Anda di halaman 1dari 7

LATAR BELAKANG MASYARAKAT AGRARIA DI

BELANDA
Kajian menunjukkan Belanda mengalami perkembangan
pesat dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-
17. Catatan pengembara dari England , Perancis, Jerman ,
Itali dan Sweden yang melawat Belanda pada abad ke-
16 dan ke 17 membuktikan kenyataan tersebut.
Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik
pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-
negara Eropah yang lain .Selain dari itu mereka juga
memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti biji kol ,
semanggi dan hop ke negara Eropah . Belanda juga
membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke
negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17 lagi .
Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan
penternakan menyebabkan muncul masyarakat agraria
di Belanda
CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA
PERTANIAN
 Aktiviti pertanian yang diusahakan terdiri daripada pelbagai
jenis tanaman ,antaranya sayur-sayuran , dan bijirin .Hasil
sayur-sayuran yang diusahakan seperti bawang, biji kol ,
ketumbar, lobak dan teasel . Hasil bijirin pula seperti barli ,
gandum dan oat. Hasil tanaman berlebihan akan dijual .

 Pada peringkat awal barli merupakan tanaman utama tetapi


merosot pada abad ke-I7 dan peranannya diambil alih oleh
tanaman gandum.

 Tanaman bukan makanan pula terdiri daripada tanaman


dagang seperti hemp, biji kol , dan mader.
PETEMPATAN MASYARAKAT DI LEMBAH SUNGAI

Masyarakat membina penempatan di lembah-


lembah sungai kerana tanahnya yang subur.
Antara kawasan tanah lanar yang subur dan
menjadi tumpuan penempatan masyarakat
agraria di Belanda ialah di wilayah Friesland ,
Zeeland', Flanders dan Utrect
BERKEMAHIRAN DALAM PEMBINAAN
 Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan
terusan , kolam takungan air dan tali air dengan
tujuan untuk mengairi kawasan pertanian . Mereka
berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk
tujuan pertanian .
 Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian
dapat diperluaskan dan diusahakan secara
insentif'.Masyarakat agraria Belanda juga membina
kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah
yang ditebus guna bagi tujuan pertanian .
BERKEMAHIRAN MENGEKALKAN KESUBURAN
TANAH
Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah
untuk meningkatkan kesuburan tanah
pertanian' Baja asli digunakan untuk
meningkatkan kesuburan tanah
pertanian .Antara baja asli yang digunakan
ialah najis binatang ternakan yang diperoleh
daripada kawasan ternakan
PENGENALAN KAEDAH PERTANIAN BAHARU
 Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan
kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan
kesuburan tanah . Peralatan tenggala baru
telah dicipta .
 Kaedah penggiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada
abad ke-16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah . Antara
tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang
dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin . Sistem ini
dipraktikkan dengan meluas di Wilayah Wales pada tahun 1644.
Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah
Brabant pada tahun 1800.
 Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan sistem
tanah rang yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan .
MELAKUKAN PENAMBAKAN LAUT UNTUK
KAWASAN PERTANIAN
 Aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk
meluaskan kawasan pertanian .Kesannya pada suku pertama
abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya
meningkatkan keluasan kawasan pertanian tetapi juga
meningkatkan hasil pertanian .Seterusnya penggunaan
teknologi kincir angin telah membolehkan air dari kawasan
tanah rendah dialirkan ke kawasan pertanian .

 Untuk tujuan memugar dan membajak tanah


pertanian .Penciptaan peralatan baru telah membolehkan
kegiatan pertanian dij alankan secarabesar-besaran .

Anda mungkin juga menyukai