Anda di halaman 1dari 9

Kematangan berpolitik bagi memajukan negara

- Kematangan berpolitik dapat mewujudkan budaya politik yang bersih dan telus dalam usaha
membina sesebuah negara maju menjelang tahun 2020
- Huraikan ciri-ciri yang diperlukan sebagai seorang pemimpin negara yang mempunyai intergriti
yang tinggi bagi memajukan negara.

Ciri-ciri pemimpin yang berintegriti tinggi


1. Mempunyai visi dan misi yang jelas untuk memajukan negara
- Visi dan misi yang jelas untuk memajukan negara dapat memudahkan para pegawai pelaksana
menjalankan tugas mengikut bidang masing-masing dengan bersungguh-sungguh
- Slogan 1 Malaysia “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” telah menampak hasil yang
jelas dalam usaha kerajaan membantu rakyat pelbagai golongan berpendapatan rendah
- Pemimpin politik hendaklah bertindak secara professional dalam pengagihan bantuan kepada
rakyat tanpa mengira keturunan dan parti mana yang dianggotainya
2. Mempunyai pegangan agama/moral yang kukuh
- Hal ini penting supaya para pemimpin dapat enjalankan tugas dengan penuh kejujuran, ikhlas,
bertanggungjawab tidak mengira masa dan cekap
- Mereka menganggap tugas yang dijalankan sebagai ibadah dan perkara ini dapat mengelakkan
kegiatan-kegiatan negative superti rasuah dan penyelewengan kuasa untuk kepetingan peribadi
- Mereka tidak akan menggunkan agama sebagai alat politik untuk mencapai matlamat atau
tujuan politik
3. Sedia mendengar dan menerima pendapat orang lain
- Pemimpin politik yang berintegriti tinggi akan mendengar semua pendapat orang bawahan atau
rakyat biasa. Pendapat yang baik dan boleh dilaksanakan akan diberi penjelasan mengapa
pendapat mereka tidak diterima
- Pemimpin mesti bersedia bila-bila masa untuk mendengar rintihan dan permasalahan yang
dihadapi oleh mereka
- Tindakan segera hendaklah dilaksanakan sekiranya perkara tersebut melibatkan kepentingan
atau keselamatan orang ramai
4. Menunjukkan kematangan dalam menangani sesuatu masalah
- Pemimpin politik hendaklah berpegang teguh kepada prinsip-prinsip integriti seperti kejujuran,
ikhlas, tidak mudah dipengaruhi, keadilan dan bertanggungjawab dalam melaksanakan semua
tugas yang diamanahkan kepadanya
- Kepentingan orang yang dipimpin lebih diutamakan berbanding kepentingan peribadi atau
kepentingan keluarga
- Keadilan dlama menyelesaikan sebarang masalah tanpa mengira kaum hendaklah ada dalam diri
seseorang pemimpin politik di Malaysia kerana negara mempunyai pelbagai bangsa dan kaum
yang hidup bersama dalam sebuah negara yang aman serta Makmur
5. Pemimpin mestilah bersih luar dan dalam
- Seseorang pemimpin mestilah bersih dari segi akhlak dan perbuatannya. Pemimpin politik
hendaklah ditapis terlebih dhulu sebelum menjadi seorang calon pilihanraya supaya seseorang
calon tersebut benar-benar bersih
- Hal ini penting supaya rakyat tidak tersalah pilih calon yang tidak bersih seperti rasuah,
berlakunya penyelewengan dan mementingkan diri sendiri
- Hanya pemimpin yang benar-benar bersih dan ikhlas dapat memberikan khidmat terbaik kepada
rakyat tanpa mengira keturunan dan taraf mereka
6. Pemimpin mestilah mesra dengan rakyat
- Pemimpin hendaklah selalu mendampingi rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil
mereka di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
- Pemimpin wajib rajin turun padang untuk medengar masalah yang rakyat hadapi di Kawasan
mereka dan masalah tersebut hendaklah diambil tindakan segera
- Sikap mesra pemimpin dan mengambil berat masalah rakyat akan menjadikan mereka sebagai
pemimpin yang disenangi oleh rakyat
7. Pemimpin hendaklah berilmu dan berpengetahuan luas
- Seseorang untuk menjadi pemimpin mestilah mempunyai kelayakan yang tinggi supaya mereka
dapat merangka program yang dapat memajukan negara
- Pemimpin yang berilmu akan mempunyai wawasan yang jauh untuk memajukan negara dalam
pelbagai bidang
- Pemimpin yang berilmu pengetahuan yang tinggi juga penting untuk mereka mengadakan
rundingan dan Kerjasama negara-negara maju dalam bidang politik, social dan ekonomi
- Hanya pemimpin yang berilmu ssahaja dapat memajukan ekonomi negara
Masyarakat yang progresif dan dinamik
- Dalam aspek kedua Gagasan 1 Malaysia menekankan kepada pembentukan masyarakat yang
progresif dan dinamik
- Jelaskan nilai-nilai yang perlu ada untuk mewujudkan masyarakat tersebut

Nilai-nilai yang perlu ada dalam pembentukan masyarakat yang progresif dan dinamik

1. Budaya berprestasi tinggi


- Setiap perkara yang dijalankan haruslah mencapai tahap terbaik dan taraf dunia
- Kepimpinan dipilih adalah berdasarkan prestasi kerja mereka
- Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap
kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi
2. Budaya ketepatan
- Rakyat Malaysia perlu mengamalkan budaya ketepatan termasuklah menepati waktu dan
mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan
- Perkhidmatan yang dilaksanakan mestilah berdasarkan kepada kualiti yang bagus dan perlu
dijalankan secara berterusan
3. Budaya ilmu
- Sesebuah negara hanya akan maju dan Berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan
yang tinggi
- Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan
kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat
- Budaya mebaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan mempunyai minda yang
sentiasa terbuka
4. Integriti
- Rakyat Malaysia perlu memiliki integrity yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan
tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak
- Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan
melaksanakan tanggungjawab mereka
- Rakyat Malaysia harus berusaha memperbaiki kesilapan, menerima kritikan dan teguran dengan
hati terbuka bagi meningkatkan kecekapan mereka dalam melaksanakan tugas yang
diamanahkan
5. Ketabahan
- Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki
keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi
- Penggemblengan semangat kerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan
dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat
6. Kesetiaan
- Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada raja dan Negara
yang merupakan prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini
anpa berbelah bahagi
- Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan negara mengatasi kesetiaan
kepada kaum dan kelompok sendiri
7. Kebijaksanaan
- Masyarakat Malaysia perlukan kebijaksanaan untuk membuat keputusan dengan tepat, tahu
membezakan yang terbaik dan buruk, memiliki pemikiran dan pandangan yang tepat, bijak
meletak sesuatu kena pada tempatnya serta tidak mudah terpengaruh dengan nafsu dan
kepentingan sendiri
8. Budaya Inovasi
- Nilai ini adalah kesediaan rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baharu dan berinovasi dalam
apa jua lapangan kita ceburi
- Kita mesti berani berubah demi kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani
masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setaip bidang yang diterokai
Tadbir urus baik
- Tadbir urus baik membawa pelbagai kepentingan kepada pembangunan sesebuah negara.
- Jelaskan.

Kepentingan Tadbir Urus

1. Memajukan ekonomi negara


- Kerajaan menyediakan program pembangunan ekonomi kepada semua etnik.
- Infrastruktur ekonomi disediakan untuk merangsang penglibatan semua kaum bagi
meningkatkan pendapatan isi rumah.
- Menyediakan kemudahan kredit dan pinjaman tanpa faedah akan dapat membantu usahawan
meningkatkan pendapatan isi rumah.
- Tadbir urus baik menjadi daya tarikan pelabur dari dalam dan luar negara.
2. Meningkatkan kecekapan pentadbiran awam
- Pengurusan tadbir urus yang cekap dapat mengurangkan karenah birokrasi.
- Memudahkan dan mempercepatkan urusan pelanggan dengan pihak kerajaan.
- Program dan dasar Pentadbian awan dapat meningkatkan keupayaan dan imej tadbir urus baik.
3. Meningkatkan imeh negara
- Jika tadbir urus baik akan menyebabkan Indeks Persepsi Rasuah (IPR) negara semakin
bertambah baik maka hal ini dapat meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.
4. Meningkatkan kesejahteraan, keselamatan, keharmonian rakyat
- Dasar social dan penerapan budaya dan etika dalam kehidupan dapat mewujudkan
keharmonian dan kesejahteraan hidup
- Kerajaan berusaha menerapkan konsep perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik
seperti konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
- Hal ini meningkatkan keharmonian rakyat ddan negara.
5. Melahirkan modal insan yang berkualiti
- Kerajaan berusaha menerapkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam.
- Tonggak 12 dalam perkhidmatan awam melahirkan personel awam yang berintegriti, cekap dan
berhemah.
- Budaya kepimpinan yang sihat derpertingkatkan untuk mencapai tadbir urus negara yang baik
dan hal ini melahirkan pegawai yang berkaliber.
Cabaran Tadbir Urus Baik
- Integriti
- Sistem penyampaian kidmat awan
- Pembangunan modal insan
- Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi

Kesan Globalisasi
1. Kesan Positive
- Memajukan ekonomi negara
- Pemindahan teknologi moden
- Meningkatkan perhubungan antara penduduk
- Meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam
- Mengukuhkan hubungan politik antara negara
- Memamjukan sistem Pendidikan negara
2. Kesan Negative
- Monopoli ekonomi oleh negara maju
- Pencemaran budaya
- Peningkatan gejala social
- Peningkatan gejala social
- Peminggiran Bahasa kebangsaan
- Menggugat keselamatan negara
- Penyalahgunaan teknologi

Daya Saing Malaysia


1. Malaysia mesti memperkukuhkan daya saing dalam semua bidang untuk mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020.
2. Malaysia merupakan negara mambangun yang berdaya saing. Daya saing negara diukur
berdasarkan empat factor, iaitu Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan
dan Infrastruktur.
Faktor yang mempengaruhi daya saing
1. Strategi dan struktur pengurusan persaingan
- Organisasi yang mempunyai perancangan yang strategik dapat mengatasi daya saing untuk lebih
maju. Organisasi dikelola dengan berkesan
2. Sumber manusia
- Sumber tenaga buruh mahir tidak banyak membolehkan negara berdaya saing. Tenaga pakar
dan tenaga terlatih yang berkemahiran tinggi dapat berdaya saing
3. Permintaan
- Permintaan domestic yang tinggi. Permintaan antarabangsa
4. Dasar-dasar kerajaan
- Dasar kerajaan ke arah ekonomi berteraskan pengetahuan dapat meningkatkan daya saing.
Dasar industry yang digariskan akan meningkatkan daya saing.
5. Infrastruktur
- Kemudahan infrastruktur yang mencukupi dan moden meninggalkan daya saing

Factor yang menjelaskan daya saing


- Kekurangan pengetahuan
- Gaji yang rendah
- Kekurangan tenaga mahir dan separuh mahir
- Kegawatan ekonomi
- Ketidakstabilan politik
- Teknologi yang rendah
- Dasar-dasar kerajaan
Faktor Integriti Terjejas
1. Faktor Individu – sikap tamak, cuai, tidak amanah, malas bekerja, dan tidak cekap melakukan
tugas akan menyebabkan integrity terjejas
2. Faktor Kepimpinan – kepimpinan yang lemah iltizamnya dan tidak berwawasan menyebabkan
kemerosotan integrity orang bawahannya dan organisasi. Kepimpinan yang bersikap dictator
menjejaskan integrity organisasi
3. Faktor Budaya – Budaya yang tidak sihat seperti rasuah dan sikap mengampu menjejaskan
integrity
4. Faktor Struktur dan Institusi – kekurangan pemantauan dan koordinasi menyebabkan
pembaziran yang mejejaskan integrity
5. Faktor Sistem dan Prosedur – kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan kerja telah
menjejaskan integrity organisasi

Langkah Mengukuhkan Integriti


1. Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
2. Mengadakan kursus dan latihan kepada penjawat awam
3. Melaksanakan kepimpinan melalui teladan
4. Meningkatkan persekitaran yang kondusif
5. Meningkatkan kecukupan dan kecekapan sumber
6. Membudayakan etika dan integrity
7. Menjalankan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan

Faktor Rasuah
1. Ekonomi
- Masalah kewangan – Sikap meterialistik
2. Polotik
- Pengaruh – Imuniti – Sistem dan proses – Karenah birokrasi
3. Faktor Lain
- Lemah pengangan agama – Persekitaran – Kompetensi – Individualistik/tamak

Kesan Rasuah
1. Individu
- Kehilangan pekerjaan – kejatuhan moral atau maruah – menerima hukuman – menghancurkan
kerharmonian hidup berumahtangga – keluarga terabai
2. Masyarakat
- Menggalakkan jenayah – mengakibatkan ketidakadilan – membebankan golongan orang susah –
memburukkan lagi taraf kemiskinan
3. Negara
- Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan – mengurangkan pendapatan
negara – tumpuan pembangunan yang tidak seimbang – menjejaskan kecekapan dan integriti
pentadbiran – menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan – kenaikan kos
barang dan perkhidmatan
Kepentingan Pembangunan Modal Insan
1. Menjana pembangunan Negara
- Rakyat yang berpengetahuan tinggi dapat menjayakan pelbagai dasar ekonomi dan mencapai
matlamat memajukan negara. Mereka juga dapat berdaya saing
2. Melahirkan masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni
- Mengamalkan nilai hidup Bersama secara aman. Mengutamakan kedamaian dan keharmonian
hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Mengamalkan nilai saling membantu dan
bekerjasama
3. Melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi
- Melahirkan rakyat berpengetahuan tinggi dan mampu menghasilkan inovasi moden dan Berjaya
di peringkat global
4. Mengukuhkan perpaduan kaum
- Rakyat berbilang kaum hidup harmoni dengan mementingkan Kerjasama untuk membangunkan
negara di samping mengamalkan budaya masing-masing

Anda mungkin juga menyukai