Anda di halaman 1dari 4

LANGKAH-LAGKAH MENGATASI JEREBU

Oleh: Tan Hui Lian

Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah


pencemaran udara iaitu jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa
buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas
akibat jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah di beberpa
daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga
ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula. Paling
membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn
mendadak. Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah
yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita?

Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan


pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan.
Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang
canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di
samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak
atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan
pertanian.

Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk


mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas
menambahkan karbn dioksida, karbn monoksida dan sebagainya yang
menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan
kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan
yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan


awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi
yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan
Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan
khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan


menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti

kawasan yang bermaslah dan mengambil tindakan susulan untuk


mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari
semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada
pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama


antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk
menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi
perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian
saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah


bersinergi dan berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di
Malaysia, bagai aur dengan tebing. Sekiranya masalah ini dipandang
enteng, nyawa modal insan negara kita akan menjadi seperti telur di
hujung tanduk. Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak diatasi
dengan segera, lama-kelamaan efek buruknya akan menjadi berpanjangan
dan berkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan ketika itu kita akan
berasa menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna lagi.

Karangan 16 - Kesan-kesan Negatif Jerebu


Fenomena jerebu yang melanda negara kita telah mendatangkan pelbagai kesan
buruk.
Bincangkan kesan-kesan nagatif maslah jerebu kepada masyarakat dan negara.

Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif


terutama terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita. Antaranya ialah, jerebu
boleh menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh
menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan
penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Hal ini berlaku kerana jerebu
menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Oleh itu
bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem
pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima
rawatan di hospital atau di klinik.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan
ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu
berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Hal ini amat menakutkan
kerana risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau
kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Keadaan ini amat membahayakan
keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta
benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.

Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah


jerebu. Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau
membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Contohnya, di
kawasan-kawasan yang dilanda jerebu, banyak sekolah terpaksa ditutup demi
menjamin kesihatan pelajar. Program-program dan acara luar seperti sukan,
dibatalkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah mengganggu
aktiviti harian masyarakat di negara kita.
Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara
turut terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan
yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan
pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerjapekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian
terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara
waktu.

Selimut jerebu pula biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan
yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan
yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan
tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus
mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem
hutan dan ekosistem muara.
Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih
serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu.
Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti
Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat
jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing
tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana
bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia.
Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi
menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam
mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah
jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah
jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang.

Anda mungkin juga menyukai