Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA BELANDA

Pendahuluan
1. Kajian menunjukkan Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian pada
abad ke-16 dan 17
2. Catatan pengembara Eropah yang pergi melawat Eropah merupakan bukti kemajuan
Belanda.
3. Belanda mempunyai teknik dan kaedah pertanian dan penternakan yang lebih maju
berbanding negara Eropah lain.
4. Belanda telah memperkenalkan pelbagai tumbuhan seperti biji kol, semanggi dan hop
5. Belanda juga telah membekalkan sumber pertanian dan produk tenusu kepada negara-negara
Eropah lain.
6. Kemajuan dalam bidang pertanian dan penternakan menyebabkan kemunculan masyarakat
agraria di Belanda.

Isi 1
KEGIATAN EKONOMI
Pertanian
1. Menjelang abad ke-17 berlaku pertambahan penduduk di bandar di Belanda
2. Peningkatan penduduk di bandar menyebabkan kegiatan pertanian dijalankan secara
ekstensif
3. Antara kegiatan pertanian adalah penanaman sayur-sayuran, bijirin dan tanaman dagangan.
4. Sayur-sayuran seperti lobak dan ketumbar ditanam kerana masyarakat Belanda gemar
memakan sayur-sayuran.
5. Bijirin seperti barli dan gandum ditanam di daerah Zeeland.
6. Pada pertengahan abad ke-17, penanaman gandum menjadi tanaman penting di Belanda.
7. Tanaman dagangan yang dilakukan ialah tanaman biji kol dan madder.
8. Menjelang pertengahan abad ke-17 biji kol ditanam secara meluas kerana boleh diproses
menjadi minyak.
Industri berasaskan pertanian
1. Masyarakat agraria Belanda terlibat dalam industri berasaskan pertanian seperti lienen,
tekstil dan minuman keras.
2. Tanaman madder digunakan dalam industri tekstil.
3. Akar tanaman madder digunakan sebagai serbuk pewarna tekstil.
4. Belanda mengeskport tanaman madder ke England untuk industri tekstil.
5. Penanaman madder menyebabkan berlaku pembukaan kilang-kilang di Lieden
6. Teasel digunakan dalam industri penenunan kain
7. Menjelang abad ke-16 hingga ke-17, tanaman hop ditanam secara meluas
8. Bunga hop digunakan untuk membuat minuman keras
9. Antara 1600 hingga 1621, terdapat 21 buah kilang di Amsterdam dan Rotterdam
Penternakan
1. Pada abad ke-17 aktiviti penternakan dijalankan di sekitar timur Belanda
2. Aktiviti penternakan juga giat dijalankan di Hertogenbosch, Lier dan Diest
3. Perkembangan sektor penternakan disebabkan oleh pertambahan penduduk di Belanda
4. Penternak belanda terlibat dalam penternakan lembu dan kambing
Isi 2
KESUBURAN TANAH
1. Petani-petani belanda mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam memelihara kesuburan
tanah.
2. Petani mengekalkan kesuburan tanah dengan menjalankan aktiviti pemugaran tanah
pertanian, menggunakan baja asli untuk tanaman serta membuang rumput dan tumbuhan
perosak.
3. Petani juga menggunakan baja asli yang diperbuat daripada najis haiwan-haiwan ternakan
bagi mengekalkan kesuburan tanah
4. Petani mengamalkan sistem penanaman bergilir bagi memelihara kesuburan tanah.

ISI 3
PETEMPATAN
1. Petempatan masyarakat agraria di Belanda terletak di kawasan pesisiran pantai yang subur
untuk kegiatan pertanian.
2. Majoriti kawasan pertanian di Belanda berada di bawah paras air laut
3. Masyarakat Agraria Belanda berusaha untuk menebus tanah untuk menjalankan kegiatan
pertanian.
4. Daerah Zeeland telah ditebus untuk menjalankan aktiviti pertanian.
5. Menjelang tahun 1600, 127000 hektar tanah ditebus guna untuk menjalankan kegiatan
pertanian
6. Contoh petempatan di kawasan tebus guna ialah Middelzee.

Isi 4
SISTEM PENGAIRAN
1. Masyarakat agraria di Belanda mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam teknologi
pengairan.
2. Mereka menggunakan kincir angin untuk menyalur air di kawasan tebus guna pertanian.
3. Kegiatan tebus guna dilakukan kerana kawasan pertanian yang subur berada di bawah paras
laut.
4. Masyarakat agraria Belanda melakukan kegiatan menambak tanah bagi menebus guna tanah
untuk kegiatan pertanian sejak tahun 1545.

Isi 5
PENINGKATAN TEKNOLOGI
1. Menjelang abad ke-16 hingga ke-17, Belanda mengalami perkembangan pesat dalam
peningkatan teknologi pertanian.
2. Pengembara-pengembara Eropah mengatakan bahawa Belanda mempunyai kegiatan
pertanian yang lebih maju berbanding negara-negara Eropah yang lain
3. Kajian tentang teknik kegiatan pertanian dijalankan oleh sarjana-sarjana dari England.
Sistem Penanaman Giliran
1. Masyarakat agraria Belanda menjalankan sistem penanaman giliran bagi memelihara
kesuburan tanah.
2. Sistem tanah rang telah dimansuhkan dalam sistem penanaman giliran di Belanda.
3. Tanah rang diguna pakai untuk penanaman jagung.
4. Sistem penanaman giliran melibatkan penanaman jagung musim sejuk untuk satu tahun,
penanaman jagung musim panas untuk satu tahun, sistem tanah rang untuk satu tahun dan
seterusnya penanaman rumput untuk tiga hingga enam tahun.
5. Sir Richard Weston mengatakan sistem penanaman giliran dijalankan di Belanda sejak tahun
1644.
6. Beliau seterusnya memperkenalkan sistem tanaman Norfolk di England.
Sistem Batas
1. Petani-petani Belanda menjalankan sistem pertanian di atas batas.
2. Sistem batas baik untuk menyalurkan air bagi memastikan tanaman tumbuh dengan baik.
3. Batas diubah setiap tahun bagi memastikan kesuburan tanah terpelihara.
4. Sistem batas ini menyebabkan pertanian secara jajaran dan deretan diperkenalkan
Penciptaan Peralatan Pertanian
1. Petani-petani Belanda memberi sumbangan dalam penciptaan peralatan pertanian.
2. Contoh, tenggala baharu dicipta dan digunakan oleh petani-petani di Gelderland.
3. Tenggala beroda dan mesin menampi bijirin turut dicipta.

Kesimpulan
1. Masyarakat agraria di Belanda mempunyai ciri-ciri tersendiri
2. Mereka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sistem pertanian dan
penternakan untuk digunakan sebagai kegiatan ekonomi.
3. Kehebatan dan kesungguhan masyarakat agraria Belanda dalam bidang pertanian
menyebabkan Belanda menjadi negara yang paling maju dalam bidang pertanian pada abad
ke-16 hingga ke-17.

Anda mungkin juga menyukai