Anda di halaman 1dari 11

HUTAN DAN KEGUNAAN

PREMILA ANNAMALAI

Isi Kandungan

1.Pendahuluan

2.Kegunaan Hutan

 Habitat Flora dan Fauna


 Pembekal makanan
 Pembekal ubat-ubatan
 Pembekal bahan mentah
 Tempat rekreasi
 Sumber penyelidikan
 Pertanian,penternakan dan petempatan
 Sumber pendapatan
 Mengawal pencemaran udara dan edaran gas
 Aktiviti pembangunan
 Mengawal banjir,hakisan tanah dan tanah runtuh
 Memerangkap nutrien,sedimen dan bahan-bahan toksik
 Pengimbang kitaran air
 Pengawal iklim

3.Kesimpulan

4.Rujukan

Pendahuluan

Hutan di seluruh dunia adalah sebahagian daripada ekosistem


global yang menampung serta memperkayakan kehidupan
manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks
yang melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuhan dan fauna.
Manusia juga adalah sebahagian daripada ekosistem yang
kompleks ini. Hutan yang terdapat di seluruh dunia dapat
diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hutan
hujan tropika, hutan bakau, hutan pokok tirus, hutan pokok
daun luruh dan sebagainya. Di Malaysia, kira-kira 77.2%
daripada luas keseluruhan Malaysia adalah terdiri daripada
pelbagai jenis hutan. Hutan ini banyak terdapat di Sabah dan
Sarawak. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan hutan dapat
dijumpai di Pahang (37.6%), Kelantan (15%), Perak (14.4%) dan
Terengganu (37.6%). Sebahagian besar daripada hutan di
Malaysia adalah hutan hujan tropika. Disamping itu terdapat
juga hutan-hutan lain seperti hutan bakau. Hutan merupakan
satu sumber alam yang amat penting kepada kehidupan
manusia. Sebenarnya hutan banyak menyumbangkan kebaikan
kepada manusia malah mereka tidak akan hidup sempurna
tanpa wujudnya hutan. Ini kerana hutan mempunyai
kepentingan yang tersendiri.

Kegunaan Hutan

 Habitat flora dan fauna

Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai


jenis hidupan liar dan burung-burung serta spesis tumbuhan
yang berharga di hutan. Contohnya, hutan hujan tropika
Malaysia mempunyai 14 500 spesis dimana 6 000 spesis
berpotensi menjadi sumber perhutanan. Hutan juga menjadi
habitat kepada 600 spesis burung, 800 spesis tumbuh-
tumbuhanan, 200 spesis binatang liar, 210 spesis mamalia, 150
spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan sejumlah
besar spesis serangga serta hidupan liar. Selain daripada hutan
hujan tropika,hutan bakau juga merupakan satu ekosistem
yang dinamik dan didiami oleh pelbagai jenis haiwan.Struktur
akar di atas tanah dan pneumatofor yang ada pada pokok bakau
memberi perlindungan pada ikan, udang dan ketam. Struktur
ini juga menyediakan sub-strata untuk siput, tiram dan teritip.

 Pembekal makanan

Hutan juga berfungsi sebagai pembekal makanan kepada


haiwan sepanjang tahun. Di hutan hujan tropika sentiasa
terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun dan kacang
untuk dimakan oleh haiwan.Tetapi kebanyakannya hanya
didapati pada pokok-pokok yang tinggi. Kebanyakan haiwan ini
mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan makanan
mereka. Umpamanya, burung toucan dan burung enggang
menggunakan paruhnya yang panjang untuk mendapatkan
buah-buahan yang terdapat pada ranting yang kecil. ‘Humming
Bird’ sejenis burung kecil berupaya mengimbangkan badan di
udara sewaktu menghisap madu daripada bunga dengan
menggunakan paruhnya yang panjang.

Hutan bakau juga tidak berkecuali dalam hal ini. Tumbuh-


tumbuhan renek yang terdapat di hutan bakau boleh digunakan
sebagai makanan haiwan ternakan. Kambing dan lembu
menggemarinya kerana keadaan daunnya yang bergaram.
Daging dari Moluska yang dijumpai di hutan bakau
sepertiTelescopium telescopium digunakan sebagai umpan
menangkap ikan. Selain daripada haiwan, hutan bakau juga
menghasilkan makanan kepada manusia. Daun, pucuk, buah-
buahan dan biji benih adalah antara bahan-bahan yang
digunakan oleh manusia yang diambil dari hutan bakau.
Contohnya, pucuk daun pokok bakau (Rhizhopora sp.) boleh
dimakan sebagai sayur, sementara kekacang boleh dimakan.
Buah daripada pokok perapat (Sonneratia sp.)digunakan dalam
pembuatan bahan minuman, sementara bahagian sap pokok
nipah (Nypa fruticans) digunakan dalam penghasilan cuka dan
nira.

 Pembekal ubat-ubatan

Hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna


kepada manusia dalam mengatasi pelbagai penyakit. Hutan
bakau memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan
herba-herba ubat. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan
untuk merawat keretakan tulang, mengubati ceret-beret dan
boleh juga memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula,
kulit pokok Tumu / Berus (Bruguiera sp.) biasanya dihancurkan
untuk mendemah bahagian luka dan cecair dari buah pokok
Perapat (Sonneratia sp.) juga boleh digunakan pendarahan
akibat dari buasir. Bahagian batang Avicennia
alba danAvicennia officinalis (api-api kulat) juga diketahui boleh
mengubati beberapa jenis penyakit. Minyak yang diekstrak dari
biji benih pokok-pokok bakau seperti pokok nyireh (Xylocarpus
sp.) boleh digunakan sebagai bahan perubatan , bahan bakar
dan juga ramuan minyak rambut.

 Pembekal bahan mentah


Hutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi
kegunaan beberapa industri desa. Contohnya, rotan digunakan
dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk
menghasilkan tikar, bakul .Sementara itu, kayu bakau
digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk
dalam pembinaan. Hasil hutan bakau seperti daun- daun nipah
yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam
penganyaman tikar, atap dan bakul. Pneumatofor pokok Perapat
(Sonnerotia sp.) yang telap air dan lembut digunakan dalam
pembuatan dan hasil ukiran kayu.

 Tempat Rekreasi

Hutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi. Kebanyakan


kawasan hutan kini mula dijadikan sebagai kawasan-kawasan
rekreasi yang terpelihara dan memperolehi keuntungan yang
besar. Di Malaysia, misalnya terdapat beberapa buah taman
negara yang menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan
luar negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi.
Contohnya Taman Negara di Pahang. Air terjun dan sungai yang
jernih di kawasan hutan amatlah indah, ia dapat memberi
ketenangan dan kegembiraan kepada orang ramai yang ingin
berkhemah. Keadaan unik, nyaman dan indah di persekitaran
hutan bakau juga merupakan satu pilihan yang baik bagi
mereka yang ingin menghilangkan ketegangan. Keindahan
rangkaian lorong-lorong di hutan bakau yang merangkumi
sungai utama dan anak-anak sungai serta pelbagai jenis
hidupan liar merupakan objek yang menarik bagi peminat
fotografi, pemerhati burung atau sesiapa sahaja yang ingin
berehat dan menghargai keindahan bumi Malaysia.

 Sumber penyelidikan

Hutan juga merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi


yang amat bernilai. Hutan adalah makmal semulajadi kepada
semua pihak. Hutan dapat mengajar kita serta meningkatkan
pengetahuan dalam bidang botani, zoologi, kimia, geografi,
perubatan dan bidang-bidang kajian yang lebih khusus. Hutan
memberikan pelbagai jenis maklumat yang berguna kepada
manusia dalam mengenalpasti akan arah perkembangan
ekosistem hutan berkenaan dan mengkaji asal kejadian serta
perubahan-perubahan yang dialami oleh sesuatu kawasan
hutan. Memandangkan hutan bakau adalah satu ekosistem
pinggir pantai dan muara sungai di kawasan tropika yang telah
berkembang dari dahulu lagi, maka ianya boleh dijadikan
sebagai sumber rujukan untuk proses pembentukan dan
perkembangan geografi serta ekologi pada masa dahulu dan
juga sekarang. Contohnya, kajian keatas sampel tanah di hutan
bakau boleh meningkatkan kefahaman seseorang mengenai
jenis topografi, corak pemendapan, lingkupan pasang-surut dan
juga perubahan aras laut bagi jangkamasa yang panjang.
Maklumat-maklumat ini sangat berguna supaya generasi akan
datang dapat memahami serta menilai hutan sebagai satu
sumber yang penting untuk kehidupan manusia.

 Pertanian, penternakan dan petempatan

Hutan juga diterokai untuk pelbagai kegunaan seperti


pertanian, penternakan dan petempatan. Di Malaysia, didapati
banyak kawasan hutan telah dibuka untuk dijadikan kawasan
penanaman getah, kelapa sawit, koko ataupun jenis tanaman
lain. Ini telah mewujudkan peluang pekerjaan dan
mempelbagaikan tanaman pertanian. Penerokaan tanah-tanah
baru yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan juga telah
meningkat sejak awal tahun 1960-an lagi. Untuk tujuan ini
didapati kira-kira 305 000 hektar tanah hutan telah dibuka
secara purata setiap lima tahun antara tahun 1965-1980.
Menurut Loparan Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990), hutan
seluas 417 570 hektar telah dimajukan untuk tujuan pertanian
disepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-4. Tugas
pembukaan hutan ini dipikul oleh agensi-agensi kerajaan di
peringkat persekutuan dan negeri.

Agensi-Agensi Kerajaan Luas (hektar)

JENGKA 121 500

KETENGAH 441 450


DARA 1 012 500

KEJORA 303 750

KESEDAR 1 174 500

Jadual: Agensi-agensi yang terlibat dalam pembukaan hutan di


Malaysia

FELDA dan FELCRA telah membuka kawasan seluas kira-kira 3


000 000 hektar hingga tahun 1990 bagi ditanami getah dan
kelapa sawit.Disamping itu , para peneroka juga ditempatkan di
kawasan tersebut.Sehingga kini hampir 100 000 keluarga telah
ditempatkan di seluruh rancangan petempatan di seluruh
negara. Beberapa negara Asia dan Amerika Utara turut
meneroka hutan bagi aktiviti petanian, penternakan dan
petempatan seperti di China, Jepun, Korea dan Amerika
Syarikat.

 Sumber Pendapatan

Hutan juga memberi sumber pendapatan kepada negara.


melalui aktiviti pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di hutan
adalah amat bernilai dan digunakan dalam beberapa bidang
yang menguntungan. Asia Tenggara merupakan pengeluar
utama kayu-kayan tropika dunia. Aktiviti pembalakan giat
dijalankan di Malaysia, Indonesia, Negara Thai, Myanmar dan
Filipina. Di Malaysia, hasil pendapatan dari aktiviti pembalakan
telah meningkat dalam jangka masa 10 tahun. Ini dapat dibuktikan
oleh jadual berikut:

Tahun Hasil (m3) Pendapatan


(RMJuta)

1980 27.9 2500.0

1990 40.0 4200.0


Jadual: Pendapatan dari hasil pembalakan di Malaysia pada
tahun 1980 dan 1990.

Pada tahun 1991 kayu balak merupakan eksport ke-3 penting


dan menghasilkan 7.2% daripada jumlah eksport negara.
Malaysia mengeksport kayu balak dalam bentuk kayu gergaji,
papan lapis dan venir. Negara-negara yang mengimport kayu
balak dari Malaysia ialah United Kingdom, Singapura, Jepun
dan lain-lain negara.

Selain itu pembalakan juga merupakan kegiatan ekonomi yang


penting di Kanada. Hampir 45% atau 3.9 juta km3 daripada
jumlah keluasan Kanada masih diliputi hutan dan 2.4 juta
km3 daripada merupakan hutan-hutan produktif iaitu hutan
pokok tirus, hutan pokok daun luruh dan hutan campur hawa
sederhana. Hutan pokok tirus menghasilkan kayu lembut
seperti Balsam fir, Sprus, Hemlock dan Pain Putih. Kayu lembut
ini digunakan untuk membuat palpa dan kertas. Hutan pokok
daun luruh dan hutan pokok hawa sederhana menghasilkan
kayu keras seperti Beech dan Maple yang digunakan dalam
industri pembinaan. Kanada memperolehi pendapatan yang
lumayan dalam kegiatan pembalakan.

Pembalakan juga dijalankan di kawasan hutan bakau. Kayu


yang diperolehi dari hutan bakau digunakan untuk pembinaan
rumah, perangkap ikan, rangka-rangka bangunan dan hasil
kraftangan. Memandangkan kayu balak boleh tahan lama dalam
air, ianya sesuai digunakan dalam pembuatan bot, alat-alat
menangkap ikan dan juga pengayuh sampan. Kayu bakau
terutamanya dari spesis Rhizophora dan Abicinnia merupakan
bahan bakar utama untuk kegunaan di rumah dan juga
kegiatan perindustrian. Kebiasaannya kayu bakau dipanaskan
selama 30 hari untuk menghasilkan arang. Arang yang
dihasilkan dari Rhizophora terkenal kerana mempunyai kualiti
yang tinggi. Kayu dari pokok bakau mengandungi tanin yang
tinggi dan secara semulajadi kayu-kayu ini terlindung dari
serangan serangga. Kulit dari beberapa jenis spesis kayu bakau
digunakan untuk penghasilan tanin dan bahan pelekat untuk
pembuatan plastik. Tanin yang dihasilkan daripada Rhizophora
dan Tengar ( Ceriops tagal ) digunakan untuk mencelip jaring
dan kain layar bagi meningkatkan ketahanannya. Kajian yang
dijalankan di Hutan Simpan Paya Bakau Matang, Perak telah
membuktikan bahawa setiap satu hektar pokok bakau yang
diuruskan dengan baik dan mempunyai pusingan tebangan
selama 30 tahun dapat menghasilkan pulangan ekonomi yang
lebih tinggi jika dibandingkan dengan hutan darat.

 Mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran


gas

Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengurangkan


pencemaran udara dan mengawal edaran gas oksigen dan
karbon dioksida. Gas oksigen adalah penting untuk sistem
penafasan manusia, sementara gas karbon dioksida pula dalam
jumlah yang banyak boleh membunuh kehidupan manusia. Bagi
tumbuhan, gas karbon dioksida adalah diperlukan sebagai alat
untuk memproses makanannya. Dalam proses membuat
makanan ini tumbuhan hijau akan menyerap gas karbon
dioksida dan melepaskan gas oksigen sebagai hasil sampingan
daripada proses itu. Dengan adanya tumbuhan hijau maka
keseimbangan kedua-kedua gas dalam udara akan dapat
dikekalkan. Ada kajian yang menunjukan bahawa sehektar
hutan berkemampuan untuk menyerap semua gas karbon
dioksida yang dilepaskan oleh 29 buah kereta.Oleh itu, pohon-
pohon adalah penting sebagai alat untuk mengurangkan kadar
pencemaran udara yang terjadi pada setiap hari.

 Aktiviti pembangunan

Selain daripada aktiviti pertanian, hutan juga diterokai untuk


aktiviti pembangunan. Hutan diterokai untuk membina
kawasan perumahan, mewujudkan bandar-bandar ke pinggir
pantai, membina lebuhraya dan sebagainya. Bandar Baru Bangi
dan Bandar Baru Wangsa Maju adalah bandar-bandar yang
diwujudkan atas hutan yang diterokai. Lebuhraya Karak-Kuala
Lumpur dan Lebuhraya Timur-Barat banyak melibatkan
kawasan hutan yang diterangkan.

 Mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh

Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengawal banjir,


hakisan tanah dan tanah runtuh. Air terutamanya air laut, di
dalam edaran akan naik ke udara setelah dipanaskan oleh
cahaya matahari. Air yang di dalam bentuk wap ini akan
mencurahkan hujan apabila pergerakannya dihalang oleh tanah
tinggi. Daun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air
ke permukaan tanah dan akan mengurangkan kesan hakisan
tanah. Akar-akar pokok di dalam hutan yang terdapat di tanah-
tanah tinggi tersebut juga akan mengikat dan menahan
sebahagian daripada air hujan itu daripada mengalir deras
turun ke tanah rendah dan ini boleh menghalang daripada
tanah runtuh.

 Memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan


toksik

Hutan juga berfungsi dalam memerangkap nutrien, sedimen dan


bahan-bahan toksik. Dalam hal ini hutan bakau memainkan
peranan yang penting. Hutan bakau menyimpan, mengumpul
dan mengitar semula bahan-bahan nutrien sejajar dengan
pasang surutnya air. Disamping itu, pokok bakau boleh
mengeluarkan bahan-bahan toksil melalui proses penapisan
semulajadi. Bahan-bahan nutrien digunakan oleh pokok bakau
untuk membina tisu-tisu semasa ia membesar. Keadaan
persekitaran pokok bakau dapat menukarkan nutrien-nutrien
ini kepada bahan organik yang kompleks. Nutrien yang
berlebihan akan dikeluarkan daripada air dan ini
mempertingkatkan kualiti air yang mengaliri kawasan hutan
bakau dan memasuki kawasan laut. Bahan-bahan organik yang
kompleks sama ada dalam bentuk daun atau kayu menjadi
sumber makanan penting bagi serangga dan haiwan-haiwan
yang hidup di hutan bakau. Pokok bakau juga boleh
memerangkap sedimen dan bahan-bahan toksik. Pokok bakau
memerangkap sedimen-sedimen ini melaui akar-akarnya
terutama pada masa berlakunya ombak. Akar-akar ini
memerangkap sedimen dan memendapkannya. Dengan itu,
jumlah sedimen yang meninggalkan kawasan hutan bakau
adalah berkurangan jika dibandingkan dengan sedimen yang
memasuki kawasan ini. Disamping itu juga bahan-bahan toksik
seperti racun perosak dan sisa buangan domestik serta
perindustrian yang kebanyakannya terlekat kepada sedimen
yang mendap, turut terperangkap.
 Pengimbang kitaran air

Hutan juga bertindak sebagai pengimbang kitaran air di


atmosfera. Hutan dapat mengawal keseimbangan kitaran air di
atmosfera daripada menyerap atau tersejat dengan cepat.
Lapisan hutan yang padat mengekalkan air hujan yang turun
dalam masa yang lama. Hutan yang tebal di kawasan tropika
dapat mengekalkan kelembapan yang tinggi sepanjang masa.
Oleh itu dapat dikatakan bahawa hutan terutamanya hutan
hujan tropika dapat sangat diperlukan agar kitaran air di
atmosfera seimbangan dan kekal. Inilah sebabnya kita dapati
bahawa kawasan-kawasan tadahan air terdapat di persekitaran
yang dilitupi oleh hutan. Laporan Bangsa-Bangsa Bersatu
menyatakan bahawa hutan hujan tropika mengawal dan
mengatur air di suatu lembangan saliran yang luas sehingga
dapat membantu hampir 1 billion petani di seluruh dunia.

 Pengawal iklim

Hutan juga bertindak sebagai pengawal iklim. Ketebalan hutan


yang terdapat di sesuatu kawasan mempengaruhi ciri-ciri iklim
kawasan berkenaan. Kawasan tropika misalnya mempunyai
hutan tebal serta terdiri daripada beberapa lapisan yang
berlainan kepentingannya. Lapisan yang berlainan ini dapat
mengawal jumlah kehilangan air dari permukaan hutan melalui
proses sejatan seterusnya menstabilkan kelembapan. Dengan
cara ini, hutan sentiasa mempunyai iklim mikronya tersendiri
dan fauna yang cantik, menarik serta unik. Disamping itu,
hutan juga dapat mengawal jumlah karpasan. Dengan ini
jumlah hujan yang turun di sesuatu kawasan secara tidak
langsung dipengaruhi ole sifat-sifat hutan di kawasan tersebut.

Kesimpulan

Daripada apa yang telah dibincangkan di atas maka kita dapati


bahawa hutan merupakan satu sumber alam yang amat penting
bagi kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, sumber ini
telah dieksploitasikan dengan sewenang-wenangnya sehinnga
manusia menghadapi masalah kepupusan sumber hutan.
Sejajar itu, langkah-langkah pemeliharaan yang sewajarnya
perlu diambil untuk menjamin peranannya yang berterusan di
bumi kita.

Anda mungkin juga menyukai