Anda di halaman 1dari 3

KES DENGGI

Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan


ancaman yang membimbangkan negara kerana kita masih gagal membanteras
masalah ini pada akar umbinya. Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak
berguna . Peribahasa ini sesuai digunakan untuk menyedarkan orang ramai tentang
bahayanya penyakit demam Denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes . Namun,
masyarakat sekarang memandang remeh tentang perkara sebegini. Nyamuk Aedes
ialah binatang yang membawa satu virus atau penyakit yang sememangnya tidak ada
penawar yang dapat menyembuhkanya . Sebagai contoh salah satu demam denggi
yang sering dikaitkan dengan kematian ialah Demam denggi berdarah . Seperti kata
pepatah bahawa mencegah lebih baik daripada merawat . Oleh itu , terdapat pelbagai
langkah yang patut diambil untuk mencegah penyakit ini daripada merebak .

Pertama sekali, kita mestilah menghayati nilai bertanggungjawab. Setiap keluarga


seharusnya bertanggungjawab terhadap kebersihan di dalam dan persekitaran rumah
mereka masing-masing. Di antara cara untuk membasmi nyamuk Aedes ialah dengan
memastikan tiada takungan air yang boleh membiakkan nyamuk. Tempat-tempat
seperti di dalam tempayan, pasu-pasu bunga, dan kolam mandi menjadi tempat biasa
bagi nyamuk membiak dengan cepat. Kita perlu menunjukkan sikap prihatin dengan
memastikan nyamuk tidak membiak di dalam tempat-tempat ini dengan menyalinkan
airnya pada setiap minggu dan dibasuh sehingga bersih untuk memusnahkan telur
nyamuk. Pegawai-pegawai dari Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian
Kesihatan pula harus melaksanakan tanggungjawab dengan mengadakan
pemeriksaan secara berkala, di tempat pembiakan jentik-jentik aedes di premis-
premis seperti pejabat, kilang, kedai-kedai, serta kawasan perumahan. Ini adalah cara
terbaik bagi mengingatkan anggota masyarakat yang lalai akan tanggungjawab
mereka.

Seterusnya, kita mestilah mengamalkan nilai rasional dalam kehidupan. Kita perlu
mempunyai keupayaan untuk berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan
dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. Keupayaan ini akan
mengelakkan kita membuang sampah merata-rata mengikut sesuka hati. Ada juga
ahli masyarakat yang membuang sampah di dalam longkang yang berdekatan kerana
tidak mahu menyusahkan diri berjalan sehingga ke tempat pembuangan sampah yang
dikhaskan. Akibatnya, longkang yang tersumbat akan menyebabkan takungan air
yang menjadi tempat kegemaran nyamuk untuk bertelur. Manusia yang berfikiran
rasional akan bersedia menerima teguran dan tidak akan melakukan perkara-perkara
yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat sekeliling.

Selain itu, nilai tanggungjawab terhadap keluarga juga penting dihayati sekiranya
kita berhasrat untuk membendung Denggi. Di sini, ibu bapa haruslah melaksanakan
kewajipan mereka dalam mendidik anak-anak akan kepentingan kebersihan. Pepatah
Melayu ada mengatakan hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak
perlu diajar cara terbaik untuk menguruskan sampah di rumah dan juga cara terbaik
untuk membuangnya. Aktiviti kitar semula juga boleh digalakkan supaya tin-tin dan
bekas plastik kosong yang boleh menakung air, tidak dibuang sewenang-wenangnya.
Ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam mengutamakan
kebersihan kerana sikap ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak. Usahlah kita lupa
bahawa, bapa borek anak rintik.

Sementara itu, amalan nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
juga akan membolehkan kita mengatasi masalah nyamuk Aedes. Kita mestilah
sentiasa memastikan wujudnya hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam
sekitar supaya kualiti kehidupan kita dan alam sekitar terpelihara. Penghayatan nilai
murni ini akan menggerakkan kita menguruskan sampah secara terancang serta
melibatkan diri dalam Program Kitar Semula. Amalan melonggokkan sampah di
penjuru kawasan perumahan ataupun membuang sisa-sisa makanan ke dalam
longkang juga dapat dibendung.

Akhir sekali, kita juga mesti mengamalkan nilai hidup bersama secara aman. Kita
perlu mengutamakan keharmonian dan kedamaian hidup tanpa menuding jari kepada
mana-mana pihak yang disyaki mengotorkan persekitaran tempat tinggal kita. Cara
terbaik adalah dengan memastikan semua penghuni melibatkan diri dalam aktiviti
gotong-royong di kawasan perumahan masing-masing. Wabak denggi di kawasan
perumahan biasanya mempunyai satu ciri yang sama – tahap kebersihan yang kurang
memuaskan. Di kawasan perumahan begini boleh dilihat botol-botol plastik
bertaburan, tayar lama terbiar di persimpangan, serta bauan yang tidak
menyenangkan dari longkang-longkang yang tersumbat. Aktiviti gotong-royong boleh
menguatkan hubungan silturahim antara penduduk serta memastikan kawasan
kediaman bersih dan bebas daripada Aedes. Kesimpulannya, sekiranya setiap
anggota masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing, masalah nyamuk Aedes
yang boleh membawa maut ini dapat dihapuskan.

Anda mungkin juga menyukai