Anda di halaman 1dari 11

STPM 2013

EKONOMI
Penetapan gaji minimum perlu dilakukan
untuk memastikan golongan pekerja
memperoleh pendapatan yang
setimpal.Bincangkan kebaikan penetapan gaji
minimum. [5-0]

Penetapan gaji minimum perlu dilakukan untuk


memastikan golongan pekerja memperoleh
pendapatan yang setimpal.Terdapat banyak
kebaikan yang diperolehi jika penetapan gaji
minimum ini dilaksanakan.
Antara kebaikan yang diperolehi adalah dapat
menghalang ekploitasi. Hal ini membolehkan
nasib pekerja , terutama pekerja baju kolar akan
lebih terjamin kerana mereka mempunyai gaji
asas yang lebih baik.Oleh itu , gaji berpadanan
dapat dilakukan.Kewangan pekerja juga akan
lebih stabil.
Selain itu , taraf hidup masyarakat juga dapat
ditingkatkan.Sebagai contoh , jumlah penduduk
miskin tegar dapat dikurangkan .Hal ini secara
tidak langsung dapat mengelakkan masyarakat
daripada menjadi penganggur.Kos sara hidup
masyarakat juga akan lebih terjamin.
Berikutnya , dapat mengurangkan masalah
sosial.Dengan pendapatan yang terjamin,
masalah-masalah sosial seperti rompakan , rasuah
dan krisis rumah tangga dapat dikurangkan.Hal ini
kerana pekerja dapat memenuhi keperluan hidup
dengan pendapatan yang diberikan tanpa
melakukan sebarang kegiatan yang menyalahi
undang-undang.
Seterusnya , dapat mengatasi masalah
kekurangan tenaga kerja tempatan.Hal ini boleh
menimbulkan minat seseorang untuk bekerja
dalam bidang sektor tertentu.Contohnya , dalam
bidang sektor kawalan keselamatan dan
perladangan . Hal ini kerana gaji yang ditawarkan
pada permulaan lebih memuaskan.Oleh itu ,
pengganguran dan jumlah pekerja asing yang
berleluasa dapat dikurangkan.
Akhir sekali, dapat mengekalkan kesetiaan
pekerja terhadap sesuatu tempat kerja.Hal ini
membolehkan hubungan pekerja dan majikan
dapat ditingkatkan.Dengan ini , dapat
mengurangkan perpindahan pekerja atas faktor-
faktor tertentu. Perkara ini juga dapat
mendatangkan faedah yang banyak kepada
majikan kerana adaya pekerja-pekerja yang
konsisten dan inovatif. Oleh itu , syarikat akan
lebih maju dan berkembang pesat .
Kesimpulannya , pihak atasan perlu
memastikan penetapan gaji dilaksanakan dengan
adil dan lancar agar dapat memastikan
pendapatan rakyat naik secara berkala setimpal
dengan kenaikan kos sara hidup.
SOSIAL DAN BUDAYA

Warisan budaya yang dimiliki masyarakat


mempunyai kepentingan sendiri. Oleh itu ,
langkah-langkah bagi memastikan warisan
budaya terus wujud perlu diambil.
Bincangkan. [2+3]

Warisan budaya ialah peninggalan artifak


fizikal dan ciri tidak ketara sesebuah kelompok
atau masyarakat yang diwarisi daripada generasi
terdahulu,pada masa kini serta dipelihara untuk
generasi akan datang.Terdapat pelbagai
kepentingan warisan budaya yang dimiliki
masyarakat dan langkah-langkah bagi memastikan
warisan budaya tersebut untuk terus wujud.
Kepentingan yang diperoleh daripada warisan
budaya adalah kepentingan budaya
tradisional.Kepentingan budaya tradisional ini
akan menjadi warisan untuk generasi akan
datang.Hal ini kerana generasi muda perlu
mengetahui mengenai sejarah, asal usul dan nilai
masyarakat terdahulu. Jatuh bangun susur galur
masyarakat dan tokoh yang terdahulu dapat
dijadikan pengajaran untuk masyarakat pada masa
kini.
Selain itu , kepentingan budaya tradisional ini
juga mampu menjana pendapatan negara dan
individu.Sebagai contoh, dapat menarik perhatian
pelancong dari negara luar.Hal ini kerana budaya
tradisional tersebut unik dan tidak dapat di tempat
lain.Di samping itu, penjual barangan tradisional
seperti kraftangan dapat memperolehi sumber
pendapatan melalui penjualan sama ada dibuka di
kedai atau melalui atas talian.
Berikutnya , langkah-langkah bagi memastikan
warisan budaya tersebut untuk terus wujud adalah
dengan mendedahkan masyarakat kepada pelbagai
warisan.Pendedahan ini boleh dilakukan melalui
kempen, pameran budaya, promosi dan
ceramah.Selain itu, pertandingan kebudayaan
seperti tarian, gasing dan sepak takraw turut boleh
dilakukan dengan melibatkan semua masyarakat
tanpa mengira kaum.Akhir sekali, memberi
pendedahan melalui media massa sama ada media
cetak dan media elektronik perlu membuat
dokumentari mengenai warisan budaya sebagai
tatapan generasi akan datang Tak diragukan juga
media massa menjadi platform utama bagi semua
masyarakat dalam mengetahui isu semasa.
Mendidik masyarakat merupakan langkah
seterusnya yang boleh dilakukan dalam
memastikan warisan budaya akan terus wujud.Hal
ini boleh dilaksanakan secara formal dan tidak
formal.Contoh pendidkan formal seperti generasi
muda dididik melalui sukatan pelajaran , kegiatan
kokurikulum yang melibatkan pelbagai kaum dan
kegiatan berbentuk kebudayaan pada majlis
tertentu di sekolah.Bagi Pendidikan tidak formal
pula seperti ibu bapa menceritakan secara spontan
mengenai warisan budaya dengan lebih terperinci
kepada anak-anak.Dengan ini , anak-anak akan
menimba lebih banyak ilmu dan mempelajari hal-
hal baharu .
Mengekalkan amalan warisan tradisional ialah
langkah terakhir yang boleh dilakukan dilakukan
dalam memastikan warisan budaya akan terus
wujud .Contohnya , makanan tradisi yang mampu
mengetengahkan warisan budaya Malaysia seperti
nasi lemak, lemang, kuih-muih tradisional, roti
canai, muruku, putu mayam, kuih bakul, zong zi,
kuih bulan dan bermacam-macam lagi. Tanpa kita
sedar, kepelbagaian masakan dan makanan ini,
mampu menyatukan masyarakat dan
mencerminkankebudayaan setiap bangsa.Selain itu
, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan
berwarna-warni. Pemakainya juga tidak merujuk
kepada sesuatu bangsa sahaja. Tiga kaum utama,
iaitu Melayu,Cina dan India, bebas memakai
pakaian tradisional bangsa lain. Hal ini
menunjukkan bahawa masyarakat di
Malaysiabersatu hati dan sangat menghormati
cara, pemikiran, budaya, dan agama sesama
mereka.Akhir sekali, hari perayaan tidak kira
keturunan, agama dan amalan adat resam.
Masyarakat majmuk Malaysia pasti akan bersama-
sama berkumpul untuk meraikannya. Mereka
saling kunjung-mengunjungi, bertukar juadah, juga
saling menerima dan memberi. Hal ini
mendedahkan mereka dengan budaya serta adat-
adat masyarakat serumpun.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah
memainkan peranan penting dalam menjaga dan
menjadikan warisan budaya sebagai satu identiti
kaum, negara dan maruah bangsa. Justeru, budaya
warisan juga seharusnya dikekalkan bagi
mengelakkan warisan budaya sesebuah bangsa itu
pupus ditelan zaman. Hal ini demikian kerana
budaya ini merupakan warisan daripada nenek
moyang kita yang harus dijaga sebaik-baiknya
agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
SOSIAL DAN BUDAYA

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai


barangan kraf tangan.Usaha perlu
dijalankan untuk menjadikan industri kraf
tangan berskala besar yang mampu
memberikan sumbangan kepada ekonomi
negara. Bincangkan. [5+0]

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai


barangan kraf tangan. Terdapat pelbagai usaha
yang boleh dijalankan untuk menjadikan industri
kraf tangan berskala besar yang mampu
memberikan sumbangan kepada ekonomi negara.
Antara usaha yang boleh dijalankan untuk
menjadikan industri kraf tangan berskala besar
yang mampu memberikan sumbangan kepada
ekonomi negara ialah menganjurkan kempen
untuk meluaskan pasaran hasil kraftangan.
Contohnya, mengadakan promosi bagi meluaskan
pasaran kraftangan secara besar-besaran untuk
menarik minat ramai pengusaha kraftangan.
Mengubah mentaliti pengusaha kraftangan
merupakan usaha kedua yang boleh dijalankan
untuk menjadikan industri kraf tangan lebih
berpotensi. Sebagai contoh, pengusaha perlu
mempunyai pemikiran yang dinamik untk
menjadikan industri ini berskala besar. Anak-anak
muda yang berminat harus didedahkan dgn
potensi industri ini. Selain itu, pengusaha haruslah
bersikap berani dan positif dalam menghadapi
cabaran.Hal ini kerana industri ini merupakan
perniagaan yang menguntungkan bukan sekadar
cukup makan sahaja. Pengusaha jugak digalakkan
mempelbagaikan hasil barangan kraftangan agar
lebih menarik dan unik.
Membina lebih banyak pusat kraftangan
negara adalah usaha ketiga yang boleh dijalankan
untuk menjadikan industri kraf tangan lebih maju.
Contohnya, menubuhkan lebih banyak pusat kraf
tangan.Dengan ini, sudah pasti lebih banyak
produk yang boleh dipamerkan dan mudah untuk
diperolehi oleh para pelancong terutamanya dari
negara luar. Di samping itu, memberikan peluang
kepada pelancong untuk mencuba bakat dalam
bidang tertentu. Dengan ini, pelancong dapat
mengumpul pengalaman yang menarik dan
menjadi lebih kreatif.
Seterusnya ,pengenalan teknologi dan reka
bentuk hasil kraftangan yg unik

Anda mungkin juga menyukai