Anda di halaman 1dari 24

SET 2

JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
940/1 STPM 2018
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH DUNIA (1500-1955)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
KERTAS 1
(Dua jam)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPBKJPBKJPNKJPNK
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja.

Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

___________________________________________________________________________
Kertas Soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2018

STPM 940/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

2
SET 2
STPM 940/1

Jawab empat soalan sahaja

1. Bincangkan ciri-ciri masyarakat Agraria di Belanda pada abad ke-16 M hingga 17 M.


( 20
markah)

2. Bincangkan usaha-usaha yang diambil oleh Camillo Benso De Cavour (1810- 1861)
untuk menyatukan Itali selepas tahun 1848. ( 20 markah)

3. Huraikan perkembangan perindustrian di Jerman pada abad ke-19 M sehingga 20 M.


( 20 markah)

4. Bincangkan sistem pendidikan di Jerman pada abad 19 M. ( 20 markah)

5. Huraikan langkah-langkah pembaharuan dalam Gerakan Menguatkan Diri untuk


mengekalkan kedaulatan China pada abad ke-19 M. ( 20
markah)

6. Bincangkan penglibatan United Kingdom dan India dalam komanwel sehingga


pertengahan abad ke 20 M. ( 20
markah)

940/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

SULIT* SKEMA SET 2

JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
940/1 STPM 2018
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
SEJARAH DUNIA (1500-1955)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
KERTAS 1
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
(Dua jam)
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNK
JPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPNKJPBKJPBKJPNKJPNK
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

___________________________________________________________________________
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2018

STPM 940/1 [Lihat sebelah


*Skema ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
1. Bincangkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-17 masihi.

A. Pengenalan
1. Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi
berasaskan kepada pertanian iaitu bercucuk tanam dan menternak binatang.
2. Penempatan mereka terbentuk di sekitar kawasan yang subur seperti lembah-lembah
sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik.
3. Masyarakat agraria di Belanda berkembang sejurus berlakunya Revolusi Pertanian pada
abad ke-17 yang menyebabkan bilangan masyarakat yang terlibat dengan akviti pertanian
semakin meningkat.
B. Isi
1. Kegiatan ekonomi
i. Kegiatan ekonomi yang utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di Belanda
berasaskan pertanian, penternakan dan tanaman hortikultur. Aktiviti pertanian terdiri
daripada pelbagai jenis tanaman, antaranya sayur-sayuran, bijirin, dan.tanaman
dagangan.
ii. Masyarakat Belanda juga menjalankan kegiatan penternakan secara meluas. Mereka
menternak lembu dan kambing. Mereka juga mengusahakan perusahaan tenusu iaitu
menghasilkan susu, mentega dan keju. Kawasan tenusu utama ialah di utara Amsterdam
dan di wilayah Waterland. Hasil tenusu Belanda juga banyak dieksport ke kawasan
selatan.
iii. Hasil sayuran yang diusahakan adalah ketumbar, lobak dan teasel. Hasil bijirin pula
seperti barli, gandum dan oat. Hasil tanaman berlebihan akan dijual. Tanaman bukan
makanan pula terdiri daripada tanaman dagang seperti hemp, biji kol, dan mader.
2. Petempatan
i. Petempatan masyarakat agraria di Belanda terletak di kawasan pinggir pantai atau
lembah sungai yang amat subur sesuai untuk aktiviti pertanian. Sebahagian besar dari
kawasan pertanian di Belanda berada di bawah paras laut.
ii. Masyarakat agraria Belanda juga menjalankan usaha menebus guna tanah untuk
meluaskan kawasan aktiviti pertanian. Pada tahun1680 tanah seluas 127 000 hektar
ditebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian.
iii. . Antara penempatan yang terletak di kawasan yang ditebusguna ialah Pulau Zuid-
Beveland, Middleezee, Oud-Beijerland, dan New-Beijerland. Kawaasan petempatan
lain seperti di wilayah Friesland, Zeeland, Flanders dan Utrect.
3. Sistem Pengairan
i. Masyarakat Belanda berkemahiran dalam membina terusan, sistem takungan air dan tali
air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran
menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian.
ii. Masyarakat agraria Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada
tanah yang ditebusguna bagi tujuan pertanian
iii. Selain itu, masyarakat Belanda juga memulakan usaha untuk menambak tanah bagi
menebus guna tanah untuk tujuan pertanian sejak tahun 1545. Pada tahun 1505 hingga
1506, muara Sungai Middelzee ditambak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut
untuk tujuan pertanian.
iv. Menjelang pertengahan abad ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di
tebus guna untuk tujuan pertanian. Ini dapat meningkatkan lagi kawasan pertanian,
seterusnya meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.

4. Mempunyai kemahiran teknologi


i. Menjelang abad ke-16 dan ke-17, berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah
pertanian di Belanda. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk menjaga kesuburan tanah
seperti menggunakan baja asli. dari najis binatang ternakan
ii. Pengenalan sistem penggiliran tanaman juga telah menyebabkan sistem tanah rang
yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan. Kaedah penggiliran tanaman mula
dipraktikkan pada abad ke-16 dan17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara
tanaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang dan kekacang berselang
dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di Wilayah Wales pada
tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada
tahun 1800.
iii. Petani di Belanda juga memperkenalkan sistem tanaman batas supaya saliran baik dapat
diwujudkan bagi memastikan tanaman tumbuh dengan subur. Kebiasaannya kedudukan
batas ini diubah setiap tahun bagi mamastikan kesuburan tanah terjaga. Sistem
tanaman batas ini juga menyebabkan tanaman ditanam secara deretan diperkenalkan.
iv. Kaedah pertanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah
pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah.
v. Petani-petani di Belanda juga mencipta peralatan untuk membantu kegiatan pertanian
seperti tenggala beroda dan mesin untuk menampi bijirin.

KESIMPULAN

i. Kesimpulannya, usaha masyarakat di Belanda yang mempelbagaikan jenis tanaman dan


aktiviti ekonomi berserta dengan penggunaan teknologi tinggi dan sokongan pihak
pemerintah telah menjadikan masyarakatnya berjaya meningkatkan taraf hidup.
ii. Seterusnya, Belanda juga terkenal sebagai sebuah negara agraria dengan hasil
pertanian dan penternakan yang berkualiti.
iii. Kegigihan masyarakat agraria di Belanda menyebabkan negara tersebut muncul sebagai
negara paling maju dalam bidang pertanian di Eropah pada abad ke-17M
2. Bincangkan usaha-usaha yang diambil oleh Camillo Benso De Cavour (1810-1861)
untuk menyatukan Itali selepas tahun 1848

A. Pengenalan

1. Count Camillo Benso di Cavour merupakan seorang negarawan yang memainkan peranan
penting dalam usaha penyatuan Itali.  Beliau berasal daripada keluarga bangsawan
Piedmont.

2. Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam politik Piedmont. Beliau
pernah memegang jawatan sebagai ahli Parlimen dan Menteri Pertanian dan Perdagangan
Piedmont.

3. Pada tahun 1852, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Piedmont dan mengambil
pelbagai langkah untuk merealisasikan usaha penyatuan Itali.

B. Isi

1. Pembaharuan dalam Negeri Piedmont

i. Sebagai Perdana Menteri Piedmont, Count Cavour mengambil langkah-langkah untuk


mengukuhkan kedudukan kerajaan dalam bidang politik dan ekonomi. Beliau
menjalankan reformasi dalam bidang ketenteraan pentadbiran dan perindustrian.

ii. Reformasi dalam bidang pentadbiran diperlihatkan dengan menjalankan reformasi dalam
bidang ketenteraan dan perundangan.
iii. Ekonomi kerajaan juga dibangunkan dengan memajukan sektor pertanian, perdagangan
dan perindustrian. Count Cavour menggalakkan penubuhan industri baharu,
menggalakkan pelabur-pelabur dari luar negara melabur di Piedmont dan mendapatkan
khidmat nasihat pakar ekonomi luar negara dalam membangunkan ekonomi Piedmont.
iv. Dalam bidang agama, beliau telah menggubal Undang-Undang Siccardi bagi menghadkan
kuasa gereja 1850
v. Dalam bidang komunikasi, beliau berusaha menjadikan Piedmont sebahagian daripada
rangkaian antarabangsa seperti menjadikan Genoa sebagai pelabuhan perdagangan yang
penting

2. Hubungan dengan Perancis

i. Langkah seterusnya yang diambil oleh beliau untuk merealisasikan hasrat menyatukan Itali
adalah dengan menjalinkan perikatan Perancis. Beliau menggunakan kebijaksanaan politik
bagi mengelakkan kewujudan perikatan dengan antara Austria dan Perancis. Beliau
berpendapat perikatan antara Austria dan Perancis akan mengancam kedudukan Piedmont.
Tambahan pula, pemimpin Perancis iaitu Napoleon berminat memberi bantuan kepada
Itali. Count Cavour mengambil peluang tersebut untuk menjalinkan hubungan rapat
dengan Perancis.

ii. Selain itu, beliau juga mengadakan pakatan ketenteraan dengan Perancis bagi menyerang
Austria. Pakatan ketenteraan ini membolehkan Piedmont mendapat bekalan tentera dari
Perancis dan mendapat Lombardy dan Venetia sekiranya Austria dapat ditewaskan dalam
peperangan tersebut.

3. Penyertaan Piedmont dalam Perang Crimea


i. Bagi merealisasikan usaha penyatuan Itali, Count Cavour turut melibatkan Piedmont
dalam hal ehwal yang berlaku di luar Negara. Beliau berpendapat, kuasa-kuasa Eropah
akan membantu menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi sekiranya Itali memainkan
peranan aktif dalam hal ehwal antarabangsa.
ii.Sehubungan dengan itu, beliau membuat keputusan untuk melibatkan Itali dalam
peperangan yang berlaku di Crimea. Pada tahun1856, pasukan tentera Piedmont mencapai
kejayaan dalam pertempuran di Tchemaya. Kemenangan ini memberi keyakinan kepada
Piedmont untuk menghadapi peperangan dengan Austria.
4. Pembentukan Persatuan Kebangsaan
i. Count Cavour turut memainkan peranan dalam pembentukan Persatuan Kebangsaan.
Persatuan ini ditubuhkan bagi menyatukan kumpulan-kumpulan yang berjuang untuk
menyatukan Itali. Persatuan ini memainkan peranan melahirkan kesedaran dalam kalangan
nasionalis untuk mewujudkan sebuah organisasi bagi menyelaraskan usaha penyatuan
Itali.
ii. Antara tokoh-tokoh yang terlibat ialah Pallavincio, La Farina, Garibaldi dan Daniele
Manin. Mereka menjadikan Count Cavour sebagai rakan sekutu bagi menyelaraskan
kegiatan pergerakan kebangsaan di Itali.
iii.Beliau mengadakan rundingan secara sulit dengan pemimpin Persatuan Kebangsaan.
Sebagai contohnya, beliau mendapatkan bantuan La Farina bagi mencetuskan kebangkitan
rakyat di wilayah utara dan tengah Itali. Beliau turut mendapatkan kerjasama daripada
Garibaldi untuk menubuhkan pasukan tentera sukarela daripada kalangan penduduk
Lombardy. Langkah-langkah ini menyebabkan wujud kesepakatan dalam kalangan
golongan nasionalis untuk menyelaraskan usaha ke arah penyatuan Itali.

5. Provokasi terhadap Austria


i. Langkah-langkah berbentuk provokatif juga diambil oleh Count Cavour agar Austria
memulakan peperangan terhadap Piedmont. Antaranya memutuskan hubungan diplomatik
dengan Vienna pada tahun 1857 apabila Vienna melucutkan jawatan seorang Senator
Sardinia dari Lombardy.
ii. Beliau juga mengarahkan La Marmora, Menteri Kewangan Piedmont mengumpul dana
untuk menghadapi peperangan dengan Austria. Tindakan ini telah menyebabkan Austria
melancarkan peperangan dengan Piedmont. Count Cavour menjalinkan hubungan sulit
dengan Persatuan Kebangsaan tetapi hubungan tersebut menimbulkan kemarahan Austria.
iii.Hasil hubungan tersebut, Persatuan Kebangsaan membantu Count Cavour menubuhkan
depot-depot tentera dan mengedarkan risalah yang menyeru rakyat menyokong
kepimpinan Piedmont.

C. Kesimpulan
1. Kesimpulannya, Count Cavour merupakan tokoh nasionalis yang memberikan sumbangan
besar dalam usaha menyatukan Itali.
2. Beliau menggunakan pelbagai pendekatan dan kebijaksanaan politik dalam mengatur
gerakan menyatukan Itali.

3. Huraikan perkembangan perindustrian di Jerman pada abad ke 19 hingga 20.

A.Pengenalan

i. Penyatuan Jerman oleh Bismarck pada tahun 1871 telah membawa kepada kepesatan
perkembangan industri.

ii. Bagi memantapkan ekonomi dan memakmurkan negara dasar industri negara telah
direalisasikan.

iii. Dalam masa empat dekad , Jerman mengalami perkembangan yang menakjubkan

B.Isi

1.Industri Perlombongan

i. Perkembangan industri Jerman diperingkat awal bermula dengan industri perlombongan.


Jerman kaya dengan sumber galian arang batu dan besi yang terdapat di Rhineland,
Silesia dan Saxony.

ii. Sumber ini seterusnya telah membawa pula kepada perkembangan besi dan keluli. Hasi
pengeluaran besi Jerman meningkat 1.5 juta tan tahun 1871 kepada 8.5 juta tan pada
tahun 1900.

iii.Seterusnya telah membawa kepada perkembangan perusahaan membuat kapal laut.


lokomotif dan gerabak kereta api.

iv Bermula 1880 perusahaan membuat kapal pesat dijalankan di Humburg. Danzig, Bremen
dan Elby.Pembuatan gerabak dan lokomotif pesat setelah Syarikat Krupp mengadakan
pameran di Crystal Palece.

2.Industri berasaskan pertanian


i. Perkembangan industri berasaskan pertanian iaitu tekstil dan kulit. Industri tekstil
berkembang pesat di Rhineland, Saxony, Silesia dan Berlin.

ii. Pembuatan barangan berasaskan kulit pula seperti tas tangan,tali


pinggang,kasut,pelana kuda dan sebagainyajuga berkembang pesat. Jerman telah
mengambilalih tempat England sebagai pengeluar utama barangan kulit di Eropah.

3.Industri perkhidmatan

i. Perkembangan industri perkhidmatan iaitu pengangkutan dan perbankan merancakkan


lagi perkembangan industri di Jerman. Kapal dan kereta api telah memainkan peranan
penting mengangkut barangan industri. Jaringan jalan kereta api menghubungkan
bandar-bandar utama di Jerman mempercepatkan penghantaran dan tempahan.

ii. Kemunculan bank-bank seperti Fuggers Augburg di Frankfurt, Join Stock Bank,
Deutshe Bnk, Dresdener Bank dan banyak lagi telah memberikan kemudahan kredit
telah mengembangkan lagi industri .

4.Industri Kimia

i. Penghujung abad ke 19 Jerman terlibat pula dalam industri kimia, pertrolium dan eletrik.
Kemunculan Syarikat BASF,Bayer dan Hoechst terlibat dalam perusahaan ini dengan
mengeluarkan pewarna.

ii.Bayer turut terlibat dengan pengeluaran ubat-ubatan dan racun. Syarikat Hoechst
mengeluarkan baja kimia.

5.Indusri automotif dan senjata

i. Pada awal abad ke 20, Jerman memasuki era pembuatan automotif dengan kemunculan
2 syarikat iaitu Benz, Daimler dan Volkswaegon. Kedua-dua syarikat ini terlibat
dengan pengeluaran kereta bagi kenderaan penumpang.

ii.Jerman juga turut terlibat dengan pembangunan industri pertahanan seperti pembinaan
kapal perang, kilang senjata dan peluru. Sebagai contohnya pembinaan kapal perang
laut canggih yang dikenali Dreadnought.
C.Kesimpulan.

i.Selepas penyatuan ,Jerman telah berkembang pesat membangun sebagai sebuah negara
industri .Kejayaan ini direalisasikan dengan keupayaan menyaingi Britain.

ii.Persingan ini akhirnya membawa kepada penglibatan Jerman dalam Perang Dunia
Pertama.

4. Bincangkan perkembangan pendidikan di Jerman pada abad ke 18 hingga 19


Masihi.

A.Pengenalan

1. Di Jerman, pendidikan mula diberi tumpuan berikutan kekalahan Jerman di tangan


Perancis, dan mula menuju ke arah kecemerlangan apabila proses penyatuan berlaku pada
zaman Bismarck. Raja- Raja di Jerman memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan pendidikan di Jerman pada abad ke 18 hingga abad ke 19.

2.Perkembangan pendidikan di Jerman meliputi aspek dasar pendidikan, Institusi


Pendidikan,guru dan latihan, kurikulum dan bantuan kewangan.

B. Isi

1. Dasar Pendidikan

a. Kod Undang-Undang Pendidikan.

i. Pemerintah Jerman memperkenalkan pengurusan dan pentadbiran pendidikan apabila Raja


Frederic William 1 telah memperkenalkan Kod Undang – Undang bagi sekolah-sekolah
Latin dan sekolah yang dikendalikan oleh golongan mubaligh.Beliau mengeluarkan
Advisory Order berkaitan dengan pengendalian sekolah awam dan mewajibkan ibubapa
mengahantar anak ke sekolah dan ibubapa yang enggan akan didenda.

ii. Pada tahun 1763 Julius Hecker telah mengubal Undang Undang General Land Schule
Reglement dan merupakan undang-undang persekolahan pertama di seluruh Prusia.
Undang-undang ini mengandungi maklumat mengenai pembinaan sekolah, yuran
pengajian, bantuan kerajaan dan gaji guru.

b. Pembinaan Sekolah.
i. Semasa pemerintahan Raja Frederic 1, sekolah sekolah didirikan di seluruh Jerman.
Terdapat lebih kurang 1000 buah sekolah rendah dan 8000 buah sekolah baru telah
didirikan.

c. Bantuan Kewangan

i. Raja Frederic Willian 1 telah memberikan sumbangan kewangan untuk menyediakan


prasarana dan peralatan di sekolah. Beliau telah menyumbang sebanyak 50,000 Thaler
untuk membaiki bangunan yang telah usang. Baginda juga telah mengurniakan tanah yang
luas untuk tujuan pembinaan sekolah.

d. Institusi Pendidikan.

i. Pendidikan Rendah

Raja Frederic Willian1 telah membina 1000 buah sekolah rendah dan 1800 buah sekolah baru
di seluruh Prusia. Raja Frederic Willian III telah mengambil inisiatif membangunkan sistem
pendidikan di Jerman. Sekolah-sekolah rendah di buka untuk semua lapisan penduduk di
Jerman. Kanak-kanak berumur tujuh tahun sehingga empat belas tahun dikehendaki
mendaftar di sekolah rendah. Mata pelajaran yang diajar meliputi agama, membaca, menulis,
mengira, geografi, sejarah dan gimnastik.

ii. Pendidikan Menengah

Pendidikan di peringkat menengah terdiri daripada dua aliran iaitu sekolah Gimnasium dan
sekolah awam. Raja Frederc William III member penekanan kepada sekolah awam.
Pendidikan di sekolah awam dan Gimnasium mengambil masa selama sembilan tahun.

iii. Pendidikan Teknikal

Pendidikan dalam bidang teknologi diberi keutamaan bertujuan membangunkan sektor


perindustrian dan perdagangan di Jerman. Selaras dengan itu, sekolah - sekolah teknik seperti
politeknik dan sekolah-sekolah perdagangan telah ditubuhkan.

iv. Universiti

Kerajaan Jerman turut memberi keutamaan kepada penubuhan institusi pengajian tinggi dan
universiti. Pengajian di universiti dibahagikan kepada empat fakulti iaitu fakulti Teologi,
Undang-Undang, Perubatan dan Falsafah. Universiti Berlin merupakan university yang
terkenal di Jerman.
e. Pentadbiran Sekolah

Sistem pentadbiran pusat yang seragam telah dilaksanakan bagi sekolah – sekolah di Prusia.
Semasa pemerintahan Raja Frederic II, pentadbiran sekolah diurus dibawah penyeliaan “
Berlin Consitory”.

f. Kurikulum

i. Kurikulum sekolah rendah berasaskan teori yang dikemukakan oleh Pestalozzi iaitu
member penekanan kepada mental kanak-kanak dan latihan menggunakan deria. Kanak-
kanak diajar matapelajaran Geografi, Sejarah dan Bahasa Jerman disamping matapelajaran
lain iaitu lukisan, matematik dan pendidikan Jasmani serta agama.

ii. Kurikulum sekolah menengah telah diseragamkan dan matapelajaran yang terdapat ialah
Bahasa Latin, Bahasa Greek,Bahasa Jerman, Matematik, Sejarah, Geografi, Agama dan
Sains.

iii. Kurikulum Universiti menekankan pengkhususan dalam pelbagai bidang ilmu


pengetahuan iaitu bidang Philologi, Egiptologi, Sejarah, falsafah, Psikologi, Undang-
Undang,Anatomi, Zoologi, Kimia dan Fizik.

g. Tenaga Pengajar

i. Pada tahun 1722, Raja Frederic Willian I telah mengambil langkah untuk membekalkan
tenaga pengajar terlatih untuk mengajar sekolah di luar Bandar.

ii. Raja Frederic II telah mengambil langkah melatih guru untuk berkhidmat di sekolah
sekolah dan mengubal Kod Undang-Undang mengenai syarat kelayakan menjadi guru.

h.Latihan Perguruan

i. Pada tahun 1747,Johann Julius Hecker telah menubuhkan pusat latihan guru di Berlin.
Pusat latihan ini mendapat pengiktirafan dari Raja Frederic II.

ii. Pusat latihan perguruan telah ditubuhkan di Autria, Saxe Weimar,Saxony

i.Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.


i. Pada tahun 1808, Jabatan Pendidikan Awam telah ditubuhkan untuk mengendalikan hal
ehwal pendidikan di Jerman. Guru- guru telah dihantar untuk mempelajari idea dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dianjurkan oleh Pestalozzi. Idea ini digunakan secara
meluas dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah.

j.Yuran Pengajian

i. Pada masa pemerintahan Raja Frederic William I, pelajar-pelajar wajib membayar yuran
persekolahan. Pelajar miskin diberi bantuan kewangan.

ii. Pada masa pemerintahan Raja Frederic William II, yuran persekolahan untuk semua
sekolah di Prusia diseragamkan.

C. Kesimpulan.

i. Sistem pendidikan awam Jerman membolehkan semua kanak-kanak mendapat peluang


belajar sehingga ke peringkat universiti.

ii.Sistem pendidikan yang wujud di Jerman berjaya menghasilkan tenaga kerja yang mahir
seterusnya memajukan sektor perindustrian.
5. Huraikan langkah-langkah pembaharuan dalam Gerakan Menguatkan Diri untuk
mengekalkan kedaulatan China pada abad ke 19

A. Pengenalan

1. Pada penghujung abad ke-19, terdapat kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan


Manchu. Buktinya, China begitu mudah dikalahkan oleh British dalam Perang Candu
1839-1842.
Kerajaan Manchu juga tidak dapat memadamkan Pemberontakan Taiping kecuali
selepas mendapat bantuan Barat.
2. Kelemahan ini menyedarkan pemimpin-pemimpin China untuk melaksanakan satu
rancangan bagi memoden dan menguatkan China. Kesannya terlaksana rancangan
pembaharuan yang dikenali sebagai Gerakan Memperkuatkan Diri (GMD) atau
Restorasi Tong Chih.
3. Sejak tahun 1861, pengasas GMD ialah Feng Kuei Fen, seorang sarjana dari Soo
Chow.
Beliau menegaskan kelemahan China berpunca daripada kejahilan terhadap dunia luar
dan teknologi Barat. Beliau mencadangkan China memperolehi dan menggunakan
ilmu-ilmu Barat bagi memodenkan ,menguatkan serta untuk mengekalkan kedaulatan
China.
4. Pemimpin GMD terdiri daripada Feng Kuei Fen, Tseng Kao Fan, Tseng Kao Chuan,
Li Hung Chang, Cheng Chih Tong, Putera Kung dan sebagainya.

B. Isi: 
Langkah-langkah Pembaharuan
a. Politik

1. Penubuhan Tsungli Yamen

i. Sejak tahun 1861, China menamatkan dasar isolasi dan mengamalkan dasar buka
pintu. Seterusnya China mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat.
ii. Dalam usaha untuk menguruskan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat, sebuah
institusi yang dikenali sebagai Tsungli Yamen telah ditubuhkan pada 11 Mac 1861.
iii. Tsungli Yamen dikatakan diletakkan di bawah Grand Council/Majlis Tertinggi yang
diketuai oleh Putera Kung dan bertindak sebagai pejabat hal-ehwal luar.
iv. Sejak tahun 1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking. Antara mereka ialah
Anson Burlingame (Amerika), Frederick Bruce (British), M. Buthemy (Perancis) dan
De Balluseck (Rusia). Pada tahun 1866 dengan bantuan Robert Hart, satu perwakilan
China yang diketuai oleh Pin Chun telah dihantar ke Eropah.
v. Pada tahun 1868, dengan bantuan Anson Bulingame, satu perwakilan China yang
diketuai oleh Chih Kong dan Sun Ku telah dihantar ke Amerika. Perwakilan ini
kemudiannya melawat negara-negara Eropah seperti England, Perancis, Jerman,
Holand, Sweden, Denmark, Rusia dan Sepanyol. Sejak tahun 1877, duta China mula
ditempatkan di negara-negara asing.
vi. Menjelang tahun 1879, sudah terdapat duta China di England (1877), Jerman (1877),
Perancis (1878), Amerika (1878), Rusia (1879) dan Sepanyol (1879).
vii. Bagi menjayakan GMD, China telah menggunakan khidmat pegawai Barat. Antara
mereka ialah Robert Hart, W.A.P. Martin dan Horatio N. Lay.
viii. Kerajaan Manchu juga mula memberi peluang kepada orang-orang Cina untuk
memegang jawatan-jawatan penting yang selama ini dikuasai oleh orang Manchu.
-Buktinya antara tahun 1861-1894, 34 orang Cina dilantik sebagai Gabenor Jeneral
dan 104 orang sebagai Gabenor.
ix. Wanita juga diberi peluang menduduki peperiksaan dan dilantik sebagai pegawai
sekiranya berkebolehan.
x. Dalam menjayakan GMD, Kerajaan Manchu menggunakan khidmat golongan intelek
Cina sedangkan sebelum ini golongan ini sentiasa dicurigai oleh Manchu.
2.         Ketenteraan
i. Li Hung Chang menegaskan kelemahan tentera China berpunca daripada
kekurangan latihan dan senjata moden.
ii. Bagi memulihkan kekuatan tentera China, beberapa program telah dilaksanakan.
Pakar-pakar dan jurulatih-jurulatih tentera dari Barat telah diambil untuk melatih
tentera China dan menyusun semula sistem ketenteraan China berdasarkan sistem
ketenteraan Barat. Senjata-senjata juga diimport dari Barat.
iii. Sejak tahun 1872, pegawai-pegawai tentera telah dihantar menjalani latihan di
Barat. Sebagai contoh, pada tahun 1876, pelatih-pelatih limbungan kapal
Foochow telah dihantar menjalani latihan di Britain dan Perancis.
iv. Oleh sebab China mempunyai kawasan persisiran pantai yang luas, maka
pertahanan laut amat penting bagi China.
v. Pada tahun 1866, angkatan laut China yang pertama ditubuhkan dikenali sebagai
Armada Foochow. Menjelang tahun 1883, terdapat 3 lagi angkatan laut iaitu
Armada Nanyang 17 kapal, Armada Peiyang 15 kapal, dan Armada Hokkien 11
kapal.
vi. Untuk membina dan membaiki kapal angkatan laut, limbungan kapal telah
didirikan di Foochow pada tahun 1866. Antara tahun 1867-1874, limbungan
kapal ini berjaya menghasilkan 15 buah kapal angkatan laut China.
vii. Bagi melengkapkan tentera China dengan senjata-senjata moden, kilang senjata
mula didirikan sejak tahun 1861. Antaranya ialah kilang senjata di Anking
(1861), Shanghai (1862), Canton (1864), kiangnan (1865), Foo Chow (1866),
Nanking (1867) dan Tientsin (1867).
viii. Kilang senjata terbesar dibina oleh Tseng Kao Fan dan Li Hung Chang pada
tahun 1865. Kilang senjata tersebut mempunyai 32 bangunan dan mampu
menghasilkan 454 kg serbuk letup sehari.
ix. Kilang senjata tersebut juga menghasilkan 8 buah kapal perang. Kilang senjata
kedua terbesar dibina oleh Tso Tsung Tang di Foochow pada tahun 1866. Kubu
China berdasarkan teknik Barat telah dibina di Taku dekat Tientsin pada tahun
1867. Bagi melatih tentera China, Maktab Tentera telah didirikan di Tientsin
(1880), Whampao (1880) dan Nanking (1890).

b. Ekonomi
i. Li Hung Chang menegaskan kelemahan China disebabkan oleh ekonomi. Begitu juga
kekuatan Barat bukan kerana kekuatan tentera tetapi ialah ekonomi. Bagi memulihkan
kekuatan China, kekuatan ekonomi perlu dipulihkan.
ii. Berdasarkan ini, beberapa program ekonomi telah dilaksanakan di bawah formula
“Penyeliaan Kerajaan dan Pengelolaan Saudagar”. Di bawah formula ini, kegiatan
ekonomi dijalankan oleh saudagar-saudagar dan diawasi oleh kerajaan.
1.         Pertanian

i. Program ekonomi GMD menitikberatkan sektor pertanian yang merupakan tulang


belakang ekonomi tradisional China.
ii. Beberapa langkah untuk memajukan pertanian telah dijalankan. Kerajaan China
melaksanakan pembahagian tanah kepada petani-petani miskin yang tidak
mempunyai tanah. Orang-orang Cina digalakkan mengusahakan tanah terbiar
akibat Pemberontakan Taiping.
iii. Cukai pertanian dikurangkan dan bantuan seperti benih dan baja diberikan.
iv. Lebih banyak tali air dibina untuk kepentingan pertanian. Rakyat Cina juga
digalakkan membuka tanah baru untuk pertanian.
v. Langkah-langkah yang dijalankan telah menambahkan kawasan tanaman dan
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
2.         Perlombongan

i. Pada tahun 1876, Li Hung Chang telah membuka lombong arang batu di Kaiping
dan Syarikat Perlombongan Kaiping telah ditubuhkan pada tahun 1883.
ii. Pada tahun 1890, Chang Chih Tung telah membuka lombong arang batu dan besi
“Tayeh” di Han He Ping dalam wilayah Hupei.
3.         Perkilangan

i. Di bawah program ekonomi GMD, beberapa kilang telah didirikan. Pada tahun
1878, Tso Tsung Tang telah mendirikan kilang kain bulu di Luchow.
ii. Pada tahun 1878 juga, Li Hung Chang telah mendirikan kilang kain di Canton dan
Shanghai. Chang Chih Tung telah mendirikan kilang kain di Wucang pada tahun
1891 dan sebuah lagi pada tahun 1894.
iii. Pada tahun 1891, Li Hung Chang mendirikan kilang kapas dan kertas di Shanghai
dan kilang simen di Kaiping. Pada tahun 1890-an, kilang duit telah didirikan di
Canton, Shanghai, Nanking dan Tientsin.
4.      Sistem perhubungan

i. Untuk kepentingan ekonomi, sistem perhubungan dan pengangkutan dimajukan.


ii. Pada tahun 1871, Imperial Telegraph Administration telah ditubuhkan untuk
membina kabel telegraf menghubungkan bandar-bandar penting di China. Kabel
telegraf yang pertama dibina pada 1881 untuk menghubungkan Shanghai dengan
Tientsin. Dalam tempoh 2 dekad syarikat ini berjaya membina 22400 km kebel
telegraf menghubungkan bandar-bandar penting China.
iii. Pada tahun 1872, Syarikat Perkapalan China yang pertama ditubuhkan dikenali
sebagai China Merchants Steam Navigation Company. Tujuannya ialah untuk
melibatkan diri dalam bidang pengangkuta dan memecahkan monopoli British
dalam pengangkutan di China.
iv. Menjelang tahun 1877, syarikat ini berjaya membeli beberapa buah kapal daripada
syarikat perkapalan Eropah yang terkenal iaitu Russels & Company.
v. Pada tahun 1876, jalan keretapi yang pertama dibina untuk menghubungkan
Shanghai dengan Wusung. Pada tahun 1888, dibina jalan keretapi yang
menghubungkan Tientsin dengan Kaiping seterusnya jalan keretapi ini
disambungkan ke Shanhaikuan dan ke pinggir Peking pada tahun 1896.
vi. Fairbank dalam bukunya “East Asia: Modern Transformation”
menegaskanKerajaan Manchu tidak menitikberatkan pembinaan jalan keretapi.
5.    Cukai

i. Dalam usaha untuk mengatasi masalah ekonomi, beberapa cukai diperkenalkan.


ii. Salah satu cukai yang penting ialah Cukai Larkin iaitu cukai yang dikenakan ke
atas keluarga dan ke atas barang-barang yang belum dipasarkan.
iii. Cukai yang tinggi juga dikenakan ke atas perdagangan.
5.    Jabatan Kastam Laut

i. Disebabkan China mempunyai kawasan persisiran pantai yang luas dan pelabuhan
yang banyak, maka Jabatan Kastam Laut telah ditubuhkan pada tahun 1862 bagi
menguruskan kutipan cukai eksport dan import.
ii. Bagi menjayakan jabatan ini, China telah menggunakan khidmat pegawai Barat
seperti Robert Hart dan Horatio N. Lay.

c.          Sosial


1. Toleransi tentang adat
i. Dari segi sosial, China mula bertolak ansur mengenai perkara-perkara yang berkaitan
dengan adat.
ii. Orang asing tidak dipaksa mematuhi adat Kowtou. Mereka diberi kebebasan untuk
menghormati raja mengikut cara mereka sendiri.
iii. Langkah ini diambil kerana Maharaja Tung Chih menyedari masalah Kowtou yang
menimbulkan keruncingan antara hubungan China dengan British.
2.Penyusunan Sistem Pelajaran China
i. Sistem pelajaran China disusun semula dengan kemasukan mata pelajaran Barat
seperti sais, matematik, geografi dan sebagainya.
ii. Buku-buku dan guru-guru dibawa dari Barat. Sejak tahun 1872, pelajar China mula
dihantar melanjutkan pelajaran ke seberang laut.
iii. Antara tahun 1872-1881, 30 orang dihantar ke seberang laut tiap-tiap tahun. Dalam
tempoh tersebut, 120 orang dihantar ke Amerika dan pada tahun 1876, 30 orang
dihantar ke British dan Perancis.
3.Penubuhan Maktab Bahasa
i. Kerajaan China juga mnenggunakan rakyatnya mempelajari bahasa asing untuk
mengetahui hal ehwal luar.Untuk mencapai matlamat ini, beberapa maktab bahasa
didirikan. Antaranya ialah Maktab Bahasa di Peking yang dikenali sebagai “Tung
Wen Kuan” (1862), Shanghai (1863), Canton (1864) dan Foochow (1866).
ii. Sejak tahun 1866, kurikulum Maktab Bahasa telah disusun semula dengan
memasukkan mata pelajaran lain selain dari bahasa.
iii. Sejak tahun 1866 juga, ditubuhkan maktab yang kemudiannya menjadi universiti
seperti Universiti Che Foo dan Universiti Wu Chang.
4. Perkhidmatan Pos

i. Perkhidmatan pos dimulai pada tahun 1881 di bandar-bandar besar seperti Canton,
Shanghai, Nanking dan Tientsin.

C. KESIMPULAN:

l. Kelemahan Kerajaan Manchu antara factor yang mengakibatkan kegagalan GMD.

2. Kerajaan Manchu gagal melahirkan pemimpin yang berkebolehan, cekap dan dinamik
dalam melaksanakan rancangan pembaharuan.
3. Kerajaan Manchu tidak merancang dan menyelaraskan perlaksanaan rancangan itu, malah
terdapat rancangan pembaharuan tidak mendapat sokongan kerajaan Manchu.

3. Kekurangan tenaga mahir, Kelemahan Pemimpin wilayah, Tiada kerjasama, mendapat


tentangan daripada golongan konservatif. Penyelewengan, Peruntukan dan Imperialisme
asing juga menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri Gagal.

6. Bincangkan penglibatan United Kingdom dalam Komanwel sehingga pertengahan


abad ke 20

A. Pengenalan

1. Pertubuhan Negara-negara Komanwel merupakan pertubuhan berbentuk sukarela yang


melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British
kecuali Mozambique dan Rwanda.
2. Penubuhan persatuan ini berlaku apabila sesebuah negara jajahan British mencapai
kemerdekaan.
3.Pertubuhan ini bermatlamat menyatukan negara-negara bekas jajahan British, ia dibentuk
pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury.
4.Syarat-syarat keahlian Komanwel mestilah sebuah negara merdeka, persamaan taraf dan
taat setia kepada raja Britain. Hal ini menggambarkan betapa kuatnya pengaruh United
Kingdom dalam pertubuhan ini.

B. ISI;
1. United Kingdom boleh dianggap sebagai “pengasas” dan “ketua” Komanwel.
i. Kewujudan Komanwel mempunyai kaitan dengan niat dan cita-cita pihak British
untuk membimbing tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri seterusya memberi
kemerdekaan.
2. Keunikan Komanwel ialah kebijaksanaan Britain mengekalkan legasi monarkinya
i. Menjadi ketua negara dalam kalangan negara-negara komanwel yang merdeka. Lebih
kurang 16 buah negara anggota Komanwel memilih untuk mengakui Queen sebagai
Ketua Negara.
3. Berjaya memujuk Amerika Syarikat, kanada dan Jepun mewujudkan Rancangan
Colombo pada tahun 1950.
i. Rancangan yang berslogankan “Merancang untuk Kemakmuran Bersama”
dilancarkan untuk membantu meningkatkan perkembangan ekonomi di negara-negara
Asia dan Pasifik. Beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji ,Sri Lanka
dan Tanah Melayu menikmati faedah daripada program ini dalam bidang pendidikan
dan pembinaan insfrastruktur seperti jalan raya, kereta api, dan sistem pengairan.

4. United Kingdom juga mengambil inisiatif mewujudkan sebuah jawatankuasa pada tahun
1950,
ii. Jawatankuasa Perhubungan Komanwel,
iii. Menyediakan sistem pelajaran yang sempurna.jawatankuasa tersebut merupakan
sebuah badan penasihat dan perunding dalam bidang pelajaran yang dianggotai oleh
beberapa pakar dalam bidang pelajaran. Universiti di negara-negara Komanwel sering
mengadakan kerjasama melalui Persatuan Universiti Komanwel (the Association of
Commonwealth Universities) yang dianggotai oleh lebih 200 universiti. Tujuan
penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu universiti yang baru ditubuhkan dari
segi tenaga,pengajar, kelengkapan penyelidikan dan lain-lain keperluan yang
berkaitan dengan pendidikan.

5. Isu Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.


i. Majoriti negara-negara anggota Komanwel mahukan dasar ini dihapuskan,
ii. Britain bertindak tidak sehaluan dengan negara-negara ini. Tindakan yang dilakukan
oleh Britain adalah kerana kepentingannya sendiri.
iii. Dalam satu perjanjian (1955) antara Britain dengan Afrika Selatan. Britain setuju
menjual senjata kepada Preotria.
iv. Keadaaan ini mengundang kekejaman yang berterusan terhadap penduduk kulit hitam
di Afrika Selatan sehingga ada negara yang mengancam akan meninggalkan
Komanwel jika Britain bertindak berterusan menyokong rejim Pretoria seperti Nigeria
dan Tanzania.

C. Kesimpulan:
1.Pertubuhan ini merupakan pertubuhan yang berbentuk sukarela, namun cengkaman United
Kingdom amat kukuh pada awal penubuhannya.
2. Pertubuhan Komanwel ini mempunyai kaitan dengan hasrat Britain untuk
memperkenalkan sistem sosial, ekonomi dan politik berdasarkan model barat.

Anda mungkin juga menyukai