Anda di halaman 1dari 4

Esei

Soalan 16

Semakin moden kehidupan di negara kita maka semakin banyaklah penyakit yang muncul.
Bincangkan faktor yang mengancam tahap kesihatan dalam kalangan penduduk di negara ini.

(5+0)

Pendahuluan

Dalam menempuh era modenisasi ini, rakyat di negara ini semakin hari semakin terdedah dengan
penyakit-penyakit yang baharu. Penyakit-penyakit tersebut telah mengancam tahap kesihatan
penduduk di negara ini.

Isi

1. Amalan pemakanan
- Penduduk amalkan pemakanan mengikut arus pemodenan
- Lebih gemar mengambil makanan segera untuk menjimatkan masa dan wang
- Mengandungi kolestrol dan kalori yang tinggi
- Berlaku peningkatan berat badan dan masalah obesiti
- Berlaku serangan sakit jangtung
2. Kurang aktiviti riadah
- Aktiviti riadah kurang diberi perhatian akibat kesibukan kerja
- Senaman diabaikan
- Pemabkaran kalori dalam badan menjadikan kurang
- Berat badan tidah menurun
- Mendatangkan penyakit darah tinggi dan kencing manis
3. Pencemaran alam
- Berlaku banyak pencemaran udara
- Berlaku pembebasan gas beracun daripada kenderaan bermotor seperti karbon
monoksida
- Meresap ke dalam tubuh badan melalui pernafasan
- Menyebabkan penyakit kanser, batuk berpanjangan
- Berlaku peningkatan kadar kematian
4. Tekanan hidup
- Arus pemodenan menyebabkan penduduk mengejar pendapatan yang tinggi untuk
peningkatan kualiti hidup
- Berlaku tekanan sehingga menghadapi penyakit kritikal dan sakit jantung
5. Penularan virus
- Virus mudah tersebar di tempat orang ramai dan terbuka serta menjangkiti orang yang
lemah antibodi
- Membahayakan kesihatan dan boleh mengakibatkan kematian
- Membuat lawatan ke negara yang memang terdedah dengan virus berbahaya
- Bergaul dengan masyarakat di tempat yang terbuka
6. Faktor genetik/keturunan
- Penyakit kencing manis, jantung, kanser
7. Amalan gaya hidup tidak sihat
- Minuman keras, merokok kurang bersenam, seks lambang
8. Faktor pengambilan ubat-ubatan
- Sebagai contoh ubat melangsing badan, ubat penahan sakit.
- Ubat mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan organ manusia seperti buah
pinggang

Penutup:

Kesimpulannya, masyarakat perlu mengambil langkah-langkah bijak untuk menjaga


kesihatan mereka. Selain itu, masyarakat perlu mempunyai pengetahuan tentang faktor
yang dapat mengancam kesihatan manusia.
Soalan 17

Menurut Laporan Daya Saing Global 2016-2017, Malaysia kekal berada dalam kalangan 20 peratus
negara teratas paling berdaya saing. Hal ini membawa pelbagai kepentingan kepada negara. Namun,
kerajaan juga perlu berharapan dengan pelbagai cabaran untuk mengekalkannya. Jelaskan.

(2+3/3+2)

Pendahuluan

Kedudukan daya saing malysia sangat penting dalam meningkatkan kecekapan tadbir urus negara
dan memajukan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa mengambil inisiatif bagi memperkasa daya saing
negara, namun pelbagai cabaran perlu dihadapi kerajaan.

Isi

Kepentingan peningkatan daya saing

1. Meningkatkan pelaburan
- Daya saing negara semakin meningkat dapat membuka mata pelabur dan menarik
pelabur asing ke malaysia
- Pelabur tempatan turut bertambah dengan peningkatan daya saing
2. Menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat
- Peningkatan daya saing dalam ekonomi dapat memajukan ekonomi dan menambahkan
peluang pekerjaan
- Usaha kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara dapat mencetuskan peluang
perniagaan yang lebih proaktif dan kompetitif
3. Memajukan ekonomi negara
- Daya saing yang tinggi menambahkan keupayaan syarikat untuk berkembang maju.
- Syarikat dapat berdaya saing di peringkat global bagi memajukan dan meningkatkan
pendapatan negara.
4. Meningkatkan inovasi negara
- Pelbagai syarikat dan organisasi meningkatkan inovasi produk dan perkhidmatan supaya
dapat memenuhi tuntutan pelbagai pelanggan dan persaingan dengan pengeluar lain
- Daya saing yang tinggi menuntut pelbagai organisasi mencipta inovasi yang canggih bagi
menghadapi cabaran persaingan
5. Meningkatkan kecekapan kerajaan
- Peningkatan daya saing menunjukkan malaysia berupaya mengurus ekonomi dan
kewangan
- Kerajaan juga sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan untuk mengatasi kelemahn-
kelemahan yang menjejaskan daya saing negara

Cabaran untuk mengekalkan daya saing

1. Ketidaktentuan ekonomi
- Kejatuhan harga komoditi dan kejatuhan nilai mata wang menggugat daya saing
ekonomi Malaysia
- Penyusutan dalam imbangan antara sektor awam dan swasta menurunkan daya saing
2. Tahap teknologi masih rendah
- Teknologi yang rendah atau terhad mengehadkan pengeluaran
- Kesannya produktiviti pengeluaran rendah dan menurunkan daya saing ekonomi
3. Sistem penyampaian lemah
- Masih wujud karenah birokrasi yang melambatkan penyampaian perkhidmatan awam
- Masalah lambat diatasi sehingga menjejaskan daya saing rakyat dan negara
4. Ketidakstabilan politik
- Mogok dan rusuhan menjejaskan aktiviti ekonomi dan menjejaskan pengeluaran
- Sesetengah aktiviti ekonomi akan terjejas jika kerajaan menumpukan kepada
penyelesaian ketidakstabilan politik yang berlaku.

Penutup

Pelbagai transformasi perlu dilaksanankan oleh kerajaan bagi meningkatkan daya saing
supaya malaysia terus berdaya saing di arena global. Oleh itu, kerajaan harus menggandakan
usaha dengan membuat pembaharuan dari segi politik, ekonomi dan sosial bagi
mengukuhkan daya saing negara.

Anda mungkin juga menyukai