Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim

yang arif lagi adil, para guru dan rakan taulan sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan

sebuah syarahan yang bertajuk “Kepentingan Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid”.

Hadirin sekalian,

Pentingnya penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid adalah kerana pada zaman millenium

ini, bahasa tersebut telah menjadi ‘lingua franca’ dunia. Malaysia pula telah terkenal sebagai pusat

pelancongan sama ada di Semenanjung Malaysia mahupun Sabah dan Sarawak. Oleh itu, tidak hairanlah jika

ramai pelancong asing yang berkunjung ke negara kita setiap tahun kerana banyak tempat menarik yang boleh

dilawati seperti Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah, Kuala Lumpur dan pulau-pulau yang indah nian di sini.

Pada ketika ini, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting sebagai bahasa perantaraan dengan pelancong. Jika

kita tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan mereka, tidak mustahil jika rakyat Malaysia

dilabel sebagai ‘kera sumbang’ oleh mereka. Sebagai pelajar kita mestilah boleh bertutur dalam Bahasa

Inggeris kerana ibu bapa kita mungkin tidak terlalu terdedah untuk mempelajarinya agar dapat membantu

pelancong-pelancong asing tersebut.

Selain itu, bahasa ini dapat memudahkan seseorang yang ingin melanjutkan pelajaran ke ‘menara

gading’. Dasawarsa ini, boleh dikatakan semua buku dan bahan rujukan di universiti dalam atau luar negara

menggunakan Bahasa Inggeris. ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Oleh hal yang demikian, semasa

menjadi seorang pelajar inilah masa yang tepat untuk mempelajari bahasa ini dan menguasainya supaya

apabila menjadi mahasiswa atau mahasiswi nanti tidaklah kita terkial-kial untuk memahami bahasa tersebut.

Lebih-lebih lagi, jika belajar di luar negara yang memerlukan kita berkomunikasi dalam bahasa ini

sepenuhnya.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Di samping itu, Bahasa Inggeris ialah bahasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pada zaman

atom ini, kebanyakan telefon bimbit, komputer dan komputer riba menggunakan perisian atau software dalam

Bahasa Inggeris kerana bahasa ini ialah bahasa antarabangsa. Laman-laman sesawang seperti ‘yahoo’ dan

‘google’ juga menggunakan bahasa ini sebagai bahasa utama. Pencipta dan pengasas ICT ini seperti Bill Gates

pencipta Microsoft, Tim Berners Lee pencipta laman sesawang (WWW), Steve Jobs pencipta gajet syarikat

apple dan Mark Zukenberg pengasas facebook berasal dari negara-negara Eropah. Maka mereka menggunakan

Bahasa Inggeris dalam sesuatu penciptaan. Dewasa ini, sebagai pelajar kita banyak menggunakan ICT dalam

pembelajaran. Oleh hal yang demikian, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting.

Penguasaan Bahasa Inggeris juga penting untuk melincinkan urusan dalam pekerjaan atau perniagaan.

Banyak syarikat swasta mahupun kerajaan yang meletakkan syarat kepada para pekerja untuk menguasai

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau lain-lain. Pelabur-pelabur asing akan datang mencurah-curah ke

Malaysia dan mendirikan kilang atau industri atau menjadi rakan kongsi dengan syarikat-syarikat tersebut.

Justeru, hanya Bahasa Inggeris yang mampu menjadi wahana komunikasi.

Tuntasnya, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid sangat penting untuk masa depan yang

cerah. Namun begitu, tidak bermakna kita menjatuhkan martabat ‘bahasa ibunda’ kita sebagai bahasa

kebangsaan di negara kita yang tercinta ini tetapi untuk membolehkan Malaysia mengorak langkah mencapai

wawasan 2020.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai