Anda di halaman 1dari 3

Soalan 2 : Huraikan faktor – faktor yang membawa kepada perkembangan masyarakat agraria di

Belanda pada abad ke-16 dan 17M.


Bahagian Pengenalan
• Masyarakat agraria merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada kegiatan
yang berasaskan pertanian dan penternakan. Antara masyarakat agraria adalah masyarakat di
Belanda pada abad ke-16 dan 17M.
• Pada abad tersebut, masyarakat agraria di Belanda mengalami kemajuan yang
membawa kepada perkembangan masyarakat berkenaan.
• Perkembangan masyarakat agraria di Belanda berlaku ekoran daripada beberapa
faktor.

Bahagian Isi
1. Keadaan geografi
• Keadan geografi membawa kepada perkembangan masyarakat agraria di Belanda
pada abad ke-16 dan 17M.
• Masyarakat agraria di Belanda menjalankan kegiatan di kawasan lembah sungai dan
pinggir pantai yang subur seperti di Zeeland, Flanders dan Utrecth.
• Namun kawasan yang sesuai untuk kegiatan pertanian agak terhad. Oleh itu bagi
meluaskan kawasan pertanian, usaha tebus guna tanah dijalankan seperti Pulau Zuid –
Beveland, Middlezee dan New-Beijerland
• Kegiatan penebusan guna tanah ini ini membawa kepada peningkatan hasil
pengeluaran pertanian.
• Oleh itu keadaan geografi antara faktor yang membawa kepada perkembangan
masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17M
2. Kemajuan teknologi pertanian
• Perkembangan masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17M juga
disebabkan oleh kemajuan teknologi pertanian.
• Masyarakat agraria mengalami kemajuan dalam tekonologi pertanian. Antara
teknologi tersebut adalah tenggala, dan alat membanting bijirin. Penciptaan alat pertanian
ini meningkatkan lagi pengeluaran hasil pertanian dan seterusnya membawa kepada
perkembangan masyarakat agraria di Belanda.

3. Kemajuan dalam kaedah pertanian


• Perkembangan masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17M juga
disebabkan oleh kemajuan dalam kaedah pertanian.
• Hasil kajian dalam kegiatan pertanian membawa kepada penghasilan teknik yang
dapat menghasilkan pengeluaran yang banyak. Antaranya adalah sistem tanaman giliran,
sistem batas dan sistem tanaman deretan.
• Contohnya, teknik penanaman secara batas dipraktikkan untuk bagi memastikan
tanaman tumbuh dengan subur di samping membantu pembinaan saliran yang baik.
Kedudukan batas yang diubah pada setiap tahun membolehkan kesuburan tanah terpelihara.
• Oleh itu kemajuan dalam kaedah pertanian telah membawa kepada perkembangan
masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17M.

4. Kemudahan sistem pengairan


• Selain itu, perkembangan masyarakat agraria juga disebabkan oleh mereka
mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi pengairan.
• Bagi memajukan kegiatan pertanian, masyarakat agraria membina kincir angin bagi
menyalurkan air dari tanah yang ditebus guna. Ini dilakukan bagi mengairi kawasan
pertanian.
• Ini menggalakkan perkembangan kegiatan pertanian dan seterusnya membawa kepada
perkembangan masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17M.
5. Penambakan tanah
• Malah perkembangan masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17M juga
didorong oleh usaha penambakan tanah.
• Penambakan tanah dilakukan bagi meluaskan kawadsan pertanian. Ini kerana
kawasan pertanian yang subur berada di bawah paras laut. Oleh itu masyarakat agraria
menjalankan kerja penambakan tanah bagi menebus guna tanah bagi menjalankan kegiatan
pertanian.
• Ini membawa kepada peningkatan hasil pengeluaran dan perkembangan masyarakat
agraria di Belanda pada abad berkenaan.

Bahagian Kesimpulan
• Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada perkembangan
masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17M.
• Perkembangan ini membawa kepada Belanda menjadi antara negara pengeskport
barangan pertanian di Eropah pada abad berkenaaan.

Anda mungkin juga menyukai