Anda di halaman 1dari 2

Ciri-ciri masyarakat agaria di Belanda

Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada


kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Mereka memberi
keutamaan kepada aktivti bercucuk tanam dan perternakan sebagai
sumber ekonomi mereka. Mereka juga tinggal di kawasan pertanian subur
dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Kajian menunjukkan
Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian pada
abad ke-16 dan 17. Terdapat beberapa ciri-ciri masyarakat agraria di
Belanda.

Antara ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda ialah kegiatan ekonomi.


Pada abad ke-16, masyarakat agraria di utara Belanda mengusahakan
ekonomi utama dalam bidang pertanian dan perikanan. Aktiviti pertanian
meliputi penanaman pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran seperti
bawang, ketumbar, lobak dan teasel serta bijirin seperti barli, gandum dan
oat. Masyarakat petani ini mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan
untuk dijual di pasar tempatan dan dipasarkan ke bandar lain di Belanda.
Selain itu, tanaman seperti kobis, kekacang dan bunga-bungaan turut
diusahakan. Tanaman jagung pula diusahakan di Amsterdam. Hasil
pertanian ini telah dieksport ke luar negara. Tanaman dagangan seperti
hem, biji kol dan mader juga diusahakan di Zeeland. Masyarakat Belanda
juga menanam bunga secara meluas pada abad ke-17 seperti bunga tulip
dan hop kerana permintaan yang tinggi di pasaran. Masyarakat Belanda
juga menternak binatang secara meluas seperti lembu dan kambing di
kawasan Friesland untuk daging dan hasil tenusu. Oleh itu, kegiatan
ekonomi amat penting bagi masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-
16 dan 17.

Selain itu, ciri-ciri yang kedua ialah petempatan. Petempatan masyarakat


agraria Belanda banyak terletak di kawasan lembah sungai yang subur
dan menjadi tumpuan. Kawasan pinggir pantai juga mempunyai
mendapan tanah lanar yang subur dan menjadi petempatan masyarakat
agraria Belanda. Sebagai contoh, Friesland, Zeeland dan lain-lain adalah
antara kawasan petempatan tersebut. Sebahagian besar negara Belanda
berada di bawah paras laut. Pekembangan ini menyebabkan pertambahan
penduduk dan keperluan terhadap bahan makanan. Oleh itu, pihak
kerajaan telah bertindak menambakkan tanah laut untk dijadikan kawasan
pertanian.

Di samping itu, ciri-ciri yang ketiga ialah kesuburan tanah. Petani-petani


Belanda juga mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam memelihara
kesuburan tanah. Mereka mengekalkan kesuburan tanah pertanian dengan
melakukan pemugaran tanah pertanian, menggunakan baja asli,
membuang rumput dan tanaman perosak. Sebagai contoh, mereka
menggunakan baja asli yang terdiri daripada najis ternakan untuk
mengekalkan kesuburan tanah. Mereka juga mengamalkan sistem
tanaman giliran untuk memelihara kesuburan tanah. Oleh itu, kesuburan
tanah merupakan salah satu ciri-ciri dalam masyarakat agraria di Belanda.

Akhir sekali, ciri-ciri yang keempat ialah peningkatan teknologi.


Masyarakat Belanda juga mencapai kemajuan dalam teknologi pertanian.
Mereka mencipta pelbagai jenis peralatan untuk kegunaan pertanian
secara skala besar. Sebagai contoh, penciptaan tenggala beroda adalah
untuk memugar dan membajak tanah pertanian. Selain itu, mereka juga
melakukan aktiviti penambakan tanah laut untuk dijadikan kawasan
pertanian dengan mengeringkan kawasan tambakan laut menggunakan
kincir angin. Pada tahun 1612, Tasik Beemster telah berjaya dikeringkan
membentuk sebuah dataran baharu yang dikenali sebagai Beemster
Polder. Oleh itu, menjelang abad ke-17, 49% wilayah Zeeland ditebus
guna untuk pertanian.

Kesimpulannya, masyarakat agraria di Belanda menjalankan ekonomi


berasaskan pertanian, penternakan dan lain-lain. Perkembangan ekonomi
pertanian telah membawa kepada kemunculan ekonomi perdagangan di
Belanda menjelang abad ke-18 dan menjadi inspirasi kepada masyarakat
petani di negera-negara lain di Eropah.

Anda mungkin juga menyukai