Anda di halaman 1dari 1

Contoh Esei 5

Tema 1: Masyarakat
Soalan: Huraikan perkembangan pertanian di Belanda
Pada abad ke-17 dan ke-18, Belanda muncul sebagai sebuah negara yang pesat
membangun ekonominya ekoran perkembangan pesat kegiatan pertaniannya.
Selain tanahnya yang subur, peranan Sungai Rhine dan Sungai Maas banyak
membantu meningkatkan hasil pengeluaran pertanian di Belanda.
Kegiatan pertanian di Belanda berkembang pesat dengan adanya sistem pengairan
yang baik. Menjelang pertengahan abad ke-17, penyaliran tanah telah dilakukan
secara besar-besaran di Belanda. Sistem pengairan yang tersusun ini berjaya
membekalkan air untuk menyiram tanaman. Kesan penggunaan teknologi
pengairan ini banyak membantu meningkatkan hasil keluaran pertanian Belanda.
Petani-petani di Belanda juga telah memperkenalkan sistem tanaman bergilir.
Melalui system ini, tanah pertanian yang sudah dituai hasilnya tidak biarkan begitu
sahaja. Tanah ini kemudiannya ditanam dengan tanaman selingan seperti lobak,
kacang pis dan bijirin. Kaedah ini membolehkan petani di Belanda membekalkan
hasil pertanian secara berterusan selain mampu mengekalkan kesuburan tanah.
Selain menjalankan kegiatan pertanian, petani di Belanda turut menjalankan
kegiatan penternakan terutamanya lembu. Belanda memiliki kawasan yang sesuai
untuk memberi makan lembu-lembu ternakan bagi menjadikan ia lebih gemuk.
Lembu-lembu yang gemuk ini kemudiannya disembelih sebelum dieksport ke
bandar-bandar di wilayah selatan. Perdagangan lembu ini juga telah membantu
merangsang perkembangan ekonomi Belanda.
Walaupun hasil keluaran pertanian di Belanda meningkat, tetapi mereka masih
mengimport bijirin seperti gandum dari luar terutamanya Baltik kerana permintaan
yang tinggi dan jumlah penduduknya yang semakin meningkat. Perdagangan
gandum dengan Baltik telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
Belanda. Perdagangan gandum ini juga turut memberi impak positif kepada bidang
lain terutama perkapalan, kelasi dan barangan.
Kepesatan kegiatan pertanian di Belanda banyak dibantu oleh kesuburan tanah,
iklim sederhana yang bersesuaian serta inovasi dalam bidang pertanian.
Perkembangan kegiatan pertanian ini akhirnya menyumbang kepada perkembangan
ekonomi perdagangan dan perkapalan.

Anda mungkin juga menyukai