan, krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk
mencari makanan. Siput, tiram dan teritip pula merupakan hidupan yang bergerak
perlahan atau tidak bergerak langsung yang boleh dijumpai di atas akar pokok bakau.




FUNGSI-FUNGSI HUTAN PAYA BAKAU

(a) Nilai Ekologi

(b) Kepentingan Fizikal

(c) Nilai ekonomi

(d) Nilai Sosio-Budaya



ANCAMAN KEMUSNAHAN

1. Pembalakan Secara Berleluasa

2. Tebusguna Tanah

3. Pencemaran

4. Penggunaan Terlebih Sumber-sumber Hutan Paya Bakau


KESAN-KESAN PENGHAPUSAN PAYA

1. Kehilangan habitat semula jadi untuk haiwan dan tumbuhan

2. Kepupusan flora dan fauna

3. Pengurangan kawasan sumber makanan

4. Menjejaskan keseimbangan ekosistem kawasan paya


PEMULIHARAAN HUTAN DI KAWASAN PAYA


1. Penanaman semula pokok bakau

2. Mempelajari tentang hutan bakau

3. Mengamalkan amalan 3R



Peningkatan Gurun


PENGENALAN

Proses degradasi lahan yang dipuncaki dengan penggurunan melanda sebahagian
besar negara berkembang dan negara miskin. Laporan menunjukkan negara kaya dan
negara miskin belum segera mencari cara paling efektif untuk menghentikan proses
penggurunan, yang akan memusnahkan manusia dan planet Bumi tersebut.

Degradasi di tanah gersang, semi-gersang dan kawasan kering sub-lembap hasilan dari
pelbagai faktor termasuk variasi klimaks dan aktiviti manussia. Penggurunan moden
selalunya adalah pertambahan permintaan populasi dalam penanaman tumbuhan dan
penternakan haiwan.




PUNCA-PUNCA PENINGKATAN GURUN

Pertambahan populasi sejagat yang terlalu pesat seterusnya telah membawa kepada
pengeksploitasian alam yang berikut:

1. Penebangan hutan untuk pembinaan rumah dan perindustrian

2. Pengeksploitasian sistem saliran air semulajadi seperti air bawah tanah untuk
kegunaan domestik dan perindustrian

3. Banyak tanah diteroka atau dibakar untuk dijadikan lebih banyak tempat pertanian
dan penternakan




Kemarau
Ini adalah satu konsepsi yang salah bahawa kemarau menyebabkan penggurunan.
Kemarau adalah perkara lazim di kawasan gersang dan semi gersang. Tanah yang
diuruskan dengan baik akan dapat dipulihkan sebaik sahaja hujan turun.
Penyalahgunaan tanah yang berterusan semasa kemarau akan menambahkan
penggurunan tanah. Penambahan populasi dan ternakan menekan pada tanah yang
tidak digunakan akan mempercepatkan penggurunan. Di sesetengah tempat, nomad
bergerak ke tempat yang kurang gersang mengganggu ekosistem tempatan dan
menambah kadar hakisan tanah. Nomad melarikan diri dari gurun tetapi kerana
pengunaan tanahnya, mereka membawa gurun kepada diri mereka.

Tekanan populasi

Pertambahan populasi akan menyebabkan penyesakan di satu kawasan. Kawasan
baru akan diteroka. Apabila kawasan baru diteroka, banyak tumbuhan akan dtebang
dan permukaan tanah akan terdedah kepada angin dan batuan akan mudah
terluluhawa kerana perbezaan suhu semakin tinggi kerana tumbuhan telah ditebang


Penternakan yang melampau

Mempunyai haiwan ternakan yang terlalu banyak memerlukan padang ragut yang
sangat luas. Sekiranya suatu kawasan padang ragut telah habis rumput pada satu
masa seperti yang berlaku di New Zealand, ini akan membolehkan penggurunan
berlaku.


Penyahhutanan.
Kawasan tanah akan terdedah kepada luluhawa kimia dan fizikal. Ini akan membawa
kepada penggurunnan jika kawasan tersebut mendapat julat hujan tahunan yang
rendah.



KESAN-KESAN PENINGKATAN GURUN

Mengurangkan kepelbagaian spesis organisma (biodiversiti)


Semakin banyak flora dan fauna pupus dan banyak lagi yang berada pada pinggir
kepupusan.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENINGKATAN GURUN

1. Menanam pokok dan rumput untuk melindungi tanah daripada terus terhakis.

2. Merancang sistem pembekalan air untuk penggunaan domestik dan perindustrian
supaya sistem saliran air tidak terjejas.

3. Penyemburan petroleum untuk melindungi biji benih tumbuhan daripada kekeringan
dan ditiup.



Hakisan Tanah


Air merupakan satu agen yang sangat berbahaya. Air bukan sahaja akan melarut dan
melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan menghanyutkan butiran tanah yang
dipecahkan. Kehilangan permukaan tanah yang subur ini akan menimbulkan masalah
dalam pertanian. Selain itu, juga akan mengakibatkan hakisan tanah berlaku.
Hakisan ialah proses pemecahan ketulan-ketulan tanah dipermukaan bumi dan
pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin yang bergerak.
Hakisan tanah merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan
kegelongsoran tanah dan akan menyebabkan kematian.






BENTUK HAKISAN TANAH

1. Hakian Serata

2. Hakisan Alur

3. Hakisan Gaung

4. Hakisan Tebing Sungai

5. Tanah Runtuh



CARA-CARA HAKISAN

a) Tindakan Hidraul

-Melibatkan penyerbuan dan hempasan yang mengalir ke dalam struktur batuan yang
lemah seperti rekahan, retakan dan lubang ditebing dan dasar sungai. Hakisan ini amat
berkesan apabila halaju air adalah tinggi.Mencungkil keluar butiran batuan daripada
struktur batuan yang lemah.lemah. Aliran air yang deras akan menghasilkan kuasa
yang kuat untuk melakukan hakisan ini.melakukan hakisan ini. Hakisan ini giat berlaku
di kawasan hulu di bahagian air terjun,jeram, lubang periuk.

-Melibatkan kegiatan geselan antara muatan sungai dan air sungai terhadap tebing dan
dasar sungai.sungai.





b) Proses Lelasan/Liliran

Proses lelasan dapat melicinkan permukaan batuan yang berbucu tajam kepada yang
lebih bulat.bulat. Bekalan muatan bergantung kepada keberkesanan proses-proses
luluhawa dan pergerakan jisim di sepanjang lurah sungai. Lelasan boleh mendalam dan
melebarkan alur sungai.



c) Proses Lagaan

Merujuk kepada pergeselan antara batuan atau muatan sungai itu sendiri apabila
berlaga sesama sendiri semasa pengalirannya.semasa pengalirannya. Ketulan batuan
besar boleh mengalami penghausanl sehingga menjadi kumin- kumin batuan yang kecil
apabila mengalami proses lagaan.



d) Proses Larutan

Air sungai bertindak balas secara kimia terhadap batuan.terhadap batuan. Amat
berkesan di lurah sungai yang terdapat di kawasan batuan lemah seperti batu kapur,
dolomit atau batuan mudah lerut kapur, dolomit atau batuan mudah lerut seperti yang
berunsur kalsium, seperti yang berunsur kalsium, natriumsulfat atau klorida.


FAKTOR-FAKTOR HAKISAN TANAH





1)Hakisan geologi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan agen-agen
yang menyebabkannya iaitu:


A ) hakisan oleh air

Hakisan oleh air boleh terbahagi kepada 4 kategori iaitu percikan, galur atau lurah kecil
, gerakan jisim dan hakisan sungai. Hakisan air bermula dengan titisan hujan yang
terdedah ke tanah dalam jangka masa yang panjang akan mencungkilkan tanih,
merosakkan penggranulan dan percikannya bertindak sebagai agen pengangkutan bagi
setengah-setengah keadaan. Daya yang dihasilkan oleh titisan hujan adalah begitu kuat
sekali sehingga granul-granul tanih yang terkenal bukan sahaja tercungkil tetapi juga
mungkin terpecah-pecah. Di bawah pukulan titisan hujan, tanih akan terdedah dan
mungkin lenyap.


Hakisan galur pula adalah secara meluas. Misalnya permukaan yang dikatakan licin itu
terdapatnya lekukan-lekukan kecil di mana air boleh berkumpul. Menurut kajian,
sebahagian besar daripada mendak yang tersingkir dari cerun bukit adalah akibat
hakisan galur. Oleh itu, sebahagian dari bahan-bahan ini diperolehi dari kawasan antara
galur yang dihanyutkan ke dalam galur oleh aliran dataran dan percikan hujan.


Hakisan gerakan jisim bergantung sebahagian besarnya kepada pembasahan jisim
yang bergerak iaitu pengaliran campuran batu dan tanah bersama air hujan. Apabila
bahan-bahan yang mengalir itu sudah banyak bercampur dengan air, maka mulalah ia
mengalir sebagai jisim yang likat.


B ) hakisan oleh angin

Hakisan jenis ini ialah semua jenis tanih dan serpihan-serpihan batu ditiup oleh angin
ke tempat lain. Di kawasan lembap, hakisan angin selalu diketepikan kerana kesannya
jarang sekali teruk berbanding dengan kesan hakisan air. Bahan tanih yang subur di
permukaan ditiup angin sehingga berpuluh-puluh kilometer ke atas.


C ) hakisan oleh salji dan glasier

Hakisan glasier terhad kepada gunung-gunung tinggi seperti ALP dan ROCKY dan
sedikit sebanyak di kawasan garisan lintang tinggi. Hakisan salji adalah keadaan yang
menyebabkan air yang terdapat dalam retakan di bawah glasier mengalami pembekuan
dan pencairan yang membantu dalam tindakan pemecahan. Hakisan oleh perbuatan
manusia :

a) Pertanian pindah, iaitu penebangan pokok secara besar-besaran untuk membuka
tanah baru bagi aktiviti penanaman. Oleh itu, kawasan tersebut terdedah kepada
hakisan. Kawasan itu akan hilang perlindungan pokok . Ini akan menyebabkan air larian
permukaan tidak dapat meresap ke dalam tanah akibat tidak mempunyai akar
tumbuhan yang menyerap air dan juga tidak mempunyai akar tumbuhan untuk
mencekam tanah. Ini akan membawa kepada wujudnya hakisan galur-galir
.

b) Perumahan, penebangan dan pembakaran hutan untuk membuka tanah baru secara
tidak terkawal bagi menjadi tapak pembinaan. Tanah secara lansung mendedahkan
kepada hakisan. Apabila hari hujan, tanah dan batu di tapak pembinaan akan mengalir
bersama air hujan ke dalam sungai yang berhampiran. Ini menyebabkan air sungai
menjadi keruh dan kotor.


c) Pembalakan, penebangan pokok untuk memenuhi keperluan sekunder telah
mendorong kepada pembukaan tanah secara meluas. Kehilangan hutan menyebabkan
berlakunya kehilangan kawasan tandahan air . Apabila hujan turun dengan lebatnya,
permukaan tanah yang terdedah akan tercungkil dan menyebabkan hakisan tanah
berlaku.


d) Perlombongan , aktiviti perlombongan dijalankan secara besar-besaran untuk
memenuhi keperluan masyarakat sekarang. Akibat daripada aktiviti perlombongan ini
telah menyebabkan tumbuh- tumbuhan musnah dan secara tidak lansung telah
membawa kepada kerosakkan ekosistem.

KESAN-KESAN HAKISAN TANAH

Gangguan ekosistem :
- Akibat daripada Tanah dan batu yang terhakis akan terjatuh terus ke dalam sungai ,
ini akan menyebabkan kematian hidupan laut.

Pencemaran air:
- Tanah yang terjatuh ke dalam sungai akan mengeruhkan air sungai dan ini akan
menjejaskan kualiti air sungai.

Sungai semakin cetek
- Bahan-bahan yag dihakis dan diangkut oleh air hujan akan termendap di bahagian-
bahagian dasar sungai, ini menyebabkan keluasan dan kedalaman sungai terjejas.
Banjir
- tanah-tanih yang termendap di dalam sungai menyebabkan sungai menjadi cetek, ini
seterusnya menyebabkan air sungai tertumpah keluar dan berlakunya banjir.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI HAKISAN TANAH
Kerja-kerja membangunkan tanah bercerun untuk pertanian boleh dibahagikan kepada
tiga peringkat. Peringkat pertama ialah mengenai pembukaan kawasan, peringkat
kedua ialah mengenai pembinaan struktur pemuliharaan tanah dan yang ketiga ialah
mengenai amalan agronomi yang sesuai untuk mengawal hakisan.

(i) Pembukaan Kawasan

Kerja-kerja pembukaan tanah melibatkan kerja menebang pokok, memotong kayu,
mencabut tunggul, melonggok kayu, membakar kayu dan membersihkan kawasan.
Semasa menjalankan aktiviti ini beberapa peraturan di bawah hendaklah diikuti:


Bagi kawasan yang luas, kerja pembukaan tanah hendaklah dijadualkan berperingkat-
peringkat bagi mengelakkan pendedahan tanah terlalu lama kepada proses hakisan.

Pembukaan tanah lebih sesuai dilakukan pada musim kering.
Penebangan bersih hanya perlu dilakukan bagi tanaman biasa seperti sayur-sayuran,
buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Sekiranya tidak perlu menebang bersih, seperti
untuk sistem tanaman agro-forestry, penebangan pokok secara selektif adalah
digalakkan. Pokok yang ditinggalkan akan membantu melindungi tanah daripada
hakisan.

Tunggul-tunggul kayu hanya perlu dicabut jika sistem penanaman memerlukan. Bagi
tanaman jangka panjang seperti durian, getah dan kelapa sawit, tunggul-tunggul kayu
tidak menghalang kerja operaso ladang dan ia dapat membantu menakan hakisan.
Pembakaran sisa kayu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Sisa kayu yang dilonggok
atau dibaris membantu menahan hakisan. Pokok-pokok asal di tepi sungai hendaklah
dibiarkan bagi menahan tebing daripada terhakis.


(ii) Membina Struktur Pemuliharaan Tanah

Struktur-struktur pemuliharaan tanah boleh mengawal hakisan dengan berkesan.
Sistem perparitan dan struktur yang dibina dapat menyalirkan air dengan selamat.
Kebanyakan struktur dibina dengan menggali tanah dan menggunakan bahan asli yang
mudah didapati seperti tanah, batu dan kayu. Struktur-struktur yang disenaraikan di
bawah adalah sesuai dibina dalam ladang-ladang pertanian.


Parit dan laluan air bagi menyalir air hujan yang berlebihan. Dinding parit hendaklah
ditanam dengan rumput. Perangkap kelodak. Pentas untuk tapak pokok atau tanaman.
Teres-teres bagi menyekat larian air. Empangan kecil bagi menampan had laju air parit.
Pembentungan di bawah jalan.

Pencemaran
Pencemaran Bunyi



Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi
pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan
yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan
bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanymelebihi 80
desibel (dB).




Klasifikasi Pencemaran Bunyi

Kebisingan selenjar

Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila
seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.

Kebisingan fluktasi

Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang
yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan
lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB
sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.


Hentakan impuls

Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh :
tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap
ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini
intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. Akan
tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan
memberi kesan yang lama terhadap getaran.


Kebisingan selang-seli

Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising
menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika
seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak
dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang
ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji
tidak disorongkan.


Punca Pencemaran Bunyi

Pembangunan kawasan industri

Bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti
pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah,
kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.


Kawasan petempatan

Bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat
pembinaan bangunan-bangunan tinggi.


Kenderaan
Kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga.


Aktiviti masyarakat

Mendengar radio/ televisyen dengan kuat.


Kuari
Bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu


Kesan Pencemaran

Wujud pelbagai penyakit

Menjejaskan produktiviti

Gangguan psikologi

Hilang imbangan diri

Pekak

Kesan kepada ibu yang mengandung






Pencemaran Air




Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan
warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran
berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya
berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak.
Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

PUNCA PENCEMARAN AIR

Kumuhan kilang

Kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.

Sikap individu

Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis.


Aktiviti Pertanian

Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan tanah
yang seterusnya mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan
sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.


KESAN PENCEMARAN

1.Kesan kepada kesihatan

2.Kesan kepada hidupan akuatik

3.Kesan kepada tumbuhan biomass

4.Kesan kepada tanah basah


LANGKAH MENGATASI

a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.

b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.

c) Pemasangan perangkap sampah.

d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.

e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.

f) Rawat air kumbahan industri


Sejumlah 796 permohonan kebenaran bertulis bagi pemasangan alat kawalan
pencemaran air diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri, iaitu pertambahan
sebanyak 27% daripada tahun sebelumnya. Rajah menunjukkan Negeri Johor
menerima paling banyak permohonan (42%), dan ini diikuti oleh Negeri Selangor (15
%). Jumlah kelulusan yang dikeluarkan dalam tahun 1995 ini menghasilkan
penambahan sebanyak 4,468,473 meter padu/hari effluen yang diolah.





Pencemaran Tanah





Perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran
warna,kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama
ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar
organik,kimia atau fizik.




PUNCA PENCEMARAN TANAH

a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan
sisa-sisa kilang.

c.Penggunaan racun serangga seperti pestisid secara berlebihan

d. Aktiviti manusia
:
1. penebusan tanah secara besar-besaran

2. Perlombongan

3. pembuangan sampah sarap dan kumpahan

4.Penebangan hutan yang tidak terkawal


KESAN PENCEMARAN

Tanah beracun

Penyebaran kuman-kuman penyakit

Kualiti tanah terjejas

Tanah gersang

Membunuh haiwan bawah tanah

Hakisan tanah


LANGKAH MENGATASI

Tidak membuang sisa-sisa industri

Kurangkan aktiviti menebus tanah

Membuat R&D untuk mencari penyelesaian yang lebih mesra alam

Memisahkan sampah ke dalam sampah organik yang dapat diuraikan oleh
mikroorganisme (biodegradable).

Mengurangkan penggunaan baja kimia yang boleh mencemari tanah.




Pencemaran Udara


Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang
bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau
ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam
sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon
dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum
dan tembaga dan sisa radioaktif.




PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara antaranya berpunca dari pelepasan asap kotor oleh industri terus ke
udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung
berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan
asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap
kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.


JENIS-JENIS PENCEMARAN

Pencemaran Primer

Pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari
pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara.


Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan,
kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur
arang kayu yang tidak terkawal


Pencemaran Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung
dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.


Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida
(pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur
dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas
antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan
peroksid asetil nitrat (PAN).

BAHAN PENCEMARAN UDARA

Karbon monoksida

Oksida nitrogen

Oksida sulfur

CFC

Hidrokarbon

Ozon

Volatile Organic Compounds

Partikulat


KESAN GAS PENCEMARAN UDARA

Gas CO / Karbon Monoksida / Karbon Mono Oksida Karbon monoksida adalah gas
yang bersifat membunuh makhluk hidup termasuk manusia. Zat gas CO ini akan
mengganggu pengikatan oksigen pada darah karena CO lebih mudah terikat oleh darah
dibandingkan dengan oksigen dan gas-gas lainnya. Pada kasus darah yang tercemar
karbon monoksida dalam kadar 70% hingga 80% dapat menyebabkan kematian pada
orang.


Gas CO2 / Karbon Dioksida / Karbon Di Oksida Karbon dioksida adalah zat gas yang
mampu meningkatkan suhu pada suatu lingkungan sekitar kita yang disebut juga
sebagai efek rumah kaca. Dengan begitu maka temperatur udara di daerah yang
tercemar CO2 itu akan naik dan otomatis suhunya menjadi semakin panas dari waktu
ke waktu seperti di wilayah DKI Jakarta. Hal ini disebabkan karena CO2 akan
berkonsentrasi dengan jasad renik, debu dan titik-titik air yang membentuk awan yang
dapat ditembus cahaya matahari namun tidak dapat melepaskan panas ke luar awan
tersebut. Keadaan seperti itu mirip dengan kondisi rumah kaca tanpa AC dan fentilasi
udara yang cukup.


Gas NO, NO2, SO dan SO2 Gas-gas di atas akan dapat menimbulkan gangguan pada
saluran pernapasan dari mulai yang ringan hingga yang berat.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Penggunaan CFC

Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon.
Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol
biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon
(CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam
peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant),
pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon
dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000
molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan
kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .

Perundangan
Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.
Contohnya,
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)

Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan
Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.

Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)

Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)
Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada
1000 meter.

Pengasing Elektrostatik

Alat ini menggunakan daya elektrostatik untuk mengasingkan partikel udara. Misalnya,
apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai daya elektrostatik dan mampu
menarik bendasing. Pengasing elektrostatik menggunakan prinsip ini untuk menarik
partikel-partikel kecil dari udara. Contohnya, apabila cerobong kilang dicas, asap yang
mengandungi partikel kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di tepi cerobong.


'Wet Scrubber'

Alat ini paling ketara digunakan dalam industri besar dan kecil. Alat ini digunakan
berdasarkan prinsip dimana satu aliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan
pencemar dapat larut dalam cacair.


Penampalan Ozon

Bahagian ozon yang berlubag boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera
melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru ozon dengan
menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.


Lain-lain:
Pengolahan atau daur ulang limbah asap industri

Penghijauan dan reboisasi atau penanaman kembali pohon-pohon pengganti

Menghentikan pembakaran hutan.

Sepanjang tahun 1995, sebanyak 1,189 permohonan kelulusan bertulis bagi
pemasangan ala pembakaran bahanapi telah diterima dan jumlah ini merupakan
peningkatan sebanyak 17% dari tahun 1994. Permohonan yang paling banyak telah
diterima daripada Negeri Sabah (20%), diikuti oleh Negeri Selangor (19%) dan Johor
(17%) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.11. Jumlah penggunaan bahanapi cecair
dan gas adalah sebanyak 268,562 tan/hari manakala jumlah penggunaan bahanapi
pepejal pula ialah sebanyak 12,516 tan/hari.






Penipisan Lapisan Ozon



Ozon(O3) merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul.
Pada suhu dan tekanan biasa ia berbentuk gas biru. Ozon membentuk cecair biru tua
pada suhu bawah -112 C, dan cecair biru tua gelap pada suhu di bawah -193 C. Ozon
dijumpai oleh Christian Friedrich Schonbein pada tahun 1840. Ozon diketahui berupaya
menyerap radiasi UV-B. Ozon terbentuk secara semulajadi di lapisan ozon. Lapisan
ozon terhakis oleh klorofluorokarbon (CFC). Secara semulajadi, ozon terhasil melalui
tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmosfera bumi dan membentuk satu
lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer.


Penipisan lapisan ozon

Berlaku di ruang Stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen
yang membentuk lapisan ozon leh Kloroflorokarbon (CFC) dab Halon yang juga
dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom
oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida(GLO). ikatan kovalen GLO akan
putus apabila menerima sinar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom
klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses yang berterusan akan
menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan
bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.

Perubahan-perubahan yang diperhatikan selama ini:

- Lapisan Ozon semakin menipis.

- Penggunaan bahan yang mengandungi Kloroflorokarbon(CFC) semakin bertambah.

- Semakin banyak industri berkembang di merata dunia.

- Kerajaan mengalakan berkereta kongsi.

- Isu ujian nuklear sering diperbincangan.

- Penyakit kulit semakin berleluasa.

- Paras air semakin menigkat.

- Suhu dunia semakin meningkat.


Punca-punca

1) Penggunaan bahan kloroflorokarbon
CFC boleh bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan penipisan lapisan
ozon dengan kehadiran cahaya ultraungu yang tinggi contohnya dalam industry peti
sejuk, pendingin hawa.

2) Peningkatan kegiatan perindustrian
Melalui kegiatan perindustrian, asap mengandungi gas seperti karbon dioksida, karbon
monoksida, nitrogen dioksida dan sulfur doksida dibebaskan ke ruang udara
menyebabkan haba terperangkap di lapisan troposfera dan mengalami kekurangan
bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk.


3) Pelepasan nitrogen dioksida

Terhasil daripada aktiviti manusia seperti ujian bom, buklear, pelancaran roket.
Contohnya pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan
lapisan ozon musnah. Contohnya, negara Amerika, India dan Pakistan.


4) Penyahhutanan secara meluas

Tumbuh-tumbuhan berperanan membebaskan oksien dan menyerap gas karbon
dioksida melalui proses fotosintesis menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera
berkurangan dan pembentukan ozon terjejas.


5) Bilangan kenderaan bermotor

Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera
menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di straosfera
lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan
lapisan ozon.

Kesan-kesan
1. Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit mudah demam, ketarak mata,
kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuaca panas.


2.Menjejaskan bekalan air kepada penduduk cuaca panas melampau/kemarau
menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik dan empangan akan
terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas.


3. Cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada
manusia dan boleh membawa maut.


4. Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah keranan cuaca terlalu
panas.

5. Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang mungkin
menjadi penempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu
dunia meningkat.


6. Penipisan lapisan ozon meyebabkan sinaran ultraungu berlebihan lalu
memyebabkan perubahan iklim dunia dalam jangka pendek berlakunya pemanasan
global manakala dalam jangka masa panjang kekurangan ozon menyebabkan haba
bumi terbebas ke angkasa dan tidak terperangkap oleh atmosfera menyebabkan suhu
bumi menjadi sejuk.


7. Peningkatan suhu global menyebabkan aras lautan meningkat dan menengelamkan
kawasan rendah, peningkatan aras lautan berlaku sebanyak 2mm setahun.


8. Ekosostem akuati terjejas dengan penigkatan sinaran ultraungu menganggu proses
fotosintesis bagi hidupan plankton menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan
menjejaskan sumber ikan.


9. Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu meningkat dan
memusnahkan se dan mikro organism yang terdapat di dalm badan haiwan dan
tumbuh-tumbuhan.


10. Pertambahan sinar ultraungu menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia
disebabkan kerana menyebabkan kulit semakin tebal dan pembentukan kedut serta
keanjalan kulit dikurangkan.

11. Memusnahkan urat saraf, kecacatan anggota daya ketahanan serta mengurangkan
pengeluaran antibody badan dan melemahkan sistem uminiti badan dan gangguan
pernafasan.


12. Pemanasan global dan penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu
menjejaskan pertumbuhan tanaman seperti proses berbunga antara tananman yang
terjejas ialah gandum, kacang soya.


13. Menyebabkan kemusnahan fitoplankton yang menjadi makanan ikandan
pemusnahan terumbu karang dan tempat pembiakan ikan.


Langkah-langkah mengatasi:

1. Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

- Denda, kompaun, menarik lesen ke atas penyumbang masalah/punca penipisan ozon.

- Laporan EIA bagi projek pembangunan kepada Pengarah JAS


2. Pengurusan strategik

- Guna Tenaga alternatif

- Mengurangkan ujian tenaga nuklear

- Mengurangkan pembakaran terbuka

- Sektor pertanian menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan teknik
kawalan
biologi

- Melakukan penghutanan semula/perladangan hutan


3. Pendidikan

-kempen, forum, seminar kepentingan menjaga alam sekitar.

-pendidikan melalui subjek di sekolah.


4. Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri.

- Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan
pembebasan CFC yang banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan
kerosakan lapisan ozon.

- Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau peningkatan cukai
import untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan
penggunaannya dan seterusnya kurangkan pembebasan CFC ke atmosfera.

- Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya
alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh
syarikat Interlink Corporation di Malaysia.

- Kerajaan Singapura mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan
tidak berapa lama yang lalu adalah satu contoh yang baik ke arah ini.


5. Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti
kloroflokarbon (CFC).

- Mencari dan memajukan bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC
dalam pelbagai industri tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar
adalah satu jalan yang terbaik.

- Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai
agen pembersih, dalam industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan
agen pengembang dalam keluaran foam, konsep beberapa bahan kimia untuk
menggantikan CFC ini boleh diamalkan.

- Contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols lembut, metilen
klorida asid formik atau teknik `vacuum expansion', gas helium mungkin menggantikan
fungsi CFC dalam alat pendingin udara sebagai agen pendingin.


6. Kerjasama dan komitmen antarabangsa.

- Masalah pemusnahan lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama
antara semua negara dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu.

- Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam
mengadakan konvesyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua
negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan
mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini.

- Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah
dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac
1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal
pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui.
Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu
persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera
telah diadakan di USM pada 20-23 Februari 1990.


7. Komitmen dan usaha peringkat nasional.

- Pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan
ganti.

- Mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang
bahaya dan langkah yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini.

- Menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC
dalam negara.


8. Tindakan atau peranan sebagai pengguna dalam mengawal masalah penipisan
ozon.

- Galakan penggunaan bahan ganti keluaran CFC atau halon.

- Tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang
rosak merata tempat.

- Memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan
pemulihan.












Pemanasan Global


Pengenalan

Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa,
seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah
beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak
zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah
sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.


Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah
sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak
hujung kurun ke-19, lebih kurang dalam seratus tahun saja, suhu purata telah naik 0.6
darjah. Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih
cepat dan suhu purata boleh meningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung
kurun ke-21. Fenomena ini kita panggil pemanasan global.






Kesan Rumah Hijau

Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor seperti
perubahan aktiviti Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi, kebanyakan pakar-
pakar sains percaya bahawa pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh
kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari
yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas,
malah diserapi oleh atmosfera kita.

Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek
bergantung kepada suhunya. Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah,
bersinar terutamamya didalam gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara
mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu
Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran
inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida,
yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah.
Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula keangkasa lepas. Mereka
menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga
solar ini diserap oleh atmosfera bawahan,seperti yang terjadi keatas planet Zuhrah.


Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak
kurun ke-19, berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas
yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera melalui
aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia
juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu. Kita
jangka bahawa gas karbon-dioksida telah dinaikkan sebanyak 30 peratus sejak
bermulanya era industri, iaitu satu sumbangan besar yang memburukkan kesan rumah
hijau.


Kesan Pemanasan Global


Seperti yang telah ditunjukkan, pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan
tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub
juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat,
dimana kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya peningkatan tahap air laut
dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi
yang dahsyat.

Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang,
kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau
kekurangan bilangan pulau. Dalam jangkamasa yang panjang, dengan pencairan ais di
Greenland yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita dapat
meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia.

Langkah Mengatasi


Dihadapkan dengan ancaman tersebut dan keperluan usaha untuk menangani
masalah ini, komuniti antarabangsa didapati agak segan. Protokol Kyoto telah
dirundingkan dalam tahun 1997 bertujuan untuk memaksa negara industri untuk
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yang
memburukkan kesan rumah hijau. Hasil dari keputusan Russia untuk menyertai protokol
ini, usaha ini ada peluang untuk membawa hasil. Tetapi, tanpa penyertaan Amerika
Syarikat, yang buat masa ini merupakan pencemar udara terbesar di dunia, hasil
usahan dari protokol ini agak terhad. Disebabkan perjanjian ini tidak begitu ambitious,
kami percaya ia tidak begitu mampu untuk melambatkan pemanasan global dengan
berkesan. Oleh yang demikian, bencana yang amat dahsyat masih mengancam.

1.Menggunakan Pengangkutan Awam

2.Mengenakan Kelengkapan Bekerja




Kekurangan Sunber



Kekurangan Sumber Galian


Semakin kurang dan akan habis jika digunakan secara berterusan, contoh bijih timah.

FAKTOR MENYEBABKAN BERLAKU
KEKURANGAN BEKALAN SUMBER GALIAN

Harga pasaran meningkat

Meningkatkan hasil penerokaan

Permintaan tinggi

Perkembangan teknologi

Penerokaan yang tidak terkawal


FAEDAH
Teknologi meningkat

Pendapatan negara bertambah

Taraf hidup rakyat ditingkatankan

Penambahan peluang pekerjaan


KEBURUKAN
Semakin kekurangan

Generasi akan datang tidak dapat menimati faedah

Pencemaran tanah, air dan udara

Menjejaskan ekosistem


TINDAKAN
Individu
- kesedaran atas sikap jimat-cermat


Masyarakat
- kajian geoteknik


Kerajaan
- Malaysia bekerjasama dengan ITRI (Penyelidikan Bijih Timah Antarabangsa) dan
SEATRAD (Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Asia Tenggara) untuk memperbaiki
dan memperluas kegunaan bijih timah


FAKTOR KEKURANGAN BEKALAN SUMBER BAHAN API





Penambahan penggunaan kenderaan secara tidak lansungnya telah
menambahgunakan sumber bahan api kerana kenderaan memerlukan bahan api fosil (
petrol dan diesel) untuk berfungsi. Bahan api fosil ini dihasilkan daripada sumber bahan


Sumber bahan api juga digunakan untuk menjana elektrik di Malaysia. penjanaan
elektrik di Malaysia masih bergantung kepada bahan api fosil di mana ia merangkumi
85 peratus daripada jumlah elektrik yang dijana dalam negara. Hanya 1 peratus sahaja
menggunakan sumber yang boleh diperbaharui.


Kesesakan lalu lintas juga menyebabkan penggunaan petrol yang banyak dan secara
tidak langsungnya telah menambahgunanya bahan api fosil.


FAEDAH
Mengambarkan pembangunan negara dan masyarakat.


KEBURUKAN
Memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkan alternatif sumber bahan api yang
berkesan dan berguna.

Generasi yang akan datang mungkin tidak dapat menikmati sumber bahan api semula
jadi.

TINDAKAN
Indivdu
- berjimat cermat dalam penggunaan sumber.


Masyarakat-
mengamalkan amalan berongsi kereta dan menggunakan pengangkutan awam sperti
ystem transit ringan(LRT), bas dan keretapi. Mengubah tabiat dan cara hidup seiring
dangan usaha kerajaan untuk menggurangkan masalah ini.


Kerajaan
- member intensif cukai kepada mereka yang membeli peralatan yang jimat tenaga
seperti panel solar . Berusaha untuk menghasilan sumber-sumber yang boleh
diperbaharui untuk menggantikan sumber yang tidak dapat diperbaharui seperti
hidro,ombak, angina dan bahan api bio.




Kekurangan Sumber Air




FAKTOR KEKURANGAN BEKALAN SUMBER AIR

Pencemaran sumber air.

Tindakan manusia yang membazir.

Perkembangan aktiviti pembangunan dan perindustrian.

Populasi semakin meningkat



FAEDAH
Teknologi meningkat

Pendapatan negara bertambah

Taraf hidup rakyat ditingkatankan

Penambahan peluang pekerjaan


KEBURUKAN
Semakin kekurangan

Generasi akan datang tidak dapat menikmati faedah

Kekurangan sumber minuman

Menjejaskan ekosistem



TINDAKAN
Individu
- kesedaran atas sikap jimat-cermat



Masyarakat
- lawatan dan tinjauan ke kilang-kilang untuk mengawal pembuangan sisa buangan ke
dalam sungai


kerajaan
- membina empangan

- saluran paip dibina supaya tidak bocor

- pengawalan bekalan air bersih oleh Jabatan Bekalan Air

- mengkaji kualiti 86 batang sungai

- pengurusan sumber air di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974



Pemendapan Asid




PUNCA-PUNCA PEMENDAPAN ASID

1. Kegiatan Membakar:Minyak + Arang

2. Pelepasan Gas dari:Loji Tenaga, Kilang, Ekzos Kenderaan, Gunung Berapi, Kilat dan
Proses Mikrobiologi.


Sejarah pengasidan bermula sejak beberapa ratus juta tahun dahulu. Ketika itu,
kehidupan zaman batu dan raksasa yang mati telah bertukar menjadi bahan api seperti
arang batu, minyak dan gas asli. Sejak beberapa ratus tahun yang lalu, kita telah
membakar khazanah bahan organik.

Apabila kita membakar minyak dan arang contohnya loji tenaga serta pelepasan dari
ekzos kenderaan, kita membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen
oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin disamping mengalami
perubahan kimia untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik yang mana akan
dikembalikan ke bumi sebagai pemendapan berasid.


JENIS-JENIS PEMENDAPAN ASID

1. Mendapan Basah

Hujan Asid

Salji Asid

Asid(Sulfurik/Nitrit) + Wap Air = Awan


2. Mendapan Kering

Berlaku semasa Cuaca Baik

Gas: Sulfur Dioksida, Nitrogen Oksida,Asid Nitrik & Aerosol Asid + Zarah-zarah
terampai
di udara

Tersentuh & terlekat pada permukaan: Tumbuhan, tanah, bangunan dll


Pemendapan berasid boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu mendapan basah
dan mendapan kering. Pemendapan basah berasid lebih dikenali dan disebut sebagai
hujan asid. Walaubagaimanapun, hujan asid adalah salah satu komponen pemendapan
berasid. Di negara-negara tropika, kira-kira separuh daripada jumlah asid yang
termendap adalah dalam bentuk jatuhan kering.



Dalam proses pemendapan basah, asid sulfurik dan asid nitrik akan bergabung dengan
wap air semasa pembentukan awan. Titisan-titisan ini akan terjatuh ke bumi dalam
bentuk hujan dan salji. Hujan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asid
tinggi.
Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid juga termendap
apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan bahan lain
semasa cuaca baik. Proses ini dikenali sebagai pemendapan kering. Disamping itu
juga, asid-asid tersebut melekat pada zarah-zarah terampai di udara dan akan
termendap ke permukaan tanah, bangunan, tumbuhan dan sebagainya lalu berlakunya
pemendapan kering berasid.


KESAN-KESAN PEMENDAPAN ASID

1. Terhadap Manusia

Menjejaskan Kesihatan:

a. Iritasi Mata / Kulit

b. Kepekatan asid yang keterlaluan di udara merosakkan sistem respiratori

c. Sebatian(alkali+asid), Ammonium Sulfat(kebakaran) di udara - Keracunan


Dalam kes ekstrem, paras asid yang tinggi dalam udara boleh menyebabkan iritasi
terhadap kulit dan mata. Tindakbalas kimia berlaku di antara asid dan alkali dalam
proses pembentukan sebatian, apabila terhidu, boleh menjejaskan kesihatan. Salah
satu daripada sebatian ini ialah ammonium sulfat yang banyak dihasilkan semasa
aktiviti pembakaran. Apabila dihidu pada kepekatan yang tinggi, sebatian ini didapati
merosakkan sistem respiratori pada mereka yang sensitif. Sifat higroskopik ammonium
sulfat yang menyerap air dalam keadaan lembap mengakibatkan ketampakan rendah
dan keadaan berjerebu.


Masalah utama air berasid ialah ketelarutan logam, samada dari tanah atau paip air. Di
Sweden, perigi yang tercemar oleh air bawah tanah berasid didapati airnya menjadi
lebih korosit dan mengandungi tahap logam berbahaya yang tinggi terutamanya kuprum
dan aluminium. Kesan terhadap kesihatan akibat meminum air berasid masih menjadi
topik pendebatan oleh pakar-pakar. Bagaimanapun meminum air yang mengandungi
kuprum, besi, zink dan kadmium terkakis pada kadar yang tinggi dari paip terbukti
membahayakan kesihatan.

2. Akuatik

Sumber air dicemari oleh bahan-bahan terhakis

Menjejaskan keseimbangan ekosistem: Laut, Sungai, Tasik

Populasi spesis yang sensitif menurun -> pupus

kerana Ketidaktahanan terhadap kepekatan asid

Gangguan Pembiakan


Pengasidan menjejaskan keseimbangan ekosistem dalam tasik dan sungai. Spesies
akuatik, serangga, tumbuhan dan mikro-organisma yang sensitive terhadap perubahan
besar tahap keasidan didapati populasinya berkurangan apabila nilai pH menurun.
Akhirnya, spesies tersebut akan pupus dalam air berasid. Antara hidupan yang sensitif
dan merosot dalam air berasid adalah serangga, haiwan akuatik serta plankton,
manakala katak dan kodok mengalami gangguan pembiakan. Sebaliknya, lumut dan
alga berkembang maju dalam air berasid.
Beberapa jenis spesies ikan yang tidak tahan kepada perubahan mendadak keasidan
manakala yang lain mati disebabkan keracunan aluminium. Selepas sungai dan tasik
menjadi berasid di negara-negara Scandinavia, pelbagai spesies ikan termasuk salmon
Atlantic dan trout telah pupus. Kejadian yang sama juga berlaku di Amerika Utara
dimana salji yang mengandungi bahan-bahan berasid mencair pada musim bunga
menyebabkan peningkatan keasidan air tasik dan sungai. Pada musim luruh, ikan
salmon bertelur dan meninggalkan anak-anaknya untuk membesar sehingga musim
berbunga. Kebanyakan anak ikan salmon mati akibat lebihan asid daripada saiji yang
mencair.


3. Tanah & Hutan

Memusnahkan khazanah zat semulajadi tanah

Membebaskan alumunium + logam berat ke dalam air bawah tanah mengakibatkan
Kerosakan Tumbuhan.

Kerosakkan Hutan berlaku:

Loji janakuasa -> Penggunaan arang batu -> Sulfur

Penapisan Logam -> Kuprum & Nikel -> Sulfur

Udara yang tercemar memudaratkan ketahanan tumbuh-tumbuhan terhadap iklim
ketara

Peningkatan pengasidan memusnahkan khazanah zat semulajadi dalam tanah dan
membebaskan aluminium serta logam berat tertentu ke dalam air bawah tanah yang
mana apabila diserap oleh tumbuhan akan menyebabkan kerosakan. Di kawasan
tropika, pembakaran dan aktiviti pembersihan hutan sepanjang tahun membebaskan
oksida sulfur dan oksida nitrogen ke dalam atmosfera. Walaupun kesan terhadap hutan
tidak begitu ketara, namun pelepasan asid didapati meningkatkan tekstur tanah.
Kajian saintifik menunjukkan bahan pencemar udara, secara langsung atau tidak
langsung menyebabkan kerosakan hutan serantau. Tempoh kering dan dingin memberi
kesan yang lebih buruk dan impak berkekalan ke atas pokok-pokok yang telah terdedah
kepada pencemaran. Tahap kerosakan hutan di Eropah sangat membimbangkan.
Contohnya, penggunaan arang batu yang mengandungi sulfur yang tinggi oleh loji
janakuasa dan industri Black Triangle berdekatan sempadan Jerman, Czech dan
Poland telah menyebabkan kerosakan yang ketara kepada hutan mereka. Fenomena
yang sama juga diperhatikan di Chonging, China.

Sulfur dioksida dilepaskan semasa proses penapisan logam seperti kuprum dan nikel,
yang mana mengandungi paras sulfur yang tinggi. Pada masa dahulu, kepupusan
hutan berlaku di Ashio, Jepun disebabkan oleh kepekatan sulfur dioksida yang tinggi
hasil daripada penapisan kuprum. Kini boleh kita lihat kerosakan yang sama di
beberapa tempat di dunia seperti kemusnahan hutan sekitar sepuluh kilometer
berdekatan kilang penapisan logam Kora Peninsula, Rusia barat.


4. Bangunan & Harta Benda

Keasidan udara + hujan menghakis:

Bangunan-bangunan moden/bersejarah

Arca (statue)

Tugu Peringatan (monument)

Artifak Purba/ Peninggalan zaman tertentu

Menjejaskan kualiti harta benda awam + peribadi:

Komposisi kulit, fabrik, kertas = Kemerosotan Mutu Struktur Besi + Keluli di tapak
industri Kenderaan

Udara kotor boleh menyebabkan kerosakan yang tidak terhingga kepada bangunan-
bangunan bersejarah kita. Sekiranya tahap pencemaran ini berterusan dan tidak di
bendung segera, kerosakan bangunan-bangunan bersejarah, arca, tugu peringatan dan
artifak yang diperbuat daripada batu atau mamar akan berlaku dengan pantas.
Sanggupkah kita melihat pertalian sejarah kita dimakan hari di depan mata kita ?

Sulfur dioksida menjejaskan komposisi kulit, fabrik dan kertas menyebabkan
kemerosotan mutu. Kadar tertinggi penghakisan struktur besi dan keluli berlaku di
tapak-tapak industri tercemar. Ini menyebabkan kebanyakan industri memastikan
bahawa setiap kenderaan baru yang dikeluarkan akan dicat lebih daripada dua lapis
bagi mengelakkan kakisan pada dinding kereta.

Pernahkah anda melihat apa yang merupai isikel pada dinding dan cucur atap dari
bangunan lama ? Titisan hujan yang kotor menyusup masuk melalui pecahan dinding
dan melarut kalsium di dalam konkrit sebelum meresap keluar melalui dindingnya. Ia
bergabung dengan karbon dioksida dalam udara dan menghasilkan kalsium karbonat
lalu membesar seperti isikel. Apabila kita memerhatikan isikel , kita boleh lihat titisan
kekotoran di atas permukaannya.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI
PEMENDAPAN ASID

1. Secara Keseluruhan adalah melalui Pencegahan dan Kawalan:

Peraturan (akta-akta) Undang-undang

Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996)

Kaedah + Teknologi Kawalan Pencemar

Guna Petrolem (rendah Sulfur) dalam kegiatan Industri

Guna sistem denitrifikasi dan nyahsulfur boleh kurangkan pelepasan Oksida (Sulfur +
Nitrogen)

Pasang pengubah bermangkin (ubah sifat pencemar) pada enjin kenderaan

Perancangan Alam Sekitar


Pengawalan pelepasan yang berpunca daripada kegiatan industri biasanya dikawal
dengan dua kaedah iaitu bagi aktiviti yang menggunakan petroleum, maka mereka
akan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Manakala satu lagi
kaedah ialah dengan menggunakan peralatan yang dapat mengurangkan kandungan
pencemar udara di dalam gas yang akan dilepaskan. Penggunaan sistem denitrifikasi
dan nyahsulfur ini dapat mengurangkan pelepasan oksida nitrogen dan oksida sulfur.
Kawalan dari kenderaan juga dilakukan dengan cara mengawal pelepasan dari ekzos
kenderaan. Kebanyakan kenderaan di seluruh dunia mula memasang pengubah
bermangkin (catalytic converter) pada enjin kenderaan. Pemasangan pengubah
beermangkin ini akan membolehkan sifat pencemar yang terhasil dari pembakaran
bahanapi diubah sebelum ianya dilepaskan ke atmosfera.

Di samping penggunaan teknologi dan peralatan dalam pengawalan pencemaran
udara, pihak kerajaan juga telah mengubal pelbagai undang-undang bagi mengawal
pelepasan pencemaran udara. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan
1996), terdapat pelbagai peraturan bagi mengawal pelepasan pencemar udara seperti :

i) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978

ii) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996

iii) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996

Penentuan tahap pelepasan yang dibenarkan di dalam sesuatu peraturan biasanya
mengambilkira dua prinsip utama iaitu :

Standard yang dihad bagi mencapai tahap pengurangan yang dikehendaki dengan
andaian teknologi bagi kawalan pelepasan ini akan wujud di masa akan datang, dan

Mengambilkira teknologi sedia ada yang bersesuaian serta menentukan standard
yang mana teknologi tersebut mampu lakukan.


2. Secara Individu

Jimat Tenaga

Kurang Tenaga maka Kurang sumber (minyak, gas & arang batu) yang digunakan
untuk menghasilkan tenaga.

Menyelenggara Kenderaan (service/maintenance)

Kenderaan Baik -> Meminimakan pelepasan gas pencemar

Guna Pengangkutan Awam

Kurang Kenderaan -> Kurang Pelepasan Gas Pencemar

Amalkan Sikap Cinta Alam Sekitar

Tak melakukan pembakaran terbuka sesuka hati

Banyak menanam tumbuh-tumbuhan -> meneutralkan pencemaran


- Impak Isu Alam Sekitar
Kualiti hidup menurun
Degradasi alam dan sumber
Pengaruh negative politik dan hubungan antarabangsa



Degradasi alam dan sumber

Sumber asli dan alam sekitar adalah aset terpenting negara kerana ia sumber menjana
kekayaan negara, bahan asas membangun ketamadunan bangsa, sumber warisan
budaya, dan memberi khidmat untuk kesejahteraan masyarakat. Peningkatan degradasi
tanah, pengurangan sumber asli yang tidak boleh diperbaharui dan kemerosotan kualiti
alam sekitar semakin kritikal.

Impak kepada alam sekitar adalah:
degradasi sumber asli dan pengurangan sumber asli yang tidak boleh
diperbaharui masih kurang kelas. Akibatnya keadaan kesihatan alam sekitar semakin
merosot dan sumber asli penting sedang mengalami kepupusan;
pencemaran alam sekitar dan degradasi tanah masih tidak mencapai kemajuan
yang memuaskan. Usaha gigih Jabatan Alam Sekitar dan agensi kerajaan yang lain
masih belum menunjukkan kemajuan memberangsangkan;
Aktiviti pengnyah-hutan untuk aktiviti guna tanah lain, umpamanya, pertanian
dan penempatan, berlaku pada kadar membimbangkan sehingga menjejas fungsi hutan
sebagai perkhidmatan alam sekitar untuk kesejahteraan manusia. Walaupun guna
tanah lain masih diperlukan, mengorbankan hutan primer yang menjadi nadi
keselamatan dan kesejahteraan masyarakat bukan satu langkah bijak;
Pemuliharaan sumber asli di Malaysia tertumpu kepada pemuliharaan hutan dan
hidupan liar melalui mekanisme perundangan sedia ada. Usaha memulihara sumber
asli secara terintegrasi belum mencapai tahap memuaskan, khususnya negara belum
mengenali sepenuhnya warisan asli kebangsaan yang perlu dijaga dan diwarisi untuk
generasi akan datang;
Pengurusan sumber asli (khususnya sumber tidak boleh diperbaharui), seperti
bahan binaan, bahan industri dan mineral ekonomi masih boleh dilaksanakan dengan
memuaskan, terutama dalam konteks untuk meminimumkan impaknya terhadap
degradasi tanah dan kepupusan sumber penting;
Konfliks guna tanah, khususnya pilihan untuk pembangunan dan pemuliharaan
di kawasan sensitif alam sekitar masih menjadi isu kritikal yang menarik perhatian
masyarakat umum. Pertembungan nilai dan kepentingan pertumbuhan ekonomi sering
mengorbankan kawasan sensitif alam sekitar yang kritikal untuk kelestarian
pembangunan;
Pembangunan di kawasan berisiko bencana masih memerlukan perhatian dasar,
perancangan dan pelaksanaan untuk mengurangkan impak kepada masyarakat dan
harta bendanya. Dalam kebanyakan kes, bencana dapat dihindarkan apabila pemaju
peka dan masyarakat menyedari risiko bencana yang mereka sedang hadapi dan
melaksanakan keputusan bijak;
Pembangunan tenaga alternatif, mesra alam dan isu pemuliharaan sumber
tenaga masih perlu diberi perhatian dalam strategi pembangunan tenaga alternatif
negara. Dalam masa terdekat ini, negara akan berdepan krisis tenaga dan ketika itu,
urusan penyelesaian menjadi lebih sukar dan dengan kos sangat tinggi;
Pembangunan dan pemuliharaan sumber air bersih belum mampu ditangani
dengan baik. Krisis air akan menjadi semakin meruncing dan mengundang situasi
darurat. Negara belum mampu memperkenalkan strategi pembangunan dan kawalan
bekalan air bersih yang berpandangan ke hadapan;
Aspek governans dan pengurusan sumber asli, khususnya memberi nilai
ekonomi dan perkhidmatan sumber alam sekitar belum berjaya diterapkan dalam
amalan pentadbiran dan perniagaan. Masyarakat masih melihat sumber ini disediakan
oleh Ilahi untuk kita menggunakannya tanpa batasan. Masyarakat masih belum cukup
keinsafan untuk menghormati sumber alam sekitar;
Hubungan masyarakat tempatan dan sumber asli di sekitarnya masih terbatas.
Memperkasa komuniti tempatan untuk memulihara sumber asli dan menggunakan
secara bijaksana adalah pendekatan terbaik untuk menjamin kelestarian alam sekitar;
dan
Beberapa aspek hubungan manusia dan alam sekitar dalam konteks
kepenggunaan, etika alam sekitar, aspek kitar semula atau guna semula sumber asli
masih memerlukan kesedaran dan iltizam tinggi.


Walaupun banyak usaha dilakukan oleh pihak berkepentingan yang prihatin terhadap
kesihatan alam sekitar, keberkesanan dalam minda, hati dan perbuatan kebanyakan
masyarakat, khususnya golongan peniaga masih terbatas. Urusan harian masyarakat
Malaysia masih memberikan tumpuan kepada prioriti tersendiri: mengumpul harta
kekayaan, membina kesejahteraan keluarga, dan hanya jika diperlukan membantu
memulihara alam sekitar.

Satu masa nanti, apakah ertinya harta yang banyak jika keluarga kita tidak lagi
mempunyai air dan udara bersih, makanan berkhasiat dan sentiasa dilanda pelbagai
penyakit akibat kesihatan alam sekitar yang buruk.

Apabila kami memerhatikan model ekonomi baru, masih terserlah keghairahan untuk
meningkatkan kekayaan negara. Kami mencadangkan model kelestarian untuk
pembangunan negara dan ditekankan keseimbangan antara meningkatkan kekayaan
negara dengan pengukuhan kesejahteraan masyarakat serta kesihatan alam sekitar.

Dengan cara ini, negara membangun seiring dan sejalan bersama warganya dan alam
sekitarnya. Apalah ertinya kekayaan negara saja, apabila kekayaan itu tidak dapat
dinikmati masyarakat dan bangsanya, dan apabila kekayaan berkenaan terhasil dengan
mengorbankan kesihatan alam sekitar asas ketamadunan bangsa.



Punca isu alam sekitar


1.0 Penggunaan Teknologi

Pada masyarakat kini, kehidupan harian manusia amat bergantung kepada
teknologi, teknologi amat membantu manusia dan memberi banyak kemudahan dalam
kehidupan seharian. Contohnya, teknologi dalam bidang pengangkutan. Manusia sekarang tidak
perlu lagi mengambil masa yang panjang untuk berjalan kaki untuk sampai ke satu-satu tempat.
Tetapi, dalam kealpaan manusia memperkenalkan pelbagai teknologi baru, kita lupa bahawa kita
telah mengabaikan satu faktor yang amat penting dalam hidup kita, iaitu alam sekitar. Kemusnahan
alam sekitar semakin meningkat, seiring dengan kemajuan teknologi di muka bumi ini berkembang.
Perkembangan dalam bidang pengangkutan telah memberi banyak kemudahan kepada
kita, tetapi ia juga talah menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Hal ini demikian kerana
kenderaan akan mengeluarkan asap yang mengandungi gas-gas merbahaya seperti karbon
monoksida, karbon dioksida, ozon, serta nitrogendioksida, yang mana kesemua gas-gas ini
dipanggil gas rumah hijau, merupakan faktor utama yang menyumbang ke arah peningkatan
pemanasan global. Pemanasan global berlaku kerana gas-gas ini menyerap radiasi inframerah iaitu
haba diatmosfera. Pemanasan global mempunyai kesan yang sangat besar. Antaranya peningkatan
suhu muka bumi dan meningkatkan purata global aras laut. Keadaan ini terjadi adalah disebabkan
suhu muka bumi yang tinggi menyebabkan ketulan-ketulan ais serta glasier diseluruh bumi mencair.
Di samping itu, peningkatan suhu muka bumi dan juga laut juga akan menjejaskan keseluruhan
rantai makanan ekosistem, dan akhirnya akan menyebabkan populasi burung laut sertaikan yang
memakan plankton turut berkurang.
Selain daripada itu, penggunaan racun dan baja dalam bidang pertanian juga membawa
kesan kepada alam sekitar. Salah satu contohnya ialah penggunaan pestisid dalam bidang
pertanian. Para petani menggunakan pestisid bagi mengelakkan hasil tani mereka musnah dimakan
oleh serangga. Namun, penggunaan pestisid secara berlebihan boleh menyebabkan pencemaran,
disamping mengganggu kitaran makanan dalam sesuatu populasi itu, serta mengakibatkan
kepupusan atau kecacatan sesuatu organisma. Manakala ada juga petani yang menggunakan baja
nitrogen tanpa kawalan. Penemuaan baja nitrogen telah membantu peningkatan hasil tani
disebabkan kadar imunisasi tumbuhan kepada jangkitan disamping membekalkan nutrien tambahan
kepada tumbuhan tersebut. Namun begitu, penggunaan baja nitrogen yang berlebihan ke atas
tanah boleh menyebabkan masalah kualiti air yang mana dalam masa jangka panjang akan
mempengaruhi haiwan akuatik. Amaun nitrat di dalam sistem akuatik adalah terhad, jadi ia
mengehadkan pertumbuhan alga. Apabila hujan turun, ia menghanyutkan sekali baja tersebut ke
dalam sungai serta tasik yang mana merangsang pertumbuhan alga, yang ada antaranya
mengandungi toksik. Apabila algaini mati, ia terurai dan membebaskan toksik tersebut ke seluruh
kawasan tersebut, yang boleh menyebabkan hidupan akuatik lain, termasuk ikan akan mati.
Sebagai kesimpulannya, kehadiran teknologi baru dalam kehidupan harian manusia telah
membawa manfaat, tetapi penggunaan teknologi yang berleluasa turut memberikan banyak kesan
buruk kepada manusia. Teknologi boleh diguna pakai dalam kehidupan kita, namun ia patut
dihadkan supaya tidak menjejaskan alam sekitar dengan teruk dan membawa kesan buruk yang
dan kesan tersebut akan ditanggung oleh generasi masa hadapan.


2.0 Bencana Alam

Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara
dan penduduknya. Bencana alam yang sering dilanda adalah seperti banjir, ribut,
kemarau dan kebakaran hutan. Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan
pembangunan yang pesat dan kemusnahan alam sekitar terutamanya kemusnahan
hutan di negara kita. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap sebagai pelindung atau
penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau, hal ini demikian kerana hutan
mempunyai keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan air dengan baik.
Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong
mudahnya berlaku semua bencana alam ini.
Sebagai contoh ialah tanah runtuh, tanah runtuh berlaku biasanya dikaitkan
dengan pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan serta
aktiviti perlombangan yang tidak dikawal. Hal ini demikian disebabkan aktiviti
perlombongan melibatkan penerbangan pokok dan mengorek permukaan atau
mengserudi permukaan tanah untuk mendapatkan hasil mineral. Kejadian ini akan
menyebabkan tanah hilang perlindungan dan seterusnya menyebabkan kejadian
hakisan tanah dan merosakan stuktur tanah.
Selain daripada itu, banjir atau banjir musim juga merupakan bencana alam yang
diakibatkan oleh pembangunan dan perlombangan yang tidak terancang. Proses
pembandaran merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejadian banjir.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan dipermodenkan, kawasan-
kawasan tanah rendah akan ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit.
Manakala anak-anak sungai juga akan ditimbus untuk dijadiakn tapak bangunan.
Aktiviti-aktiviti sebegini menyebakan anak-anak sungai tidak dapat berfungsi sebagai
kawasan aliran air untuk menakung dan mangalirkan air semasa hujan. Oleh itu apabila
hujan turun, air akan mengalir dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah dan
kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir akan berlaku. Hal
ini akan bertambah serius semasa musim hujan.
Justeru, pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau
dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik
dan tidak membawakan bencana alam kepada kita.


3.0 Politik dan Peperangan

Pada masa Kini, kebanyakan negara akan mencipta dan menggunakan teknologi
yang canggih untuk melindungi negara daripada diserang musuh terutamnya bagi
negara yang menpunyai kemanpuan dari segi ekonomi. Oleh itu, pelbagai bentuk alat
pertahanan daripada senjata dan alat kelengkapan perang turut diciptakan. Dari sudut
keselamatan, ia mungkin membawa kebaikan kepada negara, tetapi jika difikirkan balik
banyak kesan buruk juga akan timbul akibat daripada penggunaan alat canggih hasil
kemajuan sains dan teknologi.
Salah satu contoh pengunaan teknologi yang akan membawa kesan yang serius
kepada manusia ialah penggunaan senjata api. Penggunaan bom atau senjata api
boleh memusnahkan alam sekitar dan pengorbanan nyawa manusia. Penggunaan bom
bukan saja mengakibatkan kematian manusia, tetapi ia juga menbawa kemusnahan
kepada alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam dan menyebabkan
wabak-wabak penyakit merebak, hal ini demikian kerana keadaan persekitaran menjadi
kotor dan tercemar. Salah satu jenis bom yang membawa kerosakan yang besar
kepada alam sekitar ialah bom nuklear, peletusan bom nuklear akan menghasilkan
gelombang letupan, gelombang terma, sinaran gamma dan neutron, luruhan radioaktif,
denyutan elektromagnet dan gangguan-gangguan atmosfera. Penghasilan ini akan
mengakibatkan pencemaran yang dahsyat di mana telaga-telaga minyak diletupkan.
Kebakaran itu akan mengakibatkan pencemaran yang menbawa pelbagai kesan
sampingan kepada industri minyak dan nyawa manusia.
Peletupan Bom Nuklear bukan saja menyebabkan kebakaran yang besar tetapi
ia juga menyebabkan bahan-bahan pepejal yang berada pada jarak yang lebih jauh
menjadi cecair. Selain daripada itu, kesan pencemaran radioaktif juga mengakibatkan
masalah kepada zuriat manusia seperti kecacatan pada generasi yang seterusnya.
Sebagai contohnya ialah serangan nuklear yang berlaku pada Perang Dunia II, iaitu
serangan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap Jepun. Walaupun serangan
nuklear ini telah lama berlalu tapi kesanya masih dirasai dan diingati oleh ahli
masyarakat Jepun.
Kesimpulannya, teknologi boleh memanfaatkan kehidupan manusia, tetapi ia
juga boleh menghapuskan kehidupan manusia serta menjejaskan alam sekitar. Oleh
itu, kita haruslah mempertimbangkan pengunaan teknologi dengan berhati-hati, supaya
tidak disalah gunakan.


4.0 Budaya dan Etika
Budaya dan etika manusia yang tidak bertanggungjawab seperti membuang
sampah dan membakar sampah di merata-rata tempat juga merupakan salah satu
punca yang menyebabkan alam sekitar tercemar.
pada masa kini semakin ramai ahli masyarakat suka memilih untuk membakar
sampah sebagai salah satu cara yang cepat untuk menghapuskan sampah yang
terkumpul. Membakar sampah di merata-rata tempat telah menjadi satu budaya bagi
ahli masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana mereka
rasa ini merupakan cara yang paling senang dan tidak meliputi kos yang tinggi.
Keadaan ini terjadi kerana mereka tidak perlu untuk mengumpulkan sampah dengan
baik untuk menunggu pihak berkuasa datang untuk membersihkannya. Sampah yang
sering dibakar oleh ahli masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini adalah perabot
yang besar atau barang-barang yang susah diluput seperti plastik.
Kelakuan membakar sampah sering berlaku di kawasan luar bandar adalah
disebabkan mereka tidak disedari bahawa membakar sampah amat merbahayakan
kesihatan kita. Hal ini demikian kerana mereka tidak tahu bahawa pembakaran sampah
yang baik akan membutuhkan oksigen yang cukup. Semasa membakar sampah akan
menghabiskan banyak oksigen dan menghasilkan banyak karbon monoksida. Gas
karban monoksida merupakan gas yang berbahaya, ia boleh membunuh manusia
secara masaal. Keadan ini berlaku kerana apabila kita menghirup karbon monoksida ,
hemoglobin darah yang seharusnya mengangkat dan mengedarkan oksigen ke seluruh
tubuh akan terganggu. Dengan itu tubuh badan kita akan mengalami kekurangan
oksigen dan akhirnya akan mengakibatkan kematian.
Sebagai kesimpulannya, ahli masyarakat haruslah melaksanakan
tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan meninggalkan budaya yang tidak baik
ini. Supaya kita dapat hidup dalam kawasan yang lebih selesa dan selamat. Pihak
berkuasa pula haruslah berkuatkuasakan undang-undang untuk mengawal dan
mengatasi masalah pembakaran sampah di merata-rata tempat.

5.0 Penguatkuasaan undang-undang

Sudah pasti langkah yang paling penting dilakukan untuk mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar ialah kerajaan mengetatkan peraturan berkaitan dengan alam
sekitar dengan lebih baik. Di samping itu, hukuman yang berat harus dikenakan kepada
pesalah-pesalah alam sekitar supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang
lain. Kerajaan harus menjalankan satu usaha pemeriksaan yang holistik tanpa
mengecualikan sesiapa jua dalam pemeriksaan ini. Jika kerajaan tegas dalam hal ini,
sudah pasti masalah ini mampu diselesaikan dengan mudah.
Malahan, kempen kesedaran terutama kepada generasi muda harus
dilaksanakan. Kempen yang dijalankan itu haruslah sesuai dengan minat dan diri
remaja kerana merekalah yang bakal menghuni negara ini serta mampu menyelesaikan
masalah ini. Kempen yang dijalankan secara terancang mampu menghasilkan satu
generasi masyarakat yang menghargai alamnya lebih baik daripada generasi terdahulu.
Jelaslah, kempen yang berkesan mampu menangani isu-isu alam sekitar yang telah
berlaku di masyarakat kita dengan berkesan.

Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap
masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap alam bukan tanggungjawab mereka
telah menyebabkan masalah ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin
kita semua lupa bahawa setiap kali bencana alam melanda negara ini setiap kali itulah
ada nyawa manusia yang melayang.

Anda mungkin juga menyukai